Kita telah lihat dan boleh menganalisa kekuatan dan kelemahan pasukan kita musim lalu. Bahagian pertahanan boleh dikatakan mantap dan antara yang terkebal di Liga Perdana. Jika tidak bagaimanakah Pepe Reina mampu mengjadi penjaga gawang kedua yang kurang dibolosi. Ini kerana kerjasama dan kemantapan bahagian itu yang semakin konsisten dari beberapa musim lalu.
Walaupun muncul sebagai pasukan yang menjaringkan gol tertinggi dengan 77 jaringan, namun kita gagal muncul juara liga. Ini kerana kekuatan serangan kita hanya muncul diakhiran musim. Itupun hanya setelah Rafa memberikan lesen penuh untuk menyerang dengan sepenuh kekuatan. Bukannya kita tidak mampu, tetapi Rafa bagaikan tersedar yang sasaran beliau dan peminat kini hanya tertumpu untuk memenangi Liga.
Masa tidak dapat diundur, tetapi jika boleh 7 keputusan seri di Anfiled bakal menjadi kemenangan jika Rafa menggunakan formula serangan berbanding taktik defensif. Jadi untuk itu kekuatan bahagian serangan perlu dibawa masuk. Calon peribadi saya adalah Tevez kerana ciri beliau yang boleh dikatakan kena dengan kehendak Rafa. Boleh menjaringkan gol, fizikal yang mantap, pengalaman dan sudah masak dengan selok belok EPL serta boleh bermain dalam perbagai posisi serangan.
Walaupun ketika ini persaingan untuk mendapatkan Tevez dikatakan sudah diluar jangkauan, namun masih tiada pasukan yang telah berjaya dalam persaingan ini. Jadi peluang masih ada jika Rafa menjual pemain yang tidak boleh jalan seperti Babel, Voronin dan Dossena bagi memperolehi lebihan belanjawan. Jika tidak pastinya peluang keemasan untuk menghampiri gelaran ke 19 pastinya nampak suram. David Villa jangan cakaplah umpama mimpi sinag hari untuk memilikinya.
Tetapi Rafa mungkin mempunyai sasaran lain untuk bahagian serangan seperti David Silva. Saya bukan tidak yakin dengan pemain licik ini.. Apa pun pendapat saya mungkin salah kerana Silva belum pun lagi dibeli apatah lagi bermain di EPL tetapi kebimbangan saya ada mungkin terbias dengan beberapa kelibat pemain Sepanyol di EPL. Albert Luque, begitu sensasi di Deportivo tetapi hampas di Newcastle. Tetapi lihat sahaja apa yang berlaku kepada Deco. Hebat di La Liga bukan bermakna boleh berjaya di EPL.
Jadi apa guna beli Bek Kanan mahal jika boleh digunakan dana untuk beli penyerang. Hanya Rafa yang boleh merungkai misteri itu.
No comments:
Post a Comment