Skuad England yang diterajui oleh Don Capello selama ini begitu hebat dengan rekod 100% kemenangan dalam kelayakan Piala Dunia 2010 Di Afrika Selatan. Angin perubahan yang dibawa oleh Pengurus Itali itu amat ketara berbanding era McLaren mahupun Erickson. Maka tidak sah jika media Britain mencanangkan bahawa Piala Dunia edisi 2010 bakal menjadi milik mereka sejak kali terakhir memenanginya pada 1966.
Begitulah juga dengan harapan kapten kita, Gerrard. Beliau yang akan berusia 30 tahun ketika berlansungnya Piala dunia itu nanti berharap edisi kali ini merupakan tuah buatnya. Dengan strategi dan kemampuan pasukan walaupun majoritinya dibarisi dengan muka lama, kali ini kapten kita begitu yakin dengan prestasi beliau dan rakan-rakan sepasukan.
Kalau diikutkan dengan kemampuan beliau sekarang, bagi saya Capello harus meng"outer" formasi denagn meletakkan Gerrard dan Rooney dibahagian hadapan. Biarlah tugas Midfield diletakkan dibahu Lampard dan Barry. Walaupun skill dan teknik kedua-dua Scousers itu mirip satu sama lain tetapi pada pengamatan saya, pertahanan lawan pasti gelabah biawak dengan kekuatan fizikal dan naluri pemusnah kedua-duanya.
yaa,,, gua sokong gerrard-rooney kat depan... aku mmg suka roney ble pakai jc tiga singa... tp bila pakai tanduk satan mmg aku benci gle...
ReplyDeleteENGLANNDD!! alamak.. spain kuat sgt laa.. risau diorg jumpa kt final je.. hehe