Menurut Rafa, beliau mungkin bakal mengekalkan Arbeloa setelah kemasukan Glen J dari Pompey untuk posisi Bek Kanan. Malah dengan Real Madrid hanya seakan mahu mendapatkan bekas pemain mereka itu dengan murah. Rafa tidak sesekali akan melepaskan Arbeloa setelah membentuk Arby dari pemain cap ayam di La Liga sehingga terpanggil dalam skuad kebangsaan Sepanyol di bawah tunjuk ajarnya.
Walaupun kehadiran Glen J pastinya akan menggugat posisi utama Arby, namun bagi saya pemain utiliti ini bakal digunakan untuk pelbagai posisi. Dengan berita terbaru bahawa Aurelio telah mengalami kecederaan lutut dan bakal berehat panjang, maka Arby boleh bermain sebagai pemain gantian untuk kedua-dua posisi fulbek.
Manakala Dossena walaupun nampak begitu optimis untuk kekal di Anfield musim ini, saya rasa tidak perlulah kekalkan pemain ini. Mungkin ada peningkatan semenjak dua menjak ini tetapi peranan beliau musim lalu amat terlalu kecil berbanding fulbek lain seperti Aurelio dan Insua.
Penjualan beliau lebih bernilai berbanding percubaan kedua musim depan untuk memuaskan hati pengurus dan peminat
No comments:
Post a Comment