Bakal presiden yang berusia 62 tahun itu akan dilantik secara rasmi hari ini setelah beberapa pencabarnya menarik diri dan tidak mampu memberi jaminan bank sebanyak 57.4 juta euro (RM283 juta) sebagai syarat untuk bertanding jawatan tersebut.
Sebelum ini, Perez memimpin Real sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah bola sepak di Sepanyol serta muncul kelab berpendapatan tertinggi di dunia dari tahun 2000 hingga 2006.
Di bawah eranya, Real digelar sebagai The Galacticos kerana menampilkan ramai pemain berstatus bintang seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, Luis Figo dan David Beckham.
"Kami akan membina semula sebuah pasukan yang mantap dengan dibarisi pemain yang hebat.
"Kami telah pun merangka satu projek yang kukuh dan stabil di mana mampu menarik minat pemain bintang untuk mengubah rentak permainan Real Madrid menjadi lebih menghiburkan dalam setiap perlawanan," kata Perez.
Perez masih belum mengumumkan sebarang nama yang akan dibawanya menyertai Real, namun media Sepanyol melaporkan jurulatih dari Chile, Manuel Pellegrini yang kini membimbing Villarreal, mungkin dilantik sebagai pengendali menggantikan Juande Ramos.
Media Sepanyol turut melaporkan kelab itu mungkin juga akan mendapatkan khidmat perancang AC Milan, Kaka, bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo, pemain tengah Liverpool, Xabi Alonso serta bintang Bayern Munich, Franck Ribery.
Sebelum ini, Real dipimpin presiden sementara, Vicente Boluda, yang mengambil alih kelab itu setelah Ramon Calderon meletak jawatan Januari lalu berikutan tuduhan membeli undi dalam mesyuarat agung tahunan kelab tersebut Disember lepas.
Musuh tradisi Real, Barecolna pula telah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan Piala Raja Sepanyol musim ini di bawah jurulatih baru, Pep Guardiola.
Begitupun, Perez memberitahu kejayaan treble Barca musim ini telah memberinya motivasi baru dalam dirinya.
"Saya tidak akan meletakkan sebarang had dalam diri saya," katanya sambil menambah kelab itu memerlukan satu revolusi baru ketika ini.
perez, aper kata ko makan kasut aku dulu ..
ReplyDeletebuat menyemak aja ada dlm dunia bolasepak ..