Terbaru dan eksklusif kononnya, Real akan memberikan Robben, penerjun terbaik mereka sebagai tukaran dengan Xabi bersama-sama £22juta pound. Sebelum ini Perez telah cuba mengumpan Negredo, Heinze dan Bueno dalam tawaran terdahulu.
Kualiti dan kebolehan Robben memang tidak boleh disangkal termasuk skil terjun tiruk, tetapi ianya tidak ada makna jika Alonso dilepaskan dengan hanya tawaran sebegitu. Kalau Ronaldo mereka boleh bayar sampai £80 juta, inikan pula pemain antarbangsa Sepanyol pula, sekurang-kurangnya nilai semasa Alonso adalah £40+ juta.
Nantikan seterusnya siapa pula yang akan dijadikan tukaran untuk drama perpindahan ini.
No comments:
Post a Comment