Ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard percaya The Reds mampu menyaingi Manchester United dalam perebutan takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan jika pengurusnya, Rafael Benitez membawa masuk dua atau tiga pemain terkemuka ke Anfield pada musim panas ini.
The Reds terus kemarau kejuaraan selama 19 tahun selepas United mempertahankan gelaran juara England sekali lagi musim ini.
Begitupun Gerrard tetap memuji impak besar yang dilakukan penyerang Fernando Torres sejak berhijrah ke Anfield dari Atletico Madrid dan menyifatkan pelaburan besar yang cekap adalah faktor penentu kejayaan sesebuah pasukan.
“Kami perlu mendapatkan lebih ramai pemain seperti Torres. Dia adalah pemain penting kepada pasukan. Anda boleh menyaksikan kesan yang dilakukannya sejak memulakan kariernya di Anfield sehingga hari ini.
“Jika kami boleh mengekalkan kecergasan Torres dan membawa masuk beberapa pemain berkualiti sepertinya ke dalam skuad, kami akan menjadi juara.
“United memenangi aksi liga kerana mereka memiliki pemain di bangku simpanan yang sama hebat dengan kesebelasan utama. Ia sedikit sebanyak menambah kekuatan pasukan,” kata Gerrard.
No comments:
Post a Comment