Kegawatan ekonomi bukan membabitkan pekerja kilang saja seperti yang berlaku di Malaysia. Tetapi di Melwood juga 16 kakitangan termasuk mereka yang bersama kelab selama 20 tahun telah dipaksa mengambil skim pemberhentian tersebut. Philip Nash, Pengurus Kewangan baru telah mengambil pendekatan ini bagi rangka penjimatan kos bagi mencapai sasaran £2 juta. ini kerana kekalutan sumber kewangan dan bebanan hutang kelab yang meningkat akibat krisis kewangan.
Antara nama besar yang telah atau bakal menimggalkan Liverpoolfc ialah Jurulatih Simpanan, Gary Ablett, Pengarah Academy, Piet Hamberg dan Jurulatih Remaja 14 & 16 Dave Shannon dan Hugh McAuley. Namun ada sebilangan mereka yang enggan pergi bakal mendapatkan khidmat guaman samada bagi mendapatkan pakej pampasan yang lebih tinggi atau untuk kekal dalam jawatan kembali. Ini menurut mereka, sesetngahnya tidak diberikan notis lebih awal sebab mereka diberhentikan.
Ada juga sumber yang mengatakan, ini merupakan keinginan Rafa untuk mengubah keseluruhan imej Liverpool dalam era Rafalution. Dengan mencantas idea lama oleh orang lama, Rafa akan memasukkan kakitangan baru yang dapat membawa order baru Rafalution. Oleh itu perancangan beliau akan lebih mudah dan lancar dan beliau dapat memastikan segala aspirasi beliau akan terlaksana.
Apa jua yang berlaku diharap akan membolehkan kembali Liverpool untuk menaikkan bintang muda dari akar umbi.
In Rafa We trust
No comments:
Post a Comment