
Sejak awal penipuan mereka lagi saya akan menjangkakan perkara ini bakal tejadi. Tom dan Hicks bakal memusnahkan impian Liverpurdian semua dengan sekelip mata. Mereka masih sayangkan aset berharga iaitu Liverpool FC, tetapi pada masa yang sama hanya mengharapkan ihsan RBS untuk pembiayaan semula hutang.
Hutang tahunan bagi keseluruhan adalah £42.6juta yang dicatatkan setelah dicampurkan dengan bayaran faedah untuk pinjaman keseluruhan £350juta. Namun perolehan untung Kelab melonjak kepada £10 juta, dan ini bermaksud jika pemilik sekarang membeli dengan duit poket mereka sendiri maka, Liverpool Fc merupakan kelab yang bebas dari hutang.
Dengan situasi kewangan yang kelam-kabut, saya merasakan bahawa musim depan akan menjadikan kita bakal tercicir untuk persaingan Liga. Rafa bakal melihat seorang-demi seorang sasaran beliau bakal dikebas oleh kelab lain. Barry telah ke Man Citeh. Tevez pun bakal menyusul. Silva telah bersemuka dengan pemilik Real Madrid. Apa lagi yang tinggal. Hanya pemain murahan sepert Distin, Kleber dan Downing saja yang hangat diperkatakan.
Kita hanya dapat tunggu dan lihat apa yang Rafa bakal beri kepada kita musim akan datang dengan bajet yang seciput ini. Malahan kemungkinan pemain utama seperti Alonso dan Mascher terpaksa dijual bagi menampung defisit kelab. Jadi musim depan bakal meyaksikan Rafa hanya bertarung untuk kejuaraan liga dengan sebelah tangan.
huhuhu benda ni laaa yg selalu aku risau....tiap2 musim sejak amerika 2 ekor tu ambik alih mesti mcm ni.bila lah tauke minyak unta lak nak ambik...
ReplyDelete