Mark Hughes telah mendabik dada bahawa mereka telah berjaya mengenepikan Liverpool untuk mendapatkan Tevez dan Barry. Dengan bayaran £32 juta untuk Tevez dan £10 juta buat Barry, Boss Man City itu percaya kedua-dua pemain tersebut akan bermain di Manchester msuim depan.
Tetapi Tevez dan Barry telah menyatakan bahawa mereka bukan mengejar wang semata-mata dan mereka hanya akan berhijrah ke kelab elit sekurang-kurangnya untuk bermain dalam kelab yang akan bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah. Ini merupakan faktor utama bagi Barry terutamanya kerana beliau telah berjanji kepada O'Neil sebelum ini.
Jadi disarankan kepada Hughes bahawa elakkan tidur disiang hari kerana mimpi tersebut hanya akan hilang bila terjaga kelak. Reputasi beliau tidak akan berjaya menarik pemain ternama. Cuma yang akan datang cuma pemain upahan yang gilakan wang dari memenangi trofi.
No comments:
Post a Comment