Alex Ferguson telah memberikan nasihat kepada Rafa berkenaan budi bahasa. Tetapi apa yang berlaku pada perlawanan Akhir Liga Juara-Juara tempohari bagaikan cakap tak serupa bikin oleh Fergie dan skuad syaitannya.
- Apabila Carlos Puyol menjulang Trofi Eropah itu, hanya segelintir Peminat Man U yang masih ditempat duduk tetapi yang lainnya telah berambus. Berbanding peminat kita ketika di Athens dua tahun lalu, majoriti peminat Liverpool telah memberika penghargaan dan tepukan buat lawan kita AC Milan.
- Buat kali pertama dalam minggu ini, peminat Man U telah berhenti menyanyikan "Are You Watching Merseyside" ini melucukan kerana Peminat Merseyside Merah telah melihat... salah satu perlawanan Akhir yang berlangsung dengan hanya satu pasukan yang bermain bola dan satu pasukan lagi main Polis Sentri.
- Jika Lucas yang bernilai £6m bermain buruk seperti £18m Anderson dalam kesemua perlawanan maka beliau pastinya akan menerima kehinaan demi kehinaan yang tiada penghujung.
- Barcelona telah meng"ayam"kan Man U yang bereputasi hebat dengan hinanya, begitu juga telah kita dengan meng"kaldai"kan dua kali pula tu.
-Kenapa Media British tidak menyerang Fergie kerana tidak mengucapkan tahniah kepada lawan dan pengurus mereka. Kalau Rafa yang buat mesti kena bambu cukup-cukup.
- Kegembiraan pastinya dirasakan oleh peminat kita apabila Liverpool masih mendahului 5-3 dalam ranking Piala Eropah. Kalau tidak pastinya makin juah peminat Syaitan Merah menyanyikan lagu "Are You Watching Merseyside" versi Eropah pula.
No comments:
Post a Comment