Menurut sumber, cerita disebalik permintaan Mascherano untuk berhijrah adalah berpunca dari kononnya isteri beliau tidak seronok tinggal di UK kerana payah berkomunikasi dan berminat ke Sepanyol.
Perkara ini bukan janggal bagi pemain kita. Sebab isteri Voronin sebelum ini juga pernah mengeluarkan kenyataan yang sama. Beliau mengejek yang iklim di UK serta penduduknya kurang "up to date" dan "old fashion".
Jadi sekarang hanya bergantung kepada Mascerano untuk membuat keptusan sebagai ketua keluarga. Beliau perlu memikirkan yang Rafa telah menyelamatkan karier beliau di West Ham dan tidak membuat keputusan atas sebab orang lain.
No comments:
Post a Comment