Disaat kita memerlukan kreativiti dibahagian midfield dan sentuhan gol oleh Benayoun, bagi menghadapi lawan sekuat Real Madrid dan Man United kecederaan pula melanda beliau. Saya khuatir kerana beliau satu-satunya pemain yang dapat membuka pertahanan yang liat selain Gerrard dan Torres. Dan merupakan penjaring gol penting ketika menewaskan Real di Madrid dan Sunderland.
Walaupun begitu ketiadaan beliau mungkin diisi oleh Kuyt atau mungkin El-Zhar jika Kuyt diletakkan di posisi penyerang tunggal. Tetapi jika Kuyt bermain diposisi kanan pastinya permainan akan nampak lebih pasif tanpa sebarang gerakan yang mengelirukan lawan. Dan saya kurang yakin jika El-Zhar bermain penuh masa kerana beliau masih cetek dalam menghadapi perlawanan besar.
Apapun skuad yang bakal diturunkan Rafa akan lebih defensif dari sebelum ini kerana pastinya modal kemenangan ditempat lawan menjadi taruhan Rafa. Kesulitan akibat ketiadaan Benayoun mungkin dirasai jika pertahanan lawan terlalu sukar ditembusi dan dapat membaca permain kita. Dan tugas berat itu akan dipikul Gerrard dan mungkin Babel yang nampak lebih keratif daripada semua pemain yang sedia-ada untuk merobek kubu Real yang mantap.
No comments:
Post a Comment