Secara peribadi kurang gemar apabila melihat undian pasukan kita bertemu dengan Chelsea. Bukannya saya ingin kita bertemu pasukan kerdil seperti Porto atau Villareal, ataupun gusar dengan kekuatan Chelsea, tetapi saya sebenarnya sudah bosan kerana sudah 5 musim asyik muka mereka yang kita hadap.
Saya lebih menyukai Bayern atau Barcelona kerana ianya akan memberikan kita sedikit cabaran. Memang diakui rekod kedua-duanya dalam pusingan kedua memang agak bernasib baik kerana membuli pasukan yang agak lemah. Dan inilah masanya untuk menunjukkan dunia siapa paling berkuasa di Eropah.
Walaupun begitu, undian telah tamat dan apa yang harus dilakukan Rafa dan pasukan ialah fokus dalam setiap perlawanan nanti. Jangan terlalu ambil mudah diatas kemenangan lalu, mungkin mereka akan menunggu masa untuk membalas dendam.
kalau rekod musim ni jadi ukuran aku rase takde masalah nak benamkan Chelsea....
ReplyDelete