Pujian harus diberikan kepada Ngog kerana gol sulung beliau menentang pasukan Kucing Hitam kelmarin. Sememangnya beliau mempunyai karekter sebagai penyerang solo berbanding Babel. Permainan beliau Nampak meningkat selepas perlawanan menetang Boro yang hanya diberikan sedikit waktu untuk menunjukkan kehebatan beliau. Bukan sekadar gol sahaja tetapi corak permainan beliau dalam merangka serangan Liverpool juga Nampak ada peningkatan. Beliau dapat menggunakan ruang bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk rakan lain.
Jika sekadar dibangku simpanan, pastinya beliau akan sekadar menjadi penyerang gantian sahaja. Malah jika beliau tidak berupaya bermain baik pastinya tempat beliau akan diisi pemain lain. Mungkin musim ini dengan tiadanya penyerang tulen peluang beliau amat cerah, tetapi musim akan datang jika beliau tidak berusaha untuk menjadi pemain mantap dan bersedia untuk mengharungi sepak terajang Liga Perdana belum tentu nasib akan meyebelahi beliau.
Namun bagi saya apa yang perlu Ngog dapatkan ialah pengalaman untuk bermain sepenuh masa. Dan rasanya jika Torres kembali pulih peluang beliau mungkin samar. Jadi sepatutnya musim akan datang ,Ngog dipinjamkan kepada kelab Liga Perdana sebaiknya atau Kelab Liga Champioship untuk membolehkan beliau bermain dalam kesebelasan utama. Dengan ini beliau boleh meningkatkan skill dan menimba pengalaman tentang Liga di England. Lagipun beliau masih muda dan kita perlu bersabar untuk melihat hasilnya. Dengan pelaburan 1.5juta pound, rasanya tidak kecewa jika beliau tidak menjadi Thiery Henry. Tetapi jika beliau meletup suatu masa nanti pastinya Rafa seakan menang loteri.
Bro.,
ReplyDeletemei singgah blog aku jap. nak minta pendapat ko
no problemo
ReplyDelete