Malam ini bakal menentukan nasib kita. Menang beerti kita telah menjadikan misi mustahil kita sejak beberapa bulan lalu kian tercapai. Pendahlu liga telah tewas dan membuka ruang kita merapatkan jurang.Memang kebetulan pula Chelsea tersungkur di White Hart Lane. Maka laluan untuk kita semakin cerah.
Berbalik kepada lawan yang bakal ditentang malam ini iaitu Aston Villa. Mereka bukannya lawan yang corot. Mereka juga pasukan yang mantap, cuma kebergantungan mereka kepada skuad utama telah membawa kepada kesan kemerosotan akhir-akhir ini. Setelah tewas kepada Spurs minggu lalu, mereka telah dipintas oleh Arsenal untuk jatuh ke tangga ke5.
Saya yakin Rafa mempunyai ramuan enak untuk bekal malam ini. Selalunya lawan yang datang ke Anfield bakal berkubu di hadapan gawang sendiri, rasanya Villa pun sebegitu. Mereka bakal menggunakan aset mereka iaitu Agbonlahor dan Young untuk menjana serang-balas jika kita terleka.
Jurulatih Villa Martin O'Neil juga pastinya akan menurunkan gandingan Heskey-Carew untuk barisan depan. Rasanya Carragher dan Skrtel boleh menangani mereka dari segi fizikal, tetapi cuma yang merisaukan saya adalah pertarungan di udara. Hyypia memang sesuai dengan situasi itu, tetapi beliau akan membuatkan Villa menggunakan peluang melakukan serangan dengan kepantasan pemain sayap mereka.
Apapun malam ini bakal menyaksikan satu pertarungan yang amat dramatik untuk kedua-dua pasukan. Untuk kita mengejar kejuaraan dan Villa pula bagi menghambat Arsenal bagi slot Liga-Liga Juara.
Barisan kemungkinan
Liverpool : Reina, Arbeloa, Carragher, Hyypia, Skrtel, Dossena, Aurelio, Babel, Benayoun, Mascherano, Riera, Gerrard, Alonso, Torres, Kuyt, Agger, Cavalieri, Lucas, Ngog.
Aston Villa : Friedel, Guzan, Reo-Coker, L. Young, Knight, Cuellar, Davies, Shorey, Bouma, Milner, Gardner, Petrov, Barry, Sidwell, Salifou, A. Young, Agbonlahor, Carew, Heskey, Delfouneso, Harewood.
Keyakinan sangat tinggi sekarang. No way for Villa to take advantange out of anything from Anfield, regardless of the old boy in Heskey!
ReplyDelete