
"Kami nak Lima".
Itulah sorakan peminat di Anfield setelah Dossena menjaringkan gol sulung buatnya dan keempat buat kita. Siapa sangka semua ini boleh terjadi. Gerrard kembali mengganas. Torres boleh bermain disaat akhir. Dan yang paling membuatkan kita terseyum adalah Dossena pun mampu menghasilkan gol.
Jika diimbas kembali perang media dari Kem Real yang dimulai Presiden real yang membuat ramalan Nostradomus. 3-0 di Bernebeu dan 1-0 Di Anfield untuk berpihak kepada Real. Tetapi Tuhan maha kaya. Dikalis ramalan itu mejadikan 4-0 di Anfield dan 1-0 Di Bernebeu untuk kita.
Juande Ramos pastinya sudah serik pada masa akan datang untuk bertemu kita. Sudahlah dendam bersama Spurs dulu masih tidak berbalas, kini bersama pasukan yang bertahap dunia pun beliau masih buntu. Mungkin tidak lama lagi pintu keluar terkuak sedikit demi sedikit buat Ramos.
Tabik hormat buat Rafa kerana membawa kita ke Suku Akhir. Slogan "In Rafa we trust" masih boleh digunapakai di Eropah. Beliau bukan sekadar bernasib baik saja dalam sepanjang perlawanan di Eropah tetapi memang kepakaran beliau. Disamping itu juga pemain yang bermain pagi ini rata-ratanya penuh bersemangat sepanjang 90 minit permainan. Bak kata orang semua dibuat menjadi betul.
Dengan kemenangan ini seharusnya semangat perlawanan ini diteruskan di Old Toilet. Seperti kata hikmah rakan saya baru-baru ini. " Kalau tak menang EPL pun tak mengapa asal kita menang sekali lagi dengan Man U"
No comments:
Post a Comment