Beberapa bulan lalu, timbul spekulasi sama ada pengurus Sepanyol itu bakal kekal atau tidak setelah menjadi pengurus semenjak tahun 2004 lagi.
Kontrak Benitez terus menjadi perbincangan di belakang tabir di antara pemilik bersama Liverpool, George Gillett dan Tom Hicks yang turut mengatakan tidak wujud sebarang rancangan mengenai pembinaan stadium baru mereka itu.
Di sebalik kesukaran itu, minggu lepas, Liverpool telah memenangi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara dengan memalukan musuh tradisinya, Manchester United , 4-1 di Old Trafford seterusnya memberi kelebihan Benitez empat mata di belakang pendahulu liga terbabit.
''Kami sangat-sangat memerlukannya dan kestabilan ini adalah datang daripada pengurus.
''Apa yang kami mahukan adalah pemilik-pemilik kelab bersetuju dan membuat keputusan bersama-sama kelab. Kami perlukan mereka setuju dan maju bersama,'' kata Hansel yang juga bekas kapten Liverpool kepada BBC Radio Five, kelmarin.
''Jelas sekali, kelab ini memerlukan pemain baru. Saya fikir, perbezaan antara Liverpool dan Manchester United adalah kelab itu telah memperolehi kekuatan dalaman yang hebat berbanding kelab ini.
''Stadium baru masih lagi keutamaan semua orang. Tidak kisah samaada Gillett dan Hicks yang menyediakan stadium baru itu. Kami cuma mahukannya di Anfield.
''Tidak mungkin kita mampu bersaing dengan Manchester United jika mereka mempunyai 76,000 tempat duduk penyokong (di Old Trafford) kerana kita hanya ada 44,000 sahaja.'' kata bekas pemain pertahanan Scotland itu yang juga pernah tiga kali menyertai Liverpool menjuarai Piala Eropah.
''Sangat bagus apabila Rafa akhirnya menandatangani kontrak. Ia melegakan semua. Jelas sekali kelab telah bergerak ke arah yang betul dengan keputusan kemenangan menentang Real Madrid dan Manchester United itu,'' katanya.
''Namun saya tetap fikir, dia masih memerlukan dana untuk pergi dan membeli pemain-pemain yang membolehkan Liverpool lebih berkuasa,'' katanya lagi.
Kekecewaan paling utama Benitez adalah kurang kuasa terhadap polisi pertukaran pemain dan ia dianggap menjadi penyebab dia lewat untuk menandatangani penyambungan kontraknya.
Malah pengumuman terbaru adalah, pengunduran ketua eksekutif kelab, Rick Parry hujung musim ini, yang juga dikhabarkan Benitez sebagai penyebab beberapa perjanjian penukaran pemain tidak menjadi.
''Pemilik, pengerusi dan ketua eksekutif memberikan dana kepada pengurus dan pengurus akan memutuskan siapa yang akan dia beli," kata Hansen sebagai tanda sokongan terhadap Benitez yang menguruskan Liverpool pada tahun 2005 ketika memenangi Piala Eropah dan ia kali kelima dalam rekod England.
''Tiada siapa yang boleh memutuskan polisi pertukaran pemain. Mereka boleh berkata mempunyai 5 juta pound (RM25.6 juta), 10 juta pound (RM51.2 juta) atau 20 juta pound (RM102.4 juta) tetapi penggunaan duit itu adalah kuasa utama pengurus.
''Saya andaikan Rafa mempertahankannya. Jelas sekali dia memenangi pertempuran itu dan memang patut menang,'' kata Hansen. - AFP
No comments:
Post a Comment