Pemain kelahiran Brazil, Lucas Leiva mengakui dia tidak berminat menjadi pemain sampingan di Liverpool kerana mahu menjadi pemain utama untuk pasukan kebangsaannya.
Pemain tengah berusia 22 tahun itu adalah pemain popular di negara asalnya dan sudah menyarung jersi kebangsaan sebanyak tiga kali bersama Brazil.
Namun aksinya untuk Liverpool tidak mendapat sanjungan peminat setia pasukan Anfield itu dan para peminat 'The Reds' juga merasakan pemain itu tidak mampu menandingi Xabi Alonso atau Javier Mascherano di bahagian tengah padang.
Rafa Benitez pula nampak tidak mempunyai keyakinan kepada bekas bintang Gremio itu dan pemain itu mengakui dia tidak mampu berada di bangku simpanan jika mahu mendapatkan tempat di pasukan bimbingan Dunga.
“Saya rasa saya kerap bermain tetapi saingan untuk menjadi pemain utama di sini sangat tinggi dan situasi ini tidak begitu membimbangkan. Namun objektif saya adalah untuk memastikan saya bermain agar dapat bermain untuk pasukan kebangsaan saya.
“Sebaik sahaja musim ini berakhir, saya akan melihat apa pilihan terbaik saya dan tahun hadapan adalah tahun Piala Dunia dan saya perlu merebut peluang untuk bermain bersama pasukan kebangsaan," kata Leiva.
Lucas yang digugurkan oleh Dunga dari skuad Brazil, mengakui dia tidak tahu mengapa Dunga menggugurkannya.
“Saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku tetapi Dunga telah mengambil keputusan tersebut, saya percaya saya tersenarai di antara pemain 30 atau 40 tetapi bukan dalam senarai 22 pemain terakhir,” katanya.
No comments:
Post a Comment