
Kemenangan keatas Sunderland bagi saya merupakan penawar kekecewaan setelah harapan untuk mengejar pendahulu Man U sudah kabur. Sekali lagi Rafa telah meletakkan barisan yang boleh menjadi kritikan jika tiada kemenangan diperolehi. Ini kerana Ngog diletakkan bersama Kuyt di hadapan serta Mascherano bermain diposisi bek kanan. Lain-lain posisi adalah sama sebelum ini Cuma diperkuatkan dengan Insua diposisi bek kiri.
Namun taruhan Rafa kali ini mengena nampaknya. Ngog telah berjaya menghasilkan gol sulung beliau di Anfield dan Benayoun kembali berbisa setelah menjadi wira di Madrid. Gerard dan Alonso telah beraksi cemerlang tanpa dicabar oleh barisan tengah Sunderland yang banyak membantu pertahanan dan mengurangkan kekuatan serangan mereka.
Insua telah kembali bermain perlawanan pertama beliau setelah hampir dua bulan beraksi bersama skuad remaja Argentina. Malah aksi beliau nampak semakin mantap dan antara merupakan pemain yang menyinar sepanjang perlawanan. Apa yang pasti musim depan Dossena bakal mencari majikan baru kerana saya yakin Insua akan bertindak sebagai pemain utama.
Apa yang saya pelik dan hairan, Mascherano telah bermain diposisi Bek Kanan dengan baik. Kita mungkin tidak pernah melihat beliau bermain diposisi itu sebelum ini di Anfield, tetapi beliau dapat mengadaptasi dan berjaya mengekang seranagn lawan dengan baik.
Reina juga menjadi wira diawal permain setelah berjaya menyelamatkan gawang dari dibocori setelah Carragher dan Skrtel telah terperangkap oleh gerakan Jones yang begitu bijak dan pantas. Dan beliau hanya diuji sekali sekala sahaja oleh penyerang Sunderland yang buntu tanpa bantuan dari pemain tengah mereka.
Apa yang pasti kekecewaan yang lalu biarkan berlalu dan diharap pemain meneruskan prestasi untuk sekurang-kurangnya merapatkan mata dengan pendahulu dan bersaingan dengan Chelsea. Walaupun hampir pasti kejuaraan sukar dicapai kita harus tunggu hingga perlawanan ke 38 untuk memberikan kata putus.
No comments:
Post a Comment