
Saya semalam tengok sampai habis perlawanan Man U dan Chelsea. Bukan saja nak layan tapi ada sesuatu yang saya nak tengok tentang Chelsea. Apa lagi kalau tak kerana Benayoun si Yahudi Mabuk. Memang dah dijangka dia akan duduk dibangku simpanan Chelsea, sebabnya kita peminat Liverpool pun setuju dengan Rafa yang Benayoun tak hebat mana, cuma pemain skuad yang boleh tahan saja. Rekod Benayoun dengan kita saya tak sangkal. Kalau dia menjadi, pasti lawan akan cacamerba. Kalau tak jadi rasa macam nak maki saja.
Benny masuk hampir minit ke 70 tak silap saya pakai jersi nombor 18. Pegang bola ada kot 3-4 kali dan yang lain lari tak tentu hala sebab orang lain macam tak perasan atau saja-saja tak mahu bagi bola kat dia. Mungkin belum serasi dengan pasukan baru dan taktik baru. Itupun Ancelotti puji yang Benny pemain bijak. Kalau dia pemain bijak rasanya dia mesti kekal tapi Hodgson tak kisah langsung.
Berbeza pula dengan Cole. Masuk-masuk saja jejak kaki dalam padang ramai yang seronok bersorak. Dah sepak bola, nampak terserlah kehebatan beliau. Keserasian dengan pemain lain terasa macam Cole dah bermusim-musim main dengan kita. Amat ketara ialah hantaran beliau kepada penyerang amat merbahaya dan mudah buat penyerang menjaringkan gol. Bayangkan kalau Torres yang dapat hantaran macam lawan Robot haritu, mau pesta gol.
Dah alang-alang nak ulas, nak cerita ringkas sikit mengenai perlawanan kedua-dua musuh malam tadi. Nampak gaya Chelsea macam ada masalah, kekalahan itu merupakan yang keempat termasuk persediaan pramusim. Pasukan itu macam nak jadi AC Milan kat EPL, kuda tua masih ramai. Tetapi Man U macam dah jumpa pengganti Ronaldo. Mat Charichito tu dah nampak macam sempoi. Nampaknya kalau betul Fergie nak ambil Ozil maka lagi bahaya dan kuat geng Setan itu.
Cole di Liverpool - Masuk kali pertama di Anfield dah mula menunjukkan keserasian dan kehebatan hantaran and passing yg menjadi. Selain tu, sempat gak try shot on goal.
ReplyDeleteBenayoun di Chelsea - X serasi lg kot. Pemain yg lain x menyedari kewujudan si Israel nie.