
Siapa tak tahu Jack Wolfskin angkat tangan. Jangan ingat ini jenama barangan kulit serigala.Saya tahu sikit jenama cap tapak tangan serigala sebab minat aktiviti lasak panjat gunung. Mungkin dia tak sehebat jenama Columbia atau Sierra mahupun Deuter. Tapi kat Jerman memang jenama pilihan rakyat sebab masa lawan Kaizerselatan dan Berussia Menggelabah, takkan tak perasan iklan Wolfskin kat papan iklan. Saya buat tinjauan memang jenama ini taklah nampak cun dan sempoi macam jenama US, tetapi dari segi kualiti memang barangan terbaik didalam kelas tersendiri.
Saya tabik Puslow. Dalam dok heboh pasal nak jual kelab, dia sempat tarik penaja baru iaitu jenama cap tapak beruang tadi. Saya tak nampak kesinambungan Liverpool dengan pakaian aktiviti lasak, tapi dah orang nak bagi duit kebas sajalah. Wolfskin cuba guna pengaruh Liverpool untuk kembangkan jenama mereka di UK. Kiranya mamat UK selepas ni akan pakai Wolfskin berbanding Karimor.
Jack wolfskin product terbaik europe.Simple and elegent.Saya ada beberapa brg dia.tp mahal gila lah
ReplyDelete