
Saya sebenarnya pening dengan format Piala Europa ini. Ingat pasukan kita dah layak keperingkat kumpulan, rupanya ada lagi pasukan kena jumpa. Maklumlah pasukan kita dah lama tak jejak kaki dalam pertandingan cikai sebegini. Dahlah cikai siap kena ada kelayakan untuk pasukan bagus cam kita. Tapi nasib baiklah kejuaraan ini kita buat medan eksperimen untuk pemain muda. Macam lah juga Piala Liga, bagi semua pemain muda main supaya mereka tak kekok bila dapat peluang ganti pemain utama kelak. Lagi satu Piala Europa ini tak ada daya penarik untuk pemain bintang mencari pilihan. Mahukah Mesut Osil atau Sergio Aguero ke Anfield, jika setakat nak lawan pasukan macam Robatnicki.
Setelah dicabut undi, maka lawan kita untuk pusingan ini ialah Trabzonspor. Kelab dari Turkey ini tidaklah hebat macam Galastasaray atau Fenerbache tapi pasukan mereka ada sejarah dengan kita pada kali terakhir jumpa di Turki. Mereka pernah menang dengan kita dan mungkin atas sejarah itu mereka akan berusaha dan bersemangat untuk beri kejutan. Bagi pasukan kurang ternama seperti mereka, kejuaraan ini bagai satu talian nyawa. Mereka akan cuba untuk layak dan terus layak semampu mungkin.
No comments:
Post a Comment