
Jangan tak percaya. Hasil jualan jersi adalah salah satu sumber pendapatan kelab. Contoh paling mudah ialah pembelian Beckham ke Real Madrid. Real mahukan Beckham bukan atas faktor atas padang sangat, namun hak ekslusif imej. Maknanya segala jualan jersi, iklan yang gunakan Beckham serta apa saja yang libatkan nama Beckham saja Real buat duit gila-gila.
Inilah yang bakal dibuat Chelsea untuk dapatkan Torres. Tak silap mereka mungkin sanggup keluar duit sehingga £70juta, untuk beli pemain yang kita beli tak sampai £20juta. Kemampuan atas padang Torres antara faktor utama tetapi jika harga ikut pasaran yang logik mungkin sekitar £40-50 juta. Namun lebihan itu takkan jadi masalah kerana pastinya jualan Jersi Chelsea yang dicop nama Torres bernombor 9, akan bagi Chelsea sumber pendapatan luar.
Sebab apa saya cakap begitu. Mengikut sebuah laman web jual jersi dari bancian Jersi yang bernama Torres takkira dengan Liverpool atau Spain antara yang paling banyak tempahan. Dan menurut rekod Torres dan menggunguli carta sejak awal kedatangannya ke Liga Perdana lagi. Jauh meninggalkan Gerrard, Rooney, Lampard dan Tevez. Malah Ronaldo semasa main di Man U dulu, telah dipotong padahal pada 2006 dialah paling tersohor.
Satu lagi faktor yang kita semua peminat Liverpool boleh bangga ialah peminat Liverpool adalah antara yang paling ramai didunia. Disamping itu lagi faktor penaja juga telah meningkatkan lagi pembelian jersi original untuk peminat muslim. Namun kalau tak kerana kempen bokoit barangan rasmi pastinya penjualan jersi akan meningkat berkali-kali ganda. Saya juga akan beli tetapi cuma setelah Penipu Amerika berambus dari bumi Merseyside yang permai.
No comments:
Post a Comment