
Saya nak petik sedikit ayat dari Blog Utusanlfc. Ngog bila kita nak dia blah pergi ke West Brom lagi dia tunjuk dia bagus dan menjadi-jadi. Setakat ini dah 4 gol rasmi untuk Liverpool musim ini termasuk 3 dalam Piala Europa. Bila kita perasan juga bahawa dia tidak pernah kantoi menjaringkan gol dalam 3 perlawanan rasmi kita bermula dengan 2 kali lawan Robot dan lawan meriam semalam. Harus diingat walaupun pasukan Robot ialah pasukan lemah namun gol tetap gol. Tapi klimaks untuk Ngog ialah gol lawan Arsenal adalah identiti gol Torres. Hanya Torres yang selalu melakukan rembatan dari sudut sukar. Kiranya Ngog telah banyak belajar dari Torres.
Apa yang saya katakan misteri dalam tajuk diatas. Adakah seperti misteri nusantara jua adanya. Mungkin hampir walaupun tiada kena mengena. Begini dah berulang kali saya nyatakan perihal Ngog secara terperinci. Secara fizikalnya kita nampak dia amat lengkap. Saiz badan, ketinggian, kepantasan, teknik kawalan bola, kemahiran menggelecek dan dapat menjaringkan gol samada dengan sepakan atau tandukan. Cuma sekali lagi misterinya ialah dia belum berupaya mencapai hatrik walaupun peluang untuk sumbat gol memang berlambak-lambak. Itulah yang membezakan Ngog dengan mentornya Torres. Ngog belum cukup bersedia untuk diberikan tugas penting berseorangan diatas. Jika peluang terbuka pun banyak kali lepas bagaimana nak buat sendiri gol macam yang Torres lakukan.
Buat masa sekarang memang kita berbangga dengan pencapaian insan yang bernama Ngog. Beli dengan tak sampai beberapa kupang kiranya penghasilannya kita puji. TETAPI untuk menjadi penyerang hebat, Ngog perlu lebih dari apa yang beliau buat sekarang. Mungkin dia belum lagi matang, tetapi contohilah Owen yang matang dan mantap seawal 18 tahun. Benitez yang memperkenalkan Ngog kepada kita tidak sempat merungkaikan misteri Ngog. Namun diharap Hodgson dengan sedaya usaha dapat membuka potensi pemain ini. Sebab saya rasa dengan asuhan yang betul dan kena caranya mungkin kita akan melihat bayangan Trezeguet muncul di Anfield.
Btol, Ngog perlu banyak belajar lagi. Gunakan peluang yang ada untuk belajar dari senior2..
ReplyDeleteBelajar dari Torres - Cara jaring gol sudut sukar. Dah nampak sket ada kemajuan..
Belajar dari Gerrard - Sekali skala cuba rembat jauh.Aku tgk Ngog nie kalo x dekat kotak penalti, memang x rembat. Apa salahnya rembat skali skali test power..
Belajar dari Kuyt - Lebih rajin sket. Kalo dh nampak bahagian midfield terkial-kial tue, cuba la turun ke bawah sket menghulurkan bantuan..
Walau bagaimanapun, untuk gol lwn Arsenal tu, syabas.
btl3,aku stuju ngan kwn kita katakan 2,
ReplyDeletetpi yg paling pnting,Ngog kna bnyk b'ljar lg & mantapkan lg dia pnya skill & sentuhan....
pengalaman amat d'perlukan oleh Ngog ini,
bt r Owen sebagai idola,kerana persembahan dia msa muda2 dah mantap & memukaukan semua orang t'utamanya pminat LIverpool
yang penting striker kena sumbat gol..hehehehe
ReplyDeletehttp://simple-mzs.blogspot.com/