
Sebelum menyalahkan Reina kerana memberikan nafas lega kepada Arsenal saya rasa peminat harus sedar bahawa beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang perlawanan cuma setiap yang berlaku banyak hikmah. Memang sepatutnya seawal permainan saya rasa malam tadi kita pasti dilaukkan oleh Arsenal. Cuma tunggu masa dan ketika sahaja. Namun kad merah Cole di akhir separuh masa menguatkan hujah dan perasaan itu. Tapi tak sangka, insiden itu bagai menyedarkan kita dari lamunan. Terjaga dari tidur. Lantas permaianan kita nampak merbahaya dan akhirnya Ngog telah memberikan satu kejutan buat pelawat yang gah separuh masa pertama.
Saya nampak kesungguhan Mascherano yang tiada bandingnya. Kalau beginilah sikap beliau diatas padang rasa jika dia pergi mungkin pasukan lawan akan bersorak riang. Tak perlu nak kecewa kerana pasukan kita sebelum sepak mula lagi telah tewas kepada Arsenal kalau ikut Bookie. Namun satu mata adalah rezeki yang kita harus syukuri. Tapi ianya juga satu tanda amaran buat pemain supaya meneruskan perjuangan dan usaha sedaya mungkin. Ini kerana permainan bola juga bergantung kepada nasib. Permainan kita tak cantik tapi hampir-hampir nak menang. Namun pasukan mereka pula main cantik dan menghiburkan namun nyaris-nyaris tak pulang hampa. Itulah rencam bolasepak. Apa pun sekalung tahniah buat Pak Cik Roy yang berjaya sekurang-kurangnya mengelak dari dibaham oleh wartawan pro-London. Tahniah semua. YNWA.
Itulah adat perlawanan. Kalau ikutkan kita dah menang dah. Tup-tup boleh jd seri.
ReplyDeleteArsenal memang main dgn baik utk game nie.Mentang2 la ramai pemain muda, serang kita x hengat dunia.Tapi kita harus puji pasukan kita kerana dapat bertahan dgn baik.
Walau serang sekali-sekala, itu sudah ckp jika membuahkan hasil.
ok lah.. ader improvemet dr musim lps
ReplyDeletesemua main bagus...tp aku meluat bila si lucas masuk...hoyong hayang mcm mabuk...bila nak jual pemain ni
ReplyDeletetgh kena kuat. striker kena tambah lagi yg keras2. mascherano go to barca with cash + alexander hleb. aku sokong lepas aku tgk video ni. http://www.youtube.com/watch?v=7MNg4ghM194&feature=related
ReplyDeleteoh reina... :-(
ReplyDeletehard luck...
ReplyDeleteselalu sangat kita hard luck dengan arsenal lepas lead 1-0
2-3 musim lepas pun kena jugak sekali
lepas Arbeloa masuk main midfield tengah...