
Satu persatu tindakan rasional Hodgson makin terserlah. Paling baru beliau telah setuju beri pinjam Degen ke Vfb Stutgart. Kelab itu akan beli terus jika Degen main bagus dan kurang cedera. Memang tindakan ini bersebab kerana Hodgson telah nampak Darby atau Kelly mampu untuk berjaya di posisi Bek Kanan. Pemergian Degen juga atas faktor untuk mengurangan perbelanjaan, kerana gaji Degen mungkin boleh membayar gaji 2 atau 3 pemain muda untuk posisi yang beliau tinggalkan.
Setakat ini saya kebih menyukai Kelly daripada Darby untuk posisi Bek Kanan itu. Sebabnya pergerakan Kelly lebih pantas dan beliau mampu melakukan hantaran lintang cantik kedalam kawasan penalti lawan. Rasanya macam lihat Rob Jones main pun ada. Namun Darby lebih kepada Carragher masa muda-muda, kawalan ketat untuk elak lawan cuba pintas kekawasan serta mempunyai deria untuk membaca bahaya dari pergerakan sayap lawan.
Kemampuan pemain remaja kita untuk posisi tinggalan Degen saya tak nafikan, malah sokong sebab kematangan dalam persembahan mereka sudah terang lagi bersuluh. Itu semua tak bermakna bahawa tiada pengganti Degen akan di beli. Jika ura-ura pemilik baru akan membeli pasukan kita dalam masa terdekat tak mustahil seorang pemain yang lebih berkualiti akan dibawa masuk untuk beri tekanan kepada Johnson. Harap-harap Philip Lahm.
No comments:
Post a Comment