
Makin dah nak mula musim, Mascherano tak berambus lagi. Dah tak sabar nak tunggu pemain yang nak jadi pengganti Kapten Argentina itu. Makin lama makin ramai yang dikaitkan, padahal tak ada bidaan formal dibuat. Namun buletin Liverpoolkita masih akan menyiarkan berita tentang sesiapa sahaja yang nampak macam sasaran kita walaupun kadangkala agak kesamaran.
Secara ekslusif, kali ini sasaran Hodgson bukan yang tua sangat tetapi boleh kata muda lagi dan telah matang. Tak payah kenalkan lagi bekas pemain Arsenal, Flamini yang kini bermain dengan AC Milan. Masa dekat Arsenal dulu bukan main rajin mamat ni, cuma peluang beliau untuk main posisi tengah terbatas kerana Fabregas tengah naik. Alih-alih sampai kena main bek kiri masa Ashley Cole cedera.
Mungkin sebab tu Flamini tak mahu perbaharui kontrak dan belah begitu sahaja ke AC Milan untuk kononnya bina kerjaya dan ingin berjaya. Namun langit tak selalu cerah, pergi ke San Siro bukan mudah untuk Flamini saingi kuda tua macam Pirlo, Gattuso dan Ambrosini untuk posisi tengah. Tetapi malang dia sekadar pemanas bangku simpanan sahaja. Lagi sedih tempat beliau dalam pasukan kebanggsaan telah diambil alih oleh orang lain.
Sememangnya Flamini adalah pengganti ideal untuk tempat pemain tengah bertahan. Gaya permain pantas, kawalan ketat dan bentesan keras adalah identiti pemain ini ketika di Arsenal. Tak pasti adakah dia telah mengevolusi atau lingkup di AC Milan. Tapi baru-baru ini semasa perlawanan pra-musim lawan kelab lama Arsenal, banyak yang puji yang Flamini masih mantap bergetah.
Saya tak pasti Flamini mahu ke Anfield atau jika diberi peluang, namun bagi saya jika dapat Flamini sudah dikira lebih selamat berbanding nak bawa Poulsen. Risiko untuk Flamini bukan masalah tetapi risiko kecederaan dan harga mungkin tak jadi masalah sebab Flamini pun tinggal setahun lagi kontrak tak silap.
Kalo mamat nie aku suka berbanding Poulsen.
ReplyDeleteTapi nampak gaya mcm jadi jek si Poulsen tue kalo diikutkan bace kt sumber2 lain.