
Kejutan pagi ahad yang indah apabila tengok Blog kawan-kawan lain pasal Aurelio. Biar betul. Tak puashati lagi selak Liverpoolfc.tv, barulah percaya yang saya bukannya masih dalam mimpi. Ini merupakan satu petanda yang Hodgson mempunyai visi yang mantap, dengan menguatkan pasukan tanpa keluarkan satu sen dana. Wahhal dah berpuluh-puluh pemain dikaitkan untuk ganti beliau. Kiranya kita tak perlu risau untuk jangka masa 2 tahun untuk mencari Bek berkaliber untuk posisi itu, kerana sebelum ini Aurelio memang Bek kiri No.1 kita.
Seperti biasa rutin pemeriksaan kesihatan telah menunjukkan Aurelio masih boleh bermain, namun saya risau dia mungkin akan kerap cedera seperti dulu. Memang tidak dinafikan kecederaan lutuit adalah musuh utama pemain bola sepak dan ramai bintang kita seperti Rob Jones dan Vergard Heggem bersara kerananya. Kalau Dr Bruekner dapat memulihkan Aurelio sebagaimana yang dia buat keatas Kewell, nampaknya Doktor itu kena dapat bonus lebih tahun ini.
Ini merupakan berita gembira buat kita, namun berita malang buat Man U dan Chelsea. Mereka mungkin lega mulanya bila Aurelio macam dah pergi. Tapi bila pakar sepakan lencong ini kembali maka takkan tidur lena, Peter Cech dan juga Vander Sar lepas ini. Biar pun begitu Hodgson perlu mencari seorang bek kiri untuk belajar dari Aurelio dan menjadi pengganti kalau dia MC pula nanti.
Mmng berita baik utk peminat liverpool.
ReplyDeleteLgpun aku mmng minat ngn mamat ni.
Free kick die mmng mantap..
Harap2 x injured lg lepas nih..