
Sebelum perlawanan ramai peminat yang cakap besar mengatakan kalau Chelsea boleh benam mereka 6-0 takkan kita tak boleh separuh dari itu. Namun segalanya bukan seperti dirancang, kita hanya mampu gembira dengan satu gol sahaja. Inilah yang cuba diketengahkan oleh Hodgson, main buruk janji menang. Macamana tak buruk, boleh dikatakan pemain kita main dengan tempo yang lembab pada separuh masa pertama. Cubaan untuk buat gol dari kita tiada langsung tapi West Brom nampak lagi bahaya. Lagi satu pengadil nampak terlampau lembut dengan dua-dua pasukan. Banyak insiden dicincaikan padahal jika pengadil lain mungkin akan lebih tegas dan banyak kad dilayangkan.
Secara keseluruhan pasukan kita masih belum dalam ciri-ciri juara. Banyak yang perlu diperbetulkan. Paling ketara ialah Skrtel, dia ialah liabiliti pasukan malam tadi. Insiden tarik baju dalam kotak penalti, amat merisaukan. Bukan sekali dia buat tapi rasanya dekat 3-4 kali dia terlepas dari hukuman. Johnson antara pemain yang saya nampak agak merosot, dari bertahan hingga menyerang, serba tak menjadi. Banyak kali tinggal kawasan kerana taksub menyerang dan pemain lain kena pergi bantu dia.
Kuyt dan Jovanovic pada mulanya amat lemah sekali, namun apabila keduanya saling mengubah tempat, nampak ada peningkatan sedikit. Gol Torres adalah sumbangan Kuyt yang pintar nampak ruang untuk Torres. Sebut pasal Torres saya nampak separuh pertama dia macam tak cergas, tapi separuh kedua selain dari menyumbangkan gol dia lebih bahaya dengan percubaan demi percubaan bahaya. Mungkin dengan Birmingham nanti kita akan lihat Torres yang sebenar.
Gerrard nampak sangat sibuk malam tadi. Dia terpaksa turun sedikit kebawah untuk membantu tengah dan kembali keposisi serangan untuk bersama Torres. Ini kerana gandingan Lucas Poulsen kurang kreatif dan begitu statik. Ketiadaan Joe Cole akibat digantung perlawanan jelas terasa. Mungkin Miereles yang baru dibeli akan memberikan anjakan paradigma baru ditengah. Dia sendiri cakap yang dia bukan bercirikan Mascherano dan ada stail tersendiri.
Mungkin ramai yang lihat kelibat bakal bek kiri kita yang baru iaitu Kochensky sedang mengusha perlawanan di Anfield. Dah terang lagi bersuluh yang Agger akan kembali keposisi tengah, manakala Skrtel boleh rehat sementara. Namun kita bakal melihat samada Miereles , Kochensky dan mungkin pemain baru lain semasa perlawanan dengan Birmingham nanti.

tak sabar gua nak tunggu dua budak baru nie main!
ReplyDeleteWalau apapun, syabas...
ReplyDeleteApsal la Roy x letak Babel sbg wing kanan utk match mlm td. Die nmpak serasi main kanan drpd kiri..Lgpun kita perlukan kelajuan beliau dlm counter-attacking.
Kuyt letak la wing kiri since die main utk Belanda kiri..apa salahnya..
Aku pon dok tunggu2 bila si Raul nie main.
Harap2 sempat ler beli 1 lg striker..