
Kesian Insua. Nasib beliau tak seceria musim lepas. Sejak Fiorentina tidak mahu lagi untuk mengambil pemain ini, dia kembali ke Anfield. Berlatih bersama rakan-rakan lama dan sempat bermain dalam perlawanan pramusim tempohari. Main pun macam tak bersemangat tidak seperti musim lepas. Tapi kini tempat beliau telah diambil oleh Kelly dalam Piala Europa ketika menentang FC Robatnicki. Ini mungkin isyarat oleh Hodgson yang Insua memang sepah yang terbuang. Malah dengar cerita Hodgson tetap akan membeli bek kiri baru tak kira Insua kekal atau tidak.
Langit mungkin takkan mendung selalu. Harapan untuk makan Spaghetti di Itali mungkin bakal termakbul. Dengar cerita kelab Genoa telah beli Insua ke Serie A. Sila rujuk wikipedia Genoa CFC.Kelab itu tak keberatan untuk terima gaji yang Insua mahukan seperti di Anfield. Cuma bab nilai perpindahan tidak dinyatakan cuma tulis undisclosed fee. Kelab ini nak kata lekeh sangat taktahu pula tetapi mungkin tak tersohor macam Fiorentina.
No comments:
Post a Comment