
Bumi Merseyside kini diancam peperangan Robot kali kedua setelah, berjaya menewaskan askar Robot di tempat mereka. Perwira muda Ngog yang menjadi pemusnah robot yang direhatkan dalam pertempuran dengan pasukan dari Jerman, pasti akan diberikan tugas utama sekali lagi mengancam pertahanan askar Robot. Beliau yang disimpan atas alasan bertapa untuk meningkatkan aura pembunuh, telah yakin akan memberikan tentangan buat askar Robot.
Ketua Turus Merseyside Merah, Hodgson pasti akan menurunkan Jeneral Gerrard, Laksmana Cole, Pegawai Waran Carragher serta Leftenan Johnson. Ini kerana mereka yang hanya terlibat dengan satu pertempuran di Jerman, perlu segera mantap fizikal dan mental sebelum menghadapi askar Senapang yang ramai soldadu muda. Pertempuran dengan robot merupakan medan terakhir sebelum skuadron utama berkubu di Kota Anfield menerima kedatangan dari Puak Senapang dalam misi menakluki Takhta Inggeris.
Selain wirawan tempatan, wirawan upahan luar juga bersumpah akan bersama-sama mempertahankan bumi Merseyside. Ketiadaan Ketua Kubu Anfield, Reina yang baru pulang dari Perang Dunia di benua Negro, bakal diisi oleh pembantunya, Cavaleari. Walaupun imej beliau tercalar akibat kesilapan ketika pertempuran di Taman Borussia tempohari, namun dia berikrar yang perkara tersebut tidak berulang kembali dan lakukan kamikaze dengan kerat leher (ayam).
Barisan pertahanan sedikit memeningkan kepala. Bukan masalah kekurangan anggota tetapi semua anggota berebut untuk beberapa tempat utama. Tak pasti samada Prebet Simpanan Ayala yang menyebabkan kekalahan di Jerman akan turut serta kerna terlibat dengan Kadet Simpanan. Kini pilihan untuk posisi penangkis tengah akan jadi saingan Carragher, Skrtel, Agger dan Kargiakos. Kedudukan Penangkis Sayap pasti milik, Johnson dan Aurelio tetapi soldadu muda Kelly, Darby dan Insua akan bersiap sedia.
Tetapi belum pasti siapa akan mengetuai pasukan untuk pertempuran ini. Mengikut dekri Gerrard adalah ketua diikuti Carragher. Tetapi ketika di planet Robot, Mejar Lucas di beri mandat dan mengetuai kemenangan. Namun jika kedua-duanya wira veteran tidak dimasukkan diawal pertempuran, maka sah Lucas akan melaksanakan tugas yang sudah tidak berapa rumit kerana telah mendapat kelebihan kemenangan di kubu lawan.
Cava
ReplyDeleteGlen Carra Agger Aure
Lucas Gerrard
Cole Aqua Jova
Ngog.
pemanas badan ...
der live tak, kt astro?
ReplyDeleteaku tgk online streaming jer..haha.
ReplyDeletesuka baca karangan nie..
Astro cenel 812 kot pkl 245 pg... entah dlm fb mylfc tulih...
ReplyDeleteCenel astro 816. Ngog 1-0 Robot
ReplyDelete