Tanpa buang masa mari kita cerita bab jaga kawasan atau Zonal Marking dalam bahasa Inggeris. Saya tak berapa pandai bab teknikal tapi oleh kerana taksub dengan Rafa, maka sedikit ilmu tentang benda alah taktik ini saya perhati dan dalami (dengan bantuan en Google).

Elemen yang ada dalam Zonal Marking.
Z = Kawal Zon
M= Kawal Lawan
F= Bebas
C=Tengah
S=Sudut
Kelima-lima elemen ini merupakan sistem hybrid yang Rafa selalu gunakan dan berbeza dengan teknik ortodok Zonal yang semua pemain akan kawal. kawasan masing-masing.
1. Kawal Zon- setiap pemain barisan terakhir ini selalunya dibarisi oleh pemain pertahanan. Tugas mereka ialah menjaga kawasan mereka apabila bola sampai kekawasan mereka dan pastikan penyerang akan dihadang dari mendapatakan bola.
2. Kawal Lawan- selalunya tugas ini diberikan kepada pemain yang agak pendek dan mereka akan mengacau dan hadang lawan dari menyerbu kedalam kawasan Z.
3. Pemain Bebas-selalunya Torres atau pemain yang mempunyai kepantasan dan juga tandukan yang baik digunakan untuk bebas mengikut arah bola dan selalunya berada dihadapan gawang.
4. Kawal Tengah- pemain ini adalah perancang untuk serang balas apabila bola berada dalam kawasan beliau. Disamping menjaga bola muntah yang keluar dari kotak penalti tidak disambar lawan.
5. Kawal Sudut - pemain ini akan awasi pengambil sepakan dan akan terkam jika hantaran pendek dilakukan. Biasanya pemain paling pendek dan tiada jiwa bertahan paling sesuai.
Bro nice knowledge sharing. Tapi aku dapat rasa season ni Liverpool akan better defending dari set-pieces xmacam season lepas.
ReplyDelete- YNWA -
aku rasa kelemahan ketara kita adalah ketumpulan bahagian serangan kita .jadi skrg uncle roy tgh mengetest formasi mana yg sesuai ,sama ada menggunakan twin strikers atau single striker dangan bantuan 2 atau 3 player attacking midfielder.bahagian tgh kita punyai ramai player yg bagus dan juga winger kita pun ramai yg bagus2. bagi akulah team kesayangan kita ni akan mantap sekurang2nya 3 atau 4 bulan.atau pun 15 games keatas.
ReplyDelete