
Sekarang ribut taufan khabar angin bertiup kencang. Masanya telah tiba buat peminat Liverpool mengalu-alukan berita yang tak berapa sahih tapi menggembirakan. Lucas atau Luncai atau Beluncas atau apa sahaja gelaran buat pemain tengah Brazil yang dibeli Rafa dari Santos yang disamakan seperti Dunga akan angkat kaki. Nampaknya virus keluarga Mascherano dah merebak kat keluarga Lucas pula. Mereka mungkin tak selesa setelah pandai baca Bahasa Inggeris dan tengok Blog Liverpoolkita, yang peminat Liverpool dok ejek Lucas. Cakap Lucas tak bagus, bodek kuat, main hampeh, rambut serabai, kaki tak bedung dan macam-macam lagi lemparan kutukan dalam forum peminat Liverpool.
Saya berkecuali dan tak bersekongkol dengan golongan fahaman kiri anti-Lucas. Namun saya akur yang Lucas takkan jadi Dunga dan takkan bawa kita kemana-mana. Umpama tunggu burung unta nak terbang, sampai lekang sayap tak tentu boleh. Untuk itu saya rasa jika dimakbulkan doa peminat fahaman kiri anti-Lucas, ramai yang gembira atau saja buat-buat sedih. Kita apa nak heran Jonjo Shevley lagi bagus kalau diberi peluang macam Lucas. Kalau takut nak beri peluang kat Jonjo, Defour pun saya rasa amat cocok ganti Lucas. Mungkin secara senyap-senyap wakil Palermo akan ke Anfield esok nak jumpa terus tuan punya badan. Cuma jangan gembira dulu, ini hanya khabar angin. Di ulang hanya khabar angin.
brita yg gumbira utk peminat2..patutnya dh lama.dh mamat ni blah..ramai lg pemain muda yg boleh main lebih baik drpd beliau.. p/s : dengar khabar liverpool dh dpt pengganti mascherano, Raul Mireles.
ReplyDeleteaku yg paling gembira kalo si luncai ni blah dr liverpool...pesanan aku utk dia.....poooodaaaahhhh
ReplyDeletekorg kutuk2 pn...tgk skrg...dier penting ker xpnting????
ReplyDelete