
Houllier pernah bidas Rafa tentang siapa lebih berjaya dalam karier di Anfield. Kalau tanya semua peminat semestinya akan tunjuk Rafa kerana dia menang Liga Juara-Juara Eropah berbanding Trebel 2001 Houllier. Tetapi saya agak terkejut dan terpaksa mengaku yang Houllier sebenarnya pemangkin kepada kejayaan Rafa. Sebabnya 11 daripada 18 pemain yang bermain pada malam ajaib di Isketambola (Istanbul), adalah pemain tinggalan Houllier. Hanya 4 anak buah Rafa yang dibeli iaitu Alonso dan Garcia main malam itu, Nunez dan Josemi sekadar pergi ambil pingat.
Namun apa yang ditinggal Rafa untuk Hodgson tak seperti Houllier tinggal kepadanya dulu. Kesemua pemain yang masih main sampai pencen seperti Riise, Murphy, Hyypia, Finnan dibuang padahal tiada satu pemain yang dibawa menyamai atau lebih mantap dari mereka. Kalau ada pun dah tak sama mentaliti, asyik nak fikir cabut ke kelab yang lebih kaya melana. Kesilapan Rafa sama seperti Houllier, suka ambil pemain murah dari kampong sendiri. Namun Rafa jenis cepat ambil ikhtibar, mana sampah masuk cepat-cepat kasi kitar semula keluar. Tapi nasib baiklah masih ada pemain yang berkualiti tinggalan Rafa iaitu Gerrard,Torres, Reina yang mahu kekal.
Jadi sekarang Hodgson menerima air tangan Houllier dan Rafa sekaligus. Saya tak harap Hodgson lama disini, paling lama 2 musim sahaja sebelum pemilik baru masuk. Namun Hodgson mempunyai set pemain yang bagus tetapi tidak menepati standard ISO 442 beliau. Namun beliau telah menambah Joe Cole, Jovanovic dan Poulsen untuk merojakkan legasi Houllier dan Rafa sekali. Kalau Hodgson berjaya sekurang-kurangnya menang satu piala maka, Houllier pasti masih berbangga kerana legasi beliau iaitu Carragher dan Gerrarrd adalah tulang belakang kepada kesemua kejayaan Liverpool selama ini. Tapi bagi saya kesemua bekas pengurus kita ada sumbangan masing-masing tak kiralah sesiapa pun, kerana mereka mahukan yang terbaik mengikut dana dan kemampuan masing-masing.
he heeee soal penguru kalau dapat jer piala dah kira baguslah tu, yang mana satu era yang lebih berjaya aku pon tak tau nak pilih, tapi era kejatuhan Liverpool aku tau bila
ReplyDeleteBila makhluk parasit Lucas ada dalam team Liverpool.
soryy lucas n lucas lagi,
sorry to say....,yang pastinya liverpool fc belum mencapai tahap pasukan yg digeruni ataupun yg boleh mencabar chelsea MU arsenal spurs or city.game 4 akan lawan MU.kalau team masih longgar payah la nak celen title season ni..
ReplyDeleteuncle roy must do something!
I enjoyed reading it. I need to read more on this topic...I admiring effort and time you set in your weblog, as a result of it's clearly one great spot where I can find lot of helpful info.
ReplyDeletefish
Aquarium fish
Gold Jewellery