
Formasi bijak 4231 digunakan oleh Hodgson mentang Robot. Ngog dibantu oleh 3 pemain iaitu Cole, Jovanovic dan Pacheco. Gerrard dan Lucas diganding ditengah. Kelly dan Johnson dibek sisi. Ditengah pula Carragher dan Skrtel menjaga benteng dan Cavaleari masih bermain digawang. Simpanan terdiri daripada Gulasci, Kargiakos, Wilson, Aquilani, Spearing, Maxi dan Ecceleston. Mascherano dan Insua digugurkan dari senarai untuk elakkan terikat untuk kejuaraan Eropah.
Keseluruhan permainan dikuasai Liverpool. Walaupun Rabotnicki jarang menyerang namun mereka mampu bertahan sehinggalah minit ke 21 gawang mereka bocor. Ngog menyempurnakan hantaran tinggi Cole dengan menanduk kemas untuk Liverpool mendahului dengan agregat keseluruhan 3-0. Ini merupakan gol ke-3 beliau musim ini dan menjadi penjaring terbanyak Piala Europa dan Liverpool buat masa ini.
Separuh kedua sekali lagi Ngog membuat onar dalam kubu Robatnicki. Dia menampan bola dan cuba mengelirukan bek lawan, tetapi telah dijatuhkan untuk pengadil memberikan penalti tunggal pada perlawanan ini. Kapten Gerrard diberi peluang mengambil sepakan penalti. Dengan tenang beliau mengelirukan penjaga gawang untuk menjadikan Liverpool didepan dengan 2-0. Agregat telah menjadi 4-0 .Misi kita telah berjaya layak keperingkat kumpulan,setelah keputusan muktamad setakat dua biji sahaja gol dijaringkan.
Syabas..
ReplyDeleteBnyak lagi peluang nk goal sebenarnya..
Ngog dah x nmpak ngok. Harap2 berterusan lah jd mantap mcm nih..
Pacheco diberi peluang main..
Cole dah mula menunjukkan keserasian dengan pemain2 Liverpool yg lain..
Aku pny MOM : Cole
ReplyDelete