Banyak yang positif boleh diambil pada perlawanan ini walaupun tewas. Mulanya ialah kita mempunyai kembar Gerrard yang bernama Jonjo. Dia adalah masadepan dan masakini pasukan kita. Dia berkali ganda hebat dari Lucas serta Spearing. Fizikal dan mental pemain ini sudah matang sebagaimana yang saya sendiri saksikan Gerrard tampil dalam pasukan Liverpool semasa kapten kita itu berusia 20 tahun. Jadi tak perlu risau jika Gerrard cedera atau digantung perlawanan, Jonjo boleh masuk terus dan melakukan tugas dibahagian tengah. Jika beliau bermain bersama Lucas saya pasti mereka mungkin gandingan masa depan bukannya Spearing katek yang tidak seberapa.
Cuma yang tidak menyenangkan ialah prestasi Ayala yang kian longgar. Sudah dua kali beliau mengakibatkan pasukan kita tewas. Ketika lawan Kaiserslautern dulu beliau gagal mengawal pergerakan dan terpelecot mengakibatkan lawan mudah melakukan hantaran dan gol mudah untuk mereka. Tetapi kali ini lebih teruk lagi apabila beliau terlalu gelabah hinggakan tidak dapat menampan bola sebaik mungkin dan lawan mudah merampas bola dan mengakibatkan Cavaleari terlopong mulut melihat bola bergolek kedalam gawang. Malahan dia nampak begitu lambat selambat Carragher yang dimamah usia. Kalau beginilah gayanya saya rasa Wilson mungkin akan mengatasi beliau sebagai bek gantian musim ini dan Ayala akan kembali ke pasukan simpanan.
Lagi satu yang paling utama ialah kita tidak mempunyai penyerang yang dapat mengerunkan pemain pertahanan lawan sebentar tadi. Tiada Torres maka tiada siapa lagi gerun dengan serangan kita. Pemain hingusan kita tidak berupaya menakutkan pertahanan BMG. Dalla Valle, Ince Jr, Eccleston dan Amoo masih kurang pengalaman dan skil untuk digunakan menghadapi lawan yang lebih matang. Nampak gayanya agak sukar musim ini jika penyerang berkaliber tidak dibawa. Paling tidak saya rasa Kuyt mesti diletakkan pada posisi penyerang bukan lagi dibahagian sayap.
Tidak lupa akan Joe Cole yang masih bergetah. Dia pasti akan menambah sengat dalam pasukan kita yang ternyata kurang umpanan cantik kepada penyerang. Lagi satu pastinya Cole juga dapat memberikan sumabangan gol dari luar kotak yang kita tandus sangat-sangat musim lepas. Aurelio kembali menyarung jersi kita juga masih seperti biasa mantap dan boleh diharap. Berbanding Insua yang semacam tak bersemnagat saja main, mungkin impian nak ke Fiorentina terkantoi sekerat jalan.
Dpt tgk match nie smlm live streaming. hahah
ReplyDeleteAyala - aii dh berapa kali mamat nie buat hal. Bila dah bagi bolos gol, baru nk tunjuk mantap.
Insua - mmng x bersemangat. Slalu je player lain dpt lepasi mamat nih. Antara nk kejar dgn x nk kejar tu sama bnyk..
Cara - nampak solid awal2 jek, pastu dh lembik nk kejar bola. Maklumla dh berumur.
Jonjo - Nampak mantap di bahagian tengah bersama Gerrard. Tapi bila nk attack tue, semua naik atas.Bahagian midfield xde orang nk jaga. Akibatnya bahagian Defender kita menggelabah bila kene counter-attack.
Aurelio - Nampak bersemangat baru. Bagus.
Pemain muda yg lain yg aku leh komen - Selalu terlepas bola, pass x tepat.
insua pun main lagi utl liverpool
ReplyDeleteletak jovanovic pairing ngn torres. wing kiri letak babel.
ReplyDelete