
Buletin Liverpoolkita telah menerima satu berita gembira. Seorang Taikun (Tychoon) China, Encik Huang Ah Loy cuba beli Liverpoolkita dari tangan Tokeysiber dan Amberan, dua orang Jutawan Barangan Lusuh (Bundle) dari Timur Leste. Huang memang sudah lama ushar Liverpoolkita kerana beliau juga kaki bola. Dia mahu Liverpoolkita jadi hebat macam Setan Merah FC, Spartak Chelski dan juga Senapang FC. Memang mulia hati Encik Huang, sampaikan dia nak setelkan hutang kelab serta berikrar bahawa akan membina Padang Anfield yang baru. Tak cukup dengan itu segala kemahuan Moderator Roy akan diberikan dalam bentuk dana yang banyak untuk dapatkan pemain-pemain bertaraf bintang. Semua peminat Liverpool Malaya amat berbesar hati. Kalau jadi pengambilalihan ini maka Liverpoolkita akan kembali kelandasan sebenar untuk mencabar pasukan lain untuk Liga Perdana.
No comments:
Post a Comment