
Roy Hodgson telah memulakan persoalan tentang masa depan Aquilani disini. Di berkata Aquilani mungkin bakal dipinjamkan ke kelab lama beliau, Roma atau Napoli. Walaupun begitu ejen pemain itu menafikan laporan itu. Namun secara logiknya kuasa menentukan kedudukan pemain samada kekal atau tidak adalah ditangan Roy. Tetapi apa yang menjadi tanda tanya kenapa Roy sanggup atau bakal membuat keputusan drastik itu. Yang kita tahu Mascherano mungkin akan dijual jadi tempat kat tengah mungkin ada kosong. Tapi ada kemungkinan kalau Mascher kekal mungkin Roy akan buang Aquilani.
Persoalannya kenapa Hodgson macam tak suka atau pandang sebelah mata dengan Aquilani. Saya punya pendapat ialah mungkin Hodgson nampak Aqua tak berapa nak sesuai kerana faktor permainan di Liga Perdana yang agresif. Rekod kecederaan beliau yang membimbangkan semasa di Roma juga adalah petunjuknya. Cuma Rafa yang terlampau tergesa-gesa nak cari pengganti Alonso setelah Barry tak dapat. Situasi sekarang amat berbeza dengan zaman Rafalution. Hodgson perlukan pemain yang lasak sebab itulah Poulsen dibeli, sebabnya musim lepas pasukan kita dibuli habis-habisan ditengah. Saya mulanya terkejut dengan perkara ini, namun kita kena akur yang Hodgson tahu apa yang terbaik untuk pasukan.
Aquilani main lawa tapi mudah sangat jatuh..
ReplyDeleteKita perlu pemain yg dapat main lawa dan lasak. Bab2 lasak nie aku rasa Aquilani xde. Tu sbb Roy nk loan tu..
Apa2 pun kalau Aquilani xde, Liverpool kene ade backup yg mantap la just in case Gerrard injured.
masalahnya...pengganti gerrard buat masa ni adalah si luncai lucas...aku heran ngan pemilihan mamat ni yg masih ada tempat..semalam main macam kambing mabok...heran aku heran
ReplyDeletetak per la, mungkin dia tak sesuai main kat EPL. jadi ini mungkin baik untuk dia demi kerier dia gak.
ReplyDeleteJangan risau semua... Kita ada Jonjo Shevley... budak botak yg bakal ganti gerrard
ReplyDelete