May 21, 2013
LIVERPOOL 1-0 QPR
Berakhirnya sudah musim 2012/13. Kemenangan tipis walaupun Liverpool menguasai permainan. Boleh dikatakan QPR sudah tiada hati nak main dan keghairahan sudah taida dalam sanubari pemain mereka. Liverpool walaupun tanpa 3 pemain utama, Gerrard, Suarez dan Agger tapi masih mampu menguasai keseluruhan permainan. Tapi macam biasa peluang banyak, namun penyudah masih tak kemas lagi.
Sebelum sepak mula para pemainat mempersembahkan mozek berupa hormat kepada Jamie Carragher sempena persaraan belaiu dari Anfield. Hari terakhir buat Carragher sebagai pemian Liverpool namun siapa sangka sudah 737 penampilan sejak 16 tahun lalu. Saya macam tak percaya pemain yang masih bergetah macam Carragher dah mahu bersara tanpa alasan macam kecederaan atau kesihatan yang kronik.
Disebalik kesedihan ada sinar gembira. Siapa sangka nama yang begitu asing, Jordan Ibe menjadi taruhan untuk perlawanan terakhir ini. sejak awal permainan kelibat lipas kudung pemain ini begitu mengiurkan. Sebiji macam apa yang kita lihat masa Sterling mula-mula tampil dulu juga. Tapi Ibe lebih gempak kerana beliau membantu kepada kemenangan malam tadi dengan hantaran kepada Coutinho untuk gol tunggal.
Ada cerita sensasi seblum perlawanan yang mneyatakan bahawa bukan saja ini perlawanan terakhir bagi Carragher tapi ianya mungkin terakhir buat ramai lagi pemain. Paling heboh diperkatakan ialah Pepe Reina yang bakal balik kampung ke Catalunya untuk bersama kelab lama beliau Barcelona. Tiada angin masakan pohon bergoncang. Berita ini mungkin sahih kerana perbincangan belakang tabir sedang direncanakan menurut sumber yang boleh dipercayai.
Walaupun Liga dah berakhir, namun blog ini akan terus menyajikan berita dan analisa mengenai musim 2012/13 sepanjang cuti Liga Inggeris ini. Mungkin informasi dari blog ini tak sekerap mana tapi versi facebook/Liverpoolkita mungkin akan lebih menyajikan informasi dan lebih interaktif.
May 18, 2013
LIVERPOOL LAWAN QUEENS PARK RANGERS
Liga Perdana Inggeris bakal melabuhkan tirai. Perlawanan terakhir akan dijalankan serentak disemua gelanggang. Namun tidak seperti musim yang lalu yang mana perlawanan terakhir menentukan selamat atau tidak pasukan untuk turun atau kekal di Liga Perdana. Musim ini perlawanan terakhir hanya pelengkap jadual kerana sudah diketahui pasukan mana yang akan melingkup turun ke Liga Kejuaraan musim depan. Wigan, Reading dan lawan kita nanti QPR sudah menempah tempat ke bawah. Maka perlawanan ini nanti tak berapa rancak seperti yang diharapkan.
Saya teramat dukacita kerana perlawanan ini nanti merupakan perlawanan selamat tinggal untuk lagenda kita Carragher. Beliau sebaya dengan saya dan boleh dikatakan saya mengikuti karier beliau dari seorang pemain mangkaq yang selalu kena ayam dengan Thierry Henry sehinggalah menjadi pemain yang digeruni oleh segenap penyerang terhebat didunia semasa kemuncak karjaya beliau. Ronaldo, Messi, Drogba, RVP, Raul dan ramai lagi penyerang handal telah merasa bentesan dan terjahan beliau. Dan ramai menyatakan bahawa Carragher adalah yang terbaik dalam kelas yang tersendiri.
Kejayaan Carragher siapa boleh sangkal, kesemua piala dia dah pegang kecuali Kejuaraan Liga Inggeris. Bukan tak mampu tapi dua kali beliau hampir dapat masa Houllier dan Rafa, tapi nasib tak menyebelahi apa nak buat. Diikutkan dengan prestasi semasa dan kesihatan yang terbaik, 1-2 musim lagi Carra masih boleh main walaupun bukan sepenuh masa. Tapi perangai orang yang pandang kedepan, beliau mahu beri peluang kepada anak muda yang sedang naik seperti Kelly dan Wisdom. Tak pasti mereka boleh turuti jejak Carra, tapi harap mereka telah perhati dan belajar sepanjang berada dalam skuad utama dengan Carragher musim ini.
Walaupun tiada sasaran untuk perlawanan ini diharap pemain yang diturunkan nanti memberikan permainan cantik, menarik dan perolehi kemenangan hendaknya. Diharap juga Brendan boleh selit seorang dua pemain muda untuk bermain dalam perlawanan Liga. Tak bagi main terus pun tak apa tapi hujung-hujung perlawanan kasilah peluang sebab ini juga bentuk motivasi yang boleh menggalakkan perkembangan mental pemain muda. Dengar cerita juga jersi baru bakal dipakai oleh pemain untuk tontonan umum dan itu sebabnya nak kena tengok perlawanan nanti.
May 16, 2013
BUAT PENYOKONG PLASTIK
Tulisan kali ini bukan nak jaga tepi kain orang. Tapi saya sebagai peminat setia Pak Cik Rafa Benitez rasa tersangat meluat dengan gelagat peminat Chelsea yang begitu sombong, bongkak dan perasan bagus. Sepatutnya sesiapa sahaja yang menjadi sebahagian daripada kelab kamu, raikanlah mereka. Tapi Rafa sepanjang semusim bersama kelab Russia London, dia tak pernah diberikan kata-kata semangat selain dari cacian dan hinaan.
Mungkin salah beliau sendiri menerima tugasan pelik menjadi pengurus Chelsea. Belia sendiri mungkin tahu yang peminat Plastik Chelsea amat bencikan Rafa. Kerana pada mereka Rafa adalah Liverpool dan Liverpool adalah Rafa. Ada juga yang merasakan Rafa akan menjadikan Chelsea senasib dengan Inter Milan. Inilah fahaman totok peminat buta hati, kerana mereka tidak memahami erti semangat profesional Rafa yang begitu tinggi.
Sampaikan selepas kemenangan Piala Europa pagi semalam, saya tengok ramai peminat yang tidak pun memberikan kredit untuk Rafa keatas kejayaan pasukan mereka memburu Piala gred 2 Eropah itu. Sekalipun benci tapi tunjukkanlah semangat kesukanan dan berterima kasih kerana tak kerana Rafa, mustahil Chelsea yang dah tak berapa mantap dengan ramai kuda tua mampu menjulang Piala dan masih dalam kelayakan Liga Juara-Juara.
Bagi saya dan kebanyakan peminat Liverpool, setiap kisah kejayaan Rafa kami raikan kerana Rafa ada dalam lipatan sejarah Liverpool selama-lamanya. Selamat berjaya Senor Rafa Benitez. Hola !!!
- Bingkisan kejayaan Rafa Benitez.
- Valencia
- Liverpool
- FA Cup (1): 2005–06
- FA Community Shield (1): 2006
- UEFA Champions League (1): 2004–05
- UEFA Super Cup (1): 2005
- Internazionale
- Supercoppa Italiana (1): 2010
- FIFA Club World Cup (1): 2010
- Chelsea
Individual awards
- Don Balón Award (1): 2002
- UEFA Manager of the Year (2): 2003–04, 2004–05
- Premier League Manager of the Month (6): November 2005, December 2005, January 2007, October 2008, March 2009, April 2013
Labels:
Rafa Benitez
May 13, 2013
LIVERPOOL 3-1 FULHAM
Penguasaan bola tak menjamin gol, itulah hakikatnya apabila Brebatov yang memang sangat pemalas tiba-tiba dapat menanduk masuk gol Fulham dari serangan mereka. Walapun bek mereka Reither dah berjarak dalam keadaan curi ayam, tapi penjaga garisan agak pening mungkin kurang tidur agaknya. Nak salahkan bek mungkin juga tapi dengan formasi sebegni tak musathil lawan dapat menggunakan kelemahan dari posisi sayap yang terlopong bila bek sisi tidak berada di posisi pertahanan.
Dalam keadaan Fulham masih berasa ghairah akibat gol pembukaan, pasukan kita tak pernah putus asa dan kali ini Sturridge menjaringkan gol penyamaan. Dalam dok main hantaran demi hantaran, rupa-rupanya gol tak muncul dari gerakan cantik tapi bola lambung Wisdom tepat kepada Sturridge yang melakukan tipu helah mengantoikan bek Fulham dan meledakkan gol pertama beliau. Itulah semangat yang perlu ditunjukkan jangan putus asa dan jangan ikut sangat taktik pengurus nak main cantik padahal jika ada lubuk kosong ambil peluang jangan malu-malu.
Separuh kedua Brendan Rodgers telah menjadi Masta Taktikal dengan melakukan pertukaran sekaligus merombak formasi dari 3-6-1 kepada 4-5-1. Enrique dibawa masuk menggantikan Wisdom. Walaupun Wisdom main agak baik tapi perancangan bijak Brendan ada untuk memastikan tiada peluang untuk Fulham mencuri ruang dibahagian tepi serta membolehkan pasukan kita menumpukan usaha menambah jaringan. Ianya membuahkan hasil apabila Sturridge berjaya menjulang hatrik dengan bergaya. Tapi ianya tak terjadi tanpa kecerdikan perancang utama berjersi no. 10. Coutinho telah melakukan hantaran maut dan mengelirukan yang disudahkan oleh Sturridge dengan baik. Boleh dikatakan kesemua gol yang dijaringkan Sturridge sempoi-sempoi belaka.
Nak kata Fulham tak melawan tak juga, banyak peluang mereka dipatahkan oleh bek serta kecekapan Reina yang nampak telah kembali mantap. Sebab itulah Barcelona nampak beria-ia nak jadikan beliau goli utama mereka untuk gantikan Valdes. Saya harap Pepe kekal, tapi jika tawaran luar biasa sampai dan Pepe nak balik kampung, harga minimum 20juta pound tanpa diskaun. Bukan kita tak sayang dengan beliau, tapi dalam situasi pokai dan pemilik teramat kemut, Brendan mungkin akan pilih opsyen menang-menang bagi membawa Liverpool jauh kedepan.
Nampaknya pembelian Januari Brendan memang berbaloi kerana kombinasi mereka telah memberikan kemenangan manis buat peminat. Sturridge talah mencipta rekod sebagai pemain yang terpantas mendapatkan 10 gol cuma dalam 13 perlawanan, mengatasi Fowler dan Torres. Manakala Coutinho pula adalah pembuka peluang dan sumber inspirasi untuk gol Liverpool sejak beliau ke Anfield Januari lalu. Walaupun kemenangankali ini tak dapat merubah kedudukan kita yang kekal di posisi ke-7 liga, tapi yang dicari ialah momentum dan persembahan baik yang bagi membentuk pasukan terhebat untuk musim depan.
May 11, 2013
LIVERPOOL LAWAN FULHAM
Perlawanan ini hanyalah pelengkap jadual bagi Liverpool, tapi sebaliknya buat Fulham. Martin Jol perlu sekurang-kurangnya seri untuk menyelamatkan diri dari masuk kedalam kumpulan terdesak yakni kumpulan yang bakal terjerumus ke Liga Kejuaraan. Keadaan ini mungkin nampak mereka terdesak dan saya rasa mereka bermain dengan sepenuh tenaga dan meletakkan kesebelasan terbaik.
Berbanding dengan pasukan kita, 2 pemain utama telah disahkan terpaksa berehat untuk menjalani pembedahan. 2 pemain tulang belakang yakni Gerrad dan Agger bakal direhatkan dan pengganti beliau mungkin telah sedia maklum Henderson dan Skrtel. Formasi mungkin berubah dengan pasukan kita bakal main 4-4-2 menurut ramalan saya kerana Borini mungkin bakal diturunkan untuk digandingkan dengan Sturridge.
Formasi permata(diamond) lebih baik digunakan daripada dok biar bermain dari tepi dan nampak buang masa dan tenaga. Lucas menjaga kawasan pertahanan untuk mengurangkan bebanan bek tenngah dan Coutinho membantu serangan dan memang cun untuk menjadi perancang utama gerakan. Tugas Henderson dan Downing mudah yakni mereka berlegar-legas atas bawah bantu apa yang patut samada menerang atau bertahan.
Kemasukan Skrtel menggantikan Agger sesuai tapi apakah Skrtel sekarang macam Skrtel musim lepas. Saya harap sangat dia kental semnagat walaupun turun pangkat dan tersisih dari kesebelasan utama. Carragher yang masih bergetah harapnya boleh membantu Skrtel menjadi insan berguna pada perlawanan nanti, kerana Kapten Carragher yang vokal akan dirindui selepas bersara kelak. Enrique dan Johnson mengambil tugas pemain sayap membantu serangan dari bawah.
Kalau ikut rekod pasukan kita dengan Fulham sebelum ini memang cun, membelasah mereka 4-0. Tapi rekod kita pulak semenjak dua menjak ni pula tak cun lagi dah dok seri memanjang. Mungkin perangai main sambil lewa sebab tiada sasaran macam pasukan lain membuatkan sebegitu, siapa tahu. Perlawanan kali ini saya harap bagilah semnagat sikit penonton nak tengok. Kalau boleh bagi peluang pemain muda yang bersemangat dan mahu tunjukkan kebolehan main sebagai pemain gantian pun jadilah.
May 8, 2013
LIVERPOOL 0-0 EVERTON
Tengok keputusan pun dah tahu perlawanan teramat boring kerana pihak kita tak macho macam ada Suarez. Saya teramat heran kerana perlawanan seperti ini pasukan kita mesti nak tunjuk hero kepada jiran yang bertandang. Bukan saya mahu perlawanan yang berakhir dengan tumpah darah dan beraneka warna warni kad keluar, tapi pasukan kita terlalu berhati-hati dan Everton juga takut untuk buat kesilapan. Adakah kerna Liverpool mahu ke Liga Eropa musim depan melalui pintu belakang, maka pemain disyorkan jadi budak baik dan tidak main kasar.
Dalam tak banyak peluang yang pasukan kita cipta namun kelibat Coutinho cukup memikat hati. Saya nampak beliau adalah pemain yang terlalu konfiden tak padan dengan usia. Ketiadaan Suarez sedikit sebanyak terubat dengan aksi memukau dari beliau. Bagi Carragher perlawanan kejiranan terakhir beliau tidaklah membanggakan namun lebih baik jika kena bolos dek gol Distin yang tidak dikira kerana kekasaran lembut bak sutera. Perlawanan ini juga merupakan perlawanan terakhir Kapten Gerrard bukan kerana beliau bersara tapi kecederaan beliau dah tak mampu dirawat dengan semburan bius.
May 4, 2013
LIVERPOOL LAWAN EVERTON
Kebetulan sekali perlawanan kejiranan Liverpool dengan Everton kena dengan malam pilihanraya. Sudah tu pula kena waktu perdana pukul 8.00 malam tak silap. Pastinya jika tonton dirumah kena bersilat juga dengan orang nak lihat keputusan terkini pilihanraya. Jujur saya cakap yang saya suka ikuti perkembangan politik, jadi kalau boleh tak mahu terlepas kedua-duanya. Tapi kalau dah balik kampung, rumah Bonda Astro tak ada pakej Sukan, maka terpaksa layan menerusi lintas langsung di Internet.
Ingat Everton tak cuak tengok pasukan yang telah dibelasah Liverpool sampai 6 biji. Pasukan mereka mungkin lebih konsisten dari kita tapi jika tengok kedudukan Liga hanya dipisahkan 5 mata. Saya salut David Moyes yang telah lebih sedekad berjaya menjadikan Everton pencabar terhebat kita kerana sebelum ini bila sebut lawan Everton, paling kurang 2-3 biji boleh balun mereka. Itu dulu, sekarang boleh dikatakan nak menang dengan mereka bukan ibarat kacang Ngan Yin, tapi kekacang dalam bearing motor, silap gigit berterabur gigi. Mreka tak hebat mana tapi jangan ambil risiko dengan ambil mudah prestasi mereka
Formasi macam lawan Newcastle memang cun, dan tak perlu diubah juga kesebelasan utama kerana saya dah tak nampak yang terbaik dari ladang selain dari pasukan lawan Newcastle haritu. Cuma yang perlu tekankan ialah main lebih cerdik dan pelbagaikan corak permainan dan taktikal. Harus diingat pengurus mereka Moyes boleh tahan juga akal dan licik. Dia akan memggunakan apa juga kelebihan dipihak mereka disamping mencari kelemahan pasukan kita. Jadi jangan joli katak sebagai tuan rumah dengan terlalu seronok nak tunjuk permainan cantik. Main tenang dan biar seimbang antara menyerang dan bertahan.
May 1, 2013
Apr 30, 2013
LIVERPOOL 6-0 NEWCASTLE
Pujian kepada Brendan kerana beliau telah faham bahawa pemain no. 10 kita amat membazir diletakkan di bahagian sayap kiri. Posisi beliau dibawah sedikit dari penyerang utama adalah posisi feberet Coutinho kerana disitulah tempatnya pemain cilik dari Brazil itu menjahanamkan bek Newcastle dengan hantran maut yang memudahkan kerja Sturridge dan penjaring gol lain meledakkan gol sampai melambak-lambak. Saya cukup hairan bekas pemain SeriA ini dapat sulam dengan mudah dalam Liga Inggeris. Padahal pemain perancang macam Aquilani, Veron, Diamneti dll banyak yang kecundang padahal mereka begitu marbeles di Serie A.
Liverpool perlukan permainan secara berpasukan macam lawan Newcastle. Semasa ada Suarez semua mengharap beliau dan tidak cuba menggunakan opsyen lain. Sebab itulah bilamana Suarez kantoi banyak peluang mungkin kerana gerakan beliau sudah difahami bek lawan atau terlalu tamak untuk hasilkan gol tanpa hiraukan kawan-kawan lain, Liverpool memang nampak terlalu buntu. Kita boleh tengok yang pemain macam Henderson boleh jaringkan gol kerana pemainan kita tidak tertumpu kepada Sturridge sahaja. Malah paling membanggakan Borini yang dah berbulan MC pun masuk saja terus bubuh sebiji.
Saya rasa pasukan kita dalam landasan yang betul untuk kembali dalam golongan pasukan elit, cuma kena pastikan kesebelasan utama dikekalkan. Serius saya cakap kita amat perlu mengekalkan Suarez walaupun ketiadaan beliau pasukan kiita masih mampu menang besar. Sebagai pengurus, Brendan perlu lebih tegas dan buat pemain respek kepada beliau. Keupayaan Suarez dari segi fizikal dah OK tapi kekuatan mental perlu diperbaiki kerana semangat beliau terlalu membuak-buak dan terkadang tidak terkawal. Buatlah apa yang patut untuk kekalkan belia kerana kita takkan dapat pemain sehebat beliau untuk tahun-tahun mendatang dengan mudah.
Apr 26, 2013
LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE
Suarez dah diarahkan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris supaya berehat makan angin bersama keluarga selama 10 perlawanan. Saya tak pasti adakah serta merta atau pada tarikh akan datang kerana ianya bergantung samada Suarez mahu buat rayuan atau tidak. Saya akui memang dia buat kerja gila pergi kokak lengan Ivanovic dan memang ada sedikit jiwa kacau dengan Suarez walaupun saya tahu pemain Chelsea itu telah melakukan provokasi sampai Suarez tengok lengan mamat tu dah macam peha kambing salai.
Dipihak kita dan juga sesiapa yang nampak FA Inggeris berat sebelah, hanya Keadilan yang kita mahukan kepada Suarez kerana hukuman itu yang nampak macam lepas geram. Kalau kita ikutkan ada kes lampau yang sama juga terkena dengan pasukan kita. Masa itu zombie West Ham yang sekarang pemain Spurs, Defoe telah gigit Mascherano, tapi dia bukan kena macam Suarez tapi masih boleh main cam biasa sekadar dapat kad kuning. Inilah yang dinamakan Keadilan tahi kucing kerana mereka nampak kalau Saurez yang buat, kena hukum seberat-beratnya.
Saya dah tak nak fikir pasal benda ini kerana Suarez mungkin takkan bersama kita lagi musim depan jika pihak pengurusan Liverpool rasa beliau membawa imej buruk kepada Liverpool. Persetanlah imej buruk, kerana Eric cantona dipuja sebagai hero walaupun terajang kungfu peminat silap-sliap kena stud but boleh pecah muka. Kes Suarez ini hanya boleh dianggap kenakalan bukannya berunsur jenayah pun bagi saya.
Persediaan untuk bertandang ke St James Park dengan kontroversi Saurez tak menjejaskan semangat rakan-rakan lain. Ketiadaan Suarez pasti sikit terubat dengan kembalin semula Sturiddge yang menjadi nadi kebangkitan ketika seri 2-2 denagn Chelsea. Mungkin kita boleh lihat bagaimana rasanya Liverpool tanpa Suarez, mampukan bangkit atau sebaliknya bungkuih. Tambahan pula masa ni Newscastle tengah naik syiekh dan pemain utama mereka macam Tiote dan ben Arfa mungkin boleh main.
3 kali seri dalam perlawanan terdahulu membuatkan saya rasa pasukan kita masih jauh kebelakang dari apa yang Brendan janjikan selepas dapat BRIM untuk beli pemain dari FSG. Impian ke Eropah telah dijanji capatikan kerana kemampuan pasukan lain jauh lebih layak macam Arsenal dan Spurs kerana mereka kian konsisten mutakhir ini. Jadi untuk lawan Newcastle kali saya harap kita menang tak kiralah apa berlaku. Musim depan kita kira lain.
Apr 23, 2013
LIVERPOOL 2-2 CHELSEA
Saya tak sempat lihat perlawanan kerana balik kampung. Namun jangan ingat saya dok kedai kopi sembang politik, kerana saya akan sedaya upaya cari jalan untuk tengok perlawanan atau sekurang-kurangnya ketahui keputusan terkini. Namun melalui seorang rakan beliau suruh saya mengikuti lintas langsung dari Radio Mix FM yang berkolaborasi dengan Talksport UK. Jadi ulasan pengulas Talksport saja saya dengar dan mengikuti hanya setelah 30 minit perlawanan bermula. Walaupun ada terlepas banyak perkara dan hanya dapat mendengar komentar pengulas namun yang paling gempak saya rasakan ialah apabila Suarez menanduk gol penyamaaan minit kecederaan, sampai bingit telinga sebab pengulas menjerit sampai saya teringat Datuk Hasbullah Awang.
Oleh kerana memandangkan saya hanya dengar perlawanan bukan tonton secara langsung, saya pun tak boleh nak komen banyak. Tapi apa yang saya nampak keseluruhannya perlawanan dengan Chelsea ialah kali inilah Brendan Rodgers membuat pertukaran taktikal yang menjadi dan beliau nampak makin matang dan belajar dari pengalaman lalu. Seri dengan Chelsea pun dah dikira Ok kerana pasukan kita mempunyai semnagat juang yang begitu tinggi smapaikan tak sampai berapa saat nak habis perlawanan pemain tak putus asa untuk menyelamatkan maruah tuan rumah dari dimalukan pelawat.
Reputasi Suarez dalam perlawanan semalam boleh dianggap hero yang nakal. Kita peminat Liverpool mungkin akan sedaya upaya nak sebelahi hero kita itu tapi beliau di mata peminat lain seluruh dunia telah dihina dan macam-macam kutukan telah dilemparkan. Saya rasa perangai nakal Suarez ini takkan dapat berubah kerana dia mungkin keturunan Dracula kerana sebelum ini rakan sepasukan di Ajax juga dah kena baham. Jadi perbuatan beliau pasti akan mencalarkan reputasi beliau yang memang tak sunyi dari kontroversi bagai. Pihak FA Inggeris takkan duduk diam, paling tidak hukuman paling ringan ialah rehat 5 perlawanan, walaupun Ivanovic tak mahu buat kes.
Apr 19, 2013
LIVERPOOL LAWAN CHELSEA
Ini kali lah perlawanan yang ditunggu-tunggu. Chelsea dan Liverpool ada nostalgia sesama sendiri. Bagi Liverpool, susuk bernama Rafa, Torres, Bennayoun pernah menjadi sebutan dan dianggap wira di Anfield. Namun bagi Johnson dan Sturridge lain pula anggapannya kerana mereka terbuang dan kembali bangkit sebagai pemain berkaliber setelah dibuang dari Stamford Bridge. Semasa Mourinho menjadi orang nombor satu di Chelsea, saya memang cukup meluat dengan Chelsea kerana taktik bangsat serta politik kotor pemilik kapitalis Russia yang menggunakan duit untuk berjaya. Namun kini setelah kuasa duit mereka telah dipantau UEFA, maka mati pucuklah mereka.
Ada yang cakap Rafa ialah ejen yang bakal melingkupkan Chelsea. Itu separa benar, namun hakikatnya Chelsea sendiri yang menebuk lubang kapal mereka sendiri sebelum lagi kedatang Rafa. Jadi misi Rafa hampir berjaya kerana mereka bukan lagi pencabar kejuaraan tapi nak pulun Liga Juara-juara pun sesak nafas. Sebenarnya Abramovich silap besar ambil Rafa kerana pemain Chelsea yang otai-otai macam Terry, Cole dan Lampard memang tak suka Rafa kerana permusuhan masa lampau ketika pasukan kita memang hebat di Eropah walaupun bertaraf pasukan miskin. Ada unsur-unsur sabotaj dalam kem Chelsea, macam juga pergolakan politik tanah air kita ini. Calon yang tidak direstui macam yang kat Shah Alam dijadikan calon. Itu contoh jangan ambil serius.
Kita jangan bernostalgia yang Liverpool boleh makan pasukan besar walaupun kena tiaw dengan pasukan cap ayam. Itu mitos musim lepas, dimana peledak gol ada dimerata-rata posisi walaupun pemainanan tak seksi macam musim ini. Chelsea walaupun sedang sakit tapi mereka ada sasaran tak macam kita yang hanya main untuk lengkapkan jadual. Dengan itu saya mahu permainan kita lebih menumpukan kepada permainan lebih selamat jangan terlalu gairah untuk menyerang kerana Rafa kenal hampir 70 persen pemain kita termasuklah Coutinho yang pernah ditonjolkan oleh beliau semasa di Inter Milan. Selain itu Rafa handal dengan taktikal dan boleh merubah permainan dari hampeh kepada kemenangan dalam situasi yang pelbagai.
Musim depan harus bermula dengan perlawanan ahad ini dengan Cheslea. Pasukan kita kena main hebat bukan dari main cantik sahaja tapi kena juga cerdik. Kalau itulah yang diterapkan oleh Brendan mungkin pasukan Chelsea balik tangan kosong Namun jika kita masih tak buang badi elergik dengan selalu tewas dengan pasukan tangga atas, musim depan mungkin perlu reformasikan pasukan sedia ada. Saya melihat bolasepak dari kacamata realistik bukan pesimis. Jadi peminat yang optimis yang jenis dok rasa Liverpool pasukan hebat didunia, jangan terasa dengan penilaian saya. Kita ada pandangan kita masing-masing, walaupun adakalanya saya silap atau betul namun semua berharap Liverpool akan kembali sebagai gergasi bolasepak Eropah.
Labels:
Premier League
Apr 17, 2013
DASAR PANDANG KE LEMBAH SUNGAI RHINE
Dasar pandang ke Barcelona takkan kemana bagi Liverpool .Realitinya aspek permainan, pengadilan dan juga jati diri lain sangat dengan spesis liga di semenanjung Iberia itu. Tengok apa dah jadi dengan Xavi Wales, Joe Allen, konon bakal supersta dan pasukan bakal dibentuk sekeliling ketiak beliau. Akhirnya Otai Gerrard, Tok Batin Liverpool jugalah yang menjadi tulang belikat kembalinya syahwat yang hilang pada separuh kedua musim ni. Jadi kebetulan dengan beralihnya angin Brendan dari tiki-taka Sepanyol kepada jenama baru bolasepak Jermain, yangberpusat di barat Sungai Rhine, Borussia Dortmund.
Saya bukan nak promo Pasukan Borussia Dortmund kerana Brendan yang minat, tapi antara pasukan Bundesliga selain Kaiserslautern, mereka inilah yang membuatkan saya dok jeling-jeling juga perihal Liga Jerman. Konsep Dortmund zaman menang Piala Eropah, 1997 bukan sama dengan kita menang di Istanbul. Mereka menang sebab mereka Juara Bundesliga, 2 tahun sebelumnya. Ini bermakna mereka hebat ketika itu dengan hampir separuh pemain mereka menyarung Jersi Jerman. Tak ramai yang saya ingat nama tapi banyak nama hujung.. ER... macam Basler, Kohler, Sammer, Moller. Tapi yang paling tak lupa ialah Riedle yang lepas itu jadi lejen di Anfield.
Model dan modul macam BVB inilah yang saya anggap paling cocok dan lebih praktikal untuk disalin dan ciplak kedalam sistem Liverpool. Ianya memang tak lari dengan Adat Istiadat Liverpool (Liverpool Ways), kerana Tok Wan Shankly punya corak pun memang ada mirip sistem BVB cuma ada kelainan dari segi teknikal kot. Itu tak penting yang penting mereka pernah alami kemarau dan hidup yang ceroi dalam perjuangan untuk menjadi pasukan yang sehebat sekarang. Adatlah nak bangunkan sesuatu teramat susah, tapi nak jatuh merudum memang sekelip mata, jadi kita bukan kena kaji bagaimana BVB tika menang, tapi lihat bagaimana mereka meniti arus kesusahan dan haprak dan ambil pengajaran bagaimana kebangkitan mereka.
Saya tak suruh beli semua pemain mereka, tapi kalau dapat Reus, Goetze dan Hummel apasalahnya. Tapi bukan itu agenda yang saya harap Liverpool terapkan. Kita harap Liverpool bermain dengan corak realistik dengan taktikal yang lebih menjurus kepada cari kemenangan dengan corak permainan pantas, agresif dan tidak mengada-ngada ala Barcelona dan Barcelona celup dari Wales. Kombinasi pemain kebanyakan BVB ada teramat perbagai guna atau bahasa Omputeh, Versetile. Taklah sampai Goli boleh main Penyerang tapi, setiapa pemain boleh main dan adaptasi posisi lain untuk mempelbagaikan corak taktikal permainan.
Jurgen Klopp mungkin tak lama di BVB, kerana dia sudah naik pangkat dan nak jadi macam Mourinho dulu-kala. Mungkin kelab elitis yang nak pancung pengurus mereka akan beratur nak jadikan pengurus muda berjiwa punk rock ini sebagai pencacai mereka. Namun dilubuk hati sanubari saya, kalau Brendan Rodgers nak digantikan bila beliau dah tak boleh mencapai inspirasi peminat, inilah calun boleh memenangi hati peminat Liverpool dan sekaligus merubah Liverpool menjadi pasukan yang betul-betul sempoi bukan hanya pasukan yang main cantik sahaja.
Labels:
komentar
Apr 15, 2013
REKOD YANG MERIMASKAN MAN U
Apr 14, 2013
LIVERPOOL 0-0 READING
Itu lah rezeki buat Reading dan tiada nasib buat kita. Bukan kita tiada usaha nak buat gol tapi setakat itu sahaja tuhan nak bagi, redhalah hendaknya. Kalau goli lain main mungkin saya ingat berguni gol malam ini. Saya puji usaha semua pemain sebab mereka dah melakukan yang terbaik walaupun ada kritikan sebab tak menang. Lagi satu pasukan kita tak digeruni lawan sebab pemain kita semua ketot-ketot dan semuanya baik hati dan kurang bengis dan agresif. Saya bukan mahu samseng dalam pasukan tapi kekerasan perlu ada untuk membuli pasukan yang tak respek dengan kita dari segi permainan.
Lepas ni tiada makan angin lagi buat pemain. Chelsea, Newcastle dan Everton lawan kita yang saya nampak agak lebih bahaya dari 3 pasukan yang kita hadapi sebelum ini. Brendan Rodgers kena buat sesuatu walaupun saya yakin dia buntu kerana pemain sedia ada memang dah tak mampu nak berikan lebih dari apa yang kita harapkan. Cuma apa yang kita boleh berharap bahawa pemain dapat memberikan komitmen lebih tinggi walaupun jika tengok kedudukan liga payah nak bergerak dari tangga ke-7.
Labels:
Premier League,
Reading
Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
Liverpool
(216)
Rumours
(156)
Premier League
(146)
Priemer League
(70)
Steven Gerrard
(39)
Piala Europa
(37)
Champion League
(34)
Fernando Torres
(32)
Luis Suarez
(31)
Rafael Benitez
(30)
Youth
(24)
Kenny Dalglish
(21)
Lucas Leiva
(21)
cartoon
(21)
Dirk Kuyt
(20)
Hari ini dalam sejarah
(20)
Owner
(20)
Player
(20)
komentar
(20)
Isu terkini
(19)
kontrak
(19)
Chelsea
(18)
England
(18)
Piala FA
(18)
Awards
(17)
Lagenda
(17)
Daniel Agger
(16)
Jamie Carragher
(16)
Piala Dunia
(16)
news
(16)
Andy Carroll
(15)
Antarabangsa
(15)
Jersi
(15)
Man U
(15)
Man City
(14)
Xabi Alonso
(14)
Roy Hodgson
(13)
premeir league
(13)
ulasan
(13)
Alberto Aquilani
(12)
Everton
(12)
Lawak
(12)
Pepe Reina
(12)
Perpindahan
(12)
Piala Liga
(12)
Ryan Babel
(12)
cedera
(12)
Arsenal
(11)
Gossip
(11)
Javier Mascherano
(11)
kecederaan
(11)
Pengurus
(10)
ucapan
(10)
David Ngog
(9)
Liverpool tour
(9)
Newcastle
(9)
Robbie Keane
(9)
ex-liverpool
(9)
transfers
(9)
Alex Ferguson
(8)
Andrea Dossena
(8)
Joe Cole
(8)
Jose Enrique
(8)
Martin Skrtel
(8)
Carragher
(7)
Emilliano Insua
(7)
Iklan
(7)
Milan Jovanovic
(7)
Paul Konchesky
(7)
Raul Meireles
(7)
Sami Hyypia
(7)
Stoke
(7)
West Brom
(7)
anugerah
(7)
Alvaro Arbeloa
(6)
Aston Villa
(6)
Carling Cup
(6)
Craig Bellamy
(6)
Damien Comolli
(6)
Daniel Ayala
(6)
Jaringan
(6)
Jordan Henderson
(6)
Lawak Basi
(6)
Raheem Sterling
(6)
SPURS
(6)
Sebastian Coates
(6)
Stewart Downing
(6)
Sunderland
(6)
Tactical
(6)
Wigan
(6)
birthday
(6)
Andriy Voronin
(5)
Blackburn
(5)
Copa America
(5)
Fakta
(5)
Fulham
(5)
Jay Spearing
(5)
Midfield
(5)
Pemberitahuan
(5)
Pra-musim
(5)
Yossi Benayoun
(5)
Albert Reira
(4)
Belajar Bola
(4)
Charlie Adam
(4)
Christian Poulsen
(4)
Fixture
(4)
Glen Johnsen
(4)
Glen Johnson
(4)
Goalkeeper
(4)
Hull
(4)
Insua
(4)
Jermaine Pennant
(4)
John Henry
(4)
Liga Europa
(4)
Maxi Rodriguez
(4)
Pacheco
(4)
Pemain Terbaik
(4)
Rasis
(4)
Reading
(4)
Reserve
(4)
Rick Parry
(4)
Sparta Prague
(4)
Steve Clarke
(4)
West Ham
(4)
Wolverhampton
(4)
kontroversi
(4)
opponent
(4)
pinjaman
(4)
statistik
(4)
tahukah anda
(4)
winger
(4)
Birmingham
(3)
Brad Jones
(3)
Brendan Rodgers
(3)
Brighton
(3)
Defender
(3)
Euro2012
(3)
Hillsborough Disaster
(3)
Jadual perlawanan
(3)
League Cup
(3)
Liverpool Youth
(3)
Liverpool vs Arsenal
(3)
Liverpool vs Southampton
(3)
Nabil El Zhar
(3)
Owner Liverpool
(3)
Piala Europa Liverpool
(3)
Piala Europa.
(3)
Polisi
(3)
Primier League
(3)
Totenham hotspurs
(3)
Warrior
(3)
humour
(3)
Analisis
(2)
Andre Wisdom
(2)
Anelka
(2)
Bek kiri
(2)
Berita
(2)
Brazil
(2)
Carlos Tevez
(2)
Carta
(2)
Conor Coady
(2)
Contract
(2)
Damine Plessis
(2)
Danny Wilson
(2)
Doni
(2)
Europe
(2)
Fabio Aurelio
(2)
Fabio Capello
(2)
GOL
(2)
Ian Rush
(2)
Insiden
(2)
Joe Allen
(2)
John Flanagan
(2)
Jonjo Shevley
(2)
Kahwin
(2)
Kargiakos
(2)
Liverpool vs Man City
(2)
Liverpool vs Spurs
(2)
Liverpool vs West Ham
(2)
Martin Kelly
(2)
Norwich
(2)
Patrice Evra
(2)
Penjaga Gol
(2)
Peraduan
(2)
Pra musim Liverpool
(2)
Rafa Benitez
(2)
Retired
(2)
Rival
(2)
Rumours Liverpool
(2)
Sammy Leee
(2)
Skuad
(2)
Soroton Perlawanan
(2)
Suso
(2)
Trofi
(2)
Undian
(2)
VIDEO
(2)
Wembley
(2)
akademi
(2)
coach
(2)
games
(2)
loan
(2)
match report
(2)
queen park rangers
(2)
rekod
(2)
scouting
(2)
staff
(2)
striker
(2)
taktikal
(2)
Aaron Lennon
(1)
Adam Johnson
(1)
Alan Hansen
(1)
Alex Ferguson kena troll
(1)
Anfield
(1)
Antonio Cassano
(1)
Arsene Wenger
(1)
Beatles
(1)
Benayoun
(1)
Bike
(1)
Bilbao
(1)
Bill Shankly
(1)
Blunder
(1)
Bolton
(1)
Bootroom
(1)
Cardiff
(1)
Charles Itandje
(1)
Christian Zapata
(1)
Christopher Buchtmann
(1)
Columnist
(1)
David Martin
(1)
David Moores
(1)
David Trezeguet
(1)
David Villa
(1)
Dejan Lovren
(1)
Dietmar Hamann
(1)
Dimitri Payet
(1)
Djimi Traore
(1)
Epic Liverpool
(1)
Exeter
(1)
FC Braga
(1)
Facebook Liverpoolkita
(1)
Fan Man U provokas
(1)
Fans
(1)
Fifa
(1)
Fifa12
(1)
Flop
(1)
Gael Clichy
(1)
Gary Neville
(1)
Gerardo Bruna
(1)
Gerrard
(1)
Harry Redknapp
(1)
Hatem Ben Arfa
(1)
Hearts
(1)
History Channel
(1)
Honda
(1)
Howard Webb
(1)
Ian Ayre
(1)
Ian St John
(1)
Jack Hoobs
(1)
Jack Robinson
(1)
Jack Wolfskin.
(1)
James Milner
(1)
Jersi Torres
(1)
Jerzy Dudeks
(1)
Jurulatih
(1)
Keji
(1)
Kesebelasan Utama
(1)
Kevin Keen
(1)
Krisis
(1)
Kristian Nemeth
(1)
Krisztian Nemeth
(1)
Kyrgiakos
(1)
LFC TOUR 2013
(1)
LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG
(1)
Latihan
(1)
Leighton Baines
(1)
Liverpool players
(1)
Liverpool vs Aston Villa
(1)
Liverpool vs Fulham
(1)
Liverpool vs Man U
(1)
Liverpool vs Robatnichki
(1)
Liverpool vs Robatnicki
(1)
Liverpool vs Swansea
(1)
Liverpool vs Udinese
(1)
Liverpool vs Wigan
(1)
Majalah Bolasepak
(1)
Malaysia
(1)
Man Marking
(1)
Mario Gomez
(1)
Mascherano
(1)
Midfielder
(1)
Mourinho
(1)
Mouro Pederzoli
(1)
Nostalgia
(1)
Oldham
(1)
Peminat Liverpool
(1)
Penaja Liverpool
(1)
Penampilan ke 100 England Gerrard
(1)
Pengarah Strategik Bolasepak
(1)
Perlawanan Testimonial
(1)
Perolehan pendaptan Liverpool
(1)
Peter Crouch
(1)
Philip Degen
(1)
Platini
(1)
Player Of The Month
(1)
Press Conference
(1)
Ramadhan Liverpool
(1)
Raul Miereles
(1)
Roy Hodgson Tactic
(1)
Rumours Flamini Liverpool
(1)
SPUR
(1)
Sakit jantung
(1)
Samed Yesil
(1)
Sammy Lee
(1)
Sasaran
(1)
Sayembara
(1)
Sejarah
(1)
Sidang Akhbar
(1)
Stadium
(1)
Stamford Bridge
(1)
Stephen Darby
(1)
Steve McMahon
(1)
Swansea
(1)
Sylvian Marveaux
(1)
Testimonial
(1)
Titi Camara
(1)
Txiki Brigistain
(1)
Undang-undang
(1)
Zonal Marking
(1)
cetusan minda
(1)
children
(1)
cuba teka
(1)
degen
(1)
diving
(1)
facebook
(1)
fantasy football
(1)
formasi
(1)
gaji
(1)
galacticos
(1)
hukuman
(1)
jokes
(1)
klasik
(1)
maskot
(1)
pencabar
(1)
persahabatan
(1)
pre
(1)
preseason
(1)
protes
(1)
qpr
(1)
revenue income
(1)
santai
(1)
sayap kanan
(1)
setpiece
(1)
sponsor
(1)
squad
(1)
supporter
(1)
tips
(1)
tour
(1)
twitter
(1)
ulangtahun
(1)
youtube
(1)









