Jan 30, 2010

TAK BOLEH KANTOI LAGI

Ramai yang begitu berharap boleh makan pasukan Serigala sebelum ini tapi sebaliknya yang jadi. Walaupun tidaklah sampai di ngap oleh mereka tapi keptusan seri amatlah merugikan. Kalau dapat 3 mata, maka saingan ke slot liga juara akan lebih mudah. Apakan daya kemasukan semula Kapten Gerrard bukan membantu pasukan, tapi membuatkan pasukan kita  tidak keruan. Mungkin Gerrard masih belum pulih sepenuhnya atau beliau seperti cuba melakukan semuanya tanpa memikirkan semangat berpasukan. Contoh ketika lawan Spurs adalah tahap terbaik pasukan bermain dengan semangat berpasukan tanpa terikut rentak individu.

Apapun yang lepas dan terlepas biarkan nak buat apa dah ditakdirkan begitu. Hidup mesti terus. Cabaran Bolton menanti. Dibawah pengurus baru, Owen Coyle mantan pengurus Burnley. Bolton tidak semantap mana, walaupun ketika lawan Arsenal sebelum ini mereka sempat didepan dengan 2 gol tapi akhirnya menghadiahkan Gunners 4 gol. Saya yakin jika pasukan kita kembali bermain dengan semangat yang tinggi untuk menang maka 3 mata akan diperolehi. Tapi jika bermain terlalu berhati-hati, bertahan setelah mendahului, mungkin pisang akan berbuah dua kali seperti lawan Stoke sebelum ini.

Apa pun dah tak banyak perlawanan lagi sebelum bertemu pasukan yang lebih kuat. Kalau dengan Bolton Cap Ayam kali ini tak boleh makan mungkin sekali lagi kita akan harap pasukan pesaing akan mengalami keputusan buruk juga. Ini bukan mentaliti yang sihat buat pemain untuk meredah perlawanan mendatang.

Jan 18, 2010

YANG MANA SATU....

Hasil Nukilan Foolhampton Crew

(Bro Amberan…… Tolong edit tgk dimana ada kesalahan bahasa @ 18++….)

 

YANG MANA SATU....

nasib Rafa benitez masih lagi tidak terjawab. tugas beliau di anfield ibarat telur di hujung tanduk...pimpinan di Stoke dgn line up yg agak mengecewakan pada aku memberi isyarat bahwa Rafa mungkin perlu di ganti...musim 2009/2010 masih lagi belum tamat dan mengikut tradisi REDS mengekalkan kepercayaan kpd manager selagi musim belum berakhir.khabar2 angin sudah bertiup sepoi2 bahasa dimana ada diantara manager yg dikaitkan dgn kerusi panas yg masih diduduki Rafa. 

Guus Hiddink (Midas Touch) - one of the best manager in the world. sentuhan emas Guus telah byk kali di buktikan. Australia, South Korea, Belanda, dan semasa mengambil alih skuad Scolari di stamford Bridge, sentuhan emas Guus menjadi. Man City cuba mendapatkan khidmat Guus ketika kontraknya masih bersama Russia.ternampak seakan2 Guus akan mengambil alih salah satu kelab terkemuka.juga dikaitkan dgn Juventus. ternyata pilihan aku...bijak menggunakan para pemain yg ada... 

Jose Maurinho(The Special One) - sentuhan di EPL terbukti ketika bersama Chelsea. Pengurus kelab Inter ini menyatakan hasrat nya utk kembali ke england.antara pengurus muda yg berjaya. sengketa dgn Rafa mmg satu cerita hangat satu ketika. Bagaimana agaknya penerimaan peminat terhadap Maurinho. pasti sesuatu yg menarik. haha... namun Maurinho menyatakan REDS perlu di miliki oleh pemilik yg kaya dan bersedia melakukan pelaburan yg besar bg mendapatkan khidmat beliau. Agak berat, sebab keparat American masih kapla otak duit...Juga dikaitkan dgn Manyoo... Pilihan kedua aku..... 

Kenny Dalglish (King Kenny) - lagenda Anfield yg mampu meredakan sedikit perasaan penyokong REDS pada situasi sekarang. Jersey no 7 digeruni lawan pada era kegemilangan nya. Namun ketika memegang jawatan tertinggi seakan2 Dalglish terlalu awal melepaskan jawatan kpd Souness. dan sekarang Pengarah Akedemi & Club Ambassador ini adalah pilihan yg popular. persoalannya, adakah beliau pilihan terbaik...The King hanya mengurus Celtic lebih kurang seabad lalu.Ketiga pada aku... Coz he's The King...... 

Frank Rijkaard (Bad Boy)- Barca former manager, mengatakan Skuad REDS menggunakan style permainan yg teruk pada masa lepas.Kini membimbing Galatasaray dan terus mengangkat kelab tersebut untuk memberi persaingan sengit dalam pengejaran piala setelah menjalani musim yg mengecewakan pada 2008-09. Sentuhan Rijkaard masih menjadi biarpun setelah meninggalkan Barca. Namun hasrat Rijkaard utk membawa Ryan Babel ke Turkey mungkin petanda beliau tidak akan meninggalkan Galatasaray... bla...bla...bla...aku juga pernah terpikir pasal Rijkaard selepas dia belah dari Nou Camp... 

Jurgen Klinsmann(owners Man) - pilihan pemilik kelab(yanks). aku xnampak kat mana Klinsmann bagus sbg manager. kecuali semasa membimbing Germany di World Cup. dari tahun 2008 khabar2 angin bertiup kencang bahwa beliau akan menggantikan Rafa. Satu yg aku setuju skuad liverpool bermain terlalu relax plus kurang konsisten dan kualiti x digunakan sepenuhnya...adakah Klinsmann is the man to bring it.. sedangkan Klinsmann masih baru dlm arena manager... question mark.. aku X setuju langsung (bukan tanda protes terhadap keparat American)..... 

Martin O'Neill (The British) - One of the best British Manager in EPL. beside Fergie. probably. O'Neill ternyata memiliki Degree + Master dlm mencungkil bakat terpendam pada setiap player yg ada. tidak pernah mengurus kelab atasan bukan satu masalah. tp aku x nampak yg O'Neill akan ke Anfield yg mana beliau masih byk peluang di Villa... donno bout him...juz ok..

 

aku harap khabar2 angin yg kian menunjukkan rupa ini bertiup ke arah Rafa sekurang-kurangnya Rafa sedar bahwa dia perlu merendahkan sedikit egonya dalam percaturan pemain jika ingin kekal di Anfield...

kerana aku masih percayakan Rafa setakat ini...walau pun sedikit pudar....

sumber ESPN yg diolah sesuka hati aku…..

 

Jan 16, 2010

PELUANG TERAKHIR RAFA

 

Nasib Rafa selepas lawan Stoke. Betul atau tidak kita boleh tunggu dan lihat. Tiada siapa berani bertaruh. Situasi memang rumit jika hendak memecat Rafa. Kena bayar 20juta Pound. Mana nak korek. Koboi US pun takkan nak buat gila kerana Rafa sedang beri paku buah keras kepada mereka. Nak tak nak mereka kena berusaha memastikan Rafa dapat memulihkan kembali pasukan untuk posisi ke -4. Kalau tidak hutang lapuk akan bertapuk akibat terkantoi ke Saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Saya amat malas nak cerita pasal pasukan kita. Sendiri pun boleh menilai prestasi dan keadaan terkini. Baik kita cerita sedikit info lawan. Stoke bukannya hebat sangat tapi mereka main dengan kemampuan sendiri. Walaupun kerap bermain bola lambung, mereka teramat berbahaya ketika sepakan pecuma dan sudut. Pemain dah tinggi-lampai badan pula macam pemain Ragbi, kalau tak main secara efektif dan berakal maka akan di ayamkan pasukan kita seayamnya.

Kalau dulu dengar saja nak lawan Liverpool, semua Pengurus akan buat kerja-rumah kasi kemas, tonton dvd, pergi merisik masa kita main, masuk forum cari maklumat. Tapi sekarang mereka sudah punyai semacam buku rujukan (template) cara nak bantai pasukan yang pernah menang 5 kali Piala Eropah ini. Tambahan pula dengan cara memberikan tekanan mental dan fizikal (main kasar) mereka akan membuatkan pasukan kita terkapai-kapai tanpa Torres-Gerrard.

Walaupun secara relevannya saya mengganggap urusan Rafa untuk membawa pasukan kembali kematlamat posisi ke -4 bakal ditentukan oleh perlawanan ini bukannya dengan Spurs rabu depan. Kalau terkantoi walaupun seri maka tiada lagi peluang mudah selepas ini. Biarlah saya dikatakan pesimis, kerana untuk mengharapkan Citeh, Spurs, Villa kantoi selepas ini amatlah menyulitkan. Peluang untuk berjaya ada tetapi ianya mesti didimulai dengan 3 mata di Stoke. Tiada kompromi, Maxi mesti turun.

AQUILANI GANTI GERRARD


Jan 12, 2010

MUKA BARU?

Sungguh merungsingkan apabila kita Berjaya mengeluarkan dua keping kayu mati dalam pasukan, Voronin dan Dossena tetapi belum lagi mendapatkan pemain yang diperlukan untuk mengukuhkan pasukan. Mungkin segalanya dalam proses perbincangan tetapi yang paling hamper mungkin hanya Maxi dari Atletico. Yang lain sekadar gossip liar dan tulisan wartawan pemalas yang akan cuba buat andaian sendiri. Padahal kalau ada pemain yang diberitakan akan dijual, nama Liverpool akan diturut sertakan.

Lagi satunya kenapa masih mengekalkan Babel jika sudah ada kelab yang cuba menjadi pak sanggup. Jual saja sebelum kontrak beliau tamat, nanti sekupang pun tak memboleh. Dan terbukti beliau memang tak sesuai dengan selera Rafa. Dan Rafa pula seakan tunjuk “macho” bahwa takkan menjual Babel. Saya dapat menghidu yang Rafa cuba elakkan menjual pemain itu kepada Kelab di Liga Perdana, kerana takut menjadi pula, kan orang kata Rafa yang bengong tak tahu nak guna atau latih mamat tu.

Akhir sekali, tekejut juga apabila terbaca yang Rafa akur bahawa pemain seperti Torres dan Gerrard mungkin terpaksa tanpa rela walaupun berat hati tapi apakan daya dijual akibat undang-undang cilanat UEFA untuk mengklasifikasikan kelab yang berhutang macam Liverpool mungkin tidak akan layak ke kempen Liga Juara-Juara musim akan datang (itu pun kalau layak). Kalau diikutkan harga pasaran, senang-senang saja dapat 120juta pound untuk mereka. Tambah Mascherano, dah jadi  150juta, Wow dah hampir separuh hutang Koboi akan beres.

Ini adalah malapetaka buat semua peminat JIKA berlaku. Diulangi JIKA berlaku. Kalau tak berlaku sekalipun situasi pasukan yang terumbang-ambing pastinya membuatkan tiada lagi pemain yang bertaraf bintang akan ke Anfield. Yang mungkin singgah adalah pemain percuma atau pemain yang sudah hampir tarikh luput sahaja. Minta simpang.

Jan 11, 2010

SELAMAT JALAN MAT TOCANG

 

Akhirnya Mat Tocang Voronin telah menjadi milik kelab Moskow dengan perpindahan 1.5 juta pound. Ada juga duit buat Rafa, walaupun Voronin datang percuma. Mungkin sebagai nak ganti balik gaji yang beliau perabis selama 3 tahun di Anfield. Boleh dikatakan semasa tiap-tiap kali perlawanan pra-musim semua peminat akan melihat Voronin yang hebat dan merupakan penjaring gol utama, mengalahkan Torres. Tapi masuk musim Liga, nak bubuh 5 gol pun susah nak mampus. Nasib baiklah beliau pergi awal kerana ada pun bukannya boleh diharap. Baik beri peluang kepada pemain muda seperti Ngog, Nemeth dan juga Ecceleston. Walaupun tiada jasa sangat tetapi peminat takkan lupakan “The Crow” yang tak ganas langsung.

Jan 7, 2010

UJIAN TAHUN BARU

Permulaan perlawanan Liga Perdana pada tahun baru 2010 buat Liverpool akan dimulai dengan perlawanan dengan Spurs di Anfield. Keputusan awal musim memihak kepada Spurs dengan kemenangan 2-1 di White Hart Lane. Namun jika diimbas akan perlawanan tersebut pasukan kita baru mencari rentak tanpa Alonso. Pemain utama seperti Torres dan Gerrard belum pulih sepenuhnya dengan itu merencatkan persembahan pada malam itu. Gol mereka pun adalah dari kesilapan pemain kita.

Namun begittu perlawanan kali ini bakal memberikan ujian sebenar kebangkitan pasukan kita. Ujian di Villa Park sebelum ini boleh dianggap Berjaya walaupun agak liat Villa dijinakkan. Torres menjadi wira malam itu dan kali ini diharap beliau akan mejahanamkan kubu Spurs. Kebangkitan pasukan juga ada hubungkait dengan sikap ketua pasukan Gerrard. Jika beliau  menjadi dan penuh bersemnagat, perlawanan sukar dan tampak macam memihak lawan boleh dimenangi. Tetapi sebaliknya akan berlaku contoh ketika menentang Pompey.

Benteng pertahanan kita agak goyah walaupun ada peningkatan. Pasukan yang bermain dengan pemain sayap pantas pasti mempunyai kelebihan kerana bek kita agak perlahan walaupun cepat menghidu bahaya. Perlawanan dengan Reading menunjukkan bahawa badi sepakan percuma masih melekat sebagai ingauan buruk musim ini. Pallegrino kena cari jalan untuk selesaikan trauma ini kerana zaman Pako sebelum ini tidak nampak sangat ketara.

Saya bukanlah nak mengata Shebby Singh, tetapi cara beliau puji Spurs musim ini macamlah Spurs terlampau hebat sangat. Reknapp Snr hanya boleh berbangga dengan kejayaan lalu tetapi kali ini nasib mereka mungkin berbeza. Taktik serang-balas mereka takkan Berjaya tanpa tunjang mereka iaitu Aaron Lennon yang cedera. Mungkin buat masa ini Bentley akan menerajui sayap kanan dan bukanlah pilihan utama Arry.

Kombinasi serangan besar-kecil, Crouch-Defoe amat efektif sambil dibantu oleh Keane. Yang ini kita kena berjaga-jaga. Hantu galah ini dulu merupakan bekas hero kita dan kita tahu kekuatannya dan kelemahanya. Defoe walaupun agak suram kebelakangan ini tetapi merupakan penjaring gol berbahaya bukan saja di EPL tetapi juga untuk England. Sampaikan Owen boleh pencen terus dari skuad England. Yang menariknya mereka masih mempunyai penyerang tambahan yang agak berkualiti iaitu Pavlychenko berbanding kita yang hanya mempunyai Mat Tocang.

Jika menang dengan Spurs kali ini, maka peluang untuk ke kempen Liga Juara-Juara Nampak kian mudah. Jika tidak laluan akan menjadi lebih sukar kerana Spurs agak konsisten berbanding Villa dan Man City. Tapi jangan dok harap sangat kerana perlawanan mungkin terganggu oleh ribut salji yang mengganas di serata England. Kalau tak jadi, Nampak gayanya kita boleh layan Liga Super yang baru nak mula. Pulun Kedah Pulun.

Jan 3, 2010

TERBAIK 2009 : PILIHAN LIVERPOOLKITA

2009 telah pergi meninggalkan kita dengan seribu cerita suka duka. Banyak yang telah berlaku membabitkan pasukan kesayangan kita Liverpoolfc. Walaupun hanya mampu menjadi naib juara Liga Perdana tapi itulah kejutan yang pasti tidak disangka oleh kebanyakan peminat setia. Antara yang terbaik 2009 pilihan saya adalah seperti berikut.

  1. Membelasah Man United 4-1 - Siapa peminat ManU pasti kehabisan modal punya kalau kita angkat balik modal ni. Dah la dekat Anfield pun dapat habuan 2-1, alih-alih kat tempat sendiri pun kena tibai. Paling mengejutkan ialah Dossena pun bubuh sebiji, malu oi. Walaupun akhirnya ManU dapat kampoi (recover) balik dan jadi Juara Liga, tetapi mana nak sorok kemaluan mereka.
  2. Membelasah Real Madrid 4-0 – ini pun satu lagi perlawanan mengghairahkan peminat Liverpool. Pilhan galaksi telah diaibkan dengan seaib-aibnya. Paling menonjol selain Dossena yang menjaringkan gol saguhati adalah Lucas. Saya terus teringat Carlos Dunga bila tengok Lucas main.
  3. Membelasah Aston Villa 5-0 – Walaupun perlawanan ini dijangka menang tapi tak disangka pula Villa kan terkantoi sebegitu. Ini lah perlawanan yang paling menanmpakkan semangat berpasukan ketika menyerang dan bertahan. Kalau nak ikutkan boleh masuk 10 biji namun peluang banyak dipersiakan.
  4. Gol ke 50+ Nando Torres – Siapa sangka Torres mampu menjadi peledak yang optimis dengan hanya baru dua musim di Anfield. Itu hanya gol padang. Jika beliau diberikan peluang mengambil sepakan penalti atau percuma mungkin lagi berlambak koleksi gol yang boleh dikumpul. Paling terbaik ialah gol voli menentang Blacburn yang terpilih sebagai calon gol terbaik musim lalu.

Yang lain tambah sendiri ....

Jan 1, 2010

MANCINI MAHU RAMPAS TORRES


LONDON - Pengurus baru Manchester City, Roberto Mancini akan cuba mendapatkan Fernando Torres (gambar) jika Liver- pool gagal menduduki kelompok empat terbaik dalam kempen Liga Perdana England musim ini.Liverpool dijangka berdepan dengan krisis kewangan jika gagal menjamin tempat ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.
Untuk layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara, Liverpool perlu sekurang-kurangnya menempatkan diri di tangga keempat liga musim ini. Menyedari hakikat itu, Mancini yang memiliki peruntukan besar bersedia 'memancing' penyerang sensasi skuad The Reds itu.

"Jika mereka bersedia menjual Steven Gerrard, Javier Mascherano dan Fernando
Torres, City sudah pasti berminat membeli mereka," kata Mancini.
"Kami di City akan cuba melaku- kan apa yang termampu untuk menghalang Liverpool daripada menduduki tangga keempat."
Mancini turut mengakui mereka perlu memperkuatkan bari- san pertahanan pada musim perpindahan Januari ini.

"Di bahagian pertahanan, saya ada ramai pemain yang cedera, jadi ada
beberapa pemain baru akan datang nanti. Begitu juga de- ngan bahagian perancang.
"Di bahagian serangan, kami tiada masalah. Jika City berjaya memenangi
tangga keempat musim ini, kami akan mencari pemain bertaraf dunia."
KOMEN: Buat Mancini, tidur basuh kaki dulu, takut mimpi disiang hari. Nak beli Torres konon. Siapa teringin nak kesana. Henry yang dah nak pencen pun cakap tak kebulur nak kesana apatah lagi Torres. Lawak tahun baru betoi.

GOSIP PERPINDAHAN : MAXI RODRIGUEZ

Rafa Benitez has signed long-term target Maxi Rodriguez from Atletico Madrid, according to the respected Well Red blog.

The Reds boss was linked with a swoop for the winger back in 2008 but has now secured a deal to bring him to Anfield on a short-term loan with a view to a permanent transfer.The deal is perfect for cash-strapped Liverpool as Rodriguez, out of favour at Atletico, is out of contract in the summer and would not command a fee.

The 35-times capped midfielder, who has hit 30 goals in 107 appearances for Atletico, is desperate for first-team football to secure his place in Argentina’s World Cup squad.Liverpool fans will remember Rodriguez scoring a well-crafted goal for Atletico in the group stages of the Champions League last season (picture above shows him celebrating) at Anfield in a game that ended 1-1.Reports this week have linked left back Andrea Dossena with a move in the opposite direction so the two moves could well be linked.


Saya rasa patut sangat beli Maxi. Asyik Kuyt saja main sayap kanan. Barulah ada sikit saingan. Ini kalau Kuyt main macam haram pun tak boleh nak buat apa-apa sebab siapa yang nak ganti. Malah semenjak dua menjak sebelum Rafa rehatkan Kuyt pun bukan sebab nak bagi rehat sebab letih, tapi Rafa sendiri tahu yang Kuyt dah sembab.

Malahan dengan pinjam seketika sebelum beli adalah opsyen terbaik. Macam pandu-uji kereta, bagus baru beli kalau tak cuba tempat lain. Bukan apa Maxi pun kena sisih dari pasukan Atletico mungkin banyak penyebab juga. Kalau asyik tak main mana boleh tahan sebab dia merupakan pemain utama Argentina.

GOSIP PERPINDAHAN : VICTOR MOSES

Dicedok dari laman The Daily Star.

Crystal Palace whizzkid Victor Moses wants to talk to Eagles legends Ian Wright and Mark Bright before making his Premier League move. The 19-year-old is expected to leave Selhurst Park next month, with Palace desperate to cash in on the forward to ease their crippling debts. Starsport understands Liverpool have held preliminary talks with Palace, leaving them in pole position to sign him. Tottenham, Arsenal, Sunderland and Wigan are also keeping tabs on £5m-rated Moses and will step up their interest in the England Under-19 star once the transfer window opens on Friday. Moses will seek advice from Wright and Bright before making his choice. A source said: “If Victor moves, he knows he has to make the right decision so he will speak to them before making any move.”

Apa barang Pak Cik Rafa ni, cakap haritu nak beli Juan Mata lah, Arda Turan lah, alih-alih permata hitam dari Liga Kejuaraan juga yang diburu. Dengar kata bakal ganti Babel yang dikehendaki oleh Fiorentina. Lima juta pound bukan sikit tetapi tetapi itulah cara Rafa. Beli dengan kocek tipis bererti dapat barang yang belum ketahui berbaloi atau tidak.

Kalau di tonton dalam Youtube, boleh tahan juga mamat ni. Nak macam John Barnes pun ada, mungkin tak kena regu lagi kot. Apapun saya yakin dengan Rafa, mana biasa dia beli pemain muda dari England lagi untuk pasukan utama, yang ada pemain yang dah berpengalaman seperti Crouch, Pennant, Johnson dan lain-lain. Mungkin kali ini akan berjaya mendapatkan benar-benar permata dan harap-harap begitu.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails