Jul 30, 2013

PRA-MUSIM : LIVERPOOL 3-0 THAILAND

Sebenarnya saya terlepas dengan tak sengaja perlawanan ini. Teringin nak tengok, namun komitmen kerja serta berbuka puasa diluar rumah , saya terlepas buat kali pertama perlawanan persahabatan Liverpool musim baru ini. Menurut rakan yang menonton, pasukan Liverpool bukan bertemu pilihan Thailand atau Singha XI, tetapi pasukan bawah 23 tahun Thailand. Ini bermakna pasuka kita main sekadar nak keluar peluh dan hiburkan peminat di Stadium Rajamangala.

Jul 25, 2013

PRA MUSIM: LIVERPOOL 2-0 MELBOURNE VICTORY


Perlawanan pemanas badan terus dari Jakarta ke Melbourne, Australia. Stadium Melbourne hampir runtuh dengan kebanjiran 95,000 penonton untuk melihat wakil Melbourne menentang Liverpool. Harus diingat hubungan intim Liverpool dengan peminat Australia lama terjalin kerana salah seorang lejen dari sana bukannya Harry Kewell, tetapi pereka but Predator yang osem, Craig Johntson adalah dari Melbourne tak silap.

Walaupun Liverpool turun dengan skuad utama, namun dengar laporan skuad Victory hanya diwakili 4 orang pemain senior yang lain kebanyakan pemain remaja. Ini bukan sengaja menghina pelawat, tetapi pemain utama mereka macam Archie Thompson bersama skuad Kanggaroo dalam perlawanan antarabangsa. Jadi Liverpool bakal berdepan pasukan muda yang bersemangat dan penuh dengan stamina walaupun mereka tak berapa berpengalaman.


Separuh pertama Liverpool main corak menyerang dari sayap. Banyak hantaran-hantaran jauh yang mencari Sterling dan Ibe serta Enrique dan Johnson yang membantu dan kadang-kadang menyemakkan lagi bahagian sisi. Permainan agak statik walaupun kelibat Ibe dan Sterling memang memukau melakukan larian dan menggelecek pemain lawan. Percubaan Liverpool tak banyak tapi cukuplah dengan jaringan sensasi Kapten Gerrard apabila menerima hantaran kilat dari Allen.

Separuh kedua tiada perubahan pemain dari pihak Liverpool namun permaian yang ditunjukkan oleh skuad sedikit berubah dan paling menonjol Borini. Perubahan borong dilakukan Brendan hampir suku jam lagi dari masa sebenar tamat. Saya teramat suka skuad ini kerana permainan lebih lembut dan penuh gerakan dari tengah yang cun walaupun tanpa kelibat Coutinho. Aspas nampak begitu bersemangat dan dia banyak kali peluang untuk hasilkan gol sehingga pada minit ke-90an Suarez melakukkan hantaran untuk ditampan dengan mudah.

Dalam semua pemain meraikan gol Aspas, Suarez menunjukkan reaksi bosan dan tak berapa nak gembira, mungkin dia sakit perut atau keletihan sebab baru balik dari Piala Konfederasi. Apapun jua peminat Liverpool dah tak mahu fikir tentang itu walaupun tak boleh lupakan memek muka beliau yang memang potong stim, dalam keadaan semua peminat bergumbira.

Kemenangan hatrik buat Liverpool sebelum berlepas ke Bangkok untuk melawan Singha XI yang menewaskan Man U sebelum ini.

Jul 24, 2013

ARSENAL DAN SUAREZ


Cerita rancak tentang Suarez timbul lagi. Real Madrid dah sejuk dengan Suarez, tapi ada kelab malaun baru cuba ambil keempatan dalam suasa keruh selepas kisah percintaan terlarang dengan Real, nampak terputus ditengah jalan. Arsenal sebelum ini belum pernah buat onar dengan Liverpool dan saya sangat respek Wenger atas kebaikan itu. Namun apa dalam kepala bana Wenger yang membuatkan beliau amat tertarik dengan Suarez sekarang.

Pelbagai kemungkinan timbul dan setiap orang boleh fikir macam-macam. Cuma saya terfikir Wenger cuba melastik 3 burung dengan seketul batu. Pertama untuk menguatkan pasukan itu lumrah. Kedua untuk melingkupkan pesaingan terdekat, itu lumrah walaupun sedikit keji. Tapi paling keji lagi jika Wenger tahu yang dia takkan dapat Suarez tapi buat-buat macam berusaha bersungguh-sunguh padahal tengok harga bidaan awal 25juta pound, dua batang gigi Suarez pun tak cukup lagi nak beli dengan duit sebanyak itu.

Setakat ini bidaan terakhir ialah 40,000,001. Penghinaan apakah ini. Satu pound lebih saja kononnya untuk membuka klausa perpindahan. Saya yakin Brendan bukan taknak jual Suarez, namun beliau akan peras pasukan pembeli sebagaimana Dalglish peras Chelsea dengan perpindahan Torres dulu. Adakah anda fikir Wenger yang tak pernah bayar pemain lebih dari 20juta pound, nak habiskan duit untuk pemain yang mempunyai rekod peribadi yang jelek. Kita lihat permainannya disitu.

Ada juga peminat dah jelak dengan cerita Suarez dan mahu beliau berambus selepas insiden mulut celupar sebelum ini. Sabar dan cuba bertenang. Suarez ada atau tidak selepas September itu bukan hal dan tiada jadi hal. Liverpool lebih besar dari kepala besar beliau. Cuma kita harapkan khustul khatimah diatas segalanya dalam sketsa Suarez ini. Jika beliau mahu keluar itu hak dia, tapi dia tiada hak nak paksa Liverpool jual murah semata-mata nak memuaskan nafsu besar beliau.

Jul 22, 2013

KHABAR ANGIN SEPOI SEPOI BAHASA

Dalam minggu ini pembelian pemain baru macam dah tamat namun cerita gosip dan sembang tentang perpindahan pemain masuk dan keluar dari Liverpool bertiup kencang dan tersangat deras. Memang selalunya saya malas nak layan cerita perpindahan kerana dah macam sembang kedai kopi ini kerana ramai yang telah tertipu dengan sketsa teater bertajuk "Enchik Mkhitaryan jadi ke Anfield".

Namun dek kerana ada yang nak tahu pendapat saya tentang cerita gosip, saya pun boleh gebang macam kat kedai kopi tapi jika sumber yang saya dapat dalam twitter tak betul jangan salah saya pula. Sebabnya dalam dunia maya ni, ramai yang mengaku tahu segalanya dan rapat dengan sumber sahih, padahal kadang-kadang ejen pemain bolasepak dan wartawan berita sukan macam dah pakat, sorang nak penaik harga pelanggan mereka dan seorang lagi nak bagi laku akhbar mereka.

Dalam lingkungan pasukan Liverpool, boleh dikatakan majoriti pemain dikaitkan dengan pasukan luar kecuali Kapten Gerrard dan pemain yang baru masuk januari macam Coutinho dan Sturridge, yang lain semua dah masuk dalam berita tak kira tua muda samada diintai kelab luar untuk dibeli atau pinjaman sahaja.  Bagi saya cerita pemain yang nak masuk boleh diabaikan sangat kerana ulangan berita itu seakan siaran Astro Ceria yang dok ulang 3 kali sehari selama seminggu.

Bagi pemain yang masih berstatus pemain Liverpool dengan kontrak yang sah, kadang-kala teringin juga nak tahu apa cerita mereka jika mereka bukan lagi pemain dalam perancanagn untuk musim mendatang. Paling saya terkilan ialah kenapa Reina masih di Liverpool, padahal Mignolet dah nampak macam Goli utama. Terkini Rafa nak pinjam Pepe selama setahun dengan bayaran gaji bahagi dua dengan Liverpool. Memang betul pinjam keluar tak salah tapi kerugian dipihak kita kerana katalah Napoli tak jadi beli, harga Reina jatuh merudum. Keadaan ini berlaku sebab Valdes buat pusingan -U tak jadi belah dari Barcelona dan Reina masih terkandas di Anfield.

Cerita Downing untuk ke West Ham sunyi sepi mungkin sebab dia bagitahu Brendan yang dia nak kekal bersaing untuk kesebelasan utama kerana peluang nak main Di ropah nampak cerah berbanding West Ham yang tak menjamin piala cuma sekadar pasukan pertengahan liga. Itu reaksi bagus, namun yang tak bagusnya ialah sementara masih laku, dengan nilai yang makin menyusut ditambah lagi gaji 70k seminggu, jika Downing kekal gamaknya tiada pemain saya baru yang masuk. Dan mungkin sebab itulah pemain sensasi Belgium , Nacer Chadli telah melepas ke Spurs denga harga diskaun sebab kita dah tak ada ruang dan uang untuk cabar Spurs dan bagi jaminan posisi itu kepada Nacer.

Saya mungkin nampak begitu sinikal dan macam tak suka Borini di Anfield. Memang betul kerana yang pertama pantang tok nenek jika pemain beli dengan harga tak berbaloi, tidak berikan impak sebagaimana dimahukan.Yang keduanya Kes Borini bukan macam Samed Yesil yang kita boleh bersabar dan tunggu 2-3 musim untuk dia menyesuaikan diri, tapi Borini dah duduk di England dah lebih 5-6 tahun takkan tak fasih lagi dengan sepak terajang bolapsepak England. Dia kena pandai bawa diri dan faham dengan kehendak hiraki bolasepak Liverpool, yakni jika bagus boleh kekal dan jika hancus boleh berambus. Seblum ini bukan taka ada pasukan yang mahu beli tapi Borini telah beliau rijek Fiorentina dan sekarang Lazio cuba ejas Borini untuk bawa balik kampung.

Dan ada lagi pemain lain yang dalam pemerhatian kelab luar selain Suarez. Namun ianya tak sepenting 3 orang pemain yang saya sebut diatas kerana mereka seakan tidak diperlukan dengan kemasukan pengganti atau pesaing mereka yang nampak lebih mabeles dan begitu mengujakan.Bukan jaminan bahwa Mignolet, Alberto dan Iago boleh meletup tapi mereka juga boleh melingkup dan gagal, namun jangan lupa yang sebelum ini Brendan punyai veto untuk beli pemain tanpa merujuk sesiapa tapi musim ini tidak lagi kerana setiap calon akan disaring oleh pihak pemantau dan pencari bakat yang akan bermesyuarat lebih dahulu seblum kata putus di  ambil.

JORDON IBE: BAKAT BARU SETANDING STERLING


- Saiz dan fizikal dan kederat yang mantap
-  Kemahiran lebih-kurang Sterling serta main lebih cerdik.
- Cuma muda 1 tahun dari Sterling, tapi 10 kali ganda bagus dari Downing
- Perlu diberi peluang macam Sterling sekurang-kurangya untuk Piala atau pemain gantian 15 minit.
- Atau dipinjam kepada kelab Liga Kejuaraan untuk jaminan skuad utama, utuk simpanan bo layan.

Jul 21, 2013

PRA-MUSIM : LIVERPOOL 2-0 INDONESIA



Permulaan bagi musim baru dengan sesi perlawanan pemanas badan berikan impak positif. Walaupun baru 2 perlawanan, Liverpool bermain baik dengan 6 gol terhasil dan masih lagi belum bolos. Ini bermakna perlawanan ini bukan sesi main suka-suka tapi pemain mengerti yang setiap persembahan mereka dinilai oleh Brendan Rodgers samada pemain lama atau muka baru serta pemain tua atau pun remaja.

Kesebelasan awal diturunkan untuk sepak mula adalah seperti berikut dengan sedikit pertukaran dari lawan Preston tempohari. Mungkin inilah formasi dan pemain utama barangkali kerana separuh dari mereka telah menjadi tonggak utama musim lepas. Mingnolet ganti Reina, Toure ganti Carragher, Alberto ganti Henderson dan Aspas ganti Sturridge.

Mignolet
Johnson-Toure-Agger-Enrique
Lucas-Gerarrd
Downing-Alberto-Coutinho
Aspas

Stadium Gelora Bung Karno, dibanjiri oleh umat Jawa, Batak, Banjar, Bugis, Aceh, Mat Saleh dan juga Negro yang memenuhkan stadium berkapasitas 90,000 itu. Penonton yang rata-rata berbaju merah dengan bunting dan mafla menyaksikan Liverpool bergaya dengan jersi ketiga. Pasukan ini pernah kena lanyak dengan Arsenal awal minggu lalu 7-0 sudah bersedia zahir batin untuk tidak mengualangi hal yang sama untuk bermain secara terbuka untuk bertemu dengan Liverpool.

Sang Garuda bermain amat baik dengan menyekat peluang serta banyak kali terselamat dengan serangan Liverpool. Gol pembukaan minit ke-9, yang disempurnakan oleh Coutinho mungiin sekadar nasib baik apabila bola melantun kebadan beliau dan tertanpam kedepan dan Coutinho meluru untuk melakukan sepakan santai kecelah ketiak goli Indon. Lepas gol itu peluang bertali arus, namun Downing, Alberto dan Aspas benyak kali terkantoi mungkin masih lagi berkarat.


Mignolet
Johnson-Toure-Agger-Robinson
Lucas-Allen
Downing-Alberto-Coutinho
Aspas


Separuh kedua bermula dengan Kapten Gerrard digantikan dengan Xavi versi Wales, Allen, serta Enrique digantikan denga Robinson. Keadaan masih buntu,namun bagi saya Apas ampak begitu dedikasi dan banyak curi tumpuan. Paling tak boleh belah sekali beliau melepaskan peluang keemasan untuk jaringkan gol apabila gerakan cantik melepasi goli Indon dalam keadaan pintu gol tenganga Aspas menjadi hampas terkantoi dan sepakan terbang melepasi gol terus ke kepulauan Bali.

Tak lama selepas itu Liverpool memborong majoriti pemain separuh pertama dengan  Borini masuk untuk membuktikan kejantanan menggantikan Aspas yang masih trauma. Henderson, Skrtel, Wisdom, Ibe, Kelly, Sterling dan Assaidi menggantikan Lucas, Agger, Toure, Downing, Johnson, Alberto dan Coutinho.


Mignolet
Kelly-Wisdom-Skrtel-Robinson
Hendo-Allen
Ibe-Assaidi-Sterling
Borini


Nampak agak pelik kerana bagi saya sepatutnya Kelly main bek tengah dan Wisdom yang lebih pantas main bek sisi. Lagi pelik Assaidi main penyerang pembantu ke pada Borini.  Mungkin eksperimen kali ini ada formulasi terbaik untuk kesebelasan Piala Liga, wallahua'lam. Kesebelasan kali ini yang termuda danbegitu bertenaga. Berbanding Countinho hero separuh pertama kali ini Sterling menjadi perbualan ummah kerana beliau pasti akan terbabit dalam setiap serangan. Namun rezeki beliau datang dengan gol mudah apabila menerima hantaran Assaidi.

Hingga tamat perlawanan 2-0 sahaja ole-ole dari Indonesia berbanding 6-3 masa lawan Malaysia tahun sebelum ini. Perlawanan ini memberikan petunjuk yang Liverpool mempunyai bakat serangan yang ramai namun masih kurang pengalaman. Dengan kembalinya Suarez dari cuti panjang dan beliau terus berkumpul di Sydney untuk perlawanan seterusnya di Australia.


Jul 19, 2013

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN INDONESIA XI


Jangan lupa malam besok ada siarang langsung Liverpool lawan Indonesia XI di Stadium Astro cenel 816 jam 9.25pm.

Jul 16, 2013

27 PEMAIN IKUT ROMBONGAN KE ASIA-PASIFIK




Senarai ahli rombongan:


Jones, Johnson, Enrique, Toure, Agger, Alberto, Gerrard, Aspas, Coutinho, Assaidi, Henderson, Downing, Spearing, Lucas, Mignolet, Allen, Borini, Sterling, Kelly, Skrtel, Flanagan, Wisdom, Robinson, Ibe, Suarez, Coates, Reina.


Yang bertulis tebal tu dijemput sama. Nak ikut atau tak nak, siapa pun tak kisah.

Jul 15, 2013

PRA-MUSIM 2013/14: LIVERPOOL 4-0 PRESTON



Liverpool menang besar 4-0 ✔
Iago Aspas gol sulung untuk LFC ✔
Simon Mignolet penampilan sulung tanpa bolos ✔
Kolo Toure dan Luis Alberto penampilan sulung mantap ✔
yang juga penting Manchester United bungkus ✔

Jul 12, 2013

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN PRESTON




Perlawanan persahabatan 2013: 
Preston North End vs Liverpool
Tarikh: 13/07/2013 
Sepakmula: 9.55 mlm 
Gelangggang : Deepale, Preston, England
Siaran Langsung : Astro CH811


Jul 11, 2013

KEWANGAN LIVERPOOL



Terus-terang saya cakap yang saya tak pandai bab kewangan dan bisnes. Tapi setakat tengok senarai kewangan kelab-kelab utama EPL yang rasmi dikeluarkan oleh Delloitte musim lepas, saya mungkin ada idea untuk goreng sedikit dan maafkan saya jika tersasar.

Kalau dulu sebelum era Kapitalis menguasai siaran bolasepak, Kelab yang mempunyai stadium yang besar dan sentiasa penuh dengan harga tiket yang tinggi mesti kayaraya. Namun sekarang situasi itu berubah sama sekali dimana  4 pasukan diatas merupakan pasukan yang main dalam Liga Juara-Juara dan bermakna perolehan mereka mesti lebih mewah dari Liverpool, dengan turutan, Man U, Chelsea, Arsenal dan Man City.

Setelah tolak itu tolak ini, kita boleh lihat yang pasukan Arsenal paling mantap dengan perolehan positif maknanya sentiasa untung. Man City paling rugi sampai -98.7juta. Kontras dan perbandingan dua kelab ini  ialah bukan Arsenal punya towkey pandai berniaga sangat atau Pak Syeikh Man City tahu joli sahaja. Tetapi hakikatnya Arsenal ialah kilang penjualan pemain dan Man City pembeli yang bijak.

Kalau kita tengok perolahan Liverpool dengan -54.7juta sedih betul kerana pasukan kita banyak hutang yang ditinggalkan oleh pemilik terdahulu ditambah pula banyak buat silap dalam pembelian pemain. Kos penggajian berbanding perolehan memang tak patut dalam keadaan sebegitu. Sudahlah lebur duit beli pemain tak sesuai dengan pasukan, gaji pemain macam tidak mencerminkan kebolehan mereka.

Memang tak boleh lari dari kenyataan jika mahukan yang terbaik kena melabur dan buang duit. Tapi kena pastikan duit yang digunakan tidak lebur begitu sahaja dengan mengulangi sejarah yang lampau. Boleh dikatakan setakat ini pembelian Liverpool tak berlebihan, namun lebih kepada pemain yang berpotensi. Dalam keadaan sekarang tanpa penjanaan wang dari perlawanan Eropah, ada baiknya perbelanjaan berhemah dilakukan, kecuali kita dapat duit dari penjualan Mamat gigi arnab.

NGOO DIPINJAMKAN KE YEOVILL TOWN


Rupa paras dan sosok tubuh Micheal Ngoo sangat mirip bekas lejen Emile Heskey. Malang sekali Liverpool tak main dengan penyerang sasaran bertubuh besar lagi kerana sistem itu termansuh selepas era Kenny Dalglish berakhir. Nak bandingkan Ngoo dengan Heskey dari corak permainan mungkin ada persamaan juga tetapi Ngoo mempunyai kelebihan yang lebih menyerah iaitu kawalan bola beliau amat cantik macam Benteke juga sikit-sikit.

Musim lepas di Liga Scotland, Ngoo jadi sebutan kerana dipinjamkan kepada kelab Hearts dan menjadi asbab untuk membawa kelab ke Final Piala Liga Scotland. Kira dahsyat jugalah kerana pemain Liga Simpanan Liverpool ini macam bidan terjun terus main kesebelasan utama Hearts disamping Danny Wilson soerang lagi pemain Liverpool yang dipinjamkan kesana.

Yeovill Town kelab lajenda yang muda 3 tahun dari Liverpool, namun mereka ditubuhkan atas dasar suka-suka kerana  mereka bermaian dalam Liga bawahan hampir sedekad lamanya. Tak heranlah kerana Yeovill Town berada di Sommerset nun di Hulu England tetapi kawasan mereka indah serta ekonomi mereka perladangan. Hingga akhir musim lalu mereka bernasib baik menang perlawanan Akhir kelayakan ke Liga Kejuaraan dengan Brenford FC.

Ambisi Yeovill belum pasti namun bagi pasukan yang baru naik ke Liga pasti mereka mahu kekal dari turun kembali ke Liga Divsyen Satu. Profil dan ambisi Yeovill sesuai dengan projek pinjaman Ngoo ke sana dan diharap mereka bakal menggunakan sepenuhnya pemain yang ada potensi besar ini.

TERKINI : Ngoo tibai 3 gol walaupun main seperuh masa untuk Yeovil dalam perlawanan persahabatan sebentar tadi. 


Jul 10, 2013

SALAM RAMADHAN




Krew Liverpoolkita mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat pembaca setia Liverpoolkita. Buat pembaca yang non-muslim diharap jangan jadi runner untuk kawan-kawan muslim yang nak ponteng puasa. Sepanjang bulan puasa ini Liverpoolkita akan bersiaran seperti biasa  jika tiada aral melintang. 

Jul 9, 2013

LEBIH BAGUS DARI MKHITARYAN

Kita dah ada pemain yang ada potensi.Ada baik kita beri peluang dan gilap dari buang duit beli pemain Armenia yang tak femes tu.

Jul 8, 2013

PEMBURUAN MKHITARYAN BERAKHIR

Mkhitaryan tengah borak2 di Lapangan Terbang Yeveren untuk ke  Jerman

Apa nak dikesalkan, walaupun Mkhitrayan nampak macm pemain hebat, masih ramai lagi pemain yang lebih sempoi mungkin dengan harga yang lebih murah. Walaupun nampak macam kita yang dok pulun sangat nak dapatkan pemain terbaik Armenia ini, namun kita patut sedar diri. Liverpool sekarang bukan semacam masa 7-8 tahun lalu. Apa yang boleh diberikan kepada pemain yang selalu main di Liga Juara-Juara, tanpa perlawanan di Eropah selain Piala Cap Ayam dan sekadar nak bersaingan untuk pertengahan Liga. Sememangnya pasukan pencari bakat kita sudah bekerja bersungguh-sungguh dan pemain itu sanggup ke Anfield, namun setelah Dortmund cucuk jarum potong kat kona, kita memang tak mampu nak berbuat apa-apa.

Sebelum anda semua kecewa, saya nak kembalikan nostalgia Aquilani, Keane dan Carroll bagi menyedapkan hati kalian. Pemain yang saya senaraikan itu memang bagus dikelab lama tapi tengok apa yang dah jadi setelah datang sebagai pemain Liverpool. Walaupun ada alasan masing-masing yang menyebabkan mereka gagal, tetapi satu persamaan nyata ialah Liverpool membayar harga yang tinggi dengan gaji yang mewah. Begitulah juga dengan budak Armenia itu, dia mungkin boleh jadi hebat macam Suarez, tapi siapa boleh sangkal yang dia juga boleh masuk dalam watak-watak gagal sepanjang zaman. Risiko itulah saya rasa yang membuatkan saya masih tak kesal walaupun Mkhitrayan bakal meletop di BVB.

Macam selalu orang tua cakap kalau kita putus cinta. Bunga bukan sekuntum, kambing bukan seekor. Banyak lagi pemain yang kita boleh cari sebagai alternatif Mkhitaryan  dengan harga yang lebih ekonomikal. Salah seorang yang Brendan patut kejar sekarang ini ialah sasaran Dortmund dulu, siapa lagi bukan Eriksen dari Ajax. Lainlah kalau Dortmund buat gila dan mahukan Eriksen sekali, tapi saya rasa mereka tak setamak yang disangka, kerana Dortmund hanya mahu mencari pengganti Mario Goetze. Ramai lagi pemain yang saya dengar Liverpool sedang buru, tapi entah betul atau tidak itu tak pasti, namun yang pasti Liverpool mesti akan cari pemain tengah untuk ganti Shelvey dan juga Spearing yang tiada dalam perancangan Brendan musim baru ini.


Jul 7, 2013

BEDAH SIASAT MUSIM 2012/13 SIRI 8

Masih kurang konsisten hingga Februari





Januari berakhir dengan penuh harapan. Posisi ke-7 adalah kemuncak kebangkitan, setelah merangkak dan merangkak dari permulaan musim yang menyedihkan. Perlawanan ke-25 Liga menemukan pasukan kita dengan penyandang juara Man City. Perlawanan ini keseluruhannya memang diakui milik Liverpool dari awal sepak mula, kerana Man City pada ketika itu main tanpa tonggak utama Kompany dan Yaya Toure. Dek kerana kegopohan Pepe Reina untuk menghambat Aguero, maka Liverpool terpaksa akur dengan 1 mata dengan jaringan marbeles Aguero dari sudut yang sukar dan teramat mustahil.

Ingat dah hilang badi dengan WBA. Rupanya masih dok macam tu juga. Kepala otak bekas penolong pengurus Liverpool, Steve Clarke nampak cukup geliga serta faham luar dalam tentang bekas pemain yang pernah disekolahkan beliau dulu. Mungkin dia dah letak peranti pepijat dalam bilik persalinan Liverpool sebab apa segala pergerakan dan permainan pasukan kita dipatahkan dengan jayanya. Ada orang cakap jika Kapten Gerrard tak kantoi penalti, musti kita memang takpun seri. Itu kemungkinan mungkin betul atau tidak teapi yang jelasnya pasukan kita amat tak berjaya nak hadapi pasukan yang ada pemain penyerang yang tenaga macam King-Kong.

Bila belasah orang sampai 5-0, bukan bermakna kita dah hebat sangat. Liverpool main dengan pasukan simpanan Swansea sahaja, kerana mereka punyai agenda besar dari kutip mata di Anfield. Swansea memang wajar kena lauk ayam tapi mereka dapat pulangan lepas itu dengan memenangi Piala Cap Ayam, Piala Liga yang kita memang musim sebelumnya. Gol paling cantik juga dapat disaksikan apabila Enrique menjaringkan gol dengan Liverpool main ala tiki-taka dengan hataran demi hantaran sehinggalah gol masuk dalam jaring. Namun perlawanan ini telah menonjolkan Coutinho sebagai pemain terbaik perlawanan.



Tersungkur di Eropah pusingan 32



Rezeki pasukan kita setakat pusingan ke -32 sahaja dalam kejohanan Piala Europa. Nak buat macamana lagi, semasa lawan di Russia pasukan kita macam kena demam kura. Melepaskan 2 gol tanpa berusaha untuk cuba mendapatkan gol semangat untuk dibawa pulang ke Anfield kelak. Bagi saya pemain yang bernama Hulk itu bukan digeruni kerana badan yang macam Hulk berkaler hijau, tetapi penendang beliau memang padu sehingga Pepe tak mampu menghalang Zenit mendapatkan gol ke-2.

Perlawanan penentuan hidup-mati di Anfiield, telah menyaksikan Carragher menjadi punca kekalahan tersebut. Kealpaan lejen kita itu melakukan hantaran kebelakang telah membuatkan Zenit seronok awal, hasil jaringan Hulk yang berkulit koko. 2 gol dari sepakan percuma Suarez walaupun memangtersangat hebat macam Gary Maccalister punya sempoi serta jaringan Allen tidak mampu menyelamatkan pasukan kita dari tersingkir oleh pelawat dari Negera Baltik itu.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails