Pemilik Cardiff, Tan Sri Vincent Tan memang ahli perniagaan berjaya di Malaysia. Tapi dengan membeli kelab Liga Perdana Inggeris tak ada apa-apa pun nak dibanggakan oleh peminat bolasepak Malaysia, kecuali buat malu dengan gelagat yang menimbulkan kontroversi. Sebelum ini dia nak ubah sejarah kelab Wales dari jenama "BlueBird" kepada "Red Dragon". Memang poyo betol, pergi ke tempat orang pastu dengan selamba nak ubah budaya dan nilai sentimental peminat disana.
Yang terbaru dia secara terbuka menyerang pengurus Cardiff, Malky Mackay dengan ugutan bersara atau dipecat. Padahal setakat dia bagi belanja 30juta pound, dia ingat dah boleh dapat tempat di Liga Juara-Juara kot.Pergi mampuslah dengan Vincent Tan dengan Cardiffnya. Harap dengan krisis dalaman pasukan mereka akan jadi lebih berceramuk dan tak tentu hala. Ini lebih mudah untuk pasukan kita menibai mereka di Anfield nanti. Saya menghormati pasukan lawan Cardiff yang berjaya buat kejutan dengan menewaskan Man City dan seri dengan Man U, tetapi detik ini saya harap mereka dah tak naik Syeikh lagi.
Pengurus mereka bagus dan pembelian mahal pemain musim ini boleh dikatakan hampir berbaloi dengan Steven Caulker, 8juta dan Gary Medel, 11juta. Cuma pembelian penyerang Andreas Cornelius, 7.5 juta boleh dianggap tak berbaloi. Saya ingat kalau Cardiff jatuh liga musim depan boleh kot intai Medel kerana pemain antarabangsa Chile itu lebih layak berada dalam pasukan elit kerana dia memang terbukti bukan saja sekarang malah di Sevilla sebelum ni dia memang mantap. Pemain lain sekadar penumpang, namun semangat mereka kadang-kala boleh jadikan sesuatu yang mustahil jadi kejutan dan Brendan kena pastikan itu tak berlaku.
Mungkin perlawanan nampak mudah dan ibarat kacang. Namun diharap sangat pengajaran dan iktibar dengan Hull diambil contoh. Kita tahu keupayaan pasukan kita masakini, Barcelona atau Juventus sekalipun kita mampu tibai dengan prestasi pemain. Namun mentaliti pasukan bawahan biasanya mereka tak sama macam Spurs yang angkuh. Brendan kena gunakan akal juga dengan Cardiff, kalau boleh elakkan main hantaran pendek dan gunakan sayap untuk tarik bek mereka untuk buka ruang kepada Suarez dan pemain lain masuk menyerang dari tengah.