Showing posts with label Piala FA. Show all posts
Showing posts with label Piala FA. Show all posts

Jan 28, 2013

PIALA FA: LIVERPOOL 2-3 OLDHAM

Ujikaji Yang Gagal

Tengah malam tadi kita telah melihat satu Ujikaji dari Profesor Buck Rodgers yang meletakkan formula seperti berikut:

1. Formasi 4-2-4
2 Kesebelasan Pelik
3. Taktik serabut
4. Kesefahaman kurang
5. Lemah Fizikal

Dan hasil ujikaji memang menghasilkan keputusan luar jangka. Bungkus dengan pasukan Cap Burung Hantu yang hanya main untuk maruah depan penonton. Pelbagai alasan macam pengadil berat sebelah, padang macam padang ragut, lawan main kotor dan macam-macam lagi adalah tak boleh pakai. Zaman Kenny Dlaglish walaupun beliau tak bermain dengan corak permainan comel, tapi tiada masa nak buat ujikaji memperjudikan peluang untuk dapat trofi.

Kesilapan mutlak ditangan Brendan. Formasi pelik 4-2-4 lawan dengan pasukan fizikal dari Liga Divisyen bawahan adalah satu kerja gila. Kesebelasan pelik ialah membiarkan Henderson dan Allen bergomol dengan pemain tengah Oldham yang lasak macam Komando. Yang paling tak boleh terima ialah pemain sayap berterbangan diatas tanpa membantu bek tepi yang terkapai-kapai kena serang balas.

Taktik memang serabut kerana pasukan kita main ikut rentak Oldham bukan bagi Oldham yang terikut-ikut rentak pasukan kita. Ditambah pula dengan ketidak sefahaman antara sesama bek menghasilkan 3 gol bangang hasil kealpaan 3 Abdul. Gol Pertama untuk anakanda Abdul Skrtel, gol kedua anakanda Abdul Coates dan Gol ketiga anakanda Abdul Robinson punya habuan. Sebab itulah perlunya Abang Long Carragher untuk memaki rakan bek lain untuk bagi sedar dalam mimpi.

Kemasukan Gerrard memang sesuai tapi sepatutnya diantara beliau dan Lucas patut ada dalam kesebelasan utama untuk mengimbangi pasukan yang rata-rata hingusan dan berkarat. Brendan macam lupa perihal Stoke, Aston Villa, WBA dan lain-lain cerekarama sedih yang berlaku kerana mengabaikan aspek kekuatan fizikal dibahagian tengah. Falsafah kejayaan Liverpool sejak zaman Almarhum Tok Wan Shankly hinggalah zaman Dalglish hujung 80an ialah mempunyai pemain tengah bertaraf manusia Super Saiya.

Serius saya cakap, kalau Liverpool tak ambil peluang rampas Moussa Sissoko dari  St Ettiene dari tangan Newcastle atau Momo Diame West Ham dari rebutan Spurs, sampai bilapun kita akan  kena getah bila Lucas tiada. Betul juga beli Coutinho untuk nampak lebih kreatif, tapi apa mamat Samba itu boleh buat jika menghadapi lawan yang main ganas di Liga Perdana. Pegang bola lebih sikit macam kat Serie A mesti  putus kaki kalau tak berwaspada.

Akhir kalam, tiada lagi nak dikejar selain Piala Europa. Jadi bolehlah fokus untuk Arsenal Rabu ini pula.

Jan 7, 2013

LIVERPOOL 2-1 MANSFILED

foto curi dari dailymail
Suarez teringat main Bola Baling 
Karekter Sturridge sebagai pelengkap Suarez nampaknya masuk akal. Corak permainan beliau mengiurkan kerana beliau tak sama dengan Suarez dari segi teknik permainan, namun jika mereka bergandingan dalam Formasi yang lebih tersusun macam 4-4-2, mungkin masa depan lebih cerah bagi kita. Kehadiran beliau tak sampai 7 minit telah menghasilkan gol, walaupun lawan tak bagus sangat. Apa yang penting jangan hangat-hangat taik ayam macam Voronin.

Sayang sekali Brendan keluarkan Sturridge ganti Suarez. Kami mahu lihat gandingan merbahaya ini meratah Mansfield. Saya rasa akan lebih huru-hara bek Mansfield untuk jaga 2 pemain lincah, kerana setelah keluarnya Sturridge, Mansfield nampak dari berjiwa Hobbit dah jadi Raksasa Ogre dah. Mansfield telah menukar mode Ragbi Stoke dan melakukan hantaran bola tinggi. Tak cukup itu kembar Rory Delap versi Pak Itam melakukan balingan jauh yang merbahaya. Bermatian-matian Manfield main dapat juga gol saguhati.

Gol terkena tangan Suarez pun nak bising. Pengulas ESPN memang cukup anti dengan Suarez, padahal kalau RVP atau Rooney yang buat mesti diorang cakap tidak disengajakan.Lagi benci orang luar kat dia makin sayang kita kat dia. Setakat ini rekod Suarez telah mejaringkan gol dalam semua pertandingan, samada di Liga, Piala Liga, Liga Europa dan terkini Piala FA. Nasib baik Liverpool bukan dalam kelompok Liga Juara-Juara Eropah lagi, kalau tak jangan harap Messi nak menang Pemain Terbaik Eropah dan Dunia tanpa saingan.

Semangat pemain simpanan dan muda harus dipuji terutamanya goli simpanan yang bagi saya Jones adalah pemain terbaik perlawanan. Kalau tak kerana aksi Superman beliau Silap-silap Mansfield boleh tutuh gol belambak. Macam ini kalu barulah Pepe Reina tak tertidur lagi selepas ini. Selain itu harapnya bagi peluang kepada Coates kerana dia nampak lebih afdal untuk pasukan yang main fizikal dan bola tinggi. Saya masih harap Piala FA medan ujian pemain kelas 2, tapi jika lawan pasukan kuat bubuh saja pemain terkuat kita kerana hanya Trofi Piala saja sasaran realistik musim ini.

Jan 5, 2013

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN MANSFIELD



Kalau takda aral ini bakal merupakan perlawanan ujian bagi pemain baru Sturridge. Kalau buah mempelam walaupun muda kalau diperam lama-lama masak ranum sedap dimakan, tapi kalau pemain bola diperam, walau sehebat manapun potensi mereka, bukan lagi sedap, silap-silap kebolehan mereka jadi berkarat, kikis pun jenuh nak mabil masa nak berkilat.

Seronok juga dapat perlawanan awal dengan kelab kecil. Brendan Rodgers dapat juga bagi peluang pada pemain muda dan pemain simpanan yang dok makan gaji buta selama ni. Mungkin rehat diperlukan oleh sesetengah pemain perlu rehat macam Kapten dan Suarez serta beberapa pemain utama yang tak henti-henti main. Risiko cedera dengan perlawanan tak mencabar ini jangan diambil. Tak berbaloi sebab minggu depan ada perlawanan lagi sempoi yang nak ditunggu.

Piala FA juga berhantu sikit bagi perlawanan pasukan gergasi lawan awang kenit. Sebab pasukan kenit selalunya main dengan semangan 200% kerana ini peluang buat duit bagi mereka untuk melangkah kepusingan seterusnya disamping pemain dan peminat boleh cerita kat cucu-cucit 7 keturunan jika boleh malukan pasukan gergasi. Kira-kira geng Mansfield ni macam Hobbit dari Chesire yang akan melawan gergasi Merseyside walaupun mereka tak dibantu oleh Gandalf.

Dec 3, 2012

CABUTAN BERTUAH PIALA FA


Undian berat sebelah Pusingan ke-3 Piala FA, Lincoln atau Mansfield lawan Liverpool. Mana aci pasukan corot tiada dalam Liga dapat bertemu Liverpool. Ini menimbulkan kejelesan puak Man U yang bertemu pasukan EPL, West Ham. Arsenal ada peluang balik awal bila bertemu Swansea. Manakala pasukan Rafa akan bertemu Soton dan peluang Rafa makan duit pampasan cerah.

Kalau cerita mitos, Sang Kerdil David lawan gergasi Goliath. David berjaya membunuh Goliath. Tapi versi Piala FA, harapnya gergasi Merseyside akan ambik pengajaran kisah dongeng itu dan tibai orang kenit jangan bagi peluang. Untuk bagi nampak ada belas kasihan, hantar anak gergasi yang main Liga Simpanan, sebagai wakil. Saya yakin mereka bersedia dan mahu tunjuk tere.

May 6, 2012

FINAL PIALA FA: CHELSEA JUARA

Saya boleh menerima kekalahan ini dengan hati terbuka, sebab kebanyakan peminat yang menyokong Liverpool sejak zaman kegelapan dah mangli dengan kekecewaan. Tapi saya agak kesian tengok peminat muda yang memakai jersi merah tengah pagi buta layan bola kat kedai mamak bersama-sama dengan peminat Biru yang macam sial bersorak macam lepas minum todi. Kira ok lagi lawan kita Chelsea, kalau lawan Man U, silap-silap balik nangis kena bancuh.

Pada siapa kita nak marah. Formasi cantik, kesebelasan yang diturunkan pun macam boleh menang tapi apa yang tak kena pun tak tahu. Namun apa yang saya nampak pasukan kita masih tenggelam punca dengan ketiadaan Lucas. Spearing tak mampu menjelma jadi Lucas untuk menyapu kaki pemain lawan. Gol-gol Chelsea banyak berpunca dari serang balas dan pemain bek kita hanya agak tertekan dalam situasi itu.

Gol saguhati yang istimewa dari Carroll. Apa tak istimewa, Carroll macam pemain Brazil mengsambakan bek Chelsea sebelum merembat padu mengembalikan keceriaan peminat Liverpool yang kelesuan sekian lama. Apapun ianya dek kerna usaha Suarez yang menekel bek chelsea hingga kantoi.
Namun kontroversi yang paling siyal dalam sejarah final apabila penjaga garisan yang tertidur ketika Carroll menanduk masuk dalam gawang dan tidak berikan gol kerana dia tersedar selepas Cech menepis.

Apapun saya ucapkan tahniah kepada semua pemain yang memberikan persembahan terbaik mereka walaupun banyak sangat yang perlu diperbaiki. Musim depan kita cuba lagi.

May 4, 2012

FINAL PIALA FA :LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Jika kemenangan 2 Piala musim ini adalah kejayaan musim ini bagi sesetengah orang, namun bagi saya ianya sekadar macam bersihkan rumah sampah sapu bawah karpet. Kemerosotan pasukan kita masih jelas belum diperbaiki malah nampaknya makin teruk. Jika kita hendak bersaing sebagai pasukan yang ingin kembali bergelar pasukan elit EPL, persembahan kita mesti konsisten tak kira samada untuk Liga atau Piala.

Tak macam lawan Cardiff dalam Piala Liga, pasukan kita sekali lagi ke Wembley namun kali ini sebagai bukan pasukan pilihan. Implikasi sebagai pasukan feberet media kadang-kadang boleh jadi tekanan. Biarlah begitu, ada baiknya kita merendah diri dan tunjukkan kejagoan sebenar dalam padang. Prestasi kedua-dua pasukan dalam liga sebelum final nampaknya goyah dimana Chelsea juga tewas 2-0 dalam perlawanan terdahulu.

Pemain harapan kita siapa lagi kalau bukan Suarez. Hanya dia yang saya rasa boleh buat sesuatu walaupun pasukan kita bermain dalam kebuntuan. Pemain lain juga ada peranan masing-masing tetapi sekadar watak sampingan kerana Chelsea pasti akan merantai Suarez macamana mereka buat keatas Messi tempohari. Perlawanan ini dijangka sengit tapi saya tak berani nak cakap yang pasukan kita boleh menang atau kalah kerana prestasi yoyo membuatkan payah menjangka apa kesudahnnya.

Sebagai peminat setia saya harapkan pemain akan berikan 110 % tumpuan dan kesungguhan. Kalah menang adat permaian sebab bola itu bulat, macam-macam boleh berlaku. Namun jika pasukan kita boleh menggondol Piala FA maka ianya adalah pengubat luka untuk kekecewaan musim ini. Dan pastinya Kenny masih ada peluang untuk kekal bersama kita sebagai pengurus Liverpool musim 2012/13.

Apr 14, 2012

SEMI FINAL FA: LIVERPOOL 2-1 EVERTON


Setelah berpuluh kali melepaskan peluang sesama sendiri akhirnya Suarez dan Carroll menyelamatkan maruah Liverpool dengan menjaringkan gol seorang sebiji. Paling menonjol diantara mereka tentulah Carroll. Momentum kesungguhan beliau ketika lawan Blackburn masih terbawa-bawa dalam perlawanan ini. Tahniah, itu yang peminat mahukan bila dikritik bekerja lebih kuat untuk memberikan paku buah keras kepada sesiapa sahaja yang tidak menghargai kebolehan dia. Kalau inilah yang ditunjukkan dari awal musim, tak siapa peduli tandaharga pembelian beliau.

Baru kini nampak Kenny lebih positif dalam mengolah taktik. Agger masuk menggantikan Enrique untuk menambahkan kekuatan pertahanan. Malah meletakan Downing disebelah kanan untuk menindas Baines amat berkesan kerana membuatkan Baines tiada masa untuk membantu serangan.  Tapi yang paling berkesan ialah memasukkan Maxi dan Bellamy disaat memerlukan kemenangan membuatkan Liverpool menguasai perlawanan sehingga wisel penamat ditiup. Secara keseluruhan Liverpool mengatasi Everton bukan dari segi taktikal namun moral pasukan kita lebih kuat dari Everton yang mengaku kalah selepas Suarez menjaringkan gol penyamaan

Perlawanan akhir lagi sekali Liverpool akan menjejakkan kaki ke Wembely. Lawan kita di Final antara Chelsea dan Spurs. Saya lebih gemar Chelsea dari Spurs kerana musim ini Chelsea adalah lauk kita dan Spurs menjadi badi. Jadi sementara menunggu ke Final diharap kesemua pihak dapat kembali menumpukan kepada baki perlawanan Liga Perdana. Kalau boleh teruskan prestasi sekarang untuk menapak naik kembali ketangga liga mengatasi Everton.

Apr 13, 2012

SEPARUH AKHIR PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN EVERTON


Persediaan pasukan menghadapi Everton tak terganggu dengan pemergian Comolli. Separuh dari pemain utama telah direhatkan ketika perlawanan menentang Blackburn sebelum ini. Risiko yang diambil ternyata membuahkan hasil kerana pemain simpanan telah menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan. Namun kerana dah kehilangan 2 goli utama, Liverpool terpaksa memanggil balik Gulasci untuk menjadi timbalan kepada Jones. Kalau tak terpaksa guna goli hingusan yang rata-rata berumur bawah 18 tahun.

Saya ada nampak Moyes di Ewood Park ketika lawan Blackburn. Nampaknya dia sedang skodeng pasukan kita dan cari titik kelemahan. Mungkin pada masa sekarang dia sedang bertungkus lumus mencari formula untuk melakukan kejutan setelah pasukan mereka terkulai layu 3-0 sebelum ini ditangan anak buah Kenny. Namun sedikit ambisi buat The Toffees kerana pasukan mereka bermain baik dengan membelasah 4-0 Sunderland.

Dipihak kita saya rasa kembalinya Johnson dan Agger bakal menguatkan kembali benteng pertahanan yang rapuh bak keropok lekor Ganu. Malah paling teruja dengan permainan Agger yang memberikan impak serta-merta untuk pasukan kita beraksi baik melawan Blackburn. Saya nampak Agger ada ciri kepimpinan dan musim depan baik lantik dia sebagai pembantu Kapten. Kerana Flanagan dah jadi biol semenjak dua menjak ini, lega rasanya Johnson kembali bertugas.

Kalau nak menang perlawanan dengan Everton pemain tengah perlu agresif dan jangan biarkan Everton bermaharajalela macam diorang buat kat Sunderland. Saya ingat Trio, Shelvey, Gerrard dan Spearing perlu bermain bersama dan Henderson direhatkan dulu. Dibahagian sayap saya yakin Downing akan bermain dulu dan Maxi simpanan dan pilihan samada Kuyt atau Bellamy dikanan. Tapi kalau ikutkan prestasi saya nak Maxi dan Bellamy main untuk membantu Carroll dan Suarez.

Mar 16, 2012

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN STOKE


Suku Akhir dah wei. Kena main betul-betul. Ini sahajalah peluang yang patut dikejar, setelah laluan berliku nak kejar tangga ke 4. Piala FA ialah kejohanan berprestif selepas Kejuaraan Liga Perdana, lebih sempoi dari Piala  Donald Duck. Malah pasukan kita masih tak terkejar Man U dengan 4 lagi kejuaraan ini. Peluang inilah patut diambil bagi memastikan Tok Fergie akan sakit jantung kerana makin banyak nak kena buat untuk kejar 41 trofi yang tersimpan dalam rak piala di Melwood.

Sebagai Mat Rempit pencen, saya selalu berpesan kepada budak muda yang baru naik bahawa enjin yang dah set cun jangan dikacau apa-apa, tunggu sampai barai atau kena tiaw dengan lawan baru bukak dan kasi taruh toyol kaw2. Begitulah juga dengan pasukan kesayangan kita yang dah main elok dah lawan Everton, tak payah nak ubah apa-apa samada formasi, taktikal dan juga kesebelasan utama. Tiada cacat cela permainan kita, sebab semua dah nampak molek sokmo dan kalau nak ejas sikit-skit boleh tapi kena pastikan tak kacau motivasi dan kesefahaman yang sedia ada.

Stoke dah tersingkir dari Piala Europa. Dan harapan untuk ke Eropah sekali lagi mungkin dengan pintu belakang, yakni dengan menang Piala FA ini lah apa lagi. Kedudukan mereka untuk kejar posisi ke 7 @ 8 agak sukar kerana terpaksa bersaing dengan 8 pasukan lain yang lebih kurang sama mata atau dekat sangat dengan mereka. Mungkin dengan keadaan getir macam ini Stoke akan main sehabis tenaga dan kederat mereka. Tapi mereka macam biasa bukan nak main serang-serang, cuma macam askar taliban, dok berkubu dan serang balas bila musuh alpa dan terdedah peluang untuk dimanipulasi.

Serius cakap saya cukup berdebar jika lawan Stoke. Entah apa makan pasukan Stoke sampai musim ni sampai kita belum merasai kemenangan dengan mereka dalam Liga. Tony Pulis memang pakar bila pedajal Liverpool, sebab bila lawan kita kemain kuat tapi bila lawan pasukan lain terbarai-barai kena belasah. Oleh kerena itu pasukan kita kena main berhati-hati dan penuh dengan semangat macam lawan Toffees. Tak mungkin majik Kapten Gerarrd akan berulang, tapi saya nampak kali ini Suarez mungkin akan buat naya bek Stoke macamaana jadi kat Distin dan Jagielka. Jadi saya rasa Suarez pula akan menonjol dan kita akan membelasah Stoke 3-0 pula. #YNWA






Feb 21, 2012

LIVERPOOL 6-1 BRIGHTON

Liverpool makan lauk camar pagi semalam. Enak dan lemak, mahu taknya 6 biji sekaligus dibantai tapi tetap beri saguhati sebiji tanda kenang-kenangan. Banyak anekdot yang terjadi macam gol rekod sendiri lawan dan gelagat lelaki bogel yang ceroboh padang.

Tapi apa yang saya nampak pemain yang kena sergah dengan Kenny masa tewas 3-1 dengan Bolton, jadi sempoi semenjak dua menjak ini. Tak payah nak teka siapa. Carrol, Adam, Downing serta Henderson menampakkan jati diri, walaupun ikut-ikut lawan kita tak kuat mana. Gandingan Suarez Carroll amat menjadi dan harap menjadi selepas ini hendaknya.

Peluang nak ke Wembley buat kali kedua makin cerah. Cabaran suku akhir dengan Stoke saya anggap bukan laluan mudah. Stoke ada keupayaan buat Kejutan. Namun harapnya tuah menyebelahi kita nanti.

Feb 17, 2012

PIALA FA: LIVERPOOL LAWAN BRIGHTON



Buat kali kedua musim ini pasukan kita bertembung dengan Brighton. Masa sebelum ini kita tiaw pasukan Camar Laut ini dengan 2-1 pada perlawanan Piala Liga. Memang liat nak tumpaskan anak buah Gus Poyet, kerana mereka main bagus. Kalau tak kerana jaringan Kuyt silap-silap seri dan buang masa lawan semula untuk perlawanan timbal balik.

Jadi saya harap pengurus dan pemain tak pandang remeh lagi kesungguhan pasukan ini. Kalau boleh saya nak tengok pemain muda semua dimainkan dalam perlawanan ini. Tapi apakan daya kita tak mahu eksprerimen yang gagal berlaku. Biarlah pemain muda yang dah biasa main dalam kesebelasan utama macam Spearing, Kelly dan Coates diturunkan.

Tapi tak lupa kena bagi juga kuda tua macam Carragher, Maxi dan Aurelio sebab mereka dah berkarat kat bangku simpanan. Pada perlawanan camni Carroll wajib turun dan pastinya kena boh sebiji dua gol untuk kasi naik semangat peminat. Kalau lawan pasukan cikai macam ni pun Carroll masih tak dapat sumbat gol, taktau macamana nak letak dia lawan Arsenal lepas ni.

Dah masuk pusingan ke-5. Kalau menang dengan Brighton, akan sampai Suku Akhir dah. Maknanya harapan nak dapat piala cerah juga. Mudah-mudahan Piala FA boleh dapat juga musim ni, Ameen.




Jan 27, 2012

PIALA FA : LIVERPOOL LAWAN MAN U


Kembar pertama Si Setan Biru dah kena tibai dan kini giliran abangnya si setan Merah pula. Kedatangan mereka akan ke Anfield pasti sempoi sebab dok tunggu kedatangan si hitam manis Evra. Pasti gempak meriah sebab dengar kata peminat dah siap kain rentang dan topeng muka Suarez untuk bagi pemain Perancis itu jiwa kacau. Lagi satu kita nak tengok apa akal mamat metalik ni nak cari pasal dengan Liverpool.

Jan 7, 2012

LIVERPOOL 5-1 OLDHAM



Kat Veitnam mana ada Astro, cuma dapat layan guna Internet, nasib baik wifi hotel laju gila. Jadi saya tak melepaskan peluang untuk tengok macamana Liverpool yang sedang dalam macam-macam masalah sebelum ini menghadapi pasukan cap ayam macam Oldham. Berbalik kepada perlawanan pagi tadi, saya secara keseluruhan puji semua pemain samada yang main 90 minit atau gantian. Memang mereka tahu Oldham cikai tapi mereka tunjuk komitmen untuk menang secara bersunguh-sungguh.

Kesebelasan kita mengalami rombakan besar-besaran. Tiada Carroll, Downing, Adam, Henderson dan 4 orang bek utama. Ianya gabungan tua muda dibarisi oleh Reina, Kelly, Carragher, Coates, Aurelio, Spearing, Gerrard, Shevley,Maxi, Bellamy dan Kuyt. Nampaknya Kuyt menjadi peneraju utama serangan sambil dibantu oleh Maxi dan Bellamy dibahagian sayap. Spearing menjaga pertahanan dan Gerrard dan Jonjo diberi lesen untuk membantu serangan. Nampak macam Liverpool akan main serangan kamikaze dari corak formasi .

Walaupun dikejutkan dengan gol awal pemain Oldham. Saya percaya penjaga gol hebat dari Pepe pun tak boleh nak tepis bola laju masuk belah penjuru gol macam tu. Mungkin pemain kita alpa nak blok, tapi gol nasib macam itu kita tak boleh nak elak sebab ianya cubaan diluar kotak penalti. Tapi selepas itu Oldham nampak macam dapat peluang untuk buat gol, nasib baik bek dan goli sempat halang penyerang Oldham. Kiranya panik juga tapi Liverpool masih bersahaja dan menggandakan peluang.

Tak dan beberapa minit Oldham kembali kedunia nyata, apabila Liverpool menyamakan kedudukan. Rembatan Shevley ditanduk atau terkena Bellamy, tapi apa pun jua ianya mencecah jaring. Elok nak dekat-dekat nak dekat separuh masa pertama nak habis, Liverpool dihadiahkan penalti kerana Bellamy ditolak ketika berebut dalam kotak penalti. Kapten Gerrard tanpa rasa gabra menjaringkan penalti dengan cantik sekali. Separuh pertama tamat dengan kepuasan. Kopi secawan.

Separuh kedua pasukan kita bermain lebih yakin lagi konfiden. Boleh kata kawsan tengah semua kita punya. Oldham kembali buat kubu dalam kampung sendiri. Tapi apa nak buat Liverpool kembali lapar gol. Shevley akhirnya dapat gol sulung peribadi untuk Liverpool apabila menyudahkan hantaran dari Bellamy. Lepas sorang, sorang lepas geram. Kali ini giliran Carroll pula boh gol dengan rembatan padu. Walaupun masa dah nak habis, kini giliran Downing boh gol sulung beliau setelah 21 tanpa gol. Keputusan akhir 5-1.

Akhir sekali walaupun berpuashati dengan keputusan kali ini, harap pemain dapat meneruskan corak sebegini. Carroll perlu masa tapi Liverpool perlu gol, jadi beliau perlu kembali beri gol kerana itu adalah tugas beliau. Kalau tak konpom Bent yang diwar-warkan akan dijual ke Liverpool akan dibeli kerana reputasi dan pengalaman serta penghasilan gol adalah memberansankan. Downing telah dapatkan momentom serta gol sulung dan saya harap ianya berterusan. Namun saya amat bangga dengan barisan muda seperti Shevley, Kelly, Coates, Flanagan dan Spearing. Harap mereka cepat belajar dan beri persaingan sihat kepada barisan utama. YNWA from Saigon



 

Jan 9, 2011

PIALA FA: LFC 0-1 SYAITAN



Ini merupakan permulaan yang mengecewakan kepada Dalglish. Dia tak mampu berbuat apa-apa dengan dua insiden yang merupakan titik tolak kepada kekalahan tipis kita. Yang pertama, apabila Agger dikatakan membentes penerjun terbaik Man U iaitu Berbatov si kaki lembik yang memebrikan penalti. Manakala terjahan keras kapten Gerrard keatas Carrick yang membuatkan pasukan kita tiada lagi inspirasi ditengah. Namun dengan 10 orang pasukan kita masih mampu membuatkan Man U hanya boleh berbangga dengan gol penalti tu saja.

Banyak yang perlu dirombak dan dikemaskinikan oleh Dalglish. Torres perlu diberi motivasi dan perlunya rakan serangan yang boleh menjaringkan gol dan Ngog bukanlah jawapannya. Pemain muda seperti Kelly, Pacheco, Shevley mahupun Suso mesti diketengahkan jika NESV tidak mahu memberikan dana untuk setengah musim ini. Lagi satu pemain kita dah tua sangat. Memang patut NESV menetapkan polisi beli pemain muda dan ianya adalah langkah positif untuk kecemerlanan masa depan.

Lagi satu bek kita dah jadi satu gurauan. Konchesky, Skrtel dan Johnson adalah ibarat 3 Stooges yang menjadi badut dibahagian pertahanan. Nasib baiklah Pepe Reina tidak turut sama dalam sarkas mereka, kalau tidak keadaan mungkin jadi lebih cacamerba. Saya tahu Kenny adalah bekas penyerang, tetapi dia juga berupaya membawa pemain bek hebat seperti Hansen, Lawronsen, Whelan dan Nicol pada era 80an dulu. Oleh itu saya pasti beliau jika ada dana yang cukup perlu merombak besar-besaran unit pertahanan kita.

Bagi yang mahukan peningkatan serta-merta dibawah selian Kenny saya rasa jangan terkilan. Beliau mungkin cuba sedaya upaya mungkin untuk menerapkan permainan efektif dan meningkatkan mutu permainan seadanya. Namun ianya akan lebih bermakna jika pemilik dapat memberikan peluang kepada Kenny untuk membawa seorang dua untuk menguatkan Liverpool.

PIALA FA: LFC LAWAN MUFC



Cabaran sulung untuk pengurus baru kita Kenny Dalglish sikit mencabar. Pertama bertemu dengan pasukan yang kuat dan konsisten. Kedua bertemu dengan musuh lama yang pernah beliau hanjingkan cukup lama dulu. Tekanan tetap ada dan keputusan mungkin sukar dijangka namun bagi saya, kita mahu lihat gaya retro diserapkan dalam pasukan masa kini. Mungkin kalau Dalglish ada Grobleaar, Nicol, Lawrensen, Hansen, Whelan, McMahon, Barnes, Houghton, Bardsley, Aldridge dan Rush sebagai kesebelasan utama kini, Ferguson mesti pucat lesi, kecut telur. Namun beliau terpaksa gunakan pemain macam Skrtel, Konchesky, Poulsen dan Ngog bersama-sama pemain utama lain. Disini kita boleh lihat sama ada trik lama beliau masih boleh dipakai lagi. Saya tak pasti kita boleh menang atau kalah. Cuma saya pasti takkan ubah cenel Astro untuk melihat bagaimana Otai Lagenda kita dengan sentuhan magis beliau.

Apr 18, 2009

Kartun Minggu ini.



Marilah kita semua menyokong Everton malam ini kerana mereka akan bertemu dengan Man U malam ini dalam saingan separuh Akhir Piala FA . Walaupun Everton telah menyingkirkan kita sebelum ini dalam saingan peringkat ke-4 namun harap mereka dapat meleburkan ketamakan Man U untuk merebut 4 piala. Kalau mereka tewas sekalipun setidaknya pastikan 2-3 orang pemain utama Man U masuk wad pun dah dikira O.K.

Jan 24, 2009

Prebiu Piala FA Liverpool lwn Everton


Malam ini sekali lagi dua kelab Merseyside akan bertemu buat kali ke-3 musim ini. Livepool musim ini mempunyai rekod yang lebih baik keatas Everton apabila menang keatas Everton di Goodison dan Seri di Anfield dalam saingan Liga Perdana. Kali ini pertembungan ke-3 ini adalah dalam persaingan Piala FA Inggeris. Liverpool telah berjaya membenam Preston dan Everton pula menidakkan Masclesfield untuk bertemu dalam pusingan ke 4 ini.

Dalam perlawanan Liga di Anfield tempohari, Liverpool yang menguasai permainan dan menjaringkan gol awal telah berjaya diikat Everton di minit akhir perlawanan. Dengan keputusan itu menyebabkan Manchester United mendahului kita dengan perbezaan gol. Malah Man United juga mempunyai kelebihan kurang satu perlawanan.

Liverpool dikatakan tidak akan menurunkan Reina kerana akan memberikan peluang Cavalieri dalam perlawanan itu. Gerrard juga tidak akan diturunkan tetapi diganti dengan Alonso yang beraksi untuk mengembalikan stamina beliau. Agger dan Arbeloa yang baru pulih dari kecederaan masing-masing bakal diturunkan dalam perlawanan ini sebagai langkah kembali dalam kesebelasan utama.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails