Dec 31, 2014

LIVERPOOL LAWAN LEICESTER

Bila mainkan pemain ikut perasaan takkan kemana. Dok risau dengan tag harga mahal apa barang. Kalau pemain flop yang mahal dok dibangku simpanan siapa kisah. Janji pemain yang berkebolehan dapat turun untuk berikan keputusan terbaik. Lagi satu usah hiraukan taraf lejen kapten Gerrard. Kena pandai urus bila nak guna dan bila nak simpan otai kita itu.

Keputusan dengan Swansea ada satu dari tindakan bijak dan positif yang Brendan buat untuk sekian lama. Kita cukup hairan kenapa tidak dari awal lagi buat percaturan cenggini. Dah nak jauh dari sasaran barulah nak berubah. Mungkin juga ada perancangan licik dan politik halus nak bagi pengajaran kat pemilik supaya benarkan belanja ditambah dan beli pemain bintang bukan pemain berpotensi macam haritu.

Saya nak tulis banyak tapi modal nak kritik Brendan dah kurang sebab dia dah nampak kian OK. Kita mahu Brendan yang macam musim lepas. Brendan yang hebat dan dicemburui pengurus lain. Brendan yang taktiknya digeruni sebab pasukan main laju kemain menyerang dan bertahan dengan agresif. Dengan Leicester nanti kita harap Brendan kekalkan apa yang ada sekarang dan pastikan fokus untuk dapat 3 mata.

Dec 29, 2014

TORRES KEMBALI KE KELAB LAMA

Lega rasanya bila dapat berita yang Torres dah patah balik ke Atletico Madrid, kelab dimana beliau membesar dan disanjung sebagai hero suatu ketika dulu. Khabar angin yang mengatakan Brendan nak cuba dapatkan Torres, namun pihak tuan punya badan hanya mahu balik kampung dan kalau tak boleh bangkit, nak tanam jagung. Dia dipinjam ke AC Milan, namun bila pengurus Milan letak beliau dibangku simpanan, terus sentap sebab dia rasa dia masih Torres yang hebat. Atletico telah mengumpan pemain Itali, Alessio Cerci untuk ditukarkan dengan Torres atas dasar suka-sama suka.

Rasanya peminat Liverpool banyak yang masih sakit hati dengan beliau. Sakit hati bertimpa-timpa sebab pertamanya dah kehilangan beliau satu hal, dah tu pula pergi terbeli Andy Carroll yang memang hampeh segalanya. Betul silap Kenny, tapi kepanikan tersebut berpunca dari akal seminit Torres yang nak belah betul-betul hujung pintu perpindahan. Sasaran utama ketika itu Mario Gomez pula kantoi kerana perbincangan kontrak dan macam-macam terlalu suntuk untuk dimeterai. Gomez kat Jerman dan sebab itulah Carroll dijadikan alternatif sebab sempat sampai untuk ujian kesihatan.

Saya anggap keputusan Torres untuk ke Atletico adalah satu keputusan yang wajar. Dia masih boleh jadi pemain bagus jika semangat beliau yang nampak pudar, boleh dibangkitkan oleh peminat Atletico. Tekanan mungkin kurang sebab peminat takkan nak bahan bekas lejen mereka. Macam kepulangan Robbie Fowler kali kedua. Kita tahu dia dah tak seperti dulu, namun peranan beliau bukan setakat membangkitkan nostalgia dan nilai sentimental, tapi macam penghormatan sebelum si lejen itu menggantung but. Apapun juga selamat maju jaya buat Fernando Torres.




















LIVERPOOL LAWAN SWANSEA



Hari buka kotak jatuh pada hari lawan Burnley. Lawan Swansea pula mungkin boleh panggil hari buang kotak kot. Dulu-dulu sebelum era Stadium Astro, saya mati-matian ingat "Boxing Day" yang selalu kita tengok kat Kalender Kuda, adalah hari ulangtahun sukan Tinju. Jangan gelak ini memang kenyataan dan mungkin ada ramai yang senasib macam saya. Pemain kita hanya sempat berehat tak sampai 2 hari, dan terpaksa sambung balik satu lagi perlawanan penting menerima kunjungan Swansea atau Angsa Laut.

Mignolet
Manquillo Skrtel Sakho Moreno
Henderson Lucas Emre
Lallana Coutinho 
Sterling

Masa yang sesuai rehatkan Gerrard. Malah ketiadaan Toure bagi saya formasi kena ubah. Tak berbaloi nak bazirkan kebolehan Emre yang sasa tetapi mampu kawal bola dengan santai, dibahagian bek menggantikan Toure. Kalau setakat nak jaga Bony, Sakho adalah jawapannya. Pantas, agresif dan juga tak kekalutan nak lambung bola tinggi kelaut. Saya rasa permainan Tiki-Taka Swansea, amat sesuai dengan 4-3-3 sebab kena bagi kuat bahagian tengah untuk mengungguli bahagian tengah.

Pertahanan Swansea taklah rapuh namun taklah setangkas mana. Amatlah sesuai dengan menguji mereka dengan serangan yang pantas dan lebih kreatif  dengan Lallana dan Coutinho yang membantu Sterling. Ini lebih afdal berbanding jika nak guna  Lambert. Tak sesuai nak main tempo perlahan, sedangkan itulah yang disukai oleh Swansea untuk menggunakan kekuatan pemain sayap mereka yang pantas.

Swansea berada setakuk atas pasukan kita  ditangga ke 8 Liga dengan beza 3 mata. Saya rasa ini masa yang sesuai untuk panjat ke-atas dengan menewaskan Sawansea. Takkan ada lagi peluang nak pintas Swansea kerana mereka juga punyai kelebihan bukan sekadar mata tetapi perbezaan jaringan gol. Minggu ini banyak pasukan atasan yang mengalami kerugian mata, jadi amat rugilah jika tak ambil peluang tersebut. Saya harap Brendan Rodgers tak buat eksperimen pelik dan letakkan kesebelasan terbaik untuk balun Angsa Laut nanti.

Dec 28, 2014

PENYERANG YANG BAKAL DIBAWA MASUK JANUARI 2015



Saya dah buka pungutan suara kat sebelah tepi kanan blog. Undian kali ini untuk lihat siapa pilihan peminat. Dan mari kita bandingkan adakah tekaan Sedara-Sedari tepat atau tersasar jauh. Sebab apa bila dengar yang Brendan nak berbelanja besar cari penyerang, adakah ianya realiti atau sebuah lagi cerita dongeng. Selamat Mengundi.

Dec 27, 2014

LIVERPOOL 1-0 BURNLEY


Seperti yang dijangka Liverpool main macam perlawanan lepas. Apa yang beza, Liverpool tak mendominasi perlawanan, sebaliknya banyak main hantaran yang kurang lancar dari sebelah sayap. Bahagian tengah boleh dikatakan neutral kerana Burnley juga main dari bahagian sayap terutamanya disayap kanan menggunakan pemain lincah Kris Boyd. Mereka tahu Markovic bukan pemain sayap-belakang neutral dan tahap disiplin pertahanan beliau amat diragui.

Liverpool banyak  main hantaran jauh mencari Sterling. Saya tak berapa faham kenapa tak main hantaran pendek macam lawan Arsenal. Ini mungkin taktik yang membuatkan permainan jadi begitu buruk dan Burnley nampak selesa bertahan dengan menjaga Sterling yang sorang-sorang kat atas. Adakalanya cara itu efektif juga kerana formasi 3-4-3 ini buaan sesuai dengan semua jenis lawan. Dengan Burnley memang tak efektif dan sepatutnya kena guna 4-3-3 kembali sebab tak berapa konfiden dengan Markovic sebagai pemain sayap-belakang.                                                  

Brad Jones mengalami kekejangan. Masa kecederaan yang kurang baik ketika Danny Ings buat sepakan yang nasiblah terkena palang. Mignolet kembali mendapat peluang kedua. Tapi macam selalu, Mignolet masih buat perangai. Satu ketika dia hampir memberikan masalah apabila sepakan beliau terkena Danny Ings. Nasib baik bola terkantoi tinggi dan dapat ditangkap kembali. Ada sekali lagi dia cuba mengeluarkan bola tetapi sampai terkeluar dari kawasan permainan baru nak sepak. Kepanikan atau kebadutan apakah itu.

Separuh kedua bermula, lembab macam biasa pada awalnya. Kemasukan Emre Can menggantikan Toure yang cedera  merubah segalanya. Kita boleh perasan yang Emre nampak lebih agresif dan konfiden memegang bola. Saya tak harap Emre bermain dalam posisi pertahanan sampai bila-bila, namun dia memang pemain serba-boleh dan kebolehan itu membuatkan Brendan punyai opsyen lain selain untuk menukar formasi. Nak tukar formasi camna takkan nak kasi Markovic main bek kiri kot.

Apapun yang berlaku atas padang bukan lagi dalam kawalan Brendan Rodgers. Dah 2 pertukaran awal akibat kecederaan, kena teruskan perjuangan dengan pemain sedia ada. Banyak kali serangan pasukan kita digagalkan oleh bek Burnley. Gerakan dan serangan balas adalah aspek permainan kita yang menghasilkan gol Sterling. Coutinho yang menerima bola lambung hasil tandukan Lucas, melakukan sepakan lambung kedepan, menyedari Sterling sudah buat larian. Sterling tanpa rasa gabra, mengambil masa menewaskan Heaton dan melekukan sepakan leret melepsi bek Burnley yang sedaya upaya menghalang bola dari menerjah jaring.

Sejurus itu pasukan kita kembali dalam mod bertahan walaupun dengan kemasukan Lambert. Ketika ini serangan Burnley bertali-arus. Cuma pasukan mereka memang haprak, boleh dikatakan majoriti serangan dilancarkan dari udara. Dengan adanya Sakho, jangan haraplah nak dapat lalaun mudah dari jalan udara. Ikut statistik dia berjaya membasmi lawan dengan berjaya dengan 100% bentesan  dan 4 kali hadangan serta 4 kali pertarungan diudara. Kalau nak banding dengan Lovren, memang kena tinggal jauh prestasi Sakho.

Walaupun main buruk sikit, dengan jaringan yang tipis. 3 mata yang dicari dah ditemui selain tiada lagi kebolosan. Samada Faktor Sakho atau Can, itu mungkin secara kebetulan. Namun apa yang penting pemain kita nampak bersemangat walaupun bermain dibawah tekanan. Ketiadaan Toure dan Jones bagi saya tak dirasai sangat kerana dengan pemain simpanan lain yang ada Brendan boleh kembali bermain dengan posisi 4-3-3 jika dia mahu. Dengan Swansea kita mahu pertahanan lebih waspada kerana penyerang mereka lebih bahaya terutamanya Bony.

Dec 24, 2014

LIVERPOOL LAWAN BURNLEY


Hari Natal dah nak sampai, bagi omputeh, mereka akan bolayan sebarang urusan rasmi pada masa terdekat ini dan hanya tumpukan untuk joli katak dan berehat bersama sanak-sedara. Itu memang tabiat mereka sejak berzaman, dan kita yang bekerja dengan kompeni ada kaitan dengan Boss-boss kat sana boleh rileks dan tunggu sampai lepas Tahun 2015 untuk sebarang urusan. Sebab kebanyakan kompeni yang sedemikian akan tutup kedai (shutdown) dan bagi peluang pekerja balik kampung main air banjir.

Tapi terbalik kot plak dengan bolasepak di England. Mereka tak cuti langsung, terpaksa main bola sepanjang Krismas hingga tahun baru. Memang tradisi hiburan mereka adalah tengok perlawanan bola, bukan main meriam buluh atau mercun buatan sendiri. Perlawanan bermula pada Hari Buka Kotak Hadiah, dan menemukan pasukan kita dengan Burnley. Kali ini skuad kita berkunjung tamu, menziarahi ditempat lawan Gelanggang Turf Moor. Dengar kata musim hujan lebat juga kat sana macam yang berlaku kat Pantai Timur. Tapi taklah teruk macam kat Gua Musang.

Persediaan pasukan kita pada pendapat saya sangat memberangsangkan. Pasukan dah main macam dulu-dulu, cuma kualiti sikit kureng. Tak apalah yang penting Brendan dah mula insaf dan kembali berfikir secara rasional. Dia telah menurunkan pemain yang mempunyai dayausaha dan juga kualiti yang wajar untuk main dengan intensiti pantas dan agresif. Sebab dah lama tak main macam tu, ramai yang pancit masa lawan Meriam. Alah semua tu boleh setel kemudian untuk dapatkan kecergasan untuk main 90 minit. Yang penting kita nampak Liverpool dah kurang main hantaran tinggi yang merapu.

Jones
Toure Skrtel Sakho
Hendo Lucas Gerrard Markovic
Lallana Sterling Coutinho

Macam samakan dengan barisan lepas. Itulah yang sepatutnya diturunkan untuk lawan Burnley. Kerna Burnley bakal main letak bas depan pintu gol, kualiti serangan mereka akan jadi teramat poyo. Kita boleh bagi diskaun dibahagian pertahanan untuk pulun serang kamikaze dari tiupan wisel. Taktik lapuk tapi berkesan, bila dapat gol awal, Burnley akan jadi lebih sikit longgar dan keluar dari kubu untuk dapatkan penyamaan. Dan ketika itu dengan pemain seperti Sterling dan Markovic serta Coutinho yang pantas dan licik boleh main serang balas untuk kasi porak peranda rumahtangga mereka. Lambert boleh digunakan sebagai pemain gantian impak macam apa yang dibuat Brendan sebelum ini.

Skrip dan andaian mungkin mudah. Tapi kita belum tahu apakah serangan kita akan kembali tajam atau masih tumpul macam perlawanan sebelum ini. Itu sahaja yang buat kita risau. Pemain macam Coutinho, Sterling dan Markovic memang boleh jaringkan gol. Cuma saya tak tahu apa yang mereka buat sampai sepak pun merapu-rapu. Kita tengok pemain macam Suarez dan Sturridge walaupun ada masa bazirkan peluang, namun paling busuk pun masuk juga sebiji-dua. Kalau masalah serangan kita dah setel saya ingat masalah dibahagian pertahanan taklah terasa sangat, walaupun nampak makin teruk.

Dec 22, 2014

LIVERPOOL 2-2 ARSENAL



Eksperimen 3-4-3 takkan gagal jika peluang yang begitu banyak disudahkan dengan sempurna. Markovic, Coutinho, Sterling dan paling kita tak percaya Lucas termasuk dalam senarai  mempersia-siakan peluang yang datang mencurah-curah. Kalau lawan Menyu De Gea memang hero, tetapi kali ini Szczesny hanya menidakkan beberapa percubaan luar kotak dan tandukan yang tak berapa bahaya. Kita tengok balik Arsenal hanya dengan 39% penguasaan bola, tapi masih berjaya menjaringkan gol dengan saya rasa hanya 4-5 kali percubaan.

Raheem Sterling dibazirkan diposisi penyerang utama. Dia opsyen terakhir kerana kita tengok kalau Lambert atau Balotelli main, takkan boleh sampai satu masa kita menggungguli dengan 80% penguasaan permainan. Borini boleh main tapi dia main dengan emosi dan kad merah yang ditunjukkan saya rasa terbawa-bawa dengan perasaan kecewa sebab lama sangat tak diberi peluang. Saya rasa mungkin perlawanan dengan Arsenal perlawanan terakhir beliau, sebab diberitakan Origi bakal kembali serta-merta dari Lille Januari ini sebab klausa ambil-balik telah dibayar.

Jaringan Coutinho pada minit-minit terakhir memang sesuatu yang ditunggu sebab banyak kali Liverpool terlepas peluang. Dia bukan tak boleh buat gol, tapi teknik sepakan beliau banyak kali mengecewakan musim ini. Gol berpunca kesilapan pemain Meriam mengeluarkan bola, dan Henderson merampas bola dan melarikan bola dari belah kanan dan mencari Coutinho dengan hantaran tepat. Coutinho apa lagi, menggunakan trik acah-mengacah, tetapi masuk kedalam kotak dan melepaskan rembatan leret menjangkaui goli Arsenal yang hanya mampu berserah.

Gembira-gembira juga, pemain kita tiba-tiba jadi panik dengan serangan Arsenal yang terdesak cari gol. Betol si Sanchez kaki terjun. Namun masalahnya pemain kita masih kantoi dengan sepakan bebas. Kedudukan berselerak tanpa ada organisasi mantap. Tengoklah bola pertama dari Sanchez tak silap, berlaku perebutan Sakho dan Toure, ditanduk Giroud tak sempat dihadang Lucas, sampai kepada Debuchy yang pada saya menarik Skrtel, dan menanduk kena kepala Skrtel lalu terbias tanpa dapat Jones tepis. Sakit hati betul, sebab apa Arsenal dapat kembali keyakinan setelah dibuli sepanjang separuh masa pertama.

Separuh kedua tak banyak beza pasukan kita masih menyerang dengan baik, namun peluang banyak kantoi macam separuh pertama. Arsenal memulakan serangan kilat dari sebelah kanan Liverpool. Hantaran jauh Carzola mencari Giroud yang berada dilapisan 3-4 orang pemain Liverpool. Giroud mencari Sanchez yang bermain satu-dua kembali kepada Giroud untuk melakukan penyudah yang padu dicelah kangkang Jones. Ketika itu pemain Liverpool sedang lena dalam terjaga, sebab Arsenal hanya menyerang dengan 3 pemain, berbading pemain Liverpool seramai 5 orang berada dalam kawasan sendiri.

Penggantian Borini dan Lambert memang sesuatu yang positif dari Brendan. Cuma impak Borini tak sampai beberapa minit sebab dia mendapat kad merah yang memang tak berbaloi. Skrtel menjadi wira setelah buat tahi akan kedua-dua gol sebelum ini dengan tandukan padu. Memang betul Arsenal terlalu yakin nak dapat 3 mata di Anfiled. Sebab itulah pemain pertahanan mereka begitu ralit sampaikan Skrtel mampu melakukan tandukan bebas tanpa dicelen oleh sesiapa, walaupun Mertersaker cuba nak melompat tapi segalanya dah terlambat.

Banyak penambaikan nampak dalam perlawanan itu. Walaupun taklah seperti yang diharapkan, namun jika ada penyerang berkualiti dengan penyudah mantap, perlawanan ini boleh disudahi dengan 3-2 takpun 4-2. Kita boleh tengok pasukan macam Menyu dan Meriam hanya ada sikit sangat peluang tetapi mereka mampu dapat gol kerana punyai penyerang berkaliber. Saya harap Januari ini agenda penting ialah beli penyerang berkualiti, bukan tangkap muat. Disamping itu seorang penjaga gawang yang berpengalaman dan  juga pemain tengah bertahan yang lebih baik dari Lucas.


Dec 19, 2014

LIVERPOOL LAWAN ARSENAL


Imbas balik kemenangan dengan Bournemouth 3-1. Pada kali ini Brendan melakukan apa yang dihajati oleh peminat. Mainkan kesebelasan terbaik dan efektif. Tak kisahlah Bournemouth pasukan bawahan, namun jika taktik macam sebelum ini digunakan, barangkali tak mungkin keputusan sebegini dapat dikecapi. Ketiadaan Allen digantikan dengan Lucas adalah plot pertama dan mengeluarkan Lovren pada separuh kedua adalah satu keputusan terbijak bagi Brendan.

Sterling sekali lagi dapat peranan dikemuncak serangan. Selepas diritik hebat begitu ceroi ketika lawan Menyu, siapa sangka kritikan peminat diambil positif dan hasilnya Sterling adalah berfungsi  sebagai penyerang palsu namun dia tak sekali-kali  berikan harapan palsu macam Balotelli dan Borini. Brendan boleh kekalkan Sterling disitu menentang Arsenal nanti kerana sudah tiada tempat untuk Balotelli kerana posisi beliau dibangku simpanan. Jadi bolehlah nanti kita tengok Markovic dan Lallana bergabung untuk membantu Sterling lawan Arsenal.

Namun tidak pasti samada 3-4-3 bakal digunakan kembali. Setahu saya posisi tersebut efektif bagi lawan pasukan yang gunakan pemain sayap. Kembalinya Sakho setelah sekian lama cedera adalah faktor kebangkitan. Boleh simpan dulu Lovren, dan gandingkan Sakho dengan Toure. Kita tahu Arsenal main hantaran pendek dan mempunyai penyerang yang pantas. Pemain lembab macam Lovren boleh jadi liabiliti biarpun ada bantuan dari pemain tengah. Apa nak kisah tak rugi mana simpan pemain yang tak efektif walaupun tandaharga 20juta boleh jadi persoalan.

Untuk rekod pasukan Arsenal juga terumbang-ambing macam kita. Cuma nasib mereka baik ada penyerang bagus macam Giroud dan Sanchez. Namun begitu kita harus bersyukur Pak Wenger asyik kekalkan pertahanan yang sedia-ada. Dan satu lagi Skuad Meriam tak punyai pemain tengah bertahan terbaik sejak jual Alex Song ke Barselona. Setakat Flamini dan Arteta kita boleh menggunakan kelicikan Coutinho untuk memecah-belahkan  benteng tengah mereka. Bagi pihak kita kena kekalkan Lucas dan jangan sekali-kali masukkan Allen. Pasukan dah main baik tanpa beliau.

Dec 17, 2014

PIALA CAIPTAL ONE:LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH


Liverpool dah layak kepusingan ke-5 ataupun Suku Akhir Piala Liga. Dah nak dekat dah peluang untuk dapat medal.

Derby County v Chelsea 
Tottenham Hotspur v Newcastle United 
Bournemouth v Liverpool 
Sheffield United v Southampton 

Tengok 7 pasukan lain yang layak, boleh dikatakan  pasukan yang hebat-hebat belaka. Pasukan yang bakal ditentang esok, Bornemouth adalah pendahulu Liga Kejuaraan. Mereka belum rasai kekalahan dalam semua pertandingan sejak 12 perlawanan sebelum ini. Nak banding pasukan kita baru saja kena bantai dengan Menyu 3-0. Kiranya tahap konsistensi Bournemouth bakal menguji tahap flip-flop persembahan pasukankita.

Jones
Manquillo Toure Sakho Moreno
Markovic Henderson Can Lallana
Balotelli Lambert

Ini yang patut Brendan mainkan jika mahu lihat Liverpool yang lebih segar. Pertamanya Mignolet direhatkan terus sehingga goli baru sampai. Dengar cerita Ochoa goli Mexico telah dalam rundingan. Jadi Jones bakal main sampai transisi itu berlaku. Glenjo yang cedera sebulan akan digantikan Manquillo. Toure dan Sakho adalah gandingan yang perlu diuji kerana Skrtel-Lovren memang bawa penyakit. Moreno kena main sebab tengok betapa semputnya Enrique.

Saya suka persembahan Markovic ketika masuk sebagai pemain gantian semasa lawan Menyu. Larian beliau amat menarik, namun yang paling bahaya ialah hantaran beliau yang jitu. Lallana mesti kekal sebab dia nampak kemas dalam perlawanan sebelum ini. Apa pun jika Gerrard direhatkan Hendo kena main dan kita mahu Emre menjadi rakan gandingan. Akhir sekali gandingan Lambert dan Balotelli boleh main bersama kerana bek Bournemouth taklah pantas mana.

Dec 16, 2014

UNDIAN PERINGKAT KALAH MATI PIALA EUROPA


Liverpool dapat Besiktas. Ingat lagi sketsa 8-0 di Anfield. Itu cerita lapuk, sekarang belom tahu apakah Liverpool mampu pergi lebih jauh dengan skuad bermasalah seperti sekarang. Kita harapkan Brendan(jika ada jodoh panjang) cuba sedaya mungkin untuk dapat Piala ini , sebab secikai manapun Piala tetap Piala. 

REKOD DICIPTA MUSIM INI


Rekod berjaya dicipta Brendan Rodgers musim ini.

  • Mata tercorot dari 16 perlawanan sejak musim 1964-65. 
  • 7 kali tewas, mengatasi keseluruhan kekalahan musim lepas.
  • 2 kali menang dari 10 perlawanan dalam semua pertandingan.
  • 3 kali menang dan 7 kali tewas dalam 11 kunjungan ketempat lawan.
  • 1 jaringan dari 3 perlawanan dari 50 percubaan.


Dec 15, 2014

LIVERPOOL 0-3 MAN U



Sekarang bukan masa nak cari salah sesiapa. Brendan Rodgers masih ada masa jika diberi peluang. Cuma dia kena buang ego keras kepala dan cuba dengar nasihat lejen-lejen macam Steve Nicol dan Mark Lawrenson yang banyak kali bagi nasihat dalam kolumnis mereka. Malah baru semalam tak silap Carragher juga ada komen sedikit tentang perlunya jurulatih pertahanan. Saya tak pasti samada dia nak angkat bakul sendiri untuk tawarkan peranan sebagai pelatih untuk pertahanan.

Brendan Rodgers cuba buat eksperimen 3-4-3. Jones ganti Mognolet. Glenjo dalam bek 3 bersama Skrtel dan Lovren. Hendo sebagai RWB bersama Moreno LWB. Gerrard dan Allen dibahagain tengah. Coutinho dan Lallana membantu Sterling yang menjadi penyerang palsu. Corak ini dah terbiasa dengan pasukan kita musim lepas, dan mungkin Brendan yakin pemain dah tahu peranan masing-masing.

Liverpool main baik dengan corak agresif yang menekan dari atas. Malah pemain Man U terpaksa main kotor dengan cara kasar untuk mengekang gandingan trio pemain lincah, Lallana, Coutinho dan Sterling. Sterling dapat peluang untuk menjadikan Liverpool dihadapan, namun tak pasti samada kegopohan atau panik ataupun De Gea memang pakai tangkal pelindung. Sepakan Sterling tepat dan ditepis De Gea.

Gol pembukaan Man U oleh Rooney kalau dilihat taklah berapa bahaya. Cuma yang mengakibatkan gol tersebut ialah tiada DM yang berada betul-betul depan barisan pertahanan untuk menutup ruang. Gerrard kena ada tanggunjawab untuk masuk keposisi itu Tetapi nampaknya kurang disiplin pertahahan, maka tak dapat nak hidu bahaya yang bakal menanti selepas hantaran Valencia mencari Rooney yang tak dikawal.

Gol kedua Man U adalah tidak wajar kerana dah keadaan Curi Ayam oleh Mata. Namun apakan daya, penjaga garisan mungin tertinggal kanta lekap sebab itulah seantero manusia yang lihat gol itu memang sah-sah tidak wajar diberikan. Saya tengok langusng tiada pemain yang protes. Gol ketiga Van Persie, memang patut disalahkan Lovren. Bek termahal camni boleh panik untuk keluarkan bola dan terkantoi kepada Mata yang melorongkan kepada RVP yang merembat melepasi Jones yang tak langsung cuba buat terkaman akrobatik.

Sepatutnya jika Sterling boleh sumbat semua peluang dan Balotelli juga lebih prolifik, Liverpool boleh menang 5-3. Sterling masih jauh dari menajdi pemain hebat. Kalau dia nak gaji melampau dan rejek kontrak baru, saya rasa Brendan cuba mainkan balik video dan suruh Sterling tengok apakah dia layak untuk diman gaji macam pemain bertaraf bintang. Selagi Sterling main dengan rasa tekanan, dia takkan mampu ulangi prestasi musim lepas. Saya rasa Sterling pun merasai kehilangan Suarez dan Sturridge yang banyak beri impak kepada corak permainan beliau.

Keseluruahan pasukan yang menang bukanlah pasukan yang main cantik tetapi mampu menjaringkan gol. Menyu tak berapa nak kawal permainan cuma mereka pandai gunakan peluang. Walaupun banyak peluang dicipta namun pasukan kita masih perlu perbaiki masalah kebocoran dan kemandulan depan gol. Banyak benda perlu diperbaiki tetapi jika Brendan buang kedegilan untuk gunakan pemain yang tak menjadi dan digantikan pemain yang sesuai, tak perlu tunggu Januari, 

Dec 14, 2014

KOLO TOURE PEMAIN TERBAIK BULAN NOVEMBER


Kolo Toure dinobatkan Pemain Terbaik bagi bulan November. Saya setuju 200 persen. Tapi Brendan masih abaikan Toure untuk kekal dalam kesebelasan utama selepas prestasi baik beliau. Padahal kita tahu Lovren main sahaja malapetaka kerap berlaku. Toure bukan bangang sangat walaupun musim lepas ada sekali-sekala buat silap. Perlawanan yang paling menonjolkan Toure ialah semasa tewas tipis 1-0 kepada Real Madrid.

Lovren dah jadi lubuk serangan lawan kerana mereka tahu senang sangat nak kotak-katikkan bek Croatia itu. Lovren bukan bek yang sesuai dengan permainan Liverpool sebab di Soton dia dibantu oleh bukan satu tapi dua pemain tengah bertahan untuk memudahkan kerja beliau. Sebab itu kita tengok Lovren ada masa untuk buat bentesan dan hadangan terbaik, sebab dia tak perlu nak pergi hadap lawan satu-sama satu.

Brendan bukan prejudis terhadap Toure. Tetapi dia terpaksa untuk elakkan kena bahan sebab dah ter beli Lovren sampai 20juta, tetapi takkan nak simpan kat bangku simpanan kot. Sebab itulah salah satu faktor yang membuatkan Brendan dalam dilema. Saya setuju dengan cara Mourinho, walaupun beli Kurt Zouma dengan harga kurang sikit saja dari Lovren, tetapi selagi belum boleh potong John Terry, jangan harap boleh dapat tempat percuma.

Dec 13, 2014

LIVERPOOL LAWAN MANCHESTER UNITED



Semua pihak perlu kembali tenang. Keluar dari Liga Juara-Juara bukan bermakna dunia nak kiamat. Main lagi di Eropah cuma kali ini di kejohanan kelas kedua Piala Europa. Liverpool bukan main teruk sangat tetapi ada banyak silap dari percaturan oleh Brendan. Sejak dari pemilihan kesebelasan awal hinggalah pemain gantian, saya nampak Brendan hanya nampak hebat jika pemain hebat beliau miliki. Tapi jika pemain taraf sederhana dan anak ikan baru nak main kelab besar, hasilnya kita lihat pagi tadi.

Harus diingat, bolasepak lebih kepada bagaimana keputusan dari  pertarungan pemain diatas padang, strategi dan falsafah bolasepak yang canggih masih belum boleh janjikan kemenangan. Itu hanya beberapa persen berkat dari latihan dan lebih penting bakat pemain. Pemain macam hebat macam Suarez dan Sturridge kita beli semasa kematangan dari segi umur dan pengalaman. Brendan hanya sesuaikan kebolehan mereka dengan taktik yang betul itu sahaja. Bila dah kena dengan taktik meletop-letop tak hingat. Tapi bila nak tunjuk terre guna taktik yang sama dengan pemain lembab macam Lambert dan Balotelli, hasilnya dah nampak. Tunggu nak melingkup.

Saya pernah cakap pasal Kenny Dalglish punya silap yang telah ditiru kembali oleh Brendan. Ianya bukan teori tetapi tabiat pelik jurulatih British kebelakagan ini. Houllier dan Rafa yang pernah melatih pasukan kita nampak lebih berhati-hati nak buat benda pelik-pelik dalam taktik dan guna pemain. Mereka tak bernasib baik sebab tak dapat dana melimpah-ruah. bajet ciput dan dapatlah pemain sederhana, namun ada juga yang kira berbaloi. Itupun kalau dilihat dari belanja dan piala yang dapat pualangan kira balik modal. Masing-masing pernah hampir menang Liga tapi duit punya pasal, kalau tak mungkin ada peluang.

Kesemua itu tak jadi masalah jika pemilik masih percaya dengan Projek Gajah Putih Brendan musim ini. Lagipun peraturan "MoneyBall" adalah datang dari kepala hangguk pengurusan juga. Ini juga faktor kenapa pembelian Brendan banyak yang tak menjadi.Beli pemain bukan sebab meningkatkan kualiti ksebelasan utama tetapi beli pemain muda yang ada harga untuk dijual balik jika tak menjadi. Ingat macam jual-beli Rumah Banglo kot, boleh bajet-bajet nak buat untung. Saya awal-awal lagi sangsi dengan strategi orang Amerika dalam bab beli pasukan bolasepak Liverpool. Kita tengok kat luar  yang berjaya ialah Pak Syeikh Arab.

Dikatakan perlawanan dengan Manchester United nanti adalah tanda aras terakhir untuk Brendan akan kekal atau digantikan sebelum Januari 2015. Khabar angin kian kencang, sampaikan paling tak boleh percaya yang pengganti dah ada cuma tunggu masa sahaja yang sesuai untuk buat pengumuman rasmi. Nampaknya lagilah tekanan untuk Brendan. Kita kena faham sentimen kena letak sebelah dan profesional macam Brendan kena buktikan dia dapat berikan keputusan dan menepati sasaran untuk posisi 4 terbaik. Ikutnya dengan perbezaan mata yang tak berapa lagi jauh dengan penghuni tangga ke-4 dengan 6 mata, projek Brendan masih relevan.

Saya tak harap apa-apa dari perlawanan dengan Man United kali ini. Bukan mengalah atau sebagainya tetapi kecewa sebab musim lepas, Man U dah jauh kena tinggal dari segi prestasi dan kekuatan pasukan. Kita mungkin boleh berlagak ketika itu, namun musim ini roda dah terbalik dan pasukan kita pula jatuh merudum. Memang pasukan Man U naik dengan duit yang bukan sikit musim ini, namun jika nak kira mereka lagi banyak sebab bayar gaji yang tinggi untuk pemain seperti Di Maria, Harera, Shaw, Rojo, Blind dan Falcao serta ramai lagi.

Dec 8, 2014

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN BASEL

 

Kita dah kembali kepada asas. Pertahanan makin kemas dan bahagain tengah dah agak agresif dan kreatif. Cuma serangan belum bagi sumbangan gol secara konsisten. Harap maklum serangan kita bukan lagi dalam kontek penyerang macam versi SAS tapi tetapi sesiapa sahaja yang diberi kuasa untuk main dalam kawasan pertahanan lawan.

Nak harap Lambert sorang, mampus keras jadi macam lawan Sunderland. Kena kepung terus hilang entah kemana. Betulnya Lambert bukan pilihan utama, kalau ikut hirarki dia pilihan ketiga. Sturridge pilihan utama masih cedera, dibelakang beliau Balotelli pula tak boleh harap, dan Borini tak cedera tapi tak juga dapat peluang. Jadi tugasan cetak gol ditanggung bersama seantero skuad,

Bila teringat Basel punya tekanan, mesti semua nak kaitkan Olympiacos yang menjadi pembuka jalan ke Istanbul 2005. Jangan nak banding-banding sebab masa itu Liverpool = Steven Gerrard. Bukan pemain lain tak bagus, semua ada peranan memasing, tetapi Gerrard punya semangat dan pawer memberi rakan lain satu macam punya naik syeikh. Main macam baru lepas kena sekole "Cengkoroi Pendang", semua pasukan kena tiaw tak terkata.

Sekarang kederat Gerrard dah tak secargas dulu dan dia pula dah jadi liabiliti kepada pasukan sebab tekanan yang diberikan Brendan serta pemain lain masih dibayangi beliau. Kadang-kala dengar pemain lain komen yang mereka masih mahu Gerrard kekal lebih lama, saya sendiri jadi fobia. Mungkin pemain lain cakap beralas, tetapi kalau mereka cakap jujur, maknanya Gerrard dalam masalah besar. patutnya dia dah boleh rileks dan pelan-pelan boleh gantung but.

Kita mahu Brendan peka dengan sekeliling. Bukan terlalu berani atau terlalu takut untuk buat perubahan. Asas yang penting ialah dapatkan kembali kesefahaman dalam pasukan. Gerrard boleh satukan hati pemain, tetapi bukan tugas dia nak letak siapa yang efektif untuk lawan Basel. Cuma saya harap jika mahu peluang lebih cerah, tak payah pakai Lambert sehingga pemain Basel keletihan. Fizikal beliau lebih berguna pada saat nak serang kamikaze bila masa nak suntuk.

Sekarang fokus kepada perlawanan Basel teramat penting bagi Brendan. Itu masa depan beliau. Jika keluar dari persaingan pusingan kedua, saya rasa pihak pengurusan dah ada plan kontigensi atau senang cakap plan nak cari pengganti sebab alasannya sasaran tak tercapai. Sebab saya macam dengar-dengar yang pemilik mahu minima layak keperingkat kalah mati. Entahlah berita ini mungkin sekadar khabar angin. Kalau Brendan masi kekal selepas itu, harap-harap Januari dia pecah tabung dan pedulikan polisi anak ikan FSG yang hampeh itu.

Dec 7, 2014

LIVERPOOL 0-0 SUNDERLAND



Lucas Leiva masih adalah pemain yang wajib ada dalam skuad utama. Dia sedang kembali mengambil apa yang ditinggalkan 3 musim lepas. Walaupun agak rimas tiap kali kekasaran yang dibutanya, namun bahagian tengah nampak dah ada bonzer dan tiada lagi pembuli yang berani buat pasal. Sebab itulah Sunderland banyak gunakan bahagian sayap sebab nak lepas Lucas macam sedang bernafas didalam lumpur.

Sterling kena aniaya teruk bukan sahaja sekali tetapi berkali-kali. Sepatutnya Vergini dah dapat kad merah untuk kekasaran kedua. Pengadil macam hati batu, tak kesian tengaok Sterling kena tibai kaw-kaw. Saya tengok kehebatan Sterling cuma gerakan licik dan mampu mengelecek lawan. Tetapi jika dia boleh meningkatkan permainan dari segi hantaran dan penyudah, saya rasa Real Madrid bila-bila masa akan bagi pilihan untuk tukar Sterling dengan Isco. Takpun pecah rekod perpindahan. 

Sayang sekali tiada pertukaran penyerang disaat akhir. Saya macam dah tak nampak Lambert dalam skrin TV bila serangan masuk bertalu-talu sejak kemasukan Gerrrad. Lambert dah kurang berfungsi setelah serangan kita berubah corak dari lorongan bola tinggi kepada gerakan pantas. Di bangku simpanan tiada Plan B, iaitu Borini. Ada masalah apa Brendan dengan Borini sampaikan disaat penyerang itu langsung tak diberi peluang sedangkan Balotelli masih cedera.

Seri dengan Sunderland satu kerugian sebab kita dah buang 2 mata untuk dekati kelompok 4 teratas. Musim ini banyak pasukan pilihan yang kurang menjadi. Malah ada pasukan kurang ternama yang buat kejutan. Pasukan kita kiranya masih bernasib baik untuk perbaiki keadaaan. Terpulang kepada Rodgers untuk melakukan apa yang dirasa betul sebab nampak gaya tiada penyingkiran musim ini, itu pembayang yang diberikan pihak pengurusan.

Dec 5, 2014

LIVERPOOL LAWAN SUNDERLAND


Pasukan kita mencari kemenangan ketiga-berturut-turut. Setelah menang tipis keatas Stoke, pasukan kita membantai Leicester 3-1. Kini adakah giliran Sunderland untuk menjadi mangsa ataupun mereka menyekat kebangkitan Liverpool. Jika tengok cara Man City membantai Sunderland sampai 4-1, jangan anggap kita boleh dapat apa yang City dapat. Satu benda yang City ada yang kita patut ada ialah penyerang handal yang lincah boleh berada dalam posisi terbaik takkala rakan melakukan hantaran kedalam kotak penalti lawan. Takkala City ada Aguero, kita hanya ada Lambert yang mustahil ada ciri-ciri penyerang yang sama. Kalau adapun masih cedera iaitu Sturridge.

Jadinya untuk hadapi Sunderland dengan khidmat Lambert sebagai pnyerang solo tak jadi masalah. Selagi Lambert rajin berusaha untuk memenangi bola, pasukan kita masih boleh dapat gol. Apa yang perlu ialah pemain tengah perlu berada dalam posisi serangan setiap kali Lambert kena kepung. Itu yang terjadi semasa lawan Leicester, bilamana kesemua gol dihasilkan oleh pemain tengah. KIta boleh tengok walaupun Gerrard dah dimamah usia, kita tahu posisi terbaik dan kegemaran beliau ialah dibelakang penyerang utama. Alah yang dulu kita pernah tengok masa dia berganding dengan Torres.

Lucas masih menjadi keperluan dalam kesebelasan utama. Dia buat kerja dengan efektif sejak kembali turun. Bilamana serangan kita terlalu perlahan dan tiada pemain atas yang bola mengasak dan menggangu bahagian tengah dengan asakan pantas, keperluan seorang pemain tengah bertahan boleh dikira wajib. Emre Can boleh main disitu, tetapi kuarng disiplin untuk kekal diposisi kerana suka membawa bola keatas. Cuma kadang-kala saya tengok Lucas main dengan cara yang bahaya dan buat tindakan kurang bijak membuat kesalahan dekat-dekat kawasan penalti. Yang itu Lucas kena disiplin diri.

Dari segi pertahanan yang makin kurang bolos, jika Altidore yang main sebagai penyerang, saya agak kurang risau. Pertahanan kita memang tak ada masalah dengan penyerang lembab, sebab mereka pun lembab juga. Nasib baiklah Sunderland tak ada penyerang laju. paling laju pun Carl Flechter, itupun kalau dah tak cedera. Kiranya macam tak ada masalah sangat dengan kualiti Sunderland. Apa yang lumrah pasukan haprak sebegini akan main secara agresif dan mengacau pemain kita untuk kuasai permaianan. Itu sahaja kebolehan mereka selain akan dapatkan gol dari sepakan percuma atau sudut.

Mignolet
Manquillo Skrtel Toure Moreno
Hendo Lucas
Lallana Gerrard Sterling
Lambert

Dec 4, 2014

LIVERPOOL 3-1 LEICESTER



Liverpool menang kerana Leicester main cam gampang. Itu fakta, bukan sengaja nak rendahkan keupayaan kita. Sepatutnya sebelum gol Mignolet, Cambiasso dah boleh dapat gol mudah bila Mignolet dengan lalai melontarkan bola silap sasaran, pemain sayap melorongkan bola kembali kepada Cambiasso dengan pintu gol terbuka boleh sepak tersasar. Mignolet hari demi hari membuatkan peminat yang punyai kesabaran tinggi boleh jadi marah. Dia selamat kerana dibelakangnya ialah Jones yang juga bermasalah dan Ward yang masih hingusan. Nasib baik menang, kalau kalah Mignolet bakal jadi kambing hitam.

Setelah berbulan-bulan buat silap yang sama. Brendan akur yang kedegilan beliau takkan kemana. Selagi mana Sturridge belum pulih, hanya Lambert penyerang yang kita ada dan patut main sampai lebam. Betul Sterling terkial-kial nak cari rakan untuk mainkan bola sebab Lambert jauh dari bersedia untuk main hantaran pendek dan bertukar-tukar hantaran. Namun dalam pada itu Lambert mempunyai kelebihan dari pengalaman untuk bekerja sorang diri diatas. Bila letakkan Gerrard bebas tanpa posisi, saya tengok ada perubahan mendadak dimana Liverpool masih boleh cipta serangan walaupun dalam tempo perlahan.

Adakah Lucas jawapan kepada kemaslahatan yang selama ini membelenggu pasukan. Jawapannya ya untuk jangka pendek dan tidak untuk jangkamasa panjang. Pengalaman dan kebiasaan untuk main diposisi depan pertahanan kira macam kacang bagi beliau. Dia memang main kasar, namun kasar bukan tahap ganas tetapi Lucas memberikan kegerunan kepada pemain Leicester jangan harap nak ambil kesempatan. Sebenarnya jawapan jangka panjang ada pada West Ham sekarang. Alex Song pernah ditawar oleh Barcelona kepada kita, tetapi Brendan cakap tak perlu. Sebab dia dah ada Gerrard dan percaya Alex Song tak boleh berikan apa yang Gerrard berikan musim lepas. Sekarang kita tengok Song berjaya membawa West Ham dikedudukan yang sukar kita percaya.

Lallana menjadi inspirasi kebangkitan kita. Selepas gol Leicester, dengan gaya serangan berkecamuk, pada fikiran ketika itu amat mustahil serangan lembab kita dapat buat gol.  Namun Lallana dengan selamba merembat padu ketika dalam kotak penalti ramai pemain ketika itu. Gerrard menambah gol untuk Liverpool medahului. Jika dia main bertahan, jangan haraplah gol klasik sebegitu dapat dijaringkan oleh beliau, Namun lebih dari itu gol Henderson bagi saya satu lagi kelebihan Gerrard yang melakukan hantaran lintang mencari Sterling namun tepisan goli Leicester kantoi dan Sterling bijak menunjal bola kebelakang untuk Henderson merembat gol ke-3 untuk membunuh impian Leicester untuk cari gol yang boeh bagi seri.

Kita tahu Brendan cukup rimas untuk main dengan taktik buruk. Dia pasti akan cari jalan untuk bertiki-taka kembali. Cuma kita harap selagi tidak punyai pilihan yang sesuai untuk main macam musim lepas, biar main buruk tetapi keputusan gempak. Kita mungkin rimas tengok hantaran tinggi bersimpang siur tanpa arah tuju, namun itulah yang terjadi jika kuda tua macam Lambert berada diatas. Apa pun juga kemenangan ini adalah satu pemangkin kepada Brendan untuk lebih bijak supaya menurunkan pemain atas kapasiti meritokrasi bukannya sentimen. 

Dec 2, 2014

LIVERPOOL LAWAN LEICESTER


Brendan kena buat perkara yang berani.Ianya lebih dari letakkan Gerrard dibangku disimpanan. Sepatutnya dia kena buat penilaian taktik sebelum buat keputusan beli pemain. Kalau nak main serangan pantas dan mengasak dari atas macam musim lepas, kena buat pertukaran satu sama satu dari segikualiti. Jual Suarez pergi beli Balotelli+Lambert+Origi= £30 juta Pound. Padahal dah boleh dapat Pedro atau Cavani dengan topap sikit lagi. Inilah silapnya kalau ikut sangat polisi FSG padahal risiko boleh jerut tengkuk macam sekarang.

Pembelian Lovren dengan menjual Agger bukan kesilapan dari segi kualiti, tetapi angka yang tertulis dalam cek kepada Southampton. Malah Lovren yang saya tengok semasa di Lyon dan Soton tidak seteruk apa yang Brendan bagi Lovren hadapi sekarang ini. 2 benda yang buat Lovren jadi terkejut beruk, ialah dia kena kaver ruang untuk Moreno atau Johnson yang sungguh tak hingat menyerang sampai lupa Lovren tak sepantas mana untuk dipotong penyerang lawan. Dan satu lagi Abam Gerrard bukan boleh nak kaver beliau seperti Wanyama dan Shenderlain kat Soton.

Bab Mignolet saya anggap dia goli yang biasa-biasa sahaja. Tak teruk sangat, tapi kadang kala dia buat dajal sebab macam saya cakap tadi biasa-biasa tanpa ada kelebihan peribadi kerana terlalu berharap pertahanan hanya lepaskan bola mudah. Sebab itulah semasa Brendan pegang, Reina yang hebat pun jadi merudum sebab taktikal yang tak tumpukan pertahanan sangat yang tahu nak bertiki-taka. Kalau camni beli goli hebat cam Cech atau Casillas pun tak selesai masalah, selagi tak disiplin dan menguatkan organisasi pertahanan dengan penambaikkan sistem bertahan sedia-ada.

Jangan anggap dengan menang sebiji lawan Stoke dah boleh kembang jubur. Stoke bukan main tak bagus cuma mereka tak bernasib baik penyerang mereka terutamanya Bojan macam sebelum perlawanan main sabun dulu. Lagipun Stoke mana ada pemain kreatif kat tengah. Kalau adapun Charlie Adam, itupun kreatif secara lambung bola jauh-jauh. Disamping itu Brendan juga dah buat muhasabah diri. Dua pemain kurang menjadi Gerrard dan Lovren diganti Lucas dan Toure. Ini barulah merit yang sebenar yang telah peminat dok bising-bising di alam sosial maya. Lucas beri perlindungan kepada pertahanan dengan kepakarannya berbanding Gerrard. Manakala Toure teramat penting untuk mencurahkan pengalaman untuk membentuk organisasi terbaik dibawah.

Untuk lawan Leicester nanti kalau ada perubahan harapnya seminima dan kekalkan kesebelasan terkuat dari keseinambungan perlawanan lepas. Leicester zaman ini tak sama macam zaman Heskey atau Tony Cotee dulu. Sebab itu saya letak gambar Heskey kat atas bagi memperingati bekas lejen Liverpool yang pernah menjadi wira untuk pasukan kita dan Si Musang. Jujur saya cakap sehingga artikel ini ditulis saya belum tengok Leicester main lagi musim ini. Nak banding-banding kekuatan mereka atau kelemahan adalah diluar pengamatan saya. Jadi secara umum saya anggap Skuad Musang, macam pasukan yang baru naik Liga lain, mereka akan main berani mati tanpa nak peduli orang. Jadi pasukan ini bahaya sebab pemain kita tak tahu setakat mana tahap mereka.

Nov 28, 2014

LIVERPOOL LAWAN STOKE


Saya amat bersangka baik dengan Brendan Rodgers kali ini. Dia mungkin sengaja simpan pemain yang pawer-pawer masa lawan Ludogorets sebab nak bagi yang terbaik sebab nak lawan pasukan yang bapak punya hebat, Stoke City. Sebab apa hebat, Stoke ada beberapa pemain Barcelona sebab tu Brendan nak bagi kesebelasan gempak habak kat hampa semua. Dia takdak niat nak lukakan hati semua. Saya dapat wasap dari member yang kenal anak sedara kepada Mak Cik cuci tandas di Anfield yang bagitahu Brendan senagaja bagi seri untuk bagi nampak macam teruk padahal dia nak kekalkan imej kelab bukan pilihan dan buat macam Rafa dulu, menang saat akhir dengan Olympiacos untuk jadi Juara, kali ini misi serupa untuk Basel. Ada paham.

Bila terkenang Stoke zaman Pulis , terasa rindu dengan imej pasukan ragbi. Nostalgia yang tak dilupai ialah si mamat yang saya letak gambar kat atas. Rory Delap si pelontar maut. Mau tak maut, lontaran beliau agak hebat, walaupun tak sehebat Adrian Jurad Chamrong yang menghadiahkan Piala Malaysia buat Perlis ketika lawan Kedah. Satu lagi imej Stoke yang takkan berubah ialah selagi mana ada si Hantu Galah, Peter Crouch, lambungan bola tinggi takkan terpisah dengan Stoke. Ada penyerang baru, Biram Diouf pun Stoke masih sama main bola tinggi, Kecualilah Biram Diouf boleh main macam Aguero, mungkin itu masa mungkin dorang main tiki-taka.

Saya pun tak mahu tulis serius sangat sebab ramai peminat yang fanatik bakal stress dan kemurungan dengan keadaan pasukan sekarang. Anggaplah segala yang menimpa pasukan adalah hujan panas ditengah hari, sesuatu yang tak dijangka, tetapi ianya bakal kembali cerah secepat mungkin. Saya harap untuk lawan Stoke, jangan nak main macam pondan. Stoke akan main kasar dan pastikan pasukan kita tak boleh nak tumpu perhatian. Lawan tetap lawan. Sebagaimana teruk pun pertahanan kita termasuk goli, saya rasa dengan 2 gol dari Lambert, sejak 2 perlawanan terdahulu, sudah cukup bukti yang serangan Liverpool bukan mandul tapi pancut lambat. Cuma kena hulurkan bantuan dan bagi bola yang sesuai kepada Lambert, gol akan sampai sebab bek Stoke harap agresif sahaja, tapi mereka juga ada kelemahan.

Nov 27, 2014

LIGA JUARA-JUARA:LIVERPOOL 2-2 LUDOGORETS



Maaf kesibukan membataskan abam untuk menulis secoret cerita tentang Liverpool minggu lepas. Apatah lagi langsung tak kesempatan nak tengok perlawanan sehinggalah pagi ini. Segala keputusan yang berlaku minggu lalu dengan Crystal Palace nampaknya sudah dijangka dan peminat dah pasrah yang pasukan kita sedang retak menunggu belah. Saya tak berkata begitu hari ini tetapi sejak berbulan lalu apabila Brendan buat keputusan pelik dan meletakkan pasukan dalam keadaan yang amat teruk. Pemilihan pasukan cakap saja diatas merit, tetapi ada beberapa pemain yang memang main teruk masih kekal, malah menjadi liabiliti pasukan. Saya tak mahu namakan siapa, ramai tahu siapa mereka itu.

Perlawanan dengan Ludogorets dah berakhir dengan sedikit kecewa. Sedikitlah sebab tak kalah, kalau kalah memang tak tahu apa nak cakap dah. Bila cakap benda positif, ianya hanya kerana pemain kita dah reti nak jaringkan gol. Tambahan pula Lambert dah buktikan beliau bukan sekadar pemain picisan dibeli atas sebab nilai sentimental dan juga cuma sekadar pemanas bangku simpanan. Lambert memang pemain yang tersangat mudah dibaca, namun begitu dia ada juga tunjuk dia adalah penyerang yang mahir. Cuma kalau diberi seorang rakan serangan yang pantas dibelakang beliau, saya ingat Lambert bukan sahaja dapat buat lebih banyak gol malah dia dapat berikan peluang untuk penyerang lain, kerana kebolehan mengawal bola dalam asakan lawan.

Tengok Sterling main dengan baik saya kagum. Cuma dia bukan lagi berkoloborasi dengan pemain yang punyai tempo dan kelincahan macam SAS. Banyak kali saya tengok Sterling macam susah nak berinterkasi dengan Lambert dan Gerrard. Bila 2 pemain lembab nak bergandingan dengan pemain lincah, macam tersangkut-sangkut. Nasib baiklah Sterling pandai gunakan kelebihan dengan banyak
bagi lawan buat kesalahan kepada dia. Itu semua ajaran Abam Suarez jangan tak tahu. Taktik camtu nampak macam mengada-ngada, namun dari segi nak elak lutut koyak atau kaki barai memang ianya tren pemain Latin Amerika. Apa pun Sterling dapat juga menjadi pembekal gol kepada Henderson. Kita harap banyak lagi gerakan sebegitu dapat Sterling buat jangan goreng banyak sangat.

Yang negatif memang banyak. Nak senarai semua, boleh pergi 20 perenggan. Lagipun nak tulis banyak nanti ramai peminat yang terlalu taksub bakal terasa. Saya sebenarnya hairan dengan kesebelasan yang diturunkan. Nampak macam tak berapa nak cun. Nak main Gerrard sebagai pemain tanpa posisi yang membatu serangan memang bagus tetapi dibelakang beliau tiada pemain kreatif. Henderson dan Allen walaupun agak agresif tetapi pergerakan kaku. Lucas tak apalah dia memang bertugas membantu pertahanan. Formasi yang saya tengok macam rojak campur tak seimbang dengan keseluruhan pemain yang kita ada. Patutnya Emre dan Coutinho kena ada dalam kesebelasan.

Sebelum ini cakap Mignolet tak salah. Pertahanan tak lindungi dia. Tapi gol pertama Ludogotrets bukan sebab pemain kita tak hadang percubaan lawan dari kotak. Bola yang tepat macam tu boleh kantoi sampaikan lawan ambil kesempatan untuk buat gol. Memang betul cakap Bruce Grobeleaar goli lejen kita. Mignolet adalah satu sebab kita takkan kemana-mana musim ini, malah musim lepas juga Mignolet dari menjadi hero awal musim terus tenggelam pada akhir musim. Jika ada penjaga gol yang berpengalaman macam Cech ataupun Bergovic kelab mereka nak jual, jangan buang masa lagi, sebab mereka lebih nampak ada kebolehan untuk menyatu-padukan pemain pertahanan yang kurang sefahaman.

Sebenarnya gol penyamaan Ludogorets boleh dielakkan dengan pertukaran pemain. Memang betol pemain kita dah kurang angin dan nak kekalkan pendahuluan. Tetapi kenapa kekalkan Gerrard dan Lambert dan tidak tukar  seawal 15 minit terakhir samada Can, Lallana atau Coutinho yang boleh main laju untuk tekan pemain lawan yang cuba nak buat serangan kamikaze. Bab kantoi gol sepakan bebas memang lumrah musim ini. tak silap nak dekat 1/3 bolos. Itupun jangan, masih tak perlukan jurulatih pertahanan. Kadang-kala banyak sebab contohnya kehampasan pemain, namun taktik yang terlalu mnyerang juga saya nampak jadi sebab utama musim ini.

Dalam perihal untuk layak dari peringkat kumpulan. Selain Real Madrid, semua ada peluang yang cerah. Dua minggu lagi di Anfield, kita akan menerima kunjungan FC Basel. Ketika itu barulah kemuncak dan kita boleh tengok samada Brendan boleh bangkitkan pasukan yang tidir  dan juga penentuan  masa depan beliau yang memang dihujung tanduk. Saya masih dipihak atas pagar. Tapi lebih berat kepada untuk kekalkan Brendan. Cuma kesabaran peminat tak sama dengan kesabaran Tokey kelab. Apa-apa boleh terjadi semuanya bergantung kepada prestasi kejuaraan ini juga. Dengar cerita calon-calon pengganti hebat-hebat belaka.

Nov 22, 2014

ULANGSIAR: HARI DIMANA LIVERPOOL BERI KEJUARAAN KEPADA MAN CITY


LIVERPOOL LAWAN CRYSTAL PALACE


Ada desas-desus John Henry sedang memerhatikan dengan serius projek gajah putih Brendan Rodgers musim ini. Plan jangka panjang untuk mendapatkan kejuaraan Liga 2-3 musim akan datang nampaknya bakal tergangu kerana prestasi jangka pendek yang kita boleh cakap dibawah paras yang wajar diterima oleh semua pihak termasuk pengurusan dan peminat. Kita bleh terima yang musim lepas penuh kejutan dan nak meneruskan keseinambungannya tanpa skuad serangan yang telah hasilkan 100 gol, bukan kerja mudah. Tapi Brendan banyak buat kesilapan dari keputusan yang pelik sehinggakan ada masa perlawanan yang patut menang pun boleh kalah.

Selepas perlawanan antarabangsa ini boleh dikatakan perlawanan sehingga Januari boleh menang, kecuali penentuan dengan Arsenal dan Man U. Ianya bakal dimulai dengan pasukan Istana Kristal atau lebih dikenali sebagai Crystal Palace. Ingat lagi musim lepas di Selhurt Park, dengan perlawanan penentuan saat akhir untuk menghambat Man City. Sudah mendahului 3 biji, dan tak semena-mena macam kena pukau pasukan kita serender 3 gol akibat terlalu selesa. Ingat lagi saya kita tengok semua pemain muka letih, namun paling menghibakan ialah Suarez menangis-nangis sebab dia tahu harapan terakhir dah berkecai untuk bagi tekanan untuk City.

Semua peminat dah konfiden dengan harapan Sturridge sudah pulih dan bersedia untuk perlawanan dengan Palace nanti. Namun semuanya cekelat hacks sahaja, kerana lebih teruknya Sturridge bakal tambah cuti sakit sehingga Januari 2015. Kalau ikutkan semua mahu Borini diberi peluang untuk lawan Palace. Ramai dah macam putus-asa dengan Balotelli. Tapi bagi saya sehingga Januari opsyen yang ada ialah bagaimana nak uruskan Balotelli supaya kembali menjadi pemain bola, bukannya Mat Propa yang suka cari publisti luar padang. Nak ambil balik Origi dari Lille bukan cara untuk tangani masalah ini sebab tekanan amat tinggi pula bila di label "Pengganti Suarez" sebab ianya adalah satu sumpahan yang amat berpuaka.

Saya tak pasti samada Henderson sempat pulih selepas cedera dengan pasukan England. Namun jika dia tak dapat turun, maka saya harap Emre diberi tugasan membantu serangan sebab dia nampak lebih brutal untuk bawa bola mencelah-celah kawasan tengah lawan. Cuma Emre agak kurang stamina, kalau dia ada jantung macam Hendo saya ingat ketidak hadiran Hendo kurang dirasai. Kalau bukan kerana taraf lejen Gerrard, saya anggap Lucas lebih berhak main lawan Palace yang punyai pemain tengah yang agresif dan pantas. Namun Ego Brendan kadangkala kita sukar baca, kerana dia terlalu taksub dengan kehebatan musim lepas.


Mignolet
Johnson Skrtel Lovren Moreno
Emre Gerrard Coutinho
Sterling Balotelli Lallana

Saya dah dapat agak barisan yang Brendan bakal turunkan Palace konpem main macam musim lepas sebab tahu kelemahan sistem serangan berani mati Liverpool tetap tak beruabah. Mereka akan tunggu peluang untuk serangan hendap sebab tahu bek kita lembab dan pemain tengah tak agresif . Setakat bubuh gol awal masih belum janjikan kemenangan, yang penting semua jabatan samada pertahanan, tengah dan serangan kerjasama bukan setakat bila serangan, tapi bila nak turun bertahan. Bagi saya ancaman besar bukan dari Palace, tetapi pertahanan kita sendiri. Jika kita main dengan baik bila bertahan, setakat nak cari sebiji gol bukan masalah sangat.


Nov 12, 2014

BANYAK SANGAT KESILAPAN INDIVIDU



Liverpool mengungguli carta kesilapan individu pertahanan sehingga kini. Lovren paling banyak dengan 4 kali, diikuti oleh Skrtel dan Moreno masing-masing 3 kali. Sila lihat video dari MostarLFC dan silalah buat penilaian sendiri. Malas nak hujah banyak sebab Brendan Rodgers masih cakap tak perlu jurulatih khas untuk pertahanan.

Nov 10, 2014

PERTAHANAN TERMAHAL DALAM SEJARAH LIVERPOOL


Macamana dari seorang pertahanan terbaik Liga Perdana Inggeris musim lepas menjadi Badut Sarkas . Boleh siapa buat analisa salah Brendan atau Lovren pun kena culik dengan Orang Bunian.

Nov 9, 2014

LIVERPOOL 1-2 CHELSEA



Brendan Rodgers musim ini orang lain kot. Mungkin yang musim lepas telah diculik oleh makhluk asing. Yang Brendan musim ini tersangatlah mengecewakan. Boleh dirumuskan tersangat kurang cermat dalam pembelian pemain, penjualan pemain dan juga taktikal dengan pemain yang dibeli beliau. Semuanya menjadi ramuan yang mengakibatkan menu terbaik yang dihidangkan kepada peminat  musim lepas dah jadi menu cacamerba yang kita tak lalu nak hadap. Ramai peminat Liverpool yang ceria musim lepas, dah alami kemurungan musim ini. Ada yang kalau nak cerita pasal Liverpool, boleh ubah tajuk pasal AF, memancing dan juga Saiful Bukhari.

Beberapa orang pemain yang main cemerlang pada perlawanan dengan Real Madrid perlu kekal. Kita tahu yang Toure, Manquillo beri persembahan terbaik, namun macam gampang Johnson dan Lovren rileks sahaja dapat tempat. Mereka tak berusaha nak dapat tempat kerana nampak macam calon otomatik. Padahal jika hayati bagaimana zaman kegemilangan Liverpool puluhan tahun dulu, semuanya bukan bergantung kepada berapa bintang taraf mereka, siapa main hampas dia takkan dapat tempat untuk kesebelasan utama. Lovren bukan pemain teruk tetapi bila prestasi tak bagus, harap dia Brendan bagi pemain lain yang lebih mantap.

Saya boleh dikategorikan dalam lingkungan peminat yang putus asa dengan Balotelli. Bukan salah beliau batu bebanan yang ditinggalkan oleh Suarez ditanggung beliau. Tapi keenganan Brendan letakkan pasangan buat Balotelli salah satu faktor saya rasa sampai bila-bila Liverpool takkan kemana dengan taktik itu. Borini yang nampak lebih fleksibel dengan 4-3-3 patutnya dapat peluang main. Patutlah beliau mati-mati tak mahu belah dari Anfield, rupa-rupanya dia tahu dengan penyerang macam Balotelli dan Lambert, dia boleh pergi jauh jika Sturridge tiada. 

Emre Can adalah sinar harapan bagi perpindahan musim ini. Mungkin dia masih belum cergas dan sedang cuba nak dapat rentak Liga Inggeris, namu permainan beliau nampak begitu baik sejak diberi peluang lawan Real Madrid beberapa hari lepas. Nasib baiklah Brendan bagi Emre lesen untuk bergerak bebas ditengah. Dia banyak kali dapat gelecek pemain tengah Chelsea. Dan hasilnya gol pendahuluan datang dari percubaan yang memang tak merbahaya tapi terbias kena Cahill dan  mengantoikan Cortoius yang tak mampu nak buat apa-apa. Kalau Brendan nak penyerang solo sangat, letak Emre ganti Balotelli pun ok apa.


Gol penyamaan Chelsea adalah punca dari pemain kita yang tak reti nak jaga kawasan. Tengok dalam foto kat atas, 9 pemain Liverpool dan 4 pemain Chelsea dalam kawasan penalti. Kecuali Minolet, hanya dua pemain yang berada berdepan pemain Chelsea, yang lain dok buat mesyuarat kat depan. Bila dalam situasi ini apakan daya Minolet nak halang bola dari kena bolos. Tetapi pengadil juga khianat dengan berikan gol walaupun bola sah kena tangan Cahill tak silap. Namun apakan daya, pengadil botak itu memang takkan beri apa-apa bantuan kepada Liverpool sebab dari awal lagi beberapa insiden banyak masuk sebelah Chelsea sahaja.

Gol kemenangan Chelsea juga disebabkan penjaga garisan yang juga ada masalah penglihatan bila bola Azpilicueta dah keluar, tapi dibuat dek dan akibatnya, Dia memotong Coutinho dan melepaskan hantaran yang sempat ditepis oleh Mignolet, namun tak berapa kemas lepas kebelakang dan sampai kepada Costa untuk merembat masuk gol pendahuluan. Johnson yang sepatutnya bekap Countinho semasa Azpilicueta, sorang dengan sorang dan membuli Countiho. Ini yang saya nampak kemalasan Johnson dan dia mengharapkan Coutinho setelkan benda yang dia patut buat.


Dah lah main teruk, pengadil pula berat sebelah. Cahill sekali lagi menjadi pemain dalam perlawanan ini yang dibenarkan main bola dengan tangan sebanyak dua kali. Kalau dia tak tampan bola sepakan Gerrard, mungkin Liverpool boleh dapat gol penyamaan sebab bola nampak begitu padu kearah penjuru gawang Chelsea. Apa nak buat, pengadil dah makan duit Mafia Rusia banyak sangat kot. Keputusan tewas kepada Chelsea dengan margin yang tipis, bukan disebabkan Chelsea main bagus, mereka cuma banyak bernasib baik sebab Liverpool main teruk sangat.

Rumusan yang saya nampak dari perlawanan ini ialah Liverpool meletakkan pemain yang tak boleh harap sebagai pemain utama dan pemain yang bagus sebelum jadi simpanan balik. Banyak sangat hantaran kebelakang dan banyak kali menyusahkan Mignolet yang memang tak reti nak pegang bola dan main hantaran pendek dengan tenang. Hanya Can dan Coutinho yang berani bawa bola kawasan Chelsea. Countinho dan Sterling tak mampu main baik bila dalam situasi membantu pertahanan. Pertukaran Can dan Coutinho menjadi tanda tanya sebab mereka beraksi baik. Sepatutnya Hendo dan Gerrard yang keluar. Akhir sekali Balotelli memang pembelian merugikan dan jika diturnkan lagi memang benar teori konsprasi  yang Brendan bagus dah diculik makhluk asing dan mereka tukar dengan David Moyes.

Nov 7, 2014

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Banyak juga pujian kepada skuad pelapis yang turun menentang Pasukan Orang Kaya, Real madrid. Mereka bukan sahaja main baik, tak bolos banyak seperti yang ramai sangkakan serta mampu bertahan dan melepaskan sebiji gol dari 40 lebih percubaan Real Madrid. Malah pemain macam Toure, Markovic dan Mignolet antara yang banyak mendapat pujian diatas kecemerlangan masing-masing. Untuk itu jangan haraplah kita nak tengok pemain macam Toure dan Markovic dapat kekal dalam kesebelasan menentang Chelsea, sebab Brendan pasti bakal masukkan Lovren dan Balotelli.

Sementara itu saya dengar pengurusan Liverpool dah pecat staff yang bertugas membawa masuk pemain-pemain yang kurang berkesan musim ini. Baguslah begitu, tetapi macam kes naya juga sebab, polisi pembelian pemain yang agak kurang kena dengan iklim Liga Perdana Inggeris yang perlukan pemain yang sedia mantap bukannya kena bagi masa untuk sesuaikan diri. Kalau nak berjaya ejas sikit polisi jangan nak cari anak ikan yang harga masing-masing bukan murah

Musim lepas kalau tak kerana tewas kepada Chelsea, peluang kita nak juara cerah. Tapi apakan daya Brendan terlalu teruja nak menang, sampaikan lupa penangan dan kelicikan Tuan Guru beliau, Mourinho. Musim ini Chelsea dah berjaya mengubah nasaib mereka dengan membeli pemain mantap dan sekaligus berjaya mendahului pasukan lain dengan mata yang agak jauh. Saya anggap pertembungan kali ini akan lebih dramtaik kerana Chelsea pula bakal menjadi pasukan pilihan.

Menang kalah bukan boleh dijangka. Kita tak tahu bagaimana reaksi Brendan untuk meletakkan pemain dan buat percaturan sebab dia dalam keadaan yang teramat tertekan. Adakalanya manusia lagi dia tertekan lagi dia serabut dan apa yang dibuat serba tak menjadi. Namun ada pula yang mampu buat kejutan dengan keputusan yang diluar duga. Bagi saya dengan skuad sekarang yang baru nak cari keserasian, seri dah kira Ok, tapi kalau tewas pun tak rasa tensen macam lawan Newcastle. Kalau menang memang pelik dan tak sabar nak tengok Mourinho meroyan lepas perlawanan.

Nov 4, 2014

LIGA JUARA-JUARA: LIVERPOOL LAWAN REAL MADRID


Jika dulu-dulu tonton Liga Juara-Juara, meremang bulu tengkok. Walaupun pasukan kita main taktik tak sempoi bertiki-taka, namun keputusan memang gempak. Zaman dah berubah, kenangan lama dah jadi memori indah sahaja. Rafa Benitez tak macam Brendan yang patut bersyukur dapat majikan yang berhati perut, tak macam zaman Rafa majikan memang hati busuk, nak buat duit tapi bila nak melabur macam-macam alasan bagi, sampai nak beli pemain bagus macam Villa, Alves dan juga Silva pun punya berkira. Tapi Brendan bila dapat duit pergi beli pemain untuk masa depan, habis yang masa sekarang takkan nak tengok kuda tua juga terhegeh-hegeh nak bawa pasukan sentiasa kehadapan.

Saya tak pertikai polisi beli pemain muda yang mahal, meletup berbaloi tapi melingkup masih ada harga. Mungkin mereka anggap macam beli kereta Audi atau BMW, rasa tak sedap harga seken pun tak rugi banyak. Saya lebih suka cara pembelian Mourinho, beli pemain tak kira usia, janji boleh perbaiki sistem yang ada mahal murah lain cerita. Hanya beli Fabregas dan Costa, selesai masalah musim lepas. Tapi Brendan meniru gaya Villas Boas, jual pemain terbaik beli sedozen pemain yang dikategorikan ada potensi bukannya yang sudah mantap. Saya terpaksa ulang-ulang benda ini sebab ianya ada kena mengena dengan kemasukan ke Liga Juara-juara, yang kononya Brendan fikir kena beli pemain ramai untuk kaver waktu kecemasan sebab banyak perlawanan nak hadap.

Saya anggap perlawanan dengan Real Madrid sebagai bagi cukup kalendar perlawanan. Buatlah kejutan dengan pemain simpanan, sebab selepas ini nak hadap Chelsea. Itu perlawanan yang lebih penting dari lawan Real yang perlukan keringat, mental dan nasib melebihi 100 persen. Kalau terlalu fokus dengan benda yang macam tak ada harapan, takut yang dikejar tak dapat yang digendong tercicir. Kita masih ada harapan lepas ini dengan Basel dan Ludogerets jangan bimbang peluang masih ada. Saya harap biarlah kita kekalkan imej bukan pilihan dan main secara serang-balas kerana itu lebih sesuai dengan pemain yang kita ada buat masa ini. Tak ada masalah nak rendah diri dengan Real Madrid kerana bola itu bulat, zaman Houllier yang main negatif pun boleh tibai pasukan kuat-kuat, janji kena perbaiki pertahanan dulu barulah fikir nak buru gol lawan Real Madrid.

Akhir kalam, saya rasa gembira bila rakan-rakan peminat banyak mengkomen dalam blog ini. Rupanya blog ini meriah jika pasukan kita dalam keadaan huru-hara. Ia tak ya juga bila keputusan yang baik siapa nak peduli apa yang Brendan buat. Kita bukan peminat statik dan plastik macam peminat biru, setan atau tadika. Prestasi pasukan naik atau turun, tahap sensitif kita sentiasa kekal ikut perkembangan semasa. Teruskan mengkomen dan berikan pendapat ada secara kritis sebab blog ini mengalu-alukan perbezaan pendapat tanpa rasa prejudis. YNWA

Nov 2, 2014

LIVERPOOL 0-1 NEWCASTLE


Kekalahan dan persembahan buruk pada perlawanan ini segalanya berpunca dari Brendan Rodgers, bukannya kepintaran Alan Pardew. Nampak sangat Brendan dah lupa pada kesengsaraan nak tewaskan Swansea, dengan kembali kepada kesilapan lampau. Masa lawan Swansea Liverpool dah nampak ada stail nak menang percubaan banyak juga, tapi lawan Newcastle boleh kira berapa kali percubaan tepat yang menguji Krul. Malah dengan kembalinya pemain utama bukkannya nak nampak lagi segar, lagi banyak masalah dari kesebelasan yang turun lawan Swansea.

Ada banyak persoalan mengenai cara Brendan mengurus pasukan kita musim ini berbanding musim lepas. Saya malas nak ulang kehebatan musim lepas kerana SAS telah banyak tutup lubang yang bocor musim lepas. Segala yang dirancang tak menjadi untuk meletakkan Balotelli dan Sturridge bersama kerana kecederaan Sturridge. Kalau dengan mereka berdua Liverpool mengganas membelasah Spurs 3-0. Kualiti yang ada pada Sturridge tak boleh digantikan dengan pemain lain yang telah dicuba oleh Brendan. Jadi pada pandangan saya 4-3-3 boleh simpan sehingga Sturridge pulih.

Heran juga dah sebelum ini dengan Hull taktik 4-2-3-1 dah tak boleh pakai, tukar kepada 4-4-2 masa lawan Swansea dah Ok, tiba-tiba main balik 4-2-3-1 dengan Balotelli sorang- sorang kat atas. Berapa Kali nak habaq Balotelli takkan boleh main tanpa rakan penyerang disebelahnya. Lagipun bila Bek Newcastle dah rantai Balotelli tak ada pemain yang ambil peluang masuk keposisi serangan. Ada sekali tu Coutinho melakukan tandukan tapi dah curi ayam. Sepatutnya arahkan Sterling main lebih rapat dengan Balotelli. Ini tak dia melilau disebelah sayap dan hanya buat hantaran kembali ketengah atau belakang sebab Balotelli dikawal ramai bek Newcastle.

Saya sedih tengok trio pemain tengah, Gerrard, Hendo Dan Allen. Tak langsung menggerunkan lawan dek kerana terlalu lembab Dan juga kaku bila pemain tengah Newcastle bawa bola siap boleh sampai kawasan depan kotak D. Yang mereka tahu buat asakan bahaya untuk bagi sepakan percuma . Nasib baik Newcastle takda pakar sepakan percuma. Antara mereka Allen yang nampak paling teruk sampaikan berapa Kali bola kantoi yang membahayakan kubu. Gerrad macam biasa tak banyak membantu pertahanan dan bila menyerang hantaran jauh banyak sangat sampai pertahanan Newcastle boleh agak sasaran beliau. Hendo OK sedikit, namun dia tak banyak tolong Coutinho, dia dah jadi Superman kejar pemain lawan untuk kaver Gerrard dan Allen.

Kenapa Johnson bukannya Manquillo dikanan. Soalan ini buat saya sedikit bengong. Manquillo memang tak berapa nak meyerang, tetapi dari segi bertahan menang dia lebih agresif dan akan buat pemain lawan tak berani nak masuk dan mengeglecek melampau-lampau. Sepanjang perlawanan disebelah Glenjo dijadikan lubuk untuk buat serangan. Stabiliti pertahanan banyak teruji bukan sahaja kesilapan individual tetapi lebih kepada kejayaan bersama 4 sekawan yang memberikan gol tunggal perlawanan.

Bila pemain sayap Newcastle, Sissoko menyerang, Glenjo gostan sampai nak keluar padang. Hendo tak bersungguh nak pintas bola hantaran Dummet kembli kepada Sissoko. Gerrard patut rampas bola dikaki Sissoko tetapi hanya acah-acah. Lovren plak masuk terus, membiarkan Moreno yang buat pandai nak hendtikan bola, namun tindakan kurang cerdik diambil peluang Ayoze untuk jolok bola melewati Mignolet yang memang tak boleh harap nak cuba tepis.

Liverpool mendominasi perlawanan tapi tetap tewas. Lebih kurang 60 peratus kawalan bola kita boleh bangga, namun hanya cipta 5-6 peluang sahaja. Kalau nak kira hantaran, beratus-ratus kali hantaran, tetapi yang pergi sekadar ketepi ketengah dan balik kebelakang. Cuma Coutinho yang cuba nak main dengan Balotelli, tetapi bila dah Balotelli seorang diposisi serangan, dah tu pula kena hurung macam langau hurung bangkai, maka segala statistik yang nampak hebat berbanding Newcastle tak berguna langsung.

Liverpool taklah dalam keadaan panik mana sebab masih ada Januari untuk perbaiki masalah ini dengan perpindahan. Tapi sebelum itu takkan nak cicir mata sementara tunggu Januari. Brendan perlu cari jalan nak rungkaikan masalah yang beliau sendiri cipta. Saya tak risaukan tohmahan peminat yang tak puashati. Tapi dengan pelaburan yang tinggi awal musim, takut-takut John Henry dah hilang sabar, gelap masadepan.


Nov 1, 2014

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

Perlawanan dengan Swansea adalah tanda positif peningkatan pasukan. Liverpool telah dominasi permainan sejak awal sepak mula dengan membuatkan Swansea bertahan gila-gila dikubu mereka. Biar pun Swansea mendahului dengan gol Emnes, Balotelli yang masuk sebagai pemain gantian menyamakan kepututusan 1-1. Pada semua menyangka akan ada masa tambhan, namun Lovren menjaringkan gol kemenangan beberapa saat sebelum wisel ditiupkan.

Dua orang pemain yang cukup banyak terima kritikan, Balotelli dan Lovren jadi hero pada perlawanan itu. Balotelli terutamanya paling banyak kena bahan bukan saja orang luar, tapi ada juga ramai peminat Liverpool sendiri. Ptestasi beliau sangat teruk bukan disebabkan faktor sendiri sahaja kerana banyak kantoi peluang mudah, formasi dan taktikal yang tak kena dengan corak dia main juga ada kena mengena juga.

Kita sedia maklum Newcastle juga cemerlang dan membuat kejutan keatas juara bertahan, Man City. Menang nasib takkan sampai 2-0.  Mereka main saya tengok tak berapa sempoi cuma bila ada peluang diguna sebaiknya. Newcastle dalam tekanan kerana keputusan buruk dari awal musim namun masa lawan Spurs mereka menang. Saya rasa pasukan kita bertemu Newcastle pada ketika semangat mereka tinggi. Spurs mungkin tak her an sangat, tapi Man City yang turunkan pasukan terkuat pun kena.

Saya masih berharap Mignolet tetapi Jones nampak kool semasa lawan Swansea.  Begitu juga Lucas, beliau mengambil tugas Kapten Gerrard dengan baik walaupun tak sempurna. Johnson nampak lebih selesa disebelah bek Kiri namun berkurun dah main disebelah kanan. Toure sepanjang diberi peluang main baik dan tak buat bangang langsung
Pemain-pemain ini walapun tak banyak diberi peranan namun saya rasa cukup baik untuk beri saingan pemain utama.

Dengan kembalinya pemain utama yang sengaja direhatkan seperti Sterling , Gerrard dan Skrtel, rasa tak ada masalah nak menang dengan Newcastle jika Brendan gunakan pemain sedia ada dengan efisyen. Senang cakap, jika nak guna Ballotelli  kena ada pasangan macam Borini untuk melengkapkan satu sama lain. Lagi satu kena main formasi yang fleksibel dengan pemain kreatif Coutinho dan Sterling. Henderson dan Gerrard tak hadapi masalah untuk hadap pemain tengh Newcastle yang pasti banyak bertahan dari menyerang.

Dengan kualiti serangan Newcastle yang hanya bergantung pada serang balas, bek kita mesti jangan ralit sangat. Kita tak mahu nasib Spurs dan City kena timpa atas kepala kita plak. Dah selalu sangat bolos takut dah jadi tabiat la plak. Itu kena perbaiki untuk berdepan Newcastle di gelanggang mereka. Saya harap jika Mignolet masih kekal diposisi gawang dia kena komunikasi dengan rakan pertahanan lain, jangan jadi pendiam sampai tak ada organisasi ketika bertahan.

Dengan Newcastle boleh dianngap mudah untuk dapat  3 Mata. Ini peluang yang mesti diambil sepenuhnya sebab pasukan lain kecuali Chelsea dalam keadaan yang serabut juga. Setakat Soton dan West Ham berada dalam kedudukan teratas take heran sangat sebab mereka belu berdepan pasukan kuat lain dan hanya makan pasukan bawahan. Apa yang penting jangan yakin sangat untuk menyerang tetapi abaikan disiplin bertahan. Main selamba sahaja sebabNewcastle sedang tertekan dan kits boleh ambil kesempatan dengan rileks tak perlu gopoh.

Oct 28, 2014

PIALA LIGA: LIVERPOOL LAWAN SWANSEA


Semasa lawan Hull suku perlawanan terakhir bagi saya memang aksi terbaik pasukan berbanding 75 minit sebelum. Saya dah cakap dalam entri sebelum ini, 4-2-2-2 adalah solusi untuk menangani masalah Balotelli dan bahagian serangan yang teramat buntu. Brendan memang takkan baca blog saya, tetapi banyak lejen Liverpool punyai pendapat yang sama. Salah seorang ialah Michael Owen yang pernah main dengan pemain yang hampir sama stail dengan Balotelli, iaitu Heskey. Owen anggap pembelian Balotelli tak masuk akal untuk ganti Suarez, tetapi dah terlanjur kena tanggunglah kesilapan.

Kesilapan taklah teruk jika Sturridge tak cedera. Bila Sturridge cedera dan Balotelli tak berapa nak boleh blah, siren panik telah berbunyi sana sini. Kita tengok perlawanan terakhir Sturridge main dengan Balotelli sebelum cedera. Lawan Spurs menang 3-0. Perlawanan itu antara terbaik musim ini dan dah nampak keserasian Balotelli jika berganding dengan penyerang lincah. Tapi saya heran selepas itu, Sturridge cedera tiba-tiba Brendan cuba letak Balotelli main penyerang solo masa lawan Aston Villa. Bermula detik itulah serangan Liverpool tak seperti seblumnya dan Balotelli jadi macam anak kambing hilang ibu, tak ada pedoman dan hilang arah tuju.

Gandingan Ballotelli dengan Lambert memang tak berapa hebat, tetapi efektif membuatkan Hull lebih rapat kedalam. Lambert memang banyak pengalaman dan dia tahu camna nak main dengan penyerang lain, kerana bukan sahaja tak berapa tamak, tetapi pandai membuka ruang untuk Balotelli. Cuma gandingan ini kelemahannya agak lembab dan kalau nak main satu dua macam gandingan SAS, jangan haraplah. Kalau main simpan bola dengan buat hantaran pendek, saya rasa Balotelli dan Lambert tak ada masalah dengan itu, mereka punyai kawalan bola yang mantap.

Lawan Swansea nanti memang saya mahu Lambert dengan Balotelli main bersama. Kalau Borini pun main dengan Balo, bukan main kat sayap, tapi sebelah rusuk Balo. Boleh tak boleh itu yang perlu buat untuk tengok samada betul Balotelli memang masih ada harapan dengan taktik sebegitu. Itu harapan terakhir sehingga Sturridge pulih. Kalau masih haprak juga senang cerita, takdak alasan nak buat lelongan awam Januari ini. Saya kasihan dengan beliau, namun pemain Pro yang gaji beratus riban seminggu, dia kena buktikan layak untuk itu.

Oct 26, 2014

LIVERPOOL 0-0 HULL



Siapa cakap Liverpool tiada peningkatan. Ada takkan tak nampak. Kita dah tak bolos lagi. Pagi-pagi ni kena ambil yang positif dulu baru tak stress. Kalau kita tengok serangan Hull pun boleh tahan juga walaupun sekali sekala datang. Cuma tahap kesefahaman dah jelas nampak walaupun masih jauh dari apa yang boleh dianggap mantap. Saya tengok kemasukan kembali Moreno dan Manquillo mengembalikan kestabilan, mungkin kerana mereka boleh kaver balik kesilapan dengan kepantasan mereka. Kalau Johnson dan Enrique, belum tentu kalau kena potong boleh ligan balik tutup ruang.

Maaf cakap Liverpool takkan kemana jika mainkan Balotelli sorang-sorang kat atas. Tetapi Brendan masih nak memperjudikan mata dan masadepan dengan beri keyakinan penuh kepada Balotelli. Kita tahu Balotelli takkan berjaya untuk bermain secara solo. Bila dah masuk Lambert bergandingan dengan beliau permainan dah jadi lain. Takkan tak perasan benda tu, memang benda asas ini perlu diambil perhatian sekurang-kurangnya sampai Januari. Bila Januari nanti kalau tak beli pemain yang macam Suarez atau Sturridge, kirim salamlah Liga Juara-Juara.

Oct 25, 2014

LIVERPOOL LAWAN HULL


Adakah Liverpool perlu seorang "Jurulatih Pertahanan" ? Jawapan dari Brendan Rodgers adalah tak perlu. Permain baru perlu sesuaikan diri dan corak latihan sekarang dah memadai. Jawapan nampak macam sombong, tetapi itulah yang perlu bagi seorang pengurus untuk mengawal keadaan, jika ditanya oleh wartawan. Terus terang saya cakap Liverpool perlukan 2 perkara untuk menambah baikkan kebocoran melampau. Pertamanya kena beli seorang pemain tengah bertahan ala Mascherano dan keduanya memang kena ada soerang jurulatih pertahanan sehebat Steve Clarke. Kalau ada dua-duanya sekali itulah yang sebaiknya. Dapat salah satu pun memadai untuk menyelesaikan permasalahan yang tak pernah selesai sejak musim musim lepas lagi.

Kita taknak cakap besar untuk lawan Hull dengan anggap celah gigi saja untuk dapat 3 mata. Hull hampir makan Arsenal minggu lepas. Itu pengajaran bagi pasukan kita untuk tidak mengecilkan pasukan yang lemah. Dibawah kendalian Steve Bruce, Hull bermain lebih relaks tetapi tak mengabaikan untuk mencari gol. Tengoklah penyerang mereka siapa. Abel Hernandez dan Niko Jelavic masing-masing pernah main dalam Piala Dunia. Nak kata hebat sangat taklah tetapi kalau bek kita main bangang macam lawan QPR, susah hati juga. Hull musim ini gempak juga dibahagian tengah sebab beli Diame, pinjam Ramirez dan Ben Arfa. Namun pertahan mereka dibarisi pemain berpengalaman bekas bek Spus Dawson dan Curtis Davies pemain terbaik mereka musim lepas.

Masa nak lawan Hull nanti silalah guna taktik macam lawan QPR kalau nak dapat habuan. Hull punya taktik masa lawan Arsenal memang mudah mereka banyak melalaikan skuad meriam dengan bertahan rapat di kubu dan menyerang hendap jika ada peluang. Bab menyerang hendap saya tak kisah, tetapi berkampung atau meletkkan Bas Ekspress depan pintu gol yang kita cukup bermasalah, jika anak buah Brendan main dengan taktik sebelum ini. Saya cuma harap Brendan main dua penyerang, sebab Balotelli kena najib main dan inilah masa dan ketika yang sesuai untuk Borini menjalankan tugas. Kerajinan Borini sesuai dengan pasukan Hull yang tak berapa nak menyerang dan boleh juga pakai dari makan gaji buta dok hayun teloq.

Mignolet 
Manquillo Skrtel Lovren Moreno
Gerrard Henderson
Sterling Coutinho
Borini Balotelli


Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails