Jul 29, 2018

PRA-MUSIM: MAN UNITED 1-4 LIVERPOOL



Bukan setakat 101, 254 penonton kat Michigan, malah berjuta-juta penonton dalam talian menyaksikan perlawanan hebat pemanas badan dan juga pemanas hati antara pasukan seteru Liverpool dan Menyu. Mourinho dan mungkin banyak peminat Menyu bagi alasan mereka turunkan pemain muda dan simpanan. Lantaklah apa jua alasan mereka, tetapi apa yang kita nampak persediaan kita memang makin ketara bagus.

Ikut Liverpool main memang sedap dari awal. Mane dan Salah cukup berbisa, cuma gandingan dengan Solanke nampak agak kurang padu. Patut Sturridge main awal baru kita boleh tengok camna huru-hara dari minit awal. Tapi Klopp ada perancangan lain untuk kita nantikan hingga wisel penamat. Boleh tahan juga goli tua Menyu, banyak percubaan dia selamatkan. Namun apakan daya Liverpool mendahului dengan penalti bila Salah kena bentes. Mane dengan tenang menyudahkan penalti untuk Liverpool didepan 1-0.

Liverpool main terlalu menyerang dan bek tengah pon naik sampai separuh padang. Jadi Mouriho acapkali cuba main bola jauh dengan mengumpan perangkap curi ayam. Namun kelemahan Liverpool yang berjaya dieksplotasi lawan ialah menyerang pantas bila pertahanan terleka. Gol Dortmund dan City adalah contoh terbaik untuk Klopp perbaiki. Menyu melakukan taktikal yang sama dan mereka berjaya dapat sepakan percuma dari luar kotak. Perreira berjaya menyudahkan sepaka percuma cantik menewaskan Grabara yang nampak agak gabra.

Separuh pertama Menyu cukup fokus. Sebab tu Liverpool susah nak rempuh masuk walaupun ada Salah dan Mane. Namun Klopp ada jawapan bagi kedegilan itu dengan memasukkan skuad muda dan pemain sensasi Shaqiri untuk gantikan separuh pasukan pada minit ke-60. Sejurus itu korang saksikan sendiri bagaimana Liverpool mengamuk sampai Menyu tak mampu nak melawan. Sebab kunci kepada amukan itu adalah pemain rejek dari kelab yang jatuh Liga, Stoke City, Xherdan Shaqiri.

Dia patut main kat sayap kalau ikut apa yang kita tengok sebelum ni dengan Swiss dan Stoke. Namun kali ni, Shaqiri bermain sebagai penyerang tengah atau orang bola panggil pemain No.10. Dia hanya masuk dari sayap jika ada hantaran pantas dari tengah. Gol Sturridge hasil umpanan beliau yang berjaya WWE dengan Baily dan meletakkan Mat Stur hanya perlu cari sasaran dan tembak. Gol ke-3 hasil betesan keatas Robertson dan Ojo nampak berebut dengan Stur, tetapi abang beralah dengan adik, dan nasib baik adik Ojo menyudahkan dengan tenang untuk 3-1 didepan.

Gol penyentap hati peminat Menyu dilakukan dengan begitu tragis oleh Shaqiri. Dia tak aci buat begitu diperlawanan sulung beliau. Lawan udah malu tak melawan 3-1 sebelum ni. Boleh plak Si Shaq melibas gulung rembatan basikal kedalam gawang Menyu. Abam sendiri boleh lawan klip gol itu berpuluh kali sambil tersenyum. Itu makanan untuk pasukan yang nak main susun bas sangat. Orang cakap gol sulung itu dah berbaloi bayar Stoke 13juta Pound.

Jika betul Shaqiri dan Sturr berperanan dalam skuad untuk bekap kesebelasan utama, abam kira kita dah naik setapak lagi untuk bina kekuatan pasukan untuk jadi pencabar kejuaraan dan medal dan piala. Sebab apa, Klopp dah insof dapat pengajaran kat final Liga Juara-Juara yang bukan setakat 11 orang kena mantap, tetapi kalau boleh kena sediakan bekap yang mampu ambil-alih tugas pemain utama jika diperlukan.

Klopp cukup berbeza kali ni. Dia dah tak larat nak simpan pemain sederhana dan cuba pastikan pemain yang mampu bersaing kekal. Sebab itu kita tengok pemain macam Origi dan Ings yang dah tak masuk dalam senarai jelajah konpom akan dijual. Malah ada dengan Ojo dan Chiravella pun ada ada bunyi-bunyi sedang dirisik pasukan luar. Sebab Klopp perlu bagi belen pasukan bukan dari segi kuantiti dan kualiti, dia juga nak modal untuk sebarang kemungkinan pembelian blokbuster lagi lepas ni.

Jul 28, 2018

PRA-MUSIM : MAN UTD LAWAN LIVERPOOL

Siri jelajah Liverpool kat Amerika akan berakhir dengan perlawanan dengan Syaitan Merah. Klopp cakap baru ni pasal perlawanan ni dia bukan anggap lawan suka2 dan santai. Dia nak pemain bersungguh2 macam perlawanan betol. Sebab lawan pasukan bimbingan Mourinho kena ajar sikit tak boleh bagi muka. Kalau tak Mourinho kalau menang dia akan jaja buat modal sampai kiamat. Sebab kaki saiko memang gila cari reputasi nak bahan orang.

Dari perlawanan lepas beberapa pemain senior tak dapat bersama. Matip balik ke Melwood sebab cedera. Clyne pula balik sebab isteri baru beranak. Yang tak syok Keita sakit leher plak. Harap cedera Keita tak serius sebab kat tengah opsyen belum sedap Gandum belum cergas dan Hendo belum balik. Grujic dengar kata pun nak keluar. Harap Jones boleh kekal prestasi sebelum ni.

Lupa nak cakap Karius cedera juga. Sebelum goli baru baluk dari cuti Klopp terpaksa guna ubi muda, Kelleher dan Grabara. Tengok masa perlawanan sebelum ni mereka tak nampak cemas dan ada juga penyelamatan mantap. Ini bermakna Klopp ada plan dah sebelum nak jual Ward dan terkini Mignolet. Mungkin Keleher dan Grabara dah reti nak main cara sweeper dan lepas ni berguru dengsn Allison.

Masa permainan untuk Shaqiri masa lawan Menyu plak rasanya. Dia dah berlatih berhari2 sebab pulang awal dari Piala Dunia dan cuma cuti kejap. Kita nak tengok adakah Shaqiri dapat serasi dengan kawan2 penyerang. Kalau diikuti masa dia kat Stoke dan Swiss memang pasukan terlalu berharap kederat dia untuk buka ruang serangan sebab kreativit si Shaq ni. Harap kalau dia main nak tengok rembatan roket jarak jauh kedalam gawang Menyu.

Jul 26, 2018

PRA-MUSIM: MAN CITY 1-2 LIVERPOOL


Sempat juga usha siaran langsung sambil buat kerja pagi kemarin. Cuma tak dapat tengok penuh masa tu, bahaya takut kantoi. Balik rumah buka AstroGo malam tadi baru khatam sampai habis. Macam biasa keputusan tak mencerminkan keadaan sebenar bagi kedua2 pasukan. Sebab apa Man City hanya turunkan banyak ubi muda dan hanya Goli tua, Bravo dan pembelian baru mereka Mahrez yang turun.

Liverpool XI (1)
Karius Clyne Gomez Vdijk Robbo Fabinho Milner Gandum Jones Lallana Sturr

Bagi pasukan kita plak tak banyak perubahan kecuali kembalinya Mat Gandum yang pulih dari cedera bukan merajuk sebab posisi tercabar. Klopp letak kesebelasan awal agak pelik sikit. Bawah dan tengah ok, cuma serangan Mat Stur dibantu oleh Jones dan Lallana. Bukan formasi 433 rasanya mungkin lebih kepada 4231.

Oleh kerana separuh pertama main dengan formasi lebih padat kat tengah jadi City dan Liverpool hanya mampu main kejar2 bola dan buat hantaran mudah. City yang main formasi 352, lagi nampak semak sebab Pep baru nak cuba bereksperimen. Mahrez pun tak menonjol sangat. Diorang banyak main hantaran lintang. City punyai peluang paling bahaya tapi Karius berjaya jadi hero tepis bola dan Fabinho halang pemain City dari bola muntah.

Separuh pertama tamat dengan kebuntuan gol. Dan bermula separuh kedua pertukaran awal Kellehar, Klavan, Solanke dan Mane ganti Karius, Gomez, Woodburn, Sturr dan Lana. Baru permainan nampak semakin rancak sebab Mane memang bagi nampak tengah hidup. Dan rombakan terakhir memasukkan semua pemain simpan termasuk Mat Salah selepas City mendahului. Gol berpunca dari serang balas dan Sane berjaya merempit dari kanan dan menewaskan Goli muda kita.

Salah masuk terus permainan kita punya. Peluang cukup banyak dan City banyak berkampung. Salah hanya ambil masa beberapa minit dan tak sempai peluh dah berjaya menyamakan kedudukan. Hasil hantaran lintang Camacho ditanduk oleh Salah. Ada nampak macam kesalahan curi ayam, tapi pengadil buat dek. Pemain City tak ada peluang sebab takda VAR. Gol terakhir penalti sebab Solanke kena debik dalam kotak dan Mane jaringkan gol dalam masa tambahan.

Klopp mungkin hanya tanpa beberapa pemain utama macam Firmino, Hendo, TAA, Lovren dan goli baru Alisson. Tapi ikut prestasi pemain sedia ada banyak peningkatan. Mungkin pembayang kesebelasan lawan West Ham dah boleh agak. Klopp terpaksa bagi pemain sekarang kecergasan sebab pemain yang masih bercuti takkan sempat cergas sebelum pembukaan liga kot. Lepas ni lawan Setan Merah dan harap penampilan sulung Shaqiri plak.


Jul 25, 2018

PRA-MUSIM: MAN CITY LAWAN LIVERPOOL

Manchester City vs Liverpool
⏰ :8:00 Pagi
🏟 : Stadium MetLife
📺 : Channel 817 & 836(HD) atau Live FB

Petang semalam Man City pon kena sauk dengan Dortmund. Sebab tu cakap pra-musim bukan ukuran kemenangan cuma nak basahkan peluh dan nak kenal rakan-rakan baru. Rakan terbaru Mat Shaqiri mungkin akan dapat penampilan sulung. Begitu juga Salah dan Mane yang dah ketar kaki nak sepak bola. 

Dalam itu juga kita dengar Klopp nak pancung beberapa pemain yang nampak tak boleh blah. Antara yang nampak ada potensi Origi, Ings, Migno dan juga Gandum. Bukan nak komplen banyak pasal pemain yang nak kena jual tapi pemain muda macam Camacho, Jones dan Philips serta goli muda Grabara mungkin akan diserap jadi simpanan sebab masa pra musim ni menonjol dari pemain lama.

Jul 23, 2018

PRA-MUSIM: DORTMUND 3-1 LIVERPOOL


Jangan panik lagi. Pemain masih belum panas. Kalau hati panas dan pedih biar sekarang bukan bila musim dah buka. Lagipun bukan semua adiwira kita dah sampai. Yang dok rosakkan angin kita adalah beberapa kerat pemain yang takkan dapat peluang lagi lepas ni kot. 

Pun begitu kita percaya Klopp sedang berusaha sesuatu untuk keseluruhan pasukan. Kalau ikut kesebelasan utama bagi abam dah hampir beres. Yang kita tahu Klopp nak uji pemain muda dan simpanan itu yang penting. Dia taknak pemain simpanan jadi macam musim lepas, tak banyak yang boleh celen kesebelasan utama.

Sampai sekarang pemain paling menonjol selepas Keita ialah Mat Sturridge. Namun abam rasa Sturridge masih ada peluang musim ni dengan sikap tak mengalah. Dia tahu kebolehan diri dan Klopp juga sedar. Cuma perkara potong stim dengan Sturr ialah tubuh kaca beliau. Kalau dia dapat cergas sihat musim ni, tak perlu terlalu perah Firmino macam musim lepas. 

Bek juga akan ada masalah jika nak harap Van Dijk sepanjang masa. Dia bukan robot. Matip cedera balik dan mungkin Gomez bakal jadi taruhan jika tiada bek baru masuk. Sebab tu potensi Vida nak dibawa masuk ada, cuma nasib Klavan akan jadi taruhan barangkali. 

Bab Karius abam dah tak kisah sangat. Cuma sikit terkilan kenapa jual Ward, bukan beliau. Karius kita tahu sejarah silam mungkin berulang. Tetapi Ward belum buat palat lagi, nak jual bagi peluang dulu kot. Kalau menjadi kira bagus juga baru kita tahu dia bagus. Kalau tak kita tak risau sebab dah ada Alisson ye tak. 

Abam nampak Dortmund tak main bagus mana pun tetapi punyai pemain kreatif macam Pulisic. Kalau dah Lyon taknak jual Fekir atau Chelsea nak sailang lepas jual Hazard. Klopp jangan buang masa pergi masuk minang Pulisic terus sebelum orang lain masuk jarum. Dok nampak Pulisic pun macam menonjol lain macam sebab dok tayang kat Klopp rasanya.

Jul 22, 2018

PRA-MUSIM : LIVERPOOL LAWAN DORTMUND


📅 Isnin, 23/7 
⏲️ 4:05 pagi ini ! 
📍 Bank of America Stadium
📺 Astro 816/834 HD

Pasukan liverpool dah sampai ke Negara Pak Cik Sam sempena pertandingan "International Champions Cup 2018". Jelajah Amerika bukan lawan pasukan MLS, tetapi beradu dengan Dortmund dan Menyu dan Citeh. Seramai 29 pemain dari Anfield dibawa, tak termasuk Alliison dan beberapa pemain yang dapat cuti khas sempena Piala Donia. Pemain yang tak dibawa tanpa sebarang keuzuran paham-paham lah, sedang cari majikan baru lar. Markovic salah sorang kot.

Kali ni Salah dan Mane mungkin akan dapat turut serta dengan rakan yang dah 4 kali main. Lawan dengan pasukan Dortmund bukan lagi macam lawan pasukan British sebelum ni. Pasukan mereka punyai pemian berkaliber dan mantap. Ramai yang dulu naik sebab Klopp. Boleh kata persiapan lawan Dortmund untuk uji setiap posisi dengan lebih mendalam.

Paling nak tengok camna pemain serangan yang bakal Klopp ketengahkan nanti. Siapa dia nak kekalkan sebab antara Sturridge, Origi dan Solanke, siapa bakal jadi calon pembantu Firmino. Setakat sekarang, Sturridge nampak didepan, Solanke sederhana dan paling koman Origi. Mungkin ujian dengan kelab cikai nampak Mat Kaca paling terbaik, dengan pasukan elit Solanke dan origi pula yang naik taring, manatahu.

Bahagian tengah rasanya kita lebih ohsem dari Dortmund, itu abam tak peduli sangat. Yang kesah ialah barisan pertahanan yang musim ni takda penambah-baikan. Gandingan bek utama masih Van dijk-Lovren. Masalahnya Lovren balik seminggu sebelum sepak mula dengan West Ham. Setakat sekarang Klopp tengah uji Matip, Klavan, Gomez dan Philip. Matip mungkin nampak pilihan utama cuma abam tengok calon lain pun main baik juga. Pening Klopp nak pilih nanti.

Jul 21, 2018

SELAMAT BERJAYA DANNY WARD


Danny Ward sah ke Leicester secara rasmi dengan nilai perpindahan £12.5juta termasuk bayaran 20% untuk perpindahan seterusnya. Dia sangat tak banyak songeh, sanggup tunggu peluang walapun boleh minta dipinjam keluar musim lepas sebab dok sebagai pilihan ke-3. Kalau Kasper Schemichael blah musim ni, mungkin Ward kena bersaing dengan Eldin Jakupović untuk posisi Goli utama Leicetser.

Kita harap Ward berjaya untuk buktikan dia terbaik walaupun tak diberi peluang oleh Klopp selama ni. Ambil contoh Brad Freidel yang berjaya buktikan yang dia mampu bangkit jadi goli terbaik walaupun tak berjaya di Anfield. Ward masa main Huddersfield dulu memang terbaik, cuma Klopp nak penjaga gawang yang mampu jadi sweeper, itu kekurangan beliau.

Jul 20, 2018

ALLISON BACKER PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19



Klopp sebenarnya cukup teliti nak hadap krisis penjaga gawang. Dia tahu Karius memang takkan meningkat naik. Mignolet dah merajuk. Ward pula masih belum menyakinkan. Jadi terpaksa juga paksa FSG keluar belanja besar beli Goli AS Roma/Brazil. Malahan bila dengar Chelsea nak masuk jarum, tiada masa nak nego lambat-lambat, takut sejarah bakal berulang.

Bab harga memang semua orang akui tak masuk akal. Kalau ikut harga pasaran paling tinggi pun setakat £47 Juta bukan £67 Juta yang Liverpool terpaksa pecah tabung. Namun hakikatnya dalam situasi sekarang Klopp hanya nampak Allison bukan Oblak, Clissen ataupun Faizal Marlias. Rasanya Klopp dah kaji kesesuaian Allison berbanding sasaran lain dan juga opsyen sedia ada.

Klopp perlukan penjaga gawang macam Neuer untuk sistem Gegenpress. Punya pantau punya pantau, akhirnya ketemu dengan Goli Brazl ni dalam Liga Itali. Malah dalam perlawanan Roma dengan Liverpool, walauun pasukan Roma kena lauk tetapi Allison tetap main baik. Cuma bek Roma saja yang cari nahas main terlalu keatas dengan trio serangan kita yang bahaya.

Cara main Allison yang dianggap jadi Sweeper atau bek ketiga untuk bantu pertahahan main pertahanan tinggi memang citarasa Kloppo. Malah hantaran dan balingan tepat dan pantas Allison juga sangat terbaik. Ada cakap Klopp jarang nak bagi Karius atau Migno buat camtu. Memang betul, sebab Klopp tahu dengan mereka berdua, kalau takda kemahiran memang kelaut punya merapu jadinya.

Setelah Allison sah jadi peman kita, tetiba Ward yang kononnya dah pintas Karius bakal ja goli utama pula kena jual. Memang Klopp punya akal takkan semua jangka. Namun agak berbaloi juga sebab Leicester sanggup bayar tinggi juga £12 Juta untuk goli yang takda pengalaman itu. Dengan itu sah Karius kekal (belum pasti juga kot) sebagai pembantu Allison untuk belajar dan perbaiki aspek permainan dan bangkit dari kekecewaan lepas. Nasib Migno belum tahu kemungkinan besar dia bakal dijual.














PRA-MUSIM: BLACKBURN 0-2 LIVERPOOL


Skuad Separuh Pertama:
Karius, Clyne, Matip, Klavan, Moreno, Milner, Lallana, Woodburn, Ojo, Origi, Solanke

Karius kembali menjadi penjaga gol No.1 sementara tunggu Allison datang. Kesian pula kat Ward, dari diangkat jadi Goli No.1 selama beberapa hari, tetiba dah kena jual ke Leicester. Apapun perlawanan dengan Blackburn mungkin salah satu nak kembalikan semangat Karius yang hilang sejak dihentak Ramos.

Perlawanan separuh pertama nampak tak berapa menarik. Entah mungkin kesebelasan yang turun awal ni bukan pilihan utama . Paling janggal tengok permainan Origi, cukup semak dia main penyerang tengah. Patut kena bagi Solanke main kat situ. Ada juga nampak macam penyerang utama sebab dia dapat berikan sumbangan penalti. Cuma Milner hampeh penalti pun tak masuk sebab dia terlalu santais epak.

Separuh pertama Blackburn juga nampak ada buat gerakan bahaya. Cuma nasib mereka tak cukup baik, sebab pertahanan Liverpool dapat tebus balik kesilapan. Kalau tak mungkin ada kejutan, tambahan pula dari belah Moreno. Dia banyak kali bocor, namun pemain sayap Blackburn pun bingai juga, tak reti nak gulaikan Moreno.  Separuh pertama tamat dengan keputusan agak hambar dan mengecewakan. Cuma yang jadi tumpuan fesyen rambut burung belatuk Lallana.

Skuad Separuh Kedua
Karius; Gomez, Phillips, Van Dijk, Robertson; Keita, Fabinho, Jones; Camacho, Sturridge, Markovic.

Separuh kedua, barulah kelibat pasukan hebat turun. Tapi tang Markovic sangat janggal sebab abam terlupa dia masih pemain kita. Malah Sturridge dah jadi Kapten Kaca itupun salah satu kepelikan. Apapun boleh diaktakan segala gerakan dimulai oleh Keita. Gandingan Keita, Fabinho dan Jones nampak senada. Mungkinkah sebab Jones, Klopp dah tak kisah nak beli Fekir atau tak. harao Ox takda Jones bakal dapat peluang.

Dok kutuk Markovic, tetiba dia pula tak sengaja jaringkan gol untuk pecah kebuntuan. Memang Blackburn ajeeee pown. Tetapi gerakan dan cara jaringan beliau sebiji macam cara dia main kat Benfica dulu-dulu. Takkan ada lagi dah nak dapat peluang macam Vladmir Smicer, beli zaman Houllier 5 tahun kemudian baru nak berjasa. Zaman sekarang, beli2 saja kena meletop terus, lambat kena jual.

Kapten Kaca Sturridge, cukup garang dan buat Klopp pening kepala. Dah konpom bakal kena jual musim ni, dan2 buat gol dan main sempoi kot atas. Ikut prestasi sekarang, dengan Origi nampak semak dan Solanke masih belum matang, abam rasa ada peluang Mat Stur jadi bekap Firimno. Cuma dengan Klopp bukan boleh harap sangat, Ward yang takda bunyi apa sebelum ni pon nak kena jual apatah lagi pemain yang sebelum ni hambar.

Paling menonjol dalam perlawanan kali ni ternyata Keita. Tak sia-sia beli mahal dan sangguh tunggu semusim baru dapat. Dia nampak macam dah bertahun kat Liverpool, padahal jarang pemain dari Liga Jerman dapat adaptasi terus serta-merta. Liverpool akan bertolak ke Amerika dan beberapa lagi pemain akan macam Salah, Mane dan Grujic akan menyusul. Mungkin beberapa muka lama akan ditinggalkan dan kita boleh agak apa nasib mereka lepas ni kot.

Jul 18, 2018

HARRY WILSON DIPINJAM SEMUSIM KE DERBY COUNTY

Dah rasmi Harry Wilson akan berguru dengan Frank Lampard barang semusim. Agak terkilan patut dia bersama Abang Long Gerrard kat Rangers. Mungkin Klopp dah kawtim dengan Lampard suruh ajar camna nak jadi pemain tengah menyerang yang berjaya. Kita harap Wilson pulang dengan penuh ilmu di dada untuk bersaing dalam musim berikutnya. 


Jul 17, 2018

PRA-MUSIM: BLACKBURN LAWAN LIVERPOOL


Angin ribut bertiup kencang dari Rome. Liverpool telah buat bidaan rasmi untuk goli Brasil/Roma, Allison Backer. Nampak tak betapa Klopp bukan tido pasal masalah Goli kita musim ni. Kita yang bergaduh dalam wasssap dan twitter ingat Klopp tak baca kot, padahal dia pun tahu antara Karius, Migno dan Ward, dia masih ragu-ragu nak pilih antara mereka bertiga jadi penjaga gawang utama musim ni. Kalaulah tak dapat Allison abam rasa masih banyak pilihan lain, kecuali dia nak buat macam kes Van Dijk, pembelian tertangguh.

Sementara itu mungkin Ward dan Karius bakal bersaing untuk perlawanan pra-musim di England sebelum berlepas ke Jelajah Amerika Syarikat, bersama Grabara dan Kelheller, 2 pemain dari skuad simpanan. Setakat sekarang bukan nak kata krisis atau tak sebab musim belum bermula. Tetapi langkah tepat ialah buat penambahbaikan dari posisi itu. Sebab Klopp dah beli pemain terbaik macam Keita dan Fabinho, takkan dia nak abaikan posisi lubuk tu kot.

Persiapan untuk bertandang ke Ewood Park, tanpa beberapa pemain yang dikhabarkan akan dibawa keluar. Entah betul ke tak masih spekulasi. Tapi Wilson nampak macam serius nak dipinjam keluar ke Derby, kecuali ada kelab lain boleh beri jaminan masa permainan. Wijnaldum katanya masih cedera, tetapi dia ada bunyi nak belah sebab Keita dan Fabinho bakal buatkan dia tak boleh nak cari makan lagi lepas ni. Haritu masa tahu Emre dah berambus, dia kemain syok kot. Tapi itulah bila 2 sekali masuk, dengan Hendo plak main sempoi masa Piala Dunia, bagi Gandum dia bakal jadi pemanas bangku simpanan lagi macam dulu-dulu.

Maknanya dari lawan Chester Liga ke-6 meningkat kepada Liga Bahagian 3 untuk Bury dan Tranmere dan naik lagi kepada pasukan Liga Kejuaraan , Blackburn Rovers. Cuma pemain Blackurn walaupun kat Liga Kejuaraan,, mereka tak punyai pemain berpengalaman atau bekas pemain Liga Perdana. Hanya beberapa pemain antarabangsa Scotland dan Ireland serta Kanada. Apa yang bakal kita hadap mungkin macam lawan Bury, perlawanan fizikal dan bertahan dari lawan. Jadi kat sini pemain kena ubah corak untuk lebih percepatkan serangan dari dok pegang bola lama-lama.

Jul 16, 2018

PRA-MUSIM: BURY 0-0 LIVERPOOL



Separuh Pertama: Karius, Clyne, Van Dijk, Matip, Moreno, Milner, Fabinho, Jones, Ojo, Origi, Sturridge.

Separuh Kedua: Karius (Grabara 60), Gomez, Phillips, Klavan, Robertson, Keita, Chirivella, Lallana, Camacho, Solanke, Woodburn.

Walaupun tujuan asal perlawanan pra-musim sekadar pemanas badan. Namun dalam pada itu ianya juga adalah ruang untuk pantau pemain mana akan ada dalam perancangan atau tidak. Sejak dari perlawanan pertama banyak pemain yang nampak mantap. Namun ada juga yang memang nampak macam tak punya masa depan. Keita dan Fabinho kita boleh letak tepi kerana mereka memang dah sedia hebat. Kalau tak, takkan nak dibeli dengan harga yang mahal ye idak.

Namun setiap peminat yang tengok dari perlawanan dengan Chester , Tranmere hingga ke Bury sangat teruja dengan seorang pemain ni. Dia punyai sosok yang agak tinggi, namun yang paling stail ialah ramput fesyen kerinting macam fido-dido. Orang tua-tua saja tahu apa fesyen fido-dido tu. Rambut stail sahaja tak guna kan, namun corak permainan pemain tempatan tu sangat mantap. Setiap kali dia pegang bola, nampak sangat kemas dan gerakan beliau sangat teratur. Boleh pergi jauh adik Curtis ni rasanya.

Dalam pada kita fokus tentang penyerang utama Firmno, namun pra-musim ni sekali lagi Klopp nak cari bekap terbaik dalam skuad sedia ada. Sturridge nampak masih boleh diterima pakai, namun taktahu sampai bertahan dari jadi kaca yang bakal berderai. Solanke mungkin nampak boleh tahan gerak cara main namun penyudah agak kelaut. Namun yang paling nampak memang takda harapan ialah Origi yang sejak dari perlawanan pertama lagi nampak tak boleh belah. Kalau dia kekal tak dijual atau dipinjam keluar memang itu perkara ajaib.

Sementara itu Wilson yang takda dalam skuad ke Bury sah bakal dipinjam keluar ke kelab Liga Kejuaraan antara Derby, Swansea atau Stoke. Namun ada sumber rapat kata yang Liverpool lebih rela Wilson ke Derby kerana Lampard pengurus baru derby akan letak Wilson sebagai kesebelasan utama. Padahal kalau ikut abam, patut kita beri dia ikut Abang long Gerrard ke Rangers sebab Liga Scotland nampak lebih gempak dari Liga Kejuaraan.

Jul 15, 2018

XHERDAN SHAQIRI PEMAIN BARU LIVERPOOL MUSIM 2018/19


Kes Shaqiri macam Mat Salah juga. Pemain yang kita nak ambil kena sailang kelab lain. Cuma Shaqiri berjaya juga kat Bayern dapat piala macam2, Mat Salah pergi Chelsea nak merasa main pun tidak. Masa Salah datang ke Basel, Shaqiri dah nak belah ke Bayern. Rasanya tempat Shaqiri diambil alih Salah. Dan sekarang Shaqiri dah jadi sekadar pemain bekap untuk Salah.

Pembelian Shaqiri bukan tak cuba disailang oleh kelab lain.Pemain antarabangsa dahlah harga murah 13.5 juta pound klausa bidaan. Cuma Liverpool ambil keputusan segera untuk bida dari Stoke dan Shaqiri pun tak tunggu lama nak fikir, belum habis cuti terus ke Melwood sain kontrak. Siapa taknak kerja dengan Klopp. Boleh dikatakan seluruh pemain didunia nak main tapi kelab masing-masing buta musihat letak harga mahal-mahal.

Pemain macam Shaqiri punya kualiti tersendiri. Selain dari kepantasan dan gelecekan lincah, dia punyai aset penyudah jarak jauh macam Coutinho. Dok nampak Klopp boleh gunakan Shaqiri untuk bekap Salah dan Mane. Namun kalau terdesak, nak letak sebagai penyerang utama pun boleh sebab dia pandai cilok perangkap curi ayam lawan, macam gol lawan Serbia masa Piala dunia baru-baru ni. Walaupun nampak badan macam ayam serama, namun Shaqiri agak sado untuk dijatuhkan dengan mudah oleh bek lawan.

Jul 13, 2018

PRA-MUSIM: BURY LAWAN LIVERPOOL

Bury FC vs Liverpool FC 10:00 pm (Waktu 🇲🇾) 14 Julai 2018 (Sabtu) Stadium Gigg Lane

Terlupa nak siar pra-perlawanan pasal Tranmre. Kat sini nak letak sikit ulasan ringkas. Perlawanan bukan tertumpu sangat pasal kemenangan 3-2 kan. Tetapi pasal Karius yang sekali lagi buat hal. Bila habis perlawanan, ada peminat muat naik video yang sebelum perlawanan lagi Karius masa sesi panas badan Karius tangkap angin bola kantoi celah kangkang. Abam tak tahu samada otak masih bergegar atau sel-sel otak dah tak berhubung lagi.

Gol Tranmere akibat sepakan percuma, diambil tepat menuju dada Karius, namun dia pergi buat pandai nak tangkap bola laju cekup kat dada. Jadi memang terkantoi dan pemain Tranmre mudah jolok masuk gol pembukaan tuan rumah. Paling tak boleh belah pemain Tranmere yang juga peminat fanatik Liverpool siap maki hamun Karius. Mungkin nampak pemain itu kurang profesional , namun peminat mana boleh tahan, dah masa Final dengan Madrid dah buat palat. Sekarang pun masih ditahap yang sama.

Ada orang sebelahi dan tak suka Karius. Masing-masing punya hak nak bela atau marah. Namun Klopp kena buat keputusan drastik jika kekalkan Karius yang memang masih dalam gegaran otak atau beli dapatkan penjaga gawang baru, atau paling lekeh letak Ward sebagai goli utama pula. Sebab abam tak salahkan Karius, sebab dah Klopp nak beri peluang juga kan. Tapi harus diingat bahawa Karius bukan awal 20an lagi diah dah 25 tahun. Nak perbaiki kesilapan asas agak sukar, namun kita harap jika dia kekal bagi berehat dulu sampai pulih mental fizikal.

Perlawanan dengan Bury agak klasik sebab kali ni pasukan kita pergi kampung Orang Sakai di sebelah kat Manchester. Mungkin sebab pengurus Bury, Ryan Lowe seorang Scouser tulen, jadi Liverpool terima nak lawan Bury. Bury berada dalam Liga Kedua, namun begitu punyai beberapa pemain senior yang pernah bermain di EPL seperti Jermaine Beckford (x-Everton) dan Joe Murphy (goli WBA). Yang lain pemain biasa-biasa kecuali ada sesat sorang pemain Hong Kong, Dai Wai Tsun.

Perlawanan kali ni hanya pemanas badan dan sekadar nak bagi pemain baru kenal-mengenal sesama sendiri. Mungkin Van dijk dan Gandum turun sebab masa Tranmere tak main tak berapa cergas. Pemain dari Piala Dunia yang balik awal masih bercuti. Tumpuan bukan lagi kepada Fabinho atau Keita mahupun Wilson. Namun pastinya setiap peminat dan pengkiritik dok ushar Karius. Dan pastinya Karius kena buang penyakit gabra dan main bersungguh-sungguh sebab dengar kata Klopp masih nak cuba dapatkan Allisson sedaya upaya.

Jul 8, 2018

PRA-MUSIM: LIVERPOOL 7-0 CHESTER



Separuh pertama:
 Karius, Clyne, Gomez, Phillips, Moreno, Fabinho, Jones, Woodburn, Wilson, Solanke, Origi.

 Separuh kedua:
 Ward, Robertson, Klavan, Chirivella, Camacho, Milner, Keita, Kent, Ojo, Ings, Sturridge.

Waktu perlawanan Liverpool-Chester berlaga masa dengan England-Sweden. Ada siaran langsung dalam Astro Go dan Aplikasi lain, cuma ramai yang tak sangka perlawanan tak gelemer camni dapat penyiaran Astro. Jadi untuk perlawanan selepas ni jangan terlepas pandang lagi, Astro akan buat siaran lansgung khas buat peminat Liverpool. Abam rasa orang dalam Astro punya kerja sebab pasukan lain takda pun nak dapat peluang camni.

Memang ibarat kancil dan gajah , pasukan Liga Konferen, Chester nak beradu kekuatan. Perlawanan ni sekadar nak bantu kewangan Chester. Semua duit tiket sedekah kat mereka. Oleh itu jangan anggap yang keputusan 7-0 itu ialah sesuatu kebanggan. Liverpool main dengan campuran pemain untuk kedua-dua separuh masa. Keputusan sebenarnya tak penting sangat, cuma Klopp sedang meneliti setiap pemain samada tua atau muda.

Mungkin kita teruja dengan beberapa pemain sebab persembahan mereka nampak hebat. Paling menonjol ialah Sturridge yang nampak begitu gah dengan 2 gol. Bukan itu sahaja, dia nampak cergas dan lincah macam bukan panggilan Mat Kaca yang orang selalu kondem. Abam rasa Klopp pun terkezut dengan perkembangan beliau. Cuma jangan lupa, selalunya pemain bila dah tersepit dan berita dia nak kena jual tersebar , mungkin itu nampak kemain garang main malam tadi.

Wilson jadi perhatian sebelum pra-muism bermula. Banyak kelab berebut nak beliau secara pinjaman, sebab diorang tahu prestasi Wilson masa kat Hull musim lepas cukup mengancam. Paling terkini Brendan kena rejek untuk bawa Wilson ke Celtic. Rasanya buang masa nak pinjam keluar sebab Wilson dah tunjukkan kepada Klopp dia cukup bersedia dengan 2 gol malam tadi. Cara dia main nak meniru Mat Salah, masuk dari sayap dan cilok ketengah sumbat gol.

Selain itu ramai teruja dengan Naby Keita pembelian tertangguh musim lepas. Klopp sendiri cakap dia mudah sesuai corak Liverpool berbanding Fabinho. Keita nampak begitu mantap, dan kita nampak cara dia main macam Mat Gandum, cuma lebih cemerlang ketika bertahan dan buat serbuan rampasan bola. Sebab tu ada ura-ura Klopp mungkin akan dengar sebarang bidaan untuk Gandum, jika pemain itu sendiri rasa terancam dengan kehadiran Keita dan Fabinho.

Dalam pada itu masih ada pemain yang agak tenggelam dan mungkin akan dijual atau dipinjam keluar. Origi calon utama. Bukan sebab perlawanan dengan Cheseter saja dia hambar, masa pinjaman kat Wolfberg pun dia kelaut gak. Woodburn tak macam pra-musim lepas, nampak kali ni dia agak tengelam sikit. Camtu gak dengan Ings yang sumbat gol , namun dia nampak berkarat teruk kalau nak banding Mat Kaca nampak lagi cergas.

Pemain lain boleh dikatakan ok ok sahaja. Mungkin nampak lemau faktor rehat banyak sangat sebab dok hayun telur kat bangku simpanan. Kita tunggu perlawanan lepas ni dengan Tramnere pagi rabu. Mungkin pemain lain macam Van Dijk pula akan turun main. Pemain yang terlibat dengan Piala Dunia walaupun pasukan yang balik awal, akan cuti rehat dulu. Mungkin semua pemain utama bakal berkumpul di jelajah Amerika Syarikat, masa lawan Borussia Dortmund 22 Julai nanti.

Jul 6, 2018

PRA-MUSIM : CHESTER LAWAN LIVERPOOL


Dah lama tak menulis. Nak ulas pasal pemain Liverpool yang main wakili negara masing2 pun tak berapa minat. Cuma harap pemain seperti Hendo, Trent , Firmino dan Lovren tak balik dengan kecederaaan. Kebetulan perlawanan persahabtan kali ni jatuh plak sama dengan perlawanan England dan Sweden. Kalau diberi pilihan rata-rata, peminat Liverpool dari England lebih memilih layan Liverpool. Sebab wakil Liverpool hanya Hendo dan Trent.

Abam sendiri walaupun bukan peminat England, tetapi sokong juga sebab ada wakil Liverpool kat sana, begitu juga dengan Brazil  dan Croatia. Namun nilai perlawanan persahabatan Liverpool lebih bermakna walaupun lawan pasukan fakir miskin macam Chester City. Lagipun keterujaan nak tengok pemain baru macam Keita dan Fabinho adalah faktor penting. Dan juga nak tengok pemain muda macam Wilson, Materson dan beberapa muka baru dari akademi yang bakal ikut jejak Trent.

Separuh pertama:

Karius
Clyne Materson Klavan Robertson
Fabinho Milner Keita
Wilson Solanke Ojo

Separuh kedua:

Ward
Milner Gomez Klavan, Moreno
Chirivella, Keita, Jones
Ings Origi Kent

Almost time for matchday one... 🗓 Saturday 🆚 🕑 2pm BST (3pm KO) 💻 Live worldwide via GO ()



























Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails