Apr 28, 2017

LIGA PERDANA : WATFORD LAWAN LIVERPOOL

Dek kerana Menyu dan Citeh seri. Mentari kembali bersinar. Peminat yang murung sebelum ni kembali dok cerita pasal Liga Juara-Juara. Kalau tak asyik pasal Jersi baru yang jadi buah mulut sebab lawa. Percaturan kalah menang orang lain macam rezeki terpijak. Kita nak fokus dengan Watford untuk menang itu saja. Itu saja jalan untuk ke sasaran 4 terbaik.

Walaupun prestasi  Watford dalam keadaan selamat dipertengahan liga. Mereka juga boleh buat perangai macam Palace. Bukan nak bagi gerun tetapi Watford kalau ikut data, pasukan yang punyai majoriti pemain tinggi dan badan berketul. Ini maknanya jika mereka nak main fizikal, kita kena elak pisang berbuah lapan kali macam dengan Palace.

Cuma kelemahan Watford yang abam baca, mereka terlalu robus dan gunakan fizikal untuk kintai lawan. Kad memang selalu jadi hadiah. Tang situ kelebihan Coutinho dalam sepakan bebas buat Mazzari agak cuak. Kalau Gomes menjadi Watford kebal, tetapi jika dia bebal banyak gol mudah Watford sedekah untuk lawan. Lagi satu Ighalo dah tenggelam dan Deeney plak kurang sensasi. Cuma diorang harap pemain pinjaman AC Milan, Mbaye Niang buat onar kat depan.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Emre Lucas Gigi
Firmino Coutinho
Origi

Rasanya Klopp dah takda barisan terbaik. Kecuali Lallana buat kejutan beraksi lawan Watford. Dia dah kembali berlatih cuma peringkat mana belum tahu. Kita harap dia dapat berada dibangku simpanan pun satu kelebihan. Pemain cam Lana ada kelebihan yang skuad kita dambakan sepanjang dia tadak. Lana boleh segerakan serangan dari tengah dan dia bijak dari Emre bab nak buat lorongan kepada penyerang.

Barisan simpanan agak menyedihkan kerana adik-adik akademi tiada pilihan lain. Perlawanan penting camni bukan tak boleh bagi diorang main. Tengok macam lawan Palace, masuk pun takda impak sangat. Samada mereka belum bersedia atau darah gemuruh tak pasti. Cuma dah takda pilihan kita harap mereka cepat belajar dan main pulun lebih skit. Sebab musim depan kalau Klopp borong ramai pemain bintang, peluang takkan semudah camni.

Sekarang peluang samarata buat 4 pasukan nak buru slot Liga Juara-Juara. Sapa buat silap mereka akan kena tinggal. Pasukan kita paling selamat atas kertas, namun dari dunia nyata kita faham tak semudah disangka. Sebab itulah lagi nak habis liga lagi menarik drama kat Liga Perdana ni dari atas sampai bawah. Sebab tu abam anggap bila lawan pasukan bawahan macam tengok cerita seram. Seram sebab takut keputusan penuh kejutan.


Apr 27, 2017

JERSI BARU LIVERPOOL MUSIM 2017/18


Liverpool telah lancarkan jersi baru musim depan. Ianya dikeluarkan dengan rekaan mercik hawau dengan emblem direka sempena ulang tahun ke 125 Liverpoolfc. Elemen klasik kolar V dengan warna merah hati mengingatkan abam versi Adidas 94/95. Rasanya jersi ini antara yang terbaik keluaran New Balance dari musim lepas. Apa pendapat korang.



Apr 24, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 1-2 CRYSTAL PALACE


Klopp terpaksa main dengan kesebelasan yang baru pulih. Kenapa begitu. Jangan heran sebab dia dah takda opsyen kat bangku simpanan kecuali pemain hingusan. Sebab itu bila ramai bising apasal tak guna pembelian Januari, inilah yang bakal berlaku. Hujung musim pemain utama cedera atau habis gas, perkara camni dah tak boleh nak buat apa-apa. Nak harap pemain muda nak tukar rentak, jangan haraplah. Silap-silap masa dok kat bangku simpanan, telur jadi kecut.

Saya percaya corak terbaik untuk main dengan Palace memang macam kita main. Takda pilihan sebab memang Klopp hanya ada plan A sahaja. Cuma pemain yang kita ada tak boleh terjemah apa yang Klopp nak dengan baik. Perkara yang kita lemah ialah bermain secara konsisten dengan lawan yang cukup suka main bertahan, serang balas dan guna setpis. Stoke dan WBA mungkin fokus kita dalam keadaan terbaik, namun Palace kat rumah sendiri mungkin terlajak yakin barangkali.

Corak Sam Allardyce kat mana-mana pun sama. Saya ada baca artikel pasal Abang Sam. Dia memang pengurus yang moden sebab dia juga gunakan teknologi canggih untuk  perbaiki pasukan yang dia main. Pada Abang Sam, corak Liga Inggeris tetap sama, pemain masih perlu agresif dan lasak. Sebab itu dia tahu jika nak kelebihan dengan Liverpool dan sewaktu dengannya, main dengan cari kelemahan lawan maknanya jika kena bola tinggi selalu itu sahaja jalannya.

Terus kepada perlawanan. Liverpool main macam selalu kita tengok, berkampung kat kawasan Palace sampai padat sesak kat sana. Kat bawah hanya tinggal Lovren dan Matip dan kadang-kadang Lucas yang main sebagai sweeper. Liverpool tak banyak peluang kecuali berpuluh-puluh hantaran pendek bersimpang siur depan kotak penalti. Palace buat percubaan awal bila Benteke cuba rembat dari luar kotak namun jauh sangat tersasar.

Dalam pada permainan masih kebuntuan jaringan. Liverpool mendapat gol awal dari bakal pemain Barcelona, Coutinho. Dia diapit oleh pemain tengah Palace yang cuba halang Coutinho dari buat rembatan. Pengadil tanpa prejudis berikan sepakan percuma dikedudukan kegemaran Coutinho. Dengan gaya lencongan kekiri penjuru gol Palace, bola masuk dengan sempurna tanpa dapat ditepis oleh goli Palace yang cuba terbang selamatkan bola. Liverpool didepan 1-0. Liga Juara-juara dalam genggaman.

Liverpool menggandakan asakan tetapi semua tak kena sasaran. Malah Palace juga ada peluang namun mereka juga agak hambar. Namun rezeki orang yang sabar akan hadir. Palace mendapat peluang entah dari mana bila Liverpool alpa. Lovren naik menyerbu kat atas padahal dia takda bekap kat belakang. Kesempatan itu diambil Cabaye untuk merempit laju dan sama-sama itu melepaskan hantaran kepada Benteke yang entah dimana sampai dengan selaba menempek gol penyamaan Palace. Dia tak raikan jaringan, mungkin rasa hormat dengan peminat.

Separuh kedua bermula dengan masih kebuntuan 1-1. Palace masih Palace. Tak berubah corak permainan kerana mereka tahu Liverpool sekarang dah dalam mod gelabah biawak nak cari gol kemenangan. Liverpool punyai banyak peluang lagi tetapi semuanya tak bermakna tanpa mencecah jaring. Giliran Palace mendapat sepakan sudut, diambil Townsend dan pemain Liverpool sebaris seakan kaku bila bola melepasi mereka dan sampai ke arah Benteke dan dengan padu, janda kita itu menanduk untuk gol kemenangan Palace.

Kritikan kepada Klopp memang patut, malah dia akui dia tiada pilihan sebab kat bangku simpanan semua budak-budak hingusan yang tak boleh berikan impak. Kemasukan Grujic, Trent dan Moreno tak permudahkan urusan nak hambat gol. Kerana jika Palace dah didepan, mereka lagi gian nak bertahan. Plan B kita patutnya pemain yang jaringkan gol kemenangan untuk Palace, Benteke, bukan pemain bawah 17 yang baru tumbuh bulu pahat.

Dengan kekalahan dengan Palace posisi ke Liga Juara-Juara musim depan diambang gagal. Namun secara moralnya macam sial rasa dok harap benda diluar kawalan kita. Terpaksa berharap Man City pukul Menyu selepas ni. Malah Arsenal juga cirit mata satu dua perlawanan. Sebab itulah yang penting Klopp kena pastikan 4 perlawanan terakhir sebagai perlawanan wajib menang. Nak cakap boleh menang semua tak berani tetapi semuanya tak mustahil.

Apr 21, 2017

LIGA PERDANA: CRYSTAL PALACE LAWAN LIVERPOOL

Main cantik pun tak guna jika hati tisu. Sebab tu minggu lepas Crystal Palace membantai Arsenal 3-0. Ngeri juga dengan prestasi Palace bila hujung2 musim. Harap pemain kita cukup bersedia zahir batin kerana prestasi dan keputusan lawan Stoke dan WBA menunjukkan pemain jiwa kental hadapi lawan yang ganas. Kisah tragedi 13/14 gagal rebut Juara Liga juga sebab kempunan di Taman Selhurst. Takkan trauma tu kita dah lupa camna dari 3-0 didepan, habis perlawanan 3-3.

Mignolet
Clyne Gomez Lovren Milner
Emre Grujic Gigi
Firmino Coutinho
Origi

Krisis kecederaan satu lagi badi yang tak boleh elak bila pasukan tipis. Matip dan Klavan cedera ketika berlatih. Mungkin Gomez akan dipanggil untuk masuk dalam pasukan utama. Klopp dah bagi bayangan dalam temubual semalam dan Gomez umpama dapat peluang ke-2 yang perlu diambil sepenuhnya. Lucas juga tiada dalam latihan. Laluan juga cerah buat Grujic untuk main ditengah. Grujic mungkin ada kelebihan fizikal tapi pengalaman agak kurang. Stewart juga calon sesuai.

Takda Klavan dan Lucas takpa, namun bila Matip tak dapat main pecah peluh juga. Setakat ni nampak Lovren kian cemerlang bila Matip bersama. Dengan Klavan atau Lucas kelaut pertahanan kita jadi lauk. Gomez abam suka sebab dia ada potensi namun dia kurang pengalaman dan mental cepat koyak. Dia kena cekal sebab nak celen Benteke satu hal. Kena juga fokus sebab Palace punya pemain sayap macam Zaha dan Townsend laju cam pelesit. Harap Lovren tolong bantu adik Gomez jangan bagi dia gemuruh.

Minggu ni hanya 2 calon pesaing Liga Juara2 main. Selain kita, Menyu bakal lawan Burnley. Yang lain dok berebut Piala FA sesama sendiri. Nak harap Burnley tapau Setan mungkin kelam tapi kalau itu terjadi namanya peluang. Namun sendiri kena dapat 3 mata dulu kot. Abam tengok Menyu walaupun takda Pak Berahim akibat cedera adik Rashford plak menjadi. Tetapi mereka ada faktor kepenatan sebab baru main kat Eropah semalam. Harap jurulatih Burnley ambil nota dan bantai Menyu kaw-kaw.

Apr 17, 2017

LIGA PERDANA: WBA 0-1 LIVERPOOL


Memang dah jangka kalau lawan kat The Hawtorns, memang perlawanan jadi bosan. Pulis adalah Pulis, pergi kelab mana pun dia dengan akidah bolasepak sekolah lama Inggeris. Main bengis dan bola tinggi adalah jati diri permainan beliau. Peminat WBA mungkin dah terbiasa dengan corak begitu tetapi bagi jemaah Liverpool, memang menyampah tengok takda nilai hiburan langsung mereka buat. Tetapi apa boleh buat itulah kunci kejayaan WBA. Kalau mereka tak main cenggitu takkan boleh berada ditangga ke-8 sekarang.

Bagi Klopp dia dah bersedia dengan taktik Pulis. Mungkin tak main dengan 5 pertahanan, tapi olahan kearah itu bila Lucas diberi peranan Libero atau bahasa teknikal Sweeper. Lucas boleh jadi pemain pertahanan ketiga, tetapi dalam modus menyerang dia akan naik keatas bantu Gigi dan Emre. Sebab itulah perlawanan camni peranan pemain macam Lucas amat penting. Musim depan kalau betul Lucas blah kita wajib naik taraf posisi Libero ini, khas untuk plan B yakni perlawanan rabgi atas padang bola.

Sepanjang perlawanan WBA main akal. Bertahan, bertahan dan bertahan dan sesekali serang. Cuma apa yang mereka tunggu ialah perangkap mereka mengena. Jerat yang dimaksudkan ialah cari bola sudut , sepakan percuma dan lontaran jauh untuk baham kita. Setiap kali mereka dapat peluang camtu, abam jadi cemas, sebab memori silam menghantui minda. Takut-takut pertahanan buat perangai itu sahaja. Namun lega, lepas tu cemas, lega balik, dan cemas balik, itulah perasaan bila WBA dapat peluang. Hare betul kan.

Senjata makan tuan. Akibat dok nak cari silap lawan, rupanya itulah kelemahan diri sendiri. Saya pasti latihan bertahan dari setpis rupanya membawa kebaikan untuk pasukan. Kiranya macam serampang dua mata, tikam satu kali dapat dua ikan. Bila pertahanan berlatih bertahan, maka pemain penyerang kita mesti berlatih untuk menyerang bola setpis kan, jadi latihan tersebut berjaya diadaptasikan dalam perlawanan oleh Firmino. Hasil sepakan percuma, Lucas menanduk kebelakang dan Firmino menyambar bola mengatasi bek WBA. Liverpool mendahului dari gerakan yang tak disangka.

Separuh pertama berlalu dengan Liverpool didepan 1-0. Separuh kedua bermula dengan WBA nampak lebih nak menyerang tapi masih takut-takut. Liverpool masih dengan mod menyerang, tetapi sayang beberapa percubaan terkantoi terutamanya sepakan voli Milner. Namun kecemerlangan Mignolet banyak membantu. WBA hampir dapat gol tetapi sepakan Philips ditepis Mignolet dengan selamba. Namun dekat saat akhir perlawanan semasa Goli WBA buat gila naik atas, Liverpool dapat peluang serangan hendap. Tetapi Moreno buat terre cuba nak tembak dari jauh padahal dalam situasi tu Sturridge nampak dalam kedudukan terbaik untuk jaraingkan gol. Kalau WBA dapat penyamaan , Moreno akan kena hantam gila-gila kot.

Walaupun perlawanan takda hiburan bagai, pemain kita bekerja keras untuk tidak bolos dan dapatkan gol. Itu dah kira terbaik yang kita mampu. Sepatutnya beberapa perlawanan yang kita seri atau kalah dihujung perlawanan sebelum ni, permainan camnilah yang kita perlu amalkan. Ini tak makin nak habis makin malas, padahal lawan ketika itu macam singa yang luka parah, bertarung hidup dan mati dan mereka main seganas mungkin. Apapun keputusan dengan WBA melonjak kembali Liverpool ke tangga ke-3. Tapi kekalahan Chelsea kepada Menyu berita tak enak didengar sebab mereka masih ada peluang nak cilok kita ke slot Liga Juara-Juara.

Apr 15, 2017

SASARAN BEK KIRI DAH TERLEPAS


Dengar berita Sead Kolasinac setuju ke Arsenal musim depan, dah boleh rasa yang Klopp takkan mencari bek kiri utama. Dia antara bek kiri yang terbaik di Bundesliga dibelakang Alaba Bayern, Rodrguez Wolfburg. Pakej si Sead memang terbaik. Agresif, pantas dan kuat bertahan dan boleh bantu serangan dan umur masih 23 tahun. Tapi yang paling terbaik dia datang percuma. Barang percuma dari Bundesliga memang mengujakan. Jangan buat-buat lupa kita dah bedal Matip percuma dari Schalke.

Macam berita Theo Hernandez itu cuma spekulasi dan cara ejen nak bagi naik harga pemain. Bila Atletico nak jual mereka takkan jual murah dan bila Real nak cilok, rasanya pemain takkan nak patah balik. Jadi mereka cari pasukan yang terdesak cari bek kiri dan Liverpool tersenarai untuk jadi umpan media. Kita setakat boleh dengar tetapi nak percaya awal musim depan baru tahu. Saya akui dalam kompilasi youtube, Theo kemain hebat, rasanya sehebat Si Saed juga.  Namun takut juga mimpi negeri dengan Moreno boleh berulang, sebab si Theo baru semusim main dalam kesebelasan utama.

Kita dengar yang Klopp sayang nak buang Milner dari posisi bek kiri. Namun Klopp juga kena ada pengganti yang ideal. Sebab tu kita tengok dia cuba beli pemain  yang baru akhil baligh macam Chilwel dari Leicester musim lepas sekadar untuk jadi timbalan bukan pemain utama. Kalau musim lepas lagi nak cari bek utama mesti Jonas Hector dah main kat Anfield. Musim ni ada sasaran baru yakni pemain muda Fulham, Ryan Seesegnon. Muda lagi adik ni baru 17, tetapi gaya main bagus sebab dia dah main kesebelasan utama.

Pilihan ditangan Klopp. Cuma terlepas pemain percuma macam Kolasinac ada juga ruginya , namun dah Klopp taknak apa boleh buat. Mungkin Klopp nampak kekurangan Si Sead nak ganti Milner. Malah dengar cerita pakej penggajian yang ditawarkan di Arsenal memang terbaik disamping dia yakin dia boleh tapau, Monreal dan Gibb kot atas kot. Dengan masa depan Moreno yang kelam dan kelab luar nak beli, rasanya Bek kiri baru akan datang, tak pasti samada sebagai pemain utama atau pemain muda. Sebab Klopp pun manusia biasa, harini cakap lain tup-tup awal musim sekali-sekali Milner kena jual, manatahu kan.

Apr 14, 2017

LIGA PERDANA : WEST BROM LAWAN LIVERPOOL

Duri demi duri akan ditempuh hingga hujung musim. Bukan mudah nak dapatkan sasaran ke Liga Juara-Juara. Pasukan lain termasuk Arsenal masih dalam perlumbaan. Kita nampak kesemua masih bersaing sesama sendiri. Tetapi bila kita terlepas dari lawan kelompok 6 terbaik, itu bukan isyarat segalanya mudah belaka macam makan kacang. Macam kes Stoke haritu bukan sebab taktik 532 sangat kita menilai Klopp tetapi ianya sebab pertukaran pemain yang sebabkan kemenangan. Kalau Coutinnho dan Firmino tak main siapa gerenti 2-1 boleh dapat.

Sebenarnya ada yang cakap Klopp sengaja nak bagi isyarat kepada Boss dia yang skuad sekarang majoriti amat lemah. Sebab tu kita dengar lepas beberapa hari meletop berita FSG akan bagi dana besar untuk Kloop musim depan. Tetapi harap Klopp tak buat eksperimen lagi dengan WBA sebab trik yang sama takkan menjadi berulang kali sebab Tony Pulis bukan calang2 pengurus yang mampu bawa pasukan berjiwa bertahan naik ketangga 8. Sebelum ni level WBA tiap2 musim dok elak penyingkiran.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Lucas Emre
Firmino Coutinho
Sturridge

WBA haritu kena main 3-0 dengan Menyu. Dan tengok sekejap sebab harap WBA dajalkan Menyu. Tapi rupanya WBA yang kena getah. Jadi dari pemerhatian abam WBA betol2 harap nak makan kat setpis tapi mereka tak upaya nak jaga Pak Ibrahim dan tengah mereka kena asak dengan corak agresif. Lawan api dengan api itu muslihat Mourinho. Sebab itu jika nak jinakkan WBA kena main buka dari tepi dan cuba rembat bila ada peluang sebab bila bas dah bersusun, maka peluang nak tembus memang sukar.

Tiga mata wajib untuk misi sukar di Hawtorn. Misi mustahil kat Britannia dah lepas takkan tak boleh lagi kan dengan WBA. Tetapi yang komplek ialah lawan kita ada cara juga nak menang ataupun sekurang2 seri. Jika kita main dengan kekuatan serangan dengan bersungguh dan tak lepas peluang peluang cerah. Tetapi yang agak risau masa bertahan yang memang itu masalah penyakit lama. Sebab itulah perlawanan ini kita sekali lagi nak tengok Mignolet dan kawan2 pertahanan kekalkan kecemerlangan. 

Apr 10, 2017

SASARAN KLOPP MUSIM DEPAN



Ian Doyle wartawan sukan Liverpoolecho maklumkan, Liverpool bakal dapat dana bukan £100juta tetapi dekat £200juta pound untuk belanja beli pemain musim depan. Dana sebesar itu mungkin termasuk penggajian dan bayaran ejen. Jadi sementara nak tunggu perlawanan mari kita senaraikan pemain dirasakan wajar dibeli dengan duit sebanyak itu.

Bek Tengah - Virgil van Dijk , Southampton - £20juta (tambah dengan Sakho)Bek Kiri - Theo Hernandez , Alaves - £20juta.Tengah Bertahan - Naby Keita ( RB Leipzeg) - £20jutaPemain Sayap -  Julian Brandt (B. Leverkusen) - £30jutaPemain Kreatif - James Rodriguez - Real Madrid - £50jutaPenyerang - Pierre Aubameyang ( B. Dortmund) - £50juta

Senarai kat atas pilihan abam. Kita nak tengok apa pula pilihan pembaca yang lain. 



Apr 9, 2017

LIGA PERDANA : STOKE 1-2 LIVERPOOL



Dah macam pasembor dibuatnya Klopp masa lawan Stoke. Formasi macam tauge, taktikal cucur udang dan pertahanan macam timun. Nasib baik diselamatkan oleh Coutinho, Firmino dan Mignolet yang umpama kuah kacang yang lazat. Eksperimen Klopp dengan trio muda, Trent, Woodburn dan Origi mengetuai serangan kelaut dalam hasilnya. Mereka belum layak bukan sebab tak bagus tetapi tahap mereka masih dalam pasukan bawah-21.

Separuh pertama paling kecewa tengok perlawanan. Pemain memang tak biasa dengan taktik itu. Malah macam tak suka main cam gitu. Bila 5 kat bawah patutnya pertahanan memang stabil, tetapi nampak lebih kurang macam biasa 4 kat bawah. Rasanya kalau tak kerana Mignolet lebih awal kita kena gasak dengan Stoke. Dia berjaya basuh tahi yang bek kita tinggalkan bertaburan. Nasib baik gol Shaqiri tak dikira. cering bulu ketiak sebab penjaga garisan tak rabun jauh.

 Pengadil yang nama Mike Dean memang kurang fokus. Sepatutnya Liverpool dapat penalti jelas dan terang. Tengok ulang tayang, Pieters dah secara senagja menyepak kaki Woodburn, ketika adik kita tu membuat pusingan untuk menghadang bola. Masalahnya pemain kurang fokus sebab nak membantah pengadil yang haprak, dan peluang digunakan Stoke untuk menyerang balik serta berjaya mendapatkan gol hasil gerakan Shaqiri yang menghantar bola lambung dan disudahkan oleh Walters 2 minit sebelum separuh pertama tamat.

Kepanikan bolos awal dirasai semua jemaah Liverpool. Dengan pemain sedia ada takkan berubah nasib pasukan jika takda perubahan taktikal. Klopp rasanya insaf eksperimon merapu beliau tak berjaya. Keinsafan itu mengakibatkan Klopp kembali sedar yang Coutinho dan Firimno kena masuk secepat mungkin. Kemasukan mereka ternyata berikan impak maksima. Hinggakan Origi yang merapu awal separuh pertama, main baik dan hampir melencongkan gol. Main elok pun dah tak guna, Klopp perlukan idea baru kat atas dan Sturridge diberi peluang untuk buktikan sesuatu.

Namun pemergian Origi dan kemasukan Sturridge bawa rahmat untuk pasukan. Sturridge tak perlu jaringkan gol. Sekadar buat kalut depan gol pun dia dah kira membantu Liverpool hasilkan gol penyamaan. Kecemerlangan Emre bukan sebab dia rajin lari dan hambat pemain tetapi hantaran jauh beliau kedalam kotak mencari Sturridge , namun bola cuba dikeluarkan pemain Stoke  untuk elak disambar Sturridge dan Gigi. Namun bola kantoi betul-betul depan Coutinho dan beliau menyudahkan dengan rembatan leret untuk gol penyamaan Liverpool.

Main tiki-taka dengan Stoke memang tak guna. Masalah bola lambung bukan tak boleh hasilkan gol macam separuh pertama, tetapi pemain tak reti nak berada dalam situasi terbaik untuk kawan nak cari sasaran. Cara nak hasilkan gol dari gerakan tengah dengan lambungan cantik ditunjukkan Mat Gigi untuk gol kedua. Firimino sasaran yang berada dalam situasi terbaik, berjaya melepasi perangkap offside dan merembat bola dengan gaya mutu keunggulan. Liverpool bangkit dengan gol kemenangan Firimino membuatkan bookie lari terjun bangunan, sebab Liverpool dah berjaya lepasi badi pasukan bawahan.

Liverpool hanya bermain bola 45 minit separuh kedua. Separuh pertama Klopp macam senagaja nak cari maki. Tetapi dalam semua pemain saya nampak Mignolet adalah hero sebenar kerana kalau dia tak fokus, nescaya Stoke kenduri gol sejak awal lagi. Paling ekselen bagaimana dia selamatkan pecubaan Berahino yang kalau dilain masa dan ketika, memang dah gol jawabnya. dengan kemenangan ini Liverpool masih kekal ditangga ke-3. Jangan seronok dulu sebab bersambung lagi drama bersiri seram macam ni lawan WBA di Hawtorn minggu depan.

Apr 7, 2017

LIGA PERDANA : STOKE LAWAN LIVERPOOL

Lambat sikit siar kena perli baru habis kesat air mata. Bagi peminat dewasa berjiwa fanatik macam abam, perkara macam ni memang biasa. Memang tak patut abam lambat siar artikel abam yang buatkan peminat ketagih. Lambat sikit pasti ada yang menggeletar dan tarik sawan dan mengamuk serta ada yang kemurungan. Nak tahu sebab abam taip sambil pekena sekole cekoroi. Dia punya bedengung sampai ke kalbu pembaca. Harap jangan percaya sebab abam belia 4B belia benci narkoba.

Imbas sedikit lawan Bournemouth, ramai yang bising2 sebab kita hampir kepada 3 mata. Tapi 1 mata cukup berharga kerana kebangkitan sejurus gol lawan tunjukkan bahawa semangat juang pemain ada cuma tak mampu hingga wisel penamat saja. Lagi satu mungkin ada yang kesal Klopp keluarkan Coutinho semasa perlawanan masih jauh. Bagi abam nak Coutinho cergas sampai hujung musim atau nak dia lunyai main 90 minit pastu tak boleh main perlawanan lepas ni. Tapi abam marah gak kat Klopp sebab patut keluarkan Emre masukkan Grujic ataupun Trent.

Mignolet
Clyne Matip Lovren Milner
Gigi Lucas Emre
Firmini Coutinho
Origi

Lawan Stoke kat Brittania bukan kerja mudah. Pekan Stoke adalah pekan ragbi sebab kat England pasukan ragbi mereka hebat. Sebab itu kita tengok falsafah ragbi terbawa dalam bolasepak. Kedatangan Mark Hughes dengan bawa masuk ramai akademi Barcelona bukan bermakna mereka main tiki taka, tetapi Shaqiri , Bohjan dan Affelay sumber kreativiti yang mereka perlu untuk dapat melegakan permainan agresif atas dan tengah. Manakala jangan dilupai Xavi Allen Pirlo satu lagi sumber gol Stoke. Mamat ni kian menyerlah kat Stoke dan rasanya akan jadi duri dalam daging sebab rahsia taktikal Klopp dia pernah hadam.

Keputusan dengan Stoke akan sedikit sebanyak pengaruhi jalan berliku ke Eropah musum depan. Saingan masih sengit sebab pasukan seteru yang bersaing sesama sendiri dah masuk 4 pasukan, jika ditolak Chelsea yang gayat kat atas dan Spurs yang nampak stabil. Pasukan kita nampak pilihan atas kertas sebab tak jumpa dah lawan 6 teratas. Tapi kita tahu bila jumpa pasukan bawahan itu lebih menyeramkan dari cerita seram Nang Nak. Apa pun kita pasti Klopp ada jalan terbaik untuk hadapi lawan kita yang bertahun2 jadi badi bila bertandang ke Brittania. Jangan panik dulu abam rasa kita boleh menang tetapi perlu fokus dengan pertahanan supaya tak bolos bola bangang lagi.

Apr 6, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 2-2 BOURNEMOUTH


Berputih mata lagi dengan Bournemouth. Seri rasa macam tewas kan. Nak kata pasukan main buruk sangat tak juga sebab Cherries banyak main susun bas kat depot simpanan, bersusun rapi payah Liverpool nak masuk. Cuma bila sekali sekala mereka serang, apalah gemuruh sangat pemain kita sampai kesilapan mudah buat lawan ambil kesempatan.

Gol pembukaan sedang dinanti peminat Liverpool sebab pasukan kita kemain asyik main serang. Tetiba dari Mat Gigi ralit nak main bola ke bawah tanpa sedar ada pemain lawan berdekatan. Hantaran cukup lemah gemalai dan disambut Afobe dengan sepantas kilat dan sekali dengan Mignolet tak mampu nak halang Afobe menjaringkan gol pembukaan pelawat.

Saya nampak takda komunikasi antara pemain dan peranan bek tengah yang tak buka ruang untuk terima hantaran serta bagi amaran kat Gigi sebab majoriti pemain lawan masih berada dalam separuh kawasan Liverpool. Namun sikap Gigi yang tak putus asa nampak dia punyai mental yang kuat walaupun pemain lain memang nampak buat muka seposen kat dia.

Main dengan Bournemouth bukan boleh nak harap main cantik sahaja. Lagi kita pegang bola lama makin sukar nak buat gerakan. Tak sangka hantaran dari Mignolet merupakan strategi terbaik cari gol. Sekali penyepak bola yang ditala cari kepala Origi sampai dan Origi menanduk keatas dan disambut Firmino. Dalam diasak ramai Firmino sempat melorongkan bola kepada Coutinho. Dengan teknik kawalan terbaik Coutinho melegakan peminat dengan gol penyamaan.

Separuh kedua bermula dengan Liverpool nampak bersemangat untuk tambah gol. Origi hampir menyumbat gol dengan beberapa percubaaan. Namun Gigi jadi hero dengan gerakan dari sebelah kanan mengelirukan beberapa pemain lawan dan melepaskan hantaran lambung melepasi pertahananan lawan dan sampai kepada Origi yang tak dikawal. Mudah sekali Origi menanduk kedalam gawang dan stadium kembali gamat dengan Liverpool kembali didepan setelah ketinggalan awal.

Ramai yang tak puashati dengan Klopp sebab dia rehatkan Coutinho dan masukkan Matip seawal 60 minit perlawanan. Tapi bagi saya itu tindakan berani mati Klopp sebab dia nak setel dengan jaringan 2-1 dan main sedikit bertahanan. Kemasukan Matip membantu cuma bagi saya bahagian tengah jadi lemau bukan kerana Coutinho tetapi Emre yang dah jadi penumpang bas dalam separuh kedua ini. Cedera mungkin tetapi Klopp patut keluarkan Emre untuk masukkan sorang pemain tengah yang lebih cergas.

Bournemouth walaupun pelawat tetapi dengan corak Liverpool yang dah taknak serang mereka naik kepala. Hasilnya dari lontaran bola pemain berjaya kekuarkan bola tetapi kantoi balik kepada pemain lawan diluar kotak. Hantaran pantas Daniel mencari King dan akibat keadaan kelamkabut Klavan macam pening mabuk todi tercari2 bola dan King dengan selamba untuk merembat gol penyamaan Bournemouth. Segalanya agak terlambat buat Liverpool nak buat kebangkitan semula.

Walaupun tak tewas namun satu benda yang rasanya tak seronok pasal perlawanan ni ialah pasukan lawan yang bakal kita layan nanti pasti akan tiru cara main Bournemouth. Klopp kena ambil iktibar sebaik mungkin bukan sekadar mengaku kesilapan. Nasib baik Man City bungkus dengan Chelsea, ada lagi peluang nak bernafas. Cuma harap Arsenal dan Menyu kantoi beberapa perlawanan sebab mereka juga ada peluang saksama untuk rampas posisi ke 4 jika pasukan kita buat hal.





Apr 4, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN BOURNEMOUTH

Seram juga bila dapat berita Mane bakal hilang upaya bermain hingga hujung musim. Keputusan imbasan negatif. Jadi kita berharap tanpa Mane disisi pasukan tabah hadapi 8 perlawanan yang penuh azab sengsara. Kesengsaraan bermula dengan Bournemouth khamis ni , pasukan yang menibai kita sebelum ni. Pasukan ni dikategorikan pasukan bertahan dan menyerang hendap.

Paling bahaya ancaman" The Cherries" mereka punyai pemain yang pantas dan agresif untuk membuli pemain tengah macam pernah lalui di Dean Court pusingan awal haritu. Jadi tak hairan jika Lucas kena main kat situ berbanding Emre. Saya suka Tren-Arnold main kotak ke kotak tetapi beliau belum bersedia dengan suasana permainan penuh tekanan camni. Jadi Emre pilihan utama bersama Gigi.

Mignolet
Cylne Matip Lovren Milner
Emre Lucas Gigi
Firmino Coutinho
Origi

Bournemouth masih belum selesa sebab berpisah hanya beberapa mata dengan pasukan bawahan. Ketidakselesaan ini memang bahaya sebab mereka akan main lebih pulun dari biasa. Macam kita mungkin main sebab tak mahu cicir dari kelompok Liga Juara-Juara macam lari trek 100 meter. Tapi Bournemouth macam larik kena kejar anjing kurap, kalau kantoi cukup bahaya bagi mereka. Sebab itu pasukan kita pun kena sama2 lari pecut kat trek setanding The Cherries.

Abam rasa Liverpool tak perlu main cantik untuk perlawanan ni. Cukup main macam lawan Burnley, hodoh, buruk tetapi sampai matlamat 3 mata. Penting sekali mantapkan unit pertahanan dan awasi taktik lawan yang akan pergunakan segala keupayaan fizikal dan setpis. Tanpa Mane harap Coutinho kembali menyerlah dan Origi dapatkan kembali sentuhan gol beliau. Jika Sturridge berada di bangku simpanan itu opsyen terbaik untuk kita dapatkan gol dihujung permainan.

Apr 2, 2017

LIGA PERDANA : LIVERPOOL 3-1 EVERTON


Koeman rasanya cuba main akal. Dia letakkan beberapa pemain muda hingusan dalam kesebelasan. Tak sensitif langsung pasal perlawanan kejiranan. Dia rasa perlu main agresif dan robes untuk dapat keputusan di Anfield. Bila wartawan tanya pasal perlawanan ni, dengan bongkak cakap, Koeman ialah Koeman, tak sama macam Martinez bhai. Dia rasa dengan beberapa perlawanan tak terkalah sejak beberapa minggu, pasukannya dah cukup besar dan kebal nak rempuh Liverpool di kubu Anfield. Kalau dengar pasti gerun. Apataknya Klopp pernah cakap, dia pun tak berani dengan Koeman, kalau Koeman si kereta kebal Belanda main atas padang 20 tahun lepas. Tapi kalau diluar padang lejen mana pun setakat boleh sembang.

Mungkin dari segi perspektif lain. Orang cakap buat perkara diluar kotak, idea Koeman memang tak koman. Pemain muda punyai sifat agresif tetapi gelojoh. Bergantung bagaimana juga sifat jurulatih juga. Kalau jurulatih juga tak mampu nak bentuk pemain maka hasil yang berlaku diluar kawal. Sebab perkara camni pernah berlaku kat diri abam masa muda-muda dahulu. Acah-cah perlawanan kejiranan juga tapi perlawanan hanya bertaraf persahabatan sempena Hari Belia 4B, antara pasukan otai dengan pasukan remaja kampung. Pasukan otai memang hebat kemain, fizikal dan mental terbaik sebab mereka memang dok main bola petang-petang.

Kami pasukan Rakan Muda, paling tua abam 18 tahun masa tu dan paling muda 15 tahun, budak PMR. Jurulatih cikgu sekolah mana ntah dah lupa .Dia bagitahu kat kami main dengan otai jangan main kalut dan tapi tenang. Biar depa kawal permainan ala Liverpool (dia tak cakap Liverpool, abam tambah saja). Yang penting bila dapat bola, tolak kedepan cepat-cepat dan bila ada membe dikedudukan terbaik, bagi bola dan gol atau tak itu kemudian cerita. Korang mungkin cakap abam lebong, tapi hakikatnya perlawanan tu berakhir dengan kami geng belia belasah otai, 4-1. Korang jangan tak percaya yang abam berjaya hatrik pada perlawanan tu dengan berbekal but Nike Tiempo.

Jangan hilang fokus dan teruja dengan cerita abam kembali kepada tajuk asal. Permainan kejiranan sejak zaman berzaman memang penuh kontroversi dan kekasaran, tumpah darah  bagai. Tak kisahlah kat kampung kita atau kat Liverpool sekalipun. Cuma sejak kebelakangan ni Everton memang tak mampu nak buat kejutan sangat seperti zaman Moyes. Zaman Moyes saya salut kerana Everton cukup disiplin dalam taktikal. Saya ingat paling bahaya jika ada Tim Cahill dan Adny Johnson, sebab mereka memang main agresif dari atas dan sondol bek kita gila babi sampai bolos gol. Sejak itu tak dengar lagi suara sumbang peminat Everton ejek Liverpool sebab mereka kembali menjadi ratahan bagi Liverpool.

Sebelum sepak mula, seluruh hadirin-hadirat kat stadium berikan penghormatan buat Arwah Ronnie Moran yang meninggal 22 Mac lepas. Lejenda Liverpool yang istiqamah dan walaq dengan Liverpool hingga ke akhir hayat. Nak cerita pasal Atok Ronnie mungkin dalam keluaran akan datang. Liverpool bermain dengan  formasi klasik 4-3-3 bagi Klopp dan formasi ujian 3-4-2-1 bagi Koeman. Pihak tuan rumah main 3 penyerang dan pelawat main 3 pertahanan. Itu pembayang yang Everton akan main bertahan dulu kemudian serang, manakala pasukan kita cam biasa, "Tora-Tora-Tora", serang-serang dan serang. Walaupun pada hakikatnya tak sehebat kapal terbang kombat Japan Zero, namun ianya efektif sekali serang lebur kubu Everton cam Pearl Harbour.

Kenapa saya cakap begitu sebab keseluruhan perangkaan perlawanan, Liverpool hanya buat tak lebih dari 10 percubaan. Itupun bukan peluang terbaik, banyak yang kelaut antara sepuluh2 tu. Percubaan awal memang kelaut tetapi dalam 10 minit perlawanan Liverpool menjamu pelawat dengan aksi Mane yang membuahkan gol. Hasil lorongan Matip kepada Mane, Mane mengekalkan kesimbangan ala gimnas dan mengelak bentesan pemain lawan sambil melarikan bola. Opsyen hantaran kepada Firmino dan Mane meneruskan larian ketengah. Firmino kembalikan bola kepada Mane dan anak Pak Imam tu berjaya mengelak bentesan lawan dan dibantu Coutinho yang buat larian menarik bek Everton dan Mane dengan sekali rembat menewaskan goli Everton. Liverpool 1-0 Everton.

Everton bukan jenis duduk diam. Menjawab juga dengan perolehan gol penyamaan. Itulah penyakit lama Liverpool masih ada saki baki. Bila lawan dapat sepakan penjuru,  abam sendiri kemain gusar sebab tahu, bahaya boleh datang dari situ. Bukan nak minta gol, tetapi sangkaan buruk menjadi mimpi ngeri. Macam kat drama, kalau mak pegang cawan jatuh, anak nak eksiden la nanti. Masin mulut, bila sepakan sudut diambil, kedudukan susunan pemain kita banyak memudahkan kerja buat lawan untuk buat gol. Tandukan Jagielka tak dicelen, Williams hanya dicabar Lovren dan bila bola kantoi, dengan mudah Pennigton, tak pening kepala merembat masuk gol penyamaan. Liverpool 1-1 Everton.

 Keseronokan peminat Everton, malah peminat Man City, Arsenal dan juga Setan Merah tak kekal lama. Selang beberapa minit Liverpool kembali didepan. Coutinho yang beberapa mingggu lepas main bebal dah jadi hero kembali. Mungkin dia kembali dari bermain dengan skuad Brazil dengan keazaman baru. Kita tak tahu apakah keserabutan telah hilang setelah bersama Neymar tetapi yang penting Coutinho kembali dengan sentuhan keramat. Tren gol kali ni sama macam Mane, menerima gol dari tengah dan melarikan bola dengan gaya samba, masuk kedalam kotak penalti dan melakuakn sepakan lencong yang menewaskan Robles sekali lagi. Liverpool mendahului 2-1. Makin meleleh terliur Barcelona dengan aksi Coutinho.

Everton macam kena isim dan main kasar tak ingat dunia sejurus itu . Barkely terlepas hukuman akibat menerjah Lovren. Tetapi menyedihkan ialah Mane, cedera akibat bentesan Baines. Melipat kaki kena terjah. Walaupun ianya nampak macam tak disengajakan dari pandangan pengadilan. Namun korang yang biasa main bek tahulah camna nak main suci dalam debu, main kasar tapi bersih. Abam pernah main cenggitu, tetapi kena pasikan bola kita dapat 100 peratus dahulu dan selebihnya rodoklah kaki lawan seadanya. Kalau lawan baik hati, keluar padang salam 0-0. Tapi kalau jenis pembaran, kalau tak dapat dalam padang, kat luar makan kaki. Jadi jangan main camtu abam pesan.

Mane tak dapat teruskan permainan. Kecederaan nampak tak berapa teruk, tapi atas faktor Mane baru balik dari perlawanan antarabngsa, Klopp keluarkan dan menggantikan dengan Raja "SuperSub", Divock Origi. Origi yang cergas dibawa masuk menggantikan Mane bermain ditengah dan Firmno ambil posisi Mane. Tak sampai pecah peluh, Origi menunjukkan sentuhannya. Hantaran Everton dipatahkan oleh Milner dan bola dirampas Coutinho. Dengan larian samba yang cukup mengelirukan lawan, dia melorongkan kepada Origi yang membuka ruang ditengah. Dengan ruang terdedah Origi merembat padu dan sekali Robles kecundang. Liverpool 3-1 Everton.

Sejurus gol Origi, Liverpool bermain untuk cari gol lagi namun Robles nampak lain macam menyelamatkan beberapa percubaan. Tetapi bagi Everton mereka main untuk bagi pemain Liverpool cedera. Sasaran seterusnya ialah Emre yang di terjah Williams ketika perebutan 50-50. Mungkin pengadil sedikit terlindung, kalau tak kad merah yang dinanti-nantikan dalam perlawanan kejiranan bakal muncul. Saya terkilan sebab Klopp simpan Emre tak ganti dengan Grujic. Namun kemasukan Trent-Arnold memang sesuai walaupun dia diberi peranan lebih menyerang dan tak menghampakan.

Cuma satu perkara lagi yang saya salut Klopp ialah dia berjaya diamkan pengkritik Lucas, sebab Lucas main dengan begitu baik sebab dia paling otai sebab dah harungi 10 perlawanan kejiranan. Lupa nak bagitahu yang abam tak nampak Lukakku wujud dalam perlawanan sebab Lovren simpan pemain tu dalam kocek beliau sepanjang perlawanan. Perjalanan tak jauh lagi 8 perlawanan dan harapnya tak tercicir dengan lawan yang lebih bawah. Tumpuan kepada mata maksimum selepas ni, namun harap saingan kita keciciran mata terutamanya perlawanan City lawan Arsenal nanti.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails