Showing posts with label Newcastle. Show all posts
Showing posts with label Newcastle. Show all posts

Nov 5, 2012

LIVERPOOL 1-1 NEWCASTLE

Newcastle terselamat malam ini atas dua perkara. Pertamanya penyerang Liverpool main agak lewa. Pemain pertahanan masih belum lega dari penyakit lama. Permainan Newcastle memang macam taik dan saya terkejut kerana mereka masih boleh sumbat gol padahal penyerang mereka macam tiada langsung. Cuma Pardew nampak bijak dengan bermain secara serang balas dan gol terhasil. Tapi bila mereka mula nak main terbuka akibatnya mereka pula yang bolos.

Pasukan kita main cemerlang dari segi membolot penguasaan bola. Cuma gerakan berbahaya kadang-kadang jadi kantoi kerana ketamakan dan juga lambat buat keputusan. Sahin tenggelam namun patutnya beliau digantikan dengan Shelvey dan kekalkan Suso dibahagian sayap. Kemasukan Shlevey macam bawa tuah kerana sejurus dia masuk gol terhasil. Kadang heran juga kita main bola lantai selalu tapi gol terhasil dari hantaran bola tinggi. Nampaknya Brendan melonggarkan sedikit taktik dan memberikan pemain bebas membuat keputusan untuk menguntungkan pasukan.

10 gol dari 15 penampilan. Adakah sesuatu statistik terburuk bagi seorang penyerang yang tak berapa ada deria pemusnah. Kita dah macam terlalu mengharap Suarez nak cipta sesuatu. Tapi bila dia dah buat apa yang termampu pemain lain pula yang buntu. Kesefahaman dalam pasukan dah macam tak wuujud bila ada serangan. Kemampuan pemain muda macam Sterling dan Suso masih ditahap sederhana, main bergaya tapi masih kurang idea untuk membuat gerakan maut. Jadi harapnya Suarez tak cedera sehingga Januari.

Dalam pada itu, Kapten kita Gerrard telah menjadi antara 10 pemain terotai dalam 600 penampilan bersama Liverpool. Dan bagi saya dia adalah ikon Liverpool untuk zaman millinium. Kalaulah dia beranak awal masa McManaman dan Fowler tengah mengganas, saya rasa lagi awal kebangkitan Liverpool bukannya tunggu 2001/2 baru nak memang macam-macam Piala. Selain corak permainan, dia ada aura yang kadang-kadang boleh dikatakan ada magik. Nak cari macam beliau memang susah tapi saya harap Shelvey dapat dibentuk menjadi seperti mana Gerard. 

Nov 3, 2012

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE

Perlawanan pertama Bulan November setelah tragedi Oktober berlalu. Newcastle adalah pasukan mantap dengan pemain serangan yang menyengat. Kagum bukan dengan persembahan mereka tapi bagaimana geng pencarian bakat mereka boleh kesan pemain murah tapi mabeles macam Cabaye, Tiote, Ben Arfa, Ba dan Cisse. Cuma bahagian pertahanan mereka agak tak berapa cun, namun Krul nampak sunngguh osem lagi mantop 2 musim berturut turut. Mamat ni dah nak jadi goli no wahid Belanda. Tak caya tengok la nanti.

Pasukan kita macam biasa masih lagi pasang surut. Yang muda pengalaman kurang dan yang tua angin dah kurang. Gabungan mereka ini kadang-kadang bagi kejutan jika lawan ikut rentak kita. Tapi bagi pasukan yang agresif dan mempunyai pengalaman macam Everton kita gugup. Nasib baik Brendan ada juga Plan B dia. Kalau pasai A saja sampai habis boleh makan diri dengan taktik sebegitu. 4-3-3 mudah dikuntau oleh pasukan yang suka main bahagian sayap. Tambahan pula pasukan kita pemain tengah tak agresif kerana kereta Kebal Brazil masuk bengkel.

Bukan saya nak cakap bukan-bukan. Brendan sekarang memang tengah gelabah. Dia tak mampu nak kawal semua benda. Tapi satu perkara kalau dia mampu buat ialah bagi motivasi kepada pemain dengan meletakkan pemain yang betul-betul mahu main dalam kesebelasan utama. Jasad boleh dilatih macam-macam. Lompat sana, lari sini, gelecek kon, sepak kuat-kuat. Tapi nak bagi kekuatan emosi itu benda yang perlu kerana kita tengok macamana cerita lagenda Istanbul 2005 berlaku. Sedikit ejas taktik tapi dengan kata-kata semangat meluap-luap, pemain main macam kena pukau mengamok sampai dapat Piala.

Tak beranilah kata pasukan kita bagus atau Newcastle boleh buat kejutan. Tapi dalam bolasepak bola itu bulat dan apa-apa sahaja boleh terjadi dalam 90 minit. Sekarang ni tak kira tuan rumah atau pelawat, siapa yang pandai ambil peluang dia bakal pulang gumbira. Namun dek kerana prestasi kita berbdanding Newcastle saya rasa nak menang boleh tapi setipis kulit bawang. Tapi dengan syarat pengadil dan penjaga garisan jangan dok pergi Kelabing plak malam sebelum perlawanan. Takut nanti ada gol tak kira macam lepas-lepas sebab tak cukup tidur . 

Mar 30, 2012

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE


Bertandang ke St James merupakan tugasan sukar pasukan kita untuk mengutip mata penuh yang mana banyak keciciran sebelum ini. Banyak yang perlu dilakukan oleh Kenny dan para pemain untuk mencapai tahap yang ditunjukkan seperti di Anfield sebelum ini. Kemenangan 3-1 keatas mereka di awal musim tak boleh diambil kira. Prestasi terkini sedikit membimbangkan kerana ketandusan penyudah membuatkan pasukan kita sedang dalam keadaan tertekan untuk menapak tangga Liga. Ditambah pula persembahan yo-yo unit pertahanan kita yang suka bolos disaat akhir.

Saya tak nampak keputusan memihak kepada kita jika masih setia dengan beberapa pemain liabiliti yang hanya memenuhkan kesebelasan utama. Tindakan drastik mengolah pertahanan disamping mengetengahkan pemain muda perlu dilakukan kerana itu saja jalan yang ada. Harapan masih ada untuk menang kerana Liverpool masih berbisa cuma tiada bernasib baik kebelakangan ini. Kalau menang, seri atau kalah sekalipun , saya harap berikan tentangan sengit sebelum wisel penamat ditiupkan.

Dec 31, 2011

LIVERPOOL 3-1 NEWCASTLE


Sebelum ini benda percuma memang macam hampeh. Tapi tidak bagi Bellamy. Kebagusan beliau masih tak luntur walaupun telah dibuang bagai kain buruk oleh Mancini. Kenny bagai dapat rezeki terpijak musim ini. Apalagi mahu dengan pemain berpengalaman yang sanggup bersabar dibangku simpanan dan beri yang terbaik dikala diberi peluang. Ini contoh pemain yang harus diikiuti oleh pemain muda Liverpool kalau mahu berjaya hingga hujung usia. Gol Bellamy pagi tadi memang terbaik dan yang paling saya suka adalah gol kedua beliau yang membuatkan bek dan goli Newcastle hilang punca.

 Walaupun diberi 30 minit penampilan, kemasukan Gerrard telah memukau sekalian peminat di Anfield dan di depan TV serta PC. Saya dah tulis dalam entri sebelum perlawanan yang kapten kita itu memang akan bawa badi kepada Newcastle punya. Tepat sangkaan saya, gol peribadi beliau dan ketiga Liverpool macam gerakan beliau muda-muda dulu, main satu dua dan meluru kedalam kotak dan rembat leret hingga goli Newcastle ternganga. Lagi satu yang saya amat rasakan yang kapten kita itu juga tahu macamana nak bagi bola cantik kepada Carroll. Cuma Carroll saja tak bernasib baik dihalang oleh bek lawan. Tapi Carroll juga nyaris menjaringkan gol bilamana beliau mengambil-alih tugas Suarez menembak palang. Nampak gayanya Carroll dah makin dapat rentak dan perlu kerja keras sikit lagi.

Cuma saya tak puashati dengan dua insiden yang nampak sangat pengadil macam siyal. Pertama Cabaye patut dapat kad mereka kerana memijak Spearing. Yang itu mungkin pengadil tak berapa nak jelas, tapi insiden Bellamy disiku Collocini sampai berdarah muka dan terpaksa direhatkan nampak sangat pengadil apa ntah nama memang macam nak bagi peluang kat Newcastle. Apapun nasib baik pasukan kita menang, kalau tak mesti ramai yang akan kutuk pengadil kayu itu. Harap momentum kemenangan dapat diteruskan selepas ini. Lawan Man City pula lepas ini. Tapi apa nak heran, kita buang mata dengan pasukan ceroi, tapi dengan pasukan atas kita pancung habis. Tunggu dan lihat kalau tak percaya.

 

Dec 30, 2011

LIVERPOOL LAWAN NEWCASTLE



















Boleh dikatakan entri ini entri terakhir di Malaysia. Jadi sempat juga melayan perlawanan dengan Newcastle sebelum bertandang ke Saigon City atas urusan kerja. Nasib baik hotel penginapan yang ditempah oleh Syarikat bertaraf 4 bintang dengan capaian internet. Boleh layan perlawanan selepas ini dalam talian dan merapu tentang perkembangan Liverpool terutamanya perbincangan tentang perpindahan yang bakal dibuka Januari ini.

Berbalik kepada tajuk asal mengenai perlawanan dengan pasukan berjalur hitam putih dengan gelaran burung apa... Burung Murai. Ya si Murai ini bukan sebarang Murai mereka tanpa diduga beri kejutan dengan berada dalam lingkungan 4 terbaik sehingga trajedi Oktober meragut kedudukan mereka dan ditinas kemabli oleh 3 pasukan lain dan kini mereka bada hanya satu mata dibelakang pasukan kita. Penjualan pemain hebat seperti Carroll dan Enrigue serta Barton yang menjadi tulang belakang Si Murai tak nampak macam beri kudis tetapi mereka dah ada pengganti dengan kemasukan Demba Ba, Ryan Taylor dan Cabaye mengantikan trio yang belot.

Perlawanan ini jadi macam Carroll lawan Newscatle kerana fokus terlalu ditumpukan kepada bekas wira Si Murai ini. Mampus la Carroll untuk hadapi peminat Newcastle lagi dan harapan menggunung peminat LIverpool lagi. Apa taknya Suarez sebagai penggerak utama kita dan kena gantung untuk perlawanan ini, nak harap siapa lagi kalau tak pemain termahal ini. Mahu tak mahu Carroll kena cari jalan untuk bersedia jika mahu menjadi pemain Liverpool kalau tak, penyerang baru yang sedang dipantau pasti kan dibawa masuk dan peluang Carroll lepas ini pasti terbatas. Kuda tua macam Bellamy mesti tersenyum girang kerana dia nampak lebih efektif dari pemain ekor kuda itu.

Tapi jangan dilupa. Kembalinya Kapten Gerrard macam kembalinya kekuatan Liverpool yang hilang selama ini. Walaupun amat karat dan masih belum cargas sepenuhnya, namun kelibat beliau dalam perlawanan terdahulu amat dinantikan. Macam watak Ultraman yang ditunggu dikala Raksasa mengganas. Lagi satu menurut OPTA pemain ini sangat suka buat pasukan Si Murai sakit hati kerana dia amat tuntas menjaringkan gol untuk membenam Newscatle. Jadi senjata rahsia yang tak rahsia ialah Kapten Gerrard dan saya harap tugas Suarez selama ini dapat digantikan oleh Kapten kita itu dengan sukses sekali.

Kesebelasan utama tak dipastikan lagi, tapi saya pasti Carroll dan Gerrard akan jadi seleksi automatik. Namun yang penting ialah pemain serangan harus mengekplotasi benteng Newcastle yang dibelenggu kecederaan. Tapi awas, goli mereka amat hebat dan setakat boleh biasa-biasa jangan harap boleh masuk. Oleh itu saya tak harap Liverpool boleh makan Si Murai dengan mudah. Jika goli mereka dapat ditumpaskan maka gol-gol akan berciciran, tapi jika beliau jadi isim macam goli Blackburn minggu lepas, gigit jari pasukan kita.




May 2, 2011

LIVERPOOL 3-0 NEWCASTLE



Melonjak ke tempat ke-5 dengan kemenangan 3-0 keatas Newcastle. Gol Maxi defleksi, penalti Kuyt dan Suarez adalah bayaran tunai setelah tewas kepada Newcastle di St James sebelum ini. Antara kupasan ringkas prestasi pemain seperti dibawah.

- Kami masih belum puas dengan Suarez. Setiap adegan yang Suarez lakukan pasti akan mendatangkan gol atau merupakan lahanat buat pertahanan lawan. Gareth Bale pemain terbaik EPL, cittt Poraaaahhhhhh.... Suarez 100 kali terbaek.

- Maxi memang membuatkan peminat semakin sayang kepada beliau. Awat awal musim tak main camni. Namun musim depan dia mesti disimpan sebagai untuk menguatkan pasukan walaupun C.Ronaldo dibawa masuk.

- Kuyt memang tak payah cerita, gol penalti beliau bersahaja. Namun keseluruhan dialah abang long yang sentiasa bekerja keras untuk adik-adik.

- Gandingan Lucas dan Spearing seperti sebelum ini, mantap, rajin dan dedikasi. Pening kepala Kenny atau sesiapa sahaja pengurus untuk ubah kombinasi ini musim depan hatta Gerrard kembali pulih.

- Flanagan kejap main kiri kejap main kanan, tapi dimana sahaja beliau bermain yang terbek tetap terbaek dalam permainan pemain ini.

- Johnson antara yang menonjol namun beliau acapkali terpaksa bertahan kerana terpaksa menjaga Jonas yang terlalu licik. Pujian untuk beliau walaupun terpaksa main dengan kaki yang krem disaat akhir perlawanan.

- Reina juga adalah penyumbang gol. Skali tendang bola sampai kat tempat Suarez. Dia mesti diberikan kontrak baru kerana dialah antara faktor kebangkitan pasukan kita.

- Gandingan bek tengah tak banyak diuji oleh Ameobi dan Lonvekrands. Masuk kocek sahaja mereka berdua ditangan Kapten Carragher dan Skrtel. Walaupun begitu seorang lagi pemain pertahanan bagus perlu juga dibeli untuk tambah bisa diposisi itu.

Fakta era sebelum dan selepas Kenny Dalglish.



Untuk sesiapa yang terlepas perlawanan, sila lihat ulangtayang dalam klip dibawah.


szólj hozzá: Liverpool - Newcastle 3:0

May 3, 2009

Edisi Risik: Liverpool lwn Newcastle



Berita gembira kembalinya Steven Gerrard diganti pula dengan kecederaan peha Fernando Torres. Walaupun tidak dipastikan Rafa akan merehatkan terus Torres dalam perlawanan malam ini tetapi khidmatnya amat diperlukan. Dengan Man U terus menggunguli tahkta dengan 6 mata, pastinya tiada ruang untuk kita tercicir mata. Buat kali terakhir hanya perlawanan ini bakal menentukan peluang kita untuk mengejar Man U. Walaupun setipis kulit bawang tapi harapan masih ada.

Alan Shearer dikatakan bakal menggunakan formasi 4-5-1 dengan menyendatkan bahagian tengah. Pastinya Viduka akan digunakan sebagai penyerang solo dan dibantu oleh Alan Smith sebagai pembantunya. Pemain lain sperti Butt dan Barton mungkin digunakan dibahgian tengah. Duff dan Gutierez akan memberikan seranagn dibahagian sayap. Barisan pertahaan pasti tidak berubah dengan gandingan Beye-Collocibi-Bassong-Edgar.
Harper yang telah pernah dicip Alonso, akan bermain digawang.

Diatas kertas skuad Murai nampak kaku dan boleh diratah. Tetapi saya tidak mengharapkan permain selesa seperti di St James park tempohari. Dengan komen Sherear yang mereka akan melakukan apa saja untuk menyekat bahagian serangan kita bermakna corak mereka akan lebih defensif dan keras. Tetapi apa yang merbahaya ialah kuda-tua mereka iaitu Viduka yang amat berbahaya ketika setpis, itu yang patut dijaga. Yang lain tiada masalah kerana skuad kita masih mempunyai kekuatan walaupun Torres tiada dalam kesebelasan utama.

May 1, 2009

Kartun Minggu ini

Toontanic sudah semakin ingin karam. Ini mungkin adalah sumpahan Sir Booby Robson.

Apr 30, 2009

Ulangan: Newcastle 1-5 Liverpool

Menjelang pertembungan timbal-balas di Anfield ahad ini, Apakat kita tonton semula amukan Si Merah di St James Park.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails