Mar 29, 2019

LIGA PERDANA : LIVERPOOL LAWAN SPURS


Liverpool lawan Tottenham Hotspurs

11:30pm (Waktu 🇲🇾)
31 Mac 2019 (Ahad)
Stadium: Anfield
Siaran Langsung: Astro 816/834


Cukup bosan tunggu habis perlawanan antarabangsa. Nasib baik terselit juga perlawanan lagenda , Geng Gerrard lawan Geng Pirlo. Perlawanan amal antara lejen Liverpool dan Ac Milan sangat menarik. Jujur cakap perlawanan tu Abam Long Gerrard punya. Sebijik macam lawan Lejen Madrid tahun lepas. Punya menonjol Gerrard punya aura hingga yang kita nampak macam dia saja atas padang.

Tapi yang tak menyeronokkan diorang pergi selit Owen sebagai lejen Liverpool. Bukan marah sebab dia main tak bagus masa lawan Milan tapi dia dah dianggap musuh sebahagian peminat sebab sanggup sarung jersi Syaiton Merah. Kita tahu dia ada jasa banyak zaman trebel 2001, tapi kalau dia sedar dia nak jadi lejen Liverpool takkan dia tak tahu permusuhan antara dua kelab.

Alisson
Trent Matip Vvd Robbo
Hendo Fab Gini
Salah Firmino Mane

Aksi mendebarkan untuk persaingan liga minggu ni sebab lawan pasukan boleh tahan hebat. Spurs punyai pasukan setaraf kita. Pengurus juga terbaik dan licik. Cuma beza ialah mereka punyai bahagian tengah kreatif yang menyalurkan peluang gol tetapi juga menyumbat gol. Kalau Klopp sanggup nak buang duit banyak beli pemain tengah abam syorkan gi rembat Eriksen dari Spurs. Bukan takat kreatif dia tak lembik macam Coutinho dan boleh main corak agresif.

Man City dok tunggu dan sokong Spurs. Mereka harap Spurs mampu tolong sekat kita. Sebab tak banyak kelab yang mampu halang kita kalau ikut percaturan atas kertas. Malah Spurs juga ada misi nak selesa ditangga ke 3. Spurs akan gunakan Kane untuk robek pertahanan dibantu Alli dan Son. Cuma kalini takda Lovren untuk jadi lubuk. Risau juga dengan Matip sebab dah nampak kian turun skit prestasi selepas lawan Bayern.

Mane plak kian mengganas bila Salah dalam kegersangan. Itu adat la bila main 3 penyerang. Musim lepas masa Salah naik dan Mane nampak hambar sikit. Korang yang perasan mesti tahu sebab apa Salah jadi teruk sikit. Dia memang tamak macam musim lepas tetapi musim ni ramai bek dah tahu camna dia main. Diorang akan tunggu Salah nak rembat kaki kiri baru diorang blok. Sebab kaki kanan dia mampos diorang akan biar sampai dia ubah kaki.

Abam tak harap menang besar walaupun kat Anfield. Menang sebiji pun dah kira ok cuma kena elak main terbuka sangat dengan Spurs. Diorang pun takkan berani nak main terbuka juga tetapi jika kita dok main ralit serangan balas mereka boleh tahan. Lagi satu bola setpis kena hati2 sebab bukan sahaja Eriksen sebagai pembekal bola saja boleh kasi bola cun, Spurs juga berbahaya punya penanduk2 mantap. Lagi satu takut diorang kerumun Alisson macam Burnley buat memang kes naya.

Mar 16, 2019

LIGA PERDANA: FULHAM LAWAN LIVERPOOL


Fulham vs Liverpool

10:15pm (Waktu 🇲🇾)
17 Mac 2019 (Ahad)
Stadium: Craven Cottage
Siaran Langsung: Astro 810/831

Bila tahu lawan kita suku akhir UCL, Porto ramai peminat sengih macam kerang busuk. Korang mesti teringat kenduri besar 5-0 kat Anfield. Abam pun sama, namun biar kita rendah diri jangan rendah akhlak macam Peminat Menyu yang bajet optimis padahal dalam gerimis bila tahu ketemu Barca. Klopp beri amaran awal, Porto atau sesiapa sahaja yang layak ke Suku Akhir bukan lawan cap ayam lagi. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan. Salah satu kelemahan kita ialah tanpa bek kiri Robertson. Harap pengganti bukan Moreno. Kalau tak letak Milner, letak Origi kat situ lagi abam sanggup.

Penting bagi pemain fokus liga, walaupun tentangan kali ni ialah pasukan lauk kenduri, Fulham. Pasukan yang sedang bergelut kelembah penyingkiran amat bahaya. Ada pengulas cakap macam Singa yang cedera. Mereka mungkin sedang menggelupur nak mampos. Tetapi jika dok buat sarkas depan singa tu, boleh mendapat juga kot. Kemenangan kita perlu untuk bakal beri tekanan kat Mak Siti nanti. Sebab mereka tak lawan dalam minggu ni dan kena tunggu lepas perlawanan antarabangsa

Klopp mungkin akan cuba buat penggiliran pemain, namun bagi abam risiko juga jika letak pemain kurang cergas. Pemain macam Lallana dan Shaq mungkin boleh kasi peluang, tetapi barisan depan kena kekal tambahan plak khas buat Mat Salah. Sebab lawan camni mungkin akan jadi kebangkitan gol untuk belliau. Kemarau teruk sangat dah Mat Salah ni. Untuk rekod dia dah dekat 8 perlawanan tanpa gol. Tak kata kedia lah, dulu ramai tak tahu penangan beliau yang hebat. Sekarang ramai dah fokus kat Salah dan sebab tu Mane dan Firmino plak terlepas pandang.

Alisson
Trent Matip Van Robbo
Lana Fab Gini
Salah Firmino Mane


Fulham sekarang bukan lagi di era Acik Ranieri. Pak Cik tu dah berambus balik kampung kat Itali dan dapat rezeki terpijak boleh urus AS Roma. Sekarang Fulham dikawal selia oleh lejen mereka Scott Parker. Korang baru tengok bola zaman Suarez-Coutinho mana tahu siapa Scott Parker. Mamat ni antara pemain tengah terbaik EPL zaman hujung 90an masa main kat Charlton. Liverpool nak beli mamat ni tetapi Chelsea kacau daun. Tetapi kalau mamat ni datang rasanya kita mungkin takkan tengok kedatangan Alonso. Malah Benitez nak cuba sekali lagi lepas jual Alonso ke Real, tapi kena rejek. Tapi paling malang Atuk Roy Hodgson kena rejek dengan Parker dan terpaksa beli Poulsen.

Bukan abam nak perbesar-besarkan Parker tetapi beliau antara pemain Inggeris terbaik yang tersalah pilih kelab. Mungkin sebab lahir kat London dia banyak pilih kelab London seperti Chelsea, West Ham dan Spurs. Kat Newcastle dia ada main tetapi tak lama mungkin rindu ayam itik kampung halaman kat London.  Sebab itu bila abam tahu dia tetiba ganti Ranieri, abam harap dia boleh bentuk pasukan Fulham menjadi pasukan terbaik walaupun mereka turun liga nanti. Abam harap yang terbaik untuk Parker dan harap kita jangan buat leceh nak main2 dengan pengurus baru yang mungkin idea nak kekang kita di Craven Cottage.

Mar 13, 2019

LIGA JUARA-JUARA: BAYERN LAWAN LIVERPOOL



Liga Juara-Juara Eropah
Bayern Munich vs Liverpool (agg 0-0)
4:00am (Waktu 🇲🇾)
14 Mac 2019 (Khamis)
Stadium: Allianz Arena
Siaran Langsung: Astro 841


Trimas Bro Awang yang sudi bekap tulis blog. Kalau tak bersawanglah orang dok tunggu khabar berita. Dah dekat 2 minggu berehat tulis blog. Tapi baca karangan awang memang lagi bagus dan kreatif dari apa yang saya tulis. Baca tak bosan sebab ada pikupline yang penuh sinikal serta fakta yang santai. Abam harap abam awang boleh gilir-gilir lepas ni sebab pembaca nak juga kelainan dan mungkin bosan asyik abam Tokey saja yang melabon.

Sebenarnya abam tengok hujung musim ni pasukan kita cukup merimaskan. Klopp ambil sikap dingin pada perpindahan januari. Ada kemungkinan dia taknak keharmonian pasukan terjejas dan anggap pasukan sedia ada dah cukup baik sesuai dengan kehendak taktikal yang dia nak. Ceritanya macam selalu kita dengar pomen moto cakap, kalau setting enjin dah power korang takyah memandai nak korek enjin bagai. Klopp takut jadi macam tikus baiki labu, dari elok jadi lagi rosak.

Dari aspek peminat kita tahu cakap saja nak itu ini. Padahal ada sesetengah sembang kencang main bola pon tak reti. Cuma kadang-kala pendapat peminat juga ada betul, nak Klopp buat yang terbaik. Namun apakan daya Klopp lagi tahu yang terbaik untuk pasukan. Dia pinjam keluar Clyne pon ada kira-kira yang terbaik untuk pasukan. Walaupun kita tengok yang ganti Arnold boleh kasi Milner dan Hendo yang memang kadang-kala main OK-Ok saja.

Alisson
Arnold Matip VanD Robbo
Fabinho Lana Gini
Salah Firmino Mane

Bila dengar Trent cedera lawan Burnley kemarin dulu. Kita dah cuak balik. Hendo atau Milner. Dan cerita pasal Clyne timbul balik. Tapi jangan risau, dengar cerita  Arnold dah sempat pulih dan berlatih dah pun sebelum berlepas ke Munich sebentar tadi. Harap Arnold cergas sebab dia mungkin kena hadap Alaba dan Coman. Sebelah kiri tak risau sebab Kimmich kena kad dan Robertson mungkin lebih santai jika Boateng ganti Kimmich.

Peluang nak keperingkat Suku Akhir masih 50-50. Kena menang atau paling cikai seri tapi dengan gol yang banyak. Bayern ada kelebihan kat tempats sendiri. Abam harap Kovac main menyerang dan terbuka sebab, kita cukup berkenan dengan pasukan yang suka buat barisan bertahan yang tinggi. Mane dan Firmino sedang pukul naik, tetapi jangan lupa gerakan Salah banyak membantu dua lagi rakan beliau dapat nama sebagai penjaring. 

Mar 10, 2019

LIVERPOOL VS BURNLEY

             
Jika dibuat perbandingan baki perlawanan antara liverpool dan man citeh, kedua2 pasukan akan bertemu 2 lawan yang sukar dimana liverpool akan bertemu spurs dan chelsea. Manakala citeh akan bertarung dengan spurs dan menyu. Berita baik bagi kita ialah kedua2 perlawanan sukar ini kita akan bermain di tempat kita. Berbeza pula dengan citeh. Spurs akan ditentang di rumah sendiri manakala menyu di tempat lawan. Mungkin disini ada sedikit sinar dalam usaha kita untuk menamatkan penantian yang terlalu lama sehinggakan berjanggut siku. Jujur saya katakan lebih baik kita berada di bawah dan potong last corner dari kita duduk gayat terlampau lama diatas sebab mungkin lumrah manusia apabila terlalu selesa, semua perkara dianggap mudah. Tetapi bila kita dalam keadaan tertekan, semua perkara mustahil dianggap cibey@senang.

Bermula dari malam ini, diharapkan pasukan kita dapat mengumpul mata penuh dan jika boleh dalam jumlah jaringan gol yang banyak. Mata pasukan kita dengan citeh tak jauh beza pun. Mungkin perbezaan jaringan yang akan menentukan juara untuk musim ini.

Tak nak membincangkan sangat pasal formasi dan pemain untuk artikel kali ini. Sebab takut apa yang diharapkan tak menjadi kenyataan. Bila kalah, semua jadi tak kena. Sampaikan pinggan mangkuk dalam sinki tak basuh pun, orang rumah kena marah. Padahal diri sendiri yang makan. Kesian orang rumah. Jadi diharapkan malam ini mata penuh dapat dituai ditempat sendiri supaya sahabat2 semua boleh mendabik dada berjalan ditempat keje sambil bersembang dalam volume yang tinggi. Hahahaha...

#masihberharap
#keeponbelieving
#thisisouryears

Mar 2, 2019

EVERTON VS LIVERPOOL


Siksa betul bila tab lenovo yang selama nie di guna kan untuk menulis artikel dah jahanam. Terpaksa lah gunakan handphone cap ayam nie. Bayangkan ibu jari tangan dah besar ibu jari kaki nak menekan button huruf yang halus. Nak pegi cc pun tak tenang nak keluarkan idea sebab nak kena tahan dengan makian budak2 sekolah main game. Kesudahan nya, ku gagahkan juga menaip dengan handphone cap ayam nie.

Saya betul2 tak ingat ada perlawanan menentang watford hari tu. Saya pun hairan bila pagi subuh tu sahabat saya menghantar WhatsApp mengatakan "terbaiklah mane". Rupa2 nya ada game. Sayang nya tak tengok. Saya mohon maaf sebab tak dapat update artikel.

Perlawanan menentang jiran tetangga kali nie mesti penuh dengan dendam kesumat dari puak biru. Perlawanan di tempat kita, mereka dimalukan dengan gol minit terakhir. Kita menarik lafas lega, mereka melepaskan  nafas geram. Saya bukan lah nak membincangkan pasal mereka. Cuma nak ambik nama individu yang menjadi hero malam itu iaitu divock origi.

Tiba2 nama origi kembali meniti di bibir peminat liverpool. Saya menonton rangkuman perlawanan tempoh hari dan agak terkejut dengan persembahan dari beliau. Biarpun bermain bukan ditempat yang sepatutnya dia main tetapi tugasan itu dilakukan dengan jaya nya. Tidak lupa juga kepada anak pak imam kita. Buat pertama kali sejak datang ke liverpool, mane menjalankan tugas sebagai penyerang tengah dengan begitu efektif. Siap boleh buat skil lagi. Kalau lah saya penjaga gol malam tu, saya dah mintak bersara awal dah. Nampak nya klopp dah boleh membayangkan susunan bahagian serangan apabila ada yang mintak cuti sakit.

Tidak lupa juga bahagian tengah kita bila diterajui oleh fabinho dengan wijnaldum. Apa lagi nak dikatakan dengan gandingan ini. Nampak nya hendo bakal memanaskan punggung di bangku simpanan dan berkemungkinan tugas pengemudi pasukan diambil alih oleh kereta kebal liverpool iaitu van dijk. Sapa yang tau kan?

Baki perlawanan kita nanti tidak lah seberat yang dijangka. Tetapi itu lah yang paling saya khuatirkan. Takut keciciran mata dengan pasukan yang kita anggap boleh makan tetapi kita pulak kena tapau. Harapan saya, setiap pemain mesti lah menganggap yang setiap perlawanan selepas ini ibarat perlawanan akhir. Berapa lama lagi nak tunggu?

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) Hillsborough Disaster (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) FacebookPages (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) IFTTT (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails