Dec 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011

HARI-HARI TERAKHIR



Benar atau tidak belakang cerita. Kaki judi telah menyenarai pendek Frank Ridjkaad sebagai pengganti Roy Hodgson. Malah diberitakan NESV akan membuat keputusan paling lewat 48 jam. Bermakna sebelum perlawanan dengan Blackburn kita bakal mendapat pengurus baru. Janngan seronok awal ini semua mungkin permainan bookie, tapi selalunya sumber mereka antara yang tepat.

Kalau ikut saya tak payah tunggu 48jam. Lepas perlawanan Wolverhampton haritu sudah boleh beri gaji terakhir untuk beliau bersama duit VSS (pampasan). Dan pengurus baru dah boleh buat kerja mencari pemain baru atau buang pemain kayu bersama Comolli. Roy Hodgson tidak perlukan simpati sesiapa, dia harus tahu dia kena bersedia bertanggungjawab dengan cabaran getir sebagai pengurus Liverpool, bukannya Blackpool.

Selain Ridjkaad, ramai pengurus yang berkaliber dan lebih hebat diluar sana menanti untuk menerima tanggungjawab besar ini. Kalaupun NESV belum mahu dapatkan pengurus baru, paling mudah ialah menjadikan Dalglish pengurus sementara. Pastinya pemain lebih bersemangat jika lagenda kita itu menerajui sementara, kerana dia disegani kawan dan lawan.

Dec 30, 2010

LIVERPOOL 0-1 WOLVERHAMPTON


Hari ini memang dalam sejarah. Sejarah memalukan musim ini berterusan. Kali ini pasukan yang kita boleh bantai senang-senang 3-4 biji pada masa lalu, telah memberikan peringatan buat kita yang pasukan kita sudah tiada taring. Paling mengejutkan pasukan kita hampir tiada peluang nak jaringkan gol padahal Torres yang ditakuti sikit masa lalu, kini masih tidak kehilangan jati diri. Mungkin sebab gandingan beliau Ngog yang memang hampir taida fungsi langsung dan saya anggap paling mengecewakan.

Kemasukan kembali Gerrard pun tiada makna. Sepatutnya jangan pecahkan gandingan Lucas Meireles, tetapi apakan daya Hodgson nampaknya tiada ambil kisah akan prestasi gandingan itu. Hairan kenapa Kuyt yang sepatutnya dikanan bermain dikiri pula. Tambah pula beganding dengan Konchesky lagilah teruk jadinya. Boleh dikatakan pasukan kita banyak bermain bola tinggi padahal kita boleh pengaruhi tempo dengan bermain lebih tenang.

Gol yang dijaringkan oleh pemain lawan adalah berpunca dari salah faham barisan pertahanan kita. Skrtel sepatutnya tidak meluru awal apabila Kargiakos telah kantoi. Akibatnya dengan mudah pemain serigala menjaringkan gol. Selepas ini kiranya Agger sudah mampu bermain apakata rehatkan saja Skrtel. Semakin tiada saingan semakin teruk bek tengah kita.

Akhir sekali segala punca keserabutan adalah ketidakupayaan pengurus untuk memberikan resepi terbaik untuk pasukan. Kalau resepi cantik sedaplah permainan, namun kalau sebaliknya inilah jadinya. Untuk itu wajarlah pihak NESv menimbangkan untuk meneruskan kepercayaan kepada orang tua itu. Kian lama kian hancur kelab dibuatnya. Segalanya memang tidak memihak kepada kita, tetapi yang lebih teruk lagi ialah sikap pengurus yang pasif dan tiada idea dan agenda membuatkan pencapaian kita paling teruk dari sebelum ini. Untuk itu tida guna lagi mengekalkan beliau dan cukuplah sengsara peminat setakat ini. Carilah calon pengurus yang lebih muda yang punyai idea segar serta lebih optimis.

Dec 27, 2010

TANGGUH LAGI

Dowh... Tangguh lagi. Berapa kali kami nak sabar ni. Dah lah lawan Fulham pun kena tunda lagi. Realitinya memang keadaan menggembirakan buat Hodgson, sebab ada peluang muhasabah diri. Tapi peminat dahagakan aksi tak kisah menang kalah seri. Tapi harus diingat kita tak tahu Rahsia Tuhan, mungkin dia tak mahu seksa kita jika keputusan bukan yang kita mahukan. Selamat Hari Natal untuk rakan beragama Kristian.

Dec 25, 2010

LIVERPOOL LAWAN BLACKPOOL



Seandainya segala berjalan lancar, segala urusan pemeriksaan padang di Blackpool mencapai tahap memuaskan kita boleh menyaksikan pertembungan dua pasukan kolam pada malam hari buka kotak. Dalam pertemuan lalu, kolam hitam telah mengejutkan kolam hati dengan 2-1. Walaupun pada mulanya saya sendiri yakin kita boleh rojakkan pelawat itu. Memang saya kagum dengan cara pengurusan Holloway serta tali leher oren beliau. Namun bagi saya sindrom naik liga mungkin yang berlaku kepada pasukan itu, seperti Hull dua musim lampau.

Kita dapat bonus apabila Kapten Gerrard pulih. Sebetulnya kalau lawan Fulham tak dibatalkan, kapten kita akan tetap dipanggil tapi kira peluang untuk dia rehat dan bersedia sepenuhnya. Pastinya Gerrard akan digandingkan bersama Torres, kalau tak pastinya Lucas akan dikorbankan jika Hodgson mahu main dua penyerang. Kehadiran Agger juga amat dinantikan. Saya dah pening tengok aksi Skrtel yang cacamerba kebelakangan ini. Tapi adakah Hodgson akan meletakkan Agger setelah pemain Denmark itu mengkritik cara Hodgson kendalikan pasukan.

Saya dengar pasukan mereka alami masalah kecederaan yang serius. Malah banyak bek utama yang cedera. Ini peluang yang harus diambil untuk menghantam lawan. Tapi penting sekali kena main menyerang bukan pasif macam selalu ketika dikubu lawan. Kalau tak ambil pengajaran maka boleh gigit jari lagi sekali. Hodgson mungkin buat macam tenang tapi dalam hati siapa tahu, calon pengganti beliau telah berada di Merseyside. Kalau tak berikan keputusan terbaik dalam minggu ini, mungkin NESV akan buat kejutan. Siapa tahu kan.

WIKILEAKS : KEISUKE HONDA



Sumber wikileaks mengenai perpindahan Liverpool Januari telah bocor. Kononnya pihak Liverpool yang diwakili oleh Comolli telah berjaya mendapatkan persetujuan air liur atau janji mulut dengan Keisuke Honda sendiri untuk membawa wira Piala Dunia Jepun itu ke Anfield. Menurut sumber lagi bayaran sekitar £12juta pound adalah nilai yang dipersetujui, cuma kata putus belum diambil oleh pihak CSKA Moskva dengan Liverpool. Dikatakan faktor yang menyebabkan Honda amat tertarik untuk ke Anfield selain dari gaji yang beriban-riban ialah beliau amat sukakan lagu Beatles. Dengan ini bermakna kalaulah jadi betul mamat jepun ini akan jadi pemain asia pertama menyarung jersi Liverpool. Harap jadi.

Dec 24, 2010

RAFA KEMBALI KE LIVERPOOL



Kembalinya Rafa ke Liverpool buat Hodgson bingung. Walaupun sekadar singgah dikediamaan beliau di Liverpool, namun terpaksa pula Hodgson buat kenyataan yang dia tak kisah dan tak hairan langsung dengan cerita panas dan khabar angin yang tersebar. Semua tahu yang Hodgson menggelabah sebab dia memang dibayangi kelibat insan hebat bernama Rafa dalam masyarakat Liverpool. Kiranya sentuhan pertama beliau dan Rafa amat tidak boleh dibandingkan. Rafa berikan malam magik istanbul 2005, walaupun tiada siapa sangka kita akan pergi sejauh itu. Tetapi bagi Hodgson pula semua boleh jangka dan bertaruh kalau nasib baik boleh main Piala Europa sekali lagi sahaja.

Namun sabar dulu, tiada jaminan yang NESV akan mengambil kembali Rafa. Namun tiada mustahil Rafa akan kembali mengemudi Liverpool. Titik tolaknya sekarang ialah sejauh mana Hodgson dapat meneruskan kerjaya beliau sebagai pengurus sebuah kelab besar yang memerlukan pengurus yang betul-betul hebat dan mantap. Kalau dulu masa Rafa di Anfield dia banyak juga buat silap tetapi dia masih dalam pembelajaran kerana berada dibumi asing dengan budaya yang asing. Tapi Hodgson lain, sepatutnya dengan usia dan pengalamannya kita harap kalau tak setara Ferguson, kira lebih kurang Redknapp pun jadilah.

Sementara Rafa masih lagi belum lagi bersuara mahu buat kerja kejurulatihan. Pastinya beliau akan dikaitkan dengan kita. Ingat lagi ayat terakhir kepada peminat. ''Liverpool ialah rumah saya dan saya akan kembali''. Ianya pasti bukan cakap kosong tetapi Rafa mesti mahu merealisasikan sumpah janji beliau itu. Kesemua insan yang menganiaya beliau di Anfield dahulu telah berambus pergi. Hick dan Gillet, Puslow serta Broughton tidak lagi berada dalam komuniti Liverpool. Jika ditakdirkan Hodgson sudah tidak diperlukan oleh NESV maka mungkin tiada calon yang paling cocok selain bekas pengurus kita itu buat masakini.

Dec 23, 2010

DILEMA JOE COLE



Kehadiran Joe Cole ke Anfield mulanya disambut baik oleh semua peminat. Sampaikan ada yang mengharapkan susuk yang pernah menyarung jersi Chelski dan West Ham ini akan memberikan impak maksimum kepada Liverpool. Tapi sayang sekali sayang, apa diharap tak mendatang, beliau tidak dapat menunjukkan keistimewaan dan bakat yang telah ditunjukkan setelah lebih 10 tahun dikancah Liga Perdana. Apa silapnya, apa yang tak kena. Misteri ini yang memeningkan kepala Hodgson musim ini. Mungkin adakaitan dengan posisi kegemaran yang diidamkan dari Gerrard. Iaitu dibelakang Torres. Namun saya nampak ketika di Chelsea dan bersama skuad England beliau jarang bermain ditengah. Sebaliknya dia akan diletakkan dibahagian sayap kiri sepanjang masa. Jadi amat mustahil dia tidak mampu bermain baik diposisi itu di Liverpool.

Bagi saya Joe Cole mesti bekerja keras seperti Maxi dan Jovanovic untuk mendapatkan semula tempat dalam kesebelasan utama. Jika tidak selamanya beliau akan menjadi penonton ditempat simpanan. Walaupun dengan alasan kecederaan membuatkan persembahan beliau merudum atau tidak seperti diharapkan. Bagi saya amatlah terlalu kecewa sebilangan peminat yang menyukai Joe Cole yang bagi mereka pemain ini setaraf dengan Gerrard dan Torres. Namun jangan risau setiap pemain ada hari malang mereka. Saya masih yakin Joe Cole yang kita lihat selama sedekad ini pasti akan muncul kembali.

Dec 21, 2010

PENGGANTI JOHNSON???



Dengar khabarnya Roy Hodgson cuba mendapatkan anak buah Rafa di San Siro yang bermain diposisi Bek Kanan. Ingatkan Maicon, rupanya seorang lagi bek kanan, yang sangat bersopan santun main kerana namanya Davide Santon. Muda lagi orangnya, tak silap baru mencecah 20 tahun. Muenurut pantauan risikan Liverpoolkita, pemain ini boleh main dikiri juga dan agak agresif dan pantas. Cuma dia rasa tak ada peluang nak main di San Siro, kerana Maicon tak jadi berpindah.

Pembayang yang Hodgson mahu singkirkan Johnson, tidaklah jelas cuma angin saja bertiup kencang. Tapi masakan tempua bersarang rendah jika ada pasalnya, tiba-tiba banyak kelab mahukan bek kanan England itu. Buat masa ini, Real, Juventus dan Spurs ada menyatakan hasrat untuk mendapatkan khidmat beliau. Lagipun sebelum ini Hodgson telah mencuba mendapatkan Rod Fanni tetapi gagal dan saya rasa itulah rancangan untuk menjual Johnson.

Kalaulah itu pilihan Hodgson saya setuju. Dan saya rasa Commoli telah menjalankan pantauan melihat prospek pengganti Johnson itu. Manatahu pembelian Santon rupanya untuk menyingkirkan Konchesky, bukannya Johnson. Kalau itulah yang terjadi maka kejutan ini adalah yang paling enak sekali.

Dec 19, 2010

KEMBALI AKTIF

Rupanya ada juga pembaca yang menegur kenapa sunyi sepi semnejak dua menjak ini. Keperihatinan sahabat Kopster itu takkan saya hampakan walaupun agak susah untuk dijelaskan kenapa dan bagaimana saya kurang aktif berblog kebelakangan ini. Harap semua maklum yang selama ini saya menggunakan telefon bimbit untuk berblog. Malang tak berbau henset kena demam, virus cacing kerawit mana ntah telah merosakkan segala perisian. Jadi nak ke kedai siber amatlah malas kerana tidak tahan dengan budak budak bising tengah main perang-perang. Segala ilham nak menulis akan terpotong dek jeritan mereka.

Jadi saya sudah hilang sabar dengan keadaan ini. Dana yang disimpan yang kononnya, untuk beli rim sukan kereta ,terpaksa dikorbankan untuk mendapatkan sebiji komputer riba. Mungkin alasan nak culas menulis takkan ada selepas ini. Tapi takut akan timbul pula sindrom baru iaitu Sindrom Pengurusan Bolasepak atau Football Manager (permainan komputer). Sindrom inilah yang pernah membuatkan saya hampir kantoi ketika di IPT dahulu. Tapi inyaallah, saya akan sedaya upaya menguruskan jadual padat saya untuk menjadi pengurus pasukan dan juga pengulas sukan sekaligus.

Dec 15, 2010

MASIH TERUMBANG AMBING

Tak disangka dah hampir seminggu tak menulis. Tak sempat kerana pelbagai aral. Komitmen kerja dan keluarga amat membataskan ruang walaupun untuk membuat ulasan walaupun sebaris. Hati masih teringin menulis walaupun keadaan amat membosankan seperti mana kita melihat situasi kelab yang terumbang ambing. Hampir separuh musim, pasukan kita sekadar dipertengahan liga. Boleh dikatakan telahan mudah peminat yang pasukan kita hanya gah dilaman sendiri, tetapi main macam pondan diarena lawan. Saya masih keliru, bagaimana pasukan yang boleh membantai Aston Villa tiba-tiba diayamkan oleh Newcastle pula.

Kalau lihat dalam ruangan gosip, hampir beratus pemain dikaitkan dengan kita untuk perpindahan jaunari ini. Banyak yang boleh menarik perhatian dan banyak juga yang nampak macam tangkap muat. Bagi saya posisi yang amat perlu diberi perhatian ialah penyerang yang benar-benar tahu buat gol. Dan kemudian bek kiri yang amat boleh diharap bertahan dan mampu menyerang apabila perlu. Setelah itu barulah pemain sayap mampu bermain dikedua-dua posisi. Bagi saya calon ramai tetapi memandangkan duit tak jenuh, maka saya amat suka jika Comolli membawa masuk Darrent Bent, Ashley Young dan Leighton Baines. Ketiga-tiga muka ini dah masak dengan Liga Perdana malah tak rugi memandang mereka pasti tak akan berfikir dua kali.

Kembalinya Gerrard kesebelasan utama amat dialu-alukan. Yang pasti dia akan diturunkan untuk menentang Fulham. Walaupun ketiadaan beliau pasukan kita masih boleh mencapai kemenangan tetapi kehadiran dalam pasukan dapat memantapkan lagi serangan kita. Saya harap dia diturunkan diposisi belakang Torres, bukannya bermain ditengah. Ini kerana saya nampak Lucas dan Meireles sudah mamntap bersama. Cuma yang dirisaukan ialah gandingan Kargiakos-Skrtel yang kian merapu. Tambah lagi Skrtel yang kian lama terserlah kebadutan. Saya harap Agger cepat pulih dan mengambil kembali posisi bek tengah.

Entah bila keadaan akan berubah. Saya yang dah tawar hati dengan Hodgson hanya mampu berharap dia mampu memberikan yang paling baik dari beliau. Bukan nakkan kejuaraan tetapi kalau boleh cari formula dan buat kerjarumah bagaimana hendak cari 3 mata ditempat lawan. Mungkin ramai cakap Hodgson buka ahli taktikal macam Rafa, namun dah makan gaji jadi pengurus, kenalah ikhtiar sedaya mungkin untuk berikan keputusan terbaik. Kami peminat mungkin dah hilang sabar dengan Hodgson, tetapi jika tuan tanah dah muak dengan keadaan terkini, tak mustahil nasib yang sama seperti Hughton dan Allydyce akan menimpa.

Dec 7, 2010

LIVERPOOL 3-0 ASTON VILLA



Kembalinya bapa Liverpool, Houllier dengan memori yang pelbagai. Ada yang indah seperti Trebel Piala serta yang harus dilupakan seperti Diouf dan Diao. Begitu juga Warnock dan Freidel. Apabila melihat dalam kesebelasan utama tiada Torres, Gerrard dan Carragher hati berdebar. Apa bala akan kita terima dimusim salju dan dingin ini.
Gandingan memeranjatkan, Babel dan Ngog. Dalam hati sumpah Pak Cik Roy, nak cari pasal kot. Siapa nak percaya, gandingan ini dengan Northampton di Divisyen2, pon tak boleh makan, inikan pula bek berpengalaman di Liga Perdana. Tapi falsafah bola itu bulat memang tak boleh nak pertikai. Tak sampai suku jam perlawanan, pasukan kita dapat sepakan penjuru. Meireles kepada Skrtel dan kepada Ngog dan Goooooooolllllllllllllllll (1-0). Torres patut cemburukan Ngog, hebat anak muda ini, ada potensi cerah nak lawan taukeh (Torres).

Klimaks berterusan. Masih belum peminat seronok dengan gol awal, gol ke-2 menyusul. Lucas nampak Babel sedang memecut lansung melakukan hantaran lob, melepasi pertahanan Villa. Penjaga garisan tertidur seketika dan Babel berjaya melakukan rembatan dan Goooooooolllllllllllll (2-0). Torres sekali lagi patut cemburu. Apa tidaknya, Babel menciplak sebiji teknik Torres jaringkan gol.
Babak kedua kita tenang bagai macam sudah inzal dan tiada mahu puaskan nafsu lagi. Namun jangan sangka air tenang buaya semua tidur. Serang balas yang pantas, Ngog pula jadi penyedia gol. Larian dari kiri dan melorongkan kepada Maxi dan Goooooolllllllll. (3-0). Kalau Maxi setenang ini ketika lawan Spurs saya rasa, kita boleh makan mereka.

Aneka ragam secara ringkas.
-Babel umpama penari Ballet, lenggok menarik gol pun cantik.
-Gol Babel dibantu Lucas (+pengadil).
-Ngog dah matang, satu gol dan satu bantuan, dia perlu lebih dinamik.
-Lucas dan Meireles kian mantap, kombinasi aku serang kau turun dan kau serang aku pula turun. Pening nak pilih siapa terbaek.
-Kuyt dan Johnson tak ngam, tapi Konchesky dan Maxi mengancam.
-Penyerang Villa ada dalam kocek Kargiakos dan Skrtel, tapi sekali-sekala terjengol juga kepala buat mereka gabra.
-Aurelio kian pasti akan singkirkan Konchesky, tapi apasal tak ditukar terus di bek kiri bukannya disayap.
-Tiada aksi gabra dari Reina. Beliau cipta rekod, 100 tanpa bolos mengatasi semua otai goli terdahulu.
-Xabi Alonso pun ada di Anfield, memang Rocks mamat ni, mungkin ada hati nak main lagi kat Anfiled kot.
-Torres nak jadi bapa lagi, Tahniah.

Dec 1, 2010

CARRAGHER BAKAL REHAT 3 BULAN



Sememangnya tak disangka kecederaan bahu Carragher sebegitu teruk. Kalau dah masuk bilik bedah, maka memang 3 bulan adalah bersesuaian dengan tempoh cuti sakit akibat kecederaan itu. Ini bermakna timbalan kapten itu hanya akan pulih semasa pertarungan penentuan untuk terjun liga, sekitar bulan Mac.

Jangan risau kita tak ada krisis untuk posisi bek tengah macam Chelsea. Kargiakos akan menjadi tonggak utama untuk bergandingan dengan Skrtel. Kebolehan beliau mungkin setara Carragher namun yang terbaik ialah kekuatan beliau menangkis serangan udara. Tapi saya amat risau yang dia akan dikantoikan oleh pemain pantas macam Lennon tempohari.

Pun begitu inilah peluang bagi anak muda menunjukkan kebolehan. Wilson atau Kelly mungkin akan dapat bermain beberapa perlawanan termasuk Piala Europa besok. Kiranya macam rahmat dalam dugaan, inilah saat yang sesuai untuk memberikan masa perlawanan buat Wilson yang agak kurang penampilan setelah kali terakhir ketika tewas kepada Nothhampton.

Jadi selain posisi bek tengah kosong, jawatan pemangku kapten pula masih kosong. Hodgson telah pening untuk membuat pilihan untuk beri pada Reina yang bersemangat atau Kargiakos yang ganas tapi mesra. Bagi saya lebih baik berikan kepada Torres supaya dia merasa lebih dihargai dan manatahu semangat beliau yang hilang muncul kembali. Semua pemain boleh diletak kapten, tapi seorang mamat ini saya haramkan jadi Kapten iaitu siapa lagi kalau si Botak Konchesky.

Nov 30, 2010

LIVERPOOL 1-2 SPURS



Konchesky telah dinobatkan sebagai pemain terburuk musim ini. Mungkin Poulsen merasa lega kerana telah ditarik balik gelaran tersebut sementara. Kesilapan yang diakui sendiri oleh Konchesky bahawa dia memang malas. Sebab itulah saya anggap yang kerjaya Hodgson bakal lingkup gara-gara pemain tiada kelas macam Konchesky. Selepas ini Aurelio sudah pulih dan dengan kadar segera rehatkan Konchesky dibangku simpanan. Memang ketika nak beli mamat botak ini Hodgson macam tak fikir panjang. Sudah ada Insua diberi pinjaman, padahal ketika itu Aurelio masih cedera.

Kesimpulan jelas bahawa Hodgson hilang plot dengan pembelian sebegini. Memang tidak dinafikan kita sengkek ketika itu tetapi takkan tak boleh cari yang OK sikit. Macam juga kes Aquilani, Juventus gelak besar apabila menjual kuda tua Poulsen dan dapat pinjam perancang berkualiti tanpa bayar sesen pun perpindahan. Kalau Aquilani diberi peluang saya ingat keadaan tak seburuk sebegini.

Berbalik tentang perlawanan semalam. Saya tak ulas banyak sebab bagi saya kita kalah hanya dua faktor iaitu tidak menggunakan peluang apabila terlalu mudah untuk buat gol tetapi buat kerja susah. Dan lagi satu taktik negatif apabila berada dihadapan. Saya tak juga kecewa dengan Skrtel apabila begitu murah hati memberikan gol penyamaan buat Spurs. Namun tersangat kecewa dengan Maxi dan Torres yang patut memberikan sekurang-kurangnya seorang sebiji tetapi cuba nak kantoikan goli lawan tetapi akhirnya sendiri yang kantoi.

Kecederaan Carragher tak dirisaukan sangat kerana kita masih ada Kargiakos, Kelly, Wilson. Cuma kali ini keadaan mungkin akan sepi dari jeritan naib kapten itu. Dia akan berehat sebulan bersama Kapten Gerrard. Lucas bagi saya mungkin akan ambil-alih lilitan kapitansi dan tunjukkan contoh dalam perlawanan seterusnya. Gandingan Lucas dan Meireles sudah serasi dan tiada siapa boleh kacau daun .

Akhir sekali saya harap Pak Cik Roy perlu mengubah mentaliti pasukan. Kita bukannya pasukan pertengahan liga macam Fulham. Pasukan kita mempunyai penyerang bertaraf dunia, pemain tengah idaman ramai, penjaga gol yang banyak kali pecah rekod dan berapa ramai pemain antarabangsa. Jadi usahakan main macam pasukan hebat dan ditakuti. Bukannya main tanpa keyakinan dan tiada motivasi.

Nov 27, 2010

LIVERPOOL LAWAN SPURS

Photobucket

Malam esok pasukan kita bakal bertemu buku dengan ruas. Setakat West Ham, saya rasa kita belum boleh merasakan yang pasukan kita sudah kembali kuat. Cabaran Spurs bagi saya amatlah sukar, apatah lagi ketika ini pasukan mereka macam tengah layan pil kuda, semangat terlalu tinggi dan pasukan kuat seperti Arsenal dan Bremen di tibai mereka.

Gareth Bale. Ingat nama itu betul-betul. Dia bakal jadi duri dalam daging buat kita nanti. Kalau Johnson berjaya mendiamkan Bale sepanjang perlawanan, tak mustahil kita sudah berjaya menutup punca serangan lawan. Pemain lain yang juga perlu diambil perhatian ialah Van der Vart. Dia juga sumber inspirasi Spurs musim ini dan kebolehan merobek gol lawan adalah kepakaran beliau.

Kuat mana pun mereka, mesti ada kelemahan juga. Saya nampak bek mereka agak kurang kemas, kerana ketiadaan King. Gallas dan Kaboul tidak menunjukkan konsentrasi yang tinggi kerana mereka adakalanya melepaskan gol bodoh. Satu lagi sejak ketiadaan Defoe, Crouch dan Pavlychenko tidak menunjukkan kesefahaman.

Berbalik kepada pasukan kita sendiri. Saya rasa gandingan Torres dan Ngog perlu di teruskan. Namun jika Joe Cole benar-benar pulih saya hendak juga melihat di bermain diposisi yang ditinggalkan Gerrard. Kemasukan semula Lucas dialu-alukan. Lucas teramat perlu dalam perlawanan besar sebegini kerana dia lebih berupaya menghadapi pemain tengah Spurs yang lebih agresif dan pantas.

Harapan untuk menang memang sukar, jika dilihat dari kekuatan lawan masakini apatah lagi digelanggang mereka. Tetapi bola yang bulat itu tidak mengenal siapa. Oleh itu ada jua sisa harapan untuk melihat kemenangan ahad ini. Tugas Hodgson sememangnya berat, kita tahu, tapi dia mungkin boleh buat sesuatu yang diluar jangka kita seperti mana yang dia lakukan masa lawan Chelsea.

Nov 25, 2010

ADILKAH KITA DENGAN HODGSON

Kalau dilihat memang ada kaitan kerana semua peminat setiap pasukan mahukan kembali nostalgia. Peminat Fulham mahukan kembali Hodgson sebab tak selesa dengan cara Hughes kendalikan finalis Piala Europa yang semakin terumbang ambing. Inter Milan rindukan kesombongan Mourinho yang digantikan Rafa yang terlalu sibuk mentelaah dan menngkaji lawan sampai mengakibatkan bekas juara Eropah dan Serie A itu berada ditangga ke 5 buat masa ini. Manakala peminat Liverpool pula seakan gila bayang dengan Rafa kerana nampak Roy Hodgson lebih banyak garu kepala dan gigit kuku dari menyalak beri arahan kepada pemain.

 

Walau seYo-Yo manapun insan bernama Roy Hodgson dalam membawa Liverpool musim ini, ada satu dua benda yang harus diberikan pujian selayaknya. Disini saya nak cerahkan mata segelintir optimis yang mahukan beliau segera dipancung bahawa Roy tiba pada masa yang salah. Saya mulanya seakan terbawa-bawa idealis yang sama tetapi ada masanya kembali berfikiran positif dan berlapang dada dalam sesetengah hal. Walaupun reputasi beliau tidak sehebat Dalglish namun beliau yakin dengan ideologinya.

 

Kalau diikut ego dan ketegar, Roy adalah yang paling lembut berbanding Rafa, atau Hughes. Dia sanggup mengakui kesilapan bilamana ditegur oleh Rafa.Tapi cuba cari wawancara dengan ketiga-tiga pengurus lain samada mereka sanggup menerima kritikan apabila dihentam. Cuba lihat bagaimana Rafa yang menjadikan segala masalah sendiri dilempiaskan kepada pengurus lawan, pengadil mahupun tukang lap but pasukan lawan. Pak Cik Roy pula banyak kali memperlihatkan sifat redha dengan keputusan semasa, dia tidak banyak menyalahkan pemain sendiri secara terang-terangan, tetapi banyak cakap berlapik.

 

Saya tak tahu kesahihan komen Babel mengenai Rafa, tapi jika betul apa yang ditulis bahawa Rafa tidak izin Babel untuk berlatih sendiri setelah latihan sebenar tamat ini sudah pelik. Kiranya Rafa begitu bekeng sampaikan  pemain nak tingkatkan kemajuan diri sendiri pon disekat. Apa salahnya pemain nak tunjuk rajin. Tapi lain pula dengan Hodgson yang memang nampak ceria ketika sesi latihan. Tak garang macam Cikgu Pendidkan Jasmani aku dulu, asyik nak menengking saja jika ada yang tak kena. Dia lebih fleksibel dan mungkin cara beliau lebih disenangi pemain dan tidak terlalu taktikal. Dari segi ini saya kurang afdal hendak memilih samada cara Rafa atau Hodgson lebih efisyen, tapi keputusan perlawanan lebih memihak kepada Rafa.

 

Ini bukanlah kesimpulan yang saya sudah memihak kepada Hodgson. Tetapi saya rasa peluang harus diberikan secara adil sebagaimana kita bersabar dengan Houllier dan Rafa. Ketika ini semua pemain dan pengurus sendiri masih dalam peringkat suai-kenal. Saya Nampak pemain kurang menyerlah seperti Poulsen, Maxi dan Konchesky sudah mempunyai hari baik mereka. Waklaupun saya tak nampak mereka ini sebagai jawapan untuk kejuaraan kita, tetapi sebelum wang NESV untuk beli pemain sampai, harap mereka boleh kembalikan keyakinan yang Hodgson harapkan. Dia sendiri telah memberikan jaminan yang hakimi beliau setelah habis musim ini. Jadi saya harap kita tunggu dan lihat janji Hodgson itu. Jika tiada perubahan dan peningkatan, sayonara diucapkan.

 

Nov 23, 2010

SALAM AIDIL ADHA

Photobucket

Maaf buat kopster sekalian, bukan merajuk bukan kecewa tetapi saya telah bercuti-cuti seluruh Malaya bermula Hari Raya Kedua sehingga semalam baru pulang ke Penang. Capaian internet memang ada tetapi alang-alang bercuti malas nak ambil pot bab berblog ;). Untuk makluman kecuali Melaka dan Johor tak lupa Perlis, seluruh semenanjung dah diredah. Kekadang tidur di rumah sedara Kota Baru, tidur di Chalet Pantai Cinta Berahi, Tidur di Masjid Rantau Abang, Tidur di R&R kat Pahang dan destinasi terakhir rumah Pak Anjang di Seremban sebelum membeli-belah di Nilai 3 dan pecut 140-150kmh tanpa henti ke Penang. Letih memang tak ingat tapi keseronokan makan angin bersama keluarga disamping singgah manggah perabih boreh rumah sedara. Datang kerja pun semangat sebab duit dah kurang la apa lagi.

Sayang sekali saya terlepas perlawanan West Ham. Memang hampeh betol Chalet PCB Resort takda Wifi percuma. Nak keluar ke Kota Bahru 1.30 pagi semata-mata nak tengok lawan West Ham macam tak berbaloi mulanya sebab takut menggangu mood cuti kalau kalah. Tapi seawal subuh buka livescore.com tengok keputusan 3-0 bantai West Ham, jadi menyesal plak tak layan bola bersama Kopster Klate. Saya amat teruja dengan Hodgson yang berani. Berani menerima hakikat yang beliau kena berusaha menambat hati peminat. Malah dia juga berani menggunakan Poulsen, walaupun ada risiko. Johnson juga kembali memberikan gol walaupun kontroversi yang terpalit antara beliau dan Hodgson.

Saya agak terkejut dengan Chelsea. Klaseman apakejadahnya, 3 kali berturut2 bungkus. Man U yang sedang bersyahwat tinggi bila-bila masa akan memotong mereka. Begitu juga Arsenal yang tewas kepada Spurs. Memang musim ini musim yang gila. Kalau Pak Cik Roy boleh harungi kegilaan ini dan memberikan persembahan konsisten bukan Yo-Yo seperti sebelum ini, tabik hormat buat beliau. Jadi setara mana pasukan lain dari atas kebawah sedang terumbang ambing, kita kena pastikan kita tak dibawa arus yang sama. Tak akan sempat Januari kalau nak berubah, kerana Man City atau Spurs pasti akan buat pelaburan semula. Jadi mulai lawan Spurs nanti tunjukkan peningkatan.

Nov 14, 2010

LIVERPOOL 2-0 STOKE



Siapa yang tak setuju dengan saya biarlah, tetapi saya sudah kecewa dengan Hodgson. Dia tak mampu membawa kita kemana-mana. Percayalah, sebabnya beliau tidak mempunyai kebijaksanaan untuk mengolah taktik apabila bertemu dengan pasukan yang berlainan tiap-tiap minggu. Kalau dengan Chelsea yang bermain berhati-hati dia amat cemerlang begitu juga dengan Napoli, Blackkburn dan Bolton. Tapi apabila lawan bermain secara agresif dan berkubang dikawasan sendiri dia hilang punca. Malahan tidak pula nak fikir strategi alternatif apabila susah nak tembusi kubu lawan.

Siapa cakap kita kena sabar. Kalau kalah sebab tiada nasib lain cerita, tapi main macam tak melawan lansung. Kekuatan Stoke adalah Delap dan balingan bola keluar jadi kalau saya jadi Hodgson, baik saya minta Torres duduk depan Delap dan lindungi pandangan beliau untuk menyasarkan kearah pintu gol sejak awal lagi. Mesti mati akal punya mamat tu sebab dia telah diberikan peluang demi peluang untuk mengkelamkabutkan pintu gol kita. Saya tahu gol Fuller akibat keadaan kucar-kacir dan pertahanan tak dapat mengeluarkan bola kerana amat ramai pemain dalam kotak penalti, tapi faktor awal ialah balingan Delap.

Oleh kerana dah terlalu sangap untuk mecari gol penyamaan, Hodgson telah melakukan apa yang pengurus lain jarang lakukan dengan menukarkan bek menjadi penyerang. Kargiakos telah menjadi bidan terjun diatas kononnya untuk membantu serangan tapi langkah tersebut rupanya langkah kiri. Akibat dari kekurangan seoarang bek dibawah maka gol kedua muncul apabila bekas pemain kita iaitu Penant telah melakukan lorongan cantik kepada Jones untuk gol kedua Stoke. Sehingga masa penamat keputusan kekal 2-0.

Antara kebebalan Hodgson ialah meletakkan Gerrard diposisi tengah bersama Lucas. Dia sepatutnya meletakkan Gerrard di bahagian serangan. Sebab itulah Rafa lebih rela mainkan Gerrard diatas atau dikanan kerana kurangnya disiplin posisi kerana dia akan asyik melilau merata tempat. Satu lagi lubuk serangan ialah disebelah Konchesky, dia adalah pemain yang sepatutnya tidak dibeli kerana saya ingat Insua pun tak selembab beliau. Lebih baik gunakan Martin Kelly dikiri. Carragher yang diletakkan dibek kanan juga tiada makna kerana asyik main bola tinggi sepanjang masa. Lucas juga tidak bernasib baik dilayangkan kad merah dan Poulsen pasti tak sabar beraksi minggu depan.

Nasi sudah jadi bubur, apa nak buat. Pasukan kita kembali kealam nyata setelah seronok menibai Chelsea. Wigan telah menjadi isyarat yang kita patut berjaga-jaga, tapi rupanya Hodgson kian alpa yang apa bakal dihadapi tak semudah yang disangka. Untuk itu jangan salahkan peminat yang melaungkan nama Dalglish ketika perlawanan dan memboo pasukan kerana bermain dengan begitu hodoh sekali. Hodgson patut rasakan yang dia perlu buat kerja rumah untuk perlawanan seterusnya. Kalau persembahan sebegini berterusan pasti jalan keluar akan terbuka luas-luas untuk beliau.

Nov 13, 2010

LIVERPOOL LAWAN STOKE

liverpool lawan stoke

Tak sempat nak tulis pasal perlawanan dengan Wigan, lagipun memang tak berdaya nak bangun tengok sebab demam selsema kat seminggu. Lagipun kalau tulis mungkin keluar yang negatif sahaja maklumlah kepala penuh dengan ubat. Keputusan seri tak memadai tapi apakan daya hidup mesti terus pandang kehadapan bukannya sedih keciwa dengan perkara semalam.

Perlawanan minggu ini mungkin lebih kurang macam Wigan sebab pasukan yang kita hadapi nanti iaitu Stoke, lebih mengutamakan apsek fizikal dan pembuli. Mereka antara pasukan yang agresif tetapi amat juga berbahaya ketika sepakan percuma dan penjuru. Paling teramat berbahaya ialah lontaran halimunan Delap yang memang dikhuatiri akan mengantoikan penjaga gol atau memberikan pemain Stoke peluang menjarikan gol. Yang lain jangan risau kena main bola bawah kerana bek mereka tinggi belaka.

Saya yakin Hodgson akan mengekalkan kesebelasan utama minggu lalu. Namun kehadiran Kargiakos merupakan satu kelebihan buat kita. Saya pasti ramai setuju yang pemain Greek ini patut jadi pemain utama ditengah mengikut taktikal lawan Stoke. Carragher atau Skrtel akan menjadi gandingan Kargiakos, bukannya bergandingan sesama sendiri. Memandangkan Johnson masih cuti sakit, Carragher atau Kelly akan bersaingan untuk slot kanan. Konchesky bernasib baik kerana tiada pemain senior lain untuk bek kiri dan dia perlu meningkatkan permainan beliau.

Saya tak pasti yang Meireles akan bergndingan dengan Lucas tapi dengar cerita mungkin Poulsen akan main. Jika benar cerita ini, maka harapan untuk bermain dengan cara lembab dan berhati-hati akan muncul kembali. Maxi akan terus di bermain dikiri dan Kuyt bermain dikanan. Manakala Kapten Gerrard bakal meneruskan aktiviti serangan bergandinagn dengan Torres yang kembali meletop. Taktik 451 atau 4231 adalah percaturan yang selalu digunakn musim ini tapi ada baiknya untuk menandingi sistem bertahan Stoke kita main 442 lagipun main kat rumah sendiri.

Setelah pendakian tangga liga tersangkut akibat seri dengan Wigan, saya harap dengan Stoke sekali lagi kita tak ada halangan lagi. Sasaran tangga ke-4 mulanya macam mustahil, namun harapan tetap ada kerana pasukan pencabar lain seperti Man City dan Spurs masih tidak konsisten seperti musim lalu. Percaturan Hodgson mesti disasarkan untuk 3 mata, bukannya setakat bersyukur dengan 1 mata. Kalau nak menang besar dengan Stoke mungkin agak sukar, namun gunakan kekuatan individu untuk memecahkan benteng Stoke. Torres jangan dibiarkan keseoarang dan terasing diatas, dan pemain tengah pelu menyuapkan hantaran cantik untuk Torres yang kembali menemui sentuhannya.

Nov 9, 2010

PENILAIAN TAHAP KEUPAYAAN

Jangan ingat Pegawai Perkhidmatan Awam di Malaysia ada PTK, pemain Liverpool juga sedang di pantau oleh seseorang yang baru masuk sebagai pegawai hal ehwal pemain atau Pengarah Teknikal Bolasepak iaitu Damien Comolli. Mulanya mungkin ramai yang ingat dia nak tolong buat strategi untuk Hodgson, tapi rupanya dia adalah mata-mata yang akan tangkap dan senaraikan pemain malas dan yang tak sesuai dengan kita. Selepas itu dia akan dapatkan yang lebih baik yang mana sesuai dengan taktik Hodgson.

Calon utama yang saya dengar akan jadi mangsa Comolli ialah Poulsen. Sebabnya mungkin ramai boleh agak, dia memang hampas. Sesiapa sahaja yang bergandingan dengan beliau akan terpalit dengan kehampasan beliau. Lucas, Meireles, Spearing, Shevley dan hatta Kapten Gerrard juga agak bermasalah untuk bermain dengan pemain yang sudah tidak sebisa dahulu. Kalau nak buat simpanan sekalipun rasanya tak ralat jika kita simpan Spearing.

Pemain lain saya tak pasti, kalau ikut cerita dalam forum, mungkin pemain yang baru masuk awal musim ini seperti Jovanovic, Konchesky mahupun Jones turut sedang dipantau PTK mereka. Malah pemain lama seperti Babel juga akan mengalami nasib yang sama.Sekarang bukan zaman Hick/Gillet lagi. Pemain taraf sederhana akan digantikan dengan pemain muda yang berprospek dan lebih kualiti. Nama-nama seperti Matuidi, Affelay, Llorente, Hazard dan Conterao mungkin bakal diusahakan untuk dibawa masuk seawal Januari.

Jadi Hodgson boleh simpan hasrat untuk menjadi seperti kawan karibnya, Ferguson yang mengawal segalanya dari latihan sehingga jual beli pemain Man U, silap-silap spenda Rooney pun Ferguson yang tolong pilih. Nasib baiklah pemilik baru menyedari ketidakupayaan Hodgson dalam membeli pemain dan melantik Comolli. Saya tak rasa jawatan Comolli akan mengurangkan kuasa Hodgson sebagai pengurus. Tapi kalau pengurus nak buat semuanya padahal dia ada tugas lebih penting iaitu melatih dan menerapkan taktik permaianan, saya rasa nasib kita akan lebih buruk.

Apapun kita mahukan yang terbaik selepas ini. Tiada lagi pemain yang lekeh dibawa masuk apatah lagi yang dah tua-tua yang dah nak gantung but. Polisi yang bakal diterapkan oleh John Henry iaitu pemain muda yang berkualiti sahaja akan dibenarkan dibeli dengan harga yang tinggi, yang tua-tua walaupun bagus macam Forlan atau Totti sekalipun tak akan ada dalam senarai. jadi tidak akan ada lagi Gary McCallister baru dalam skuad kita pada masa depan. Dan diharap PTK dan polisi baru ini dapat menjadikan Liverpool lebih berdaya saing buat masakini dan masa akan datang.

Nov 8, 2010

LIVERPOOL 2-0 SPARTAK CHELSKI

Torres vs chelsea

Sukar digambarkan perasaan saya buat masa kini. Siapa yang tak seronok bilamana kita telah berjaya menjatuhkan ego pendahulu liga, Chelsea 2 gol tanpa balas. Menariknya kita sudah Nampak kebangkitan Torres dengan cara beliau menjaringkan gol. Itulah dua gol yang berbeza dari kiri dan kanan, tetapi ianya memang kita dah terbiasa melihatnya dua tiga musim lepas. Apabila Torres bermain dengan keyakinan tinggi sudut dan suasana sukar menjadi seakan mudah bagi beliau. Gol pertama berpunca dari ketajaman akal kuyt yang menghantar bola lintang terus pada Torres dan dengan dua sentuhan walaupun diasak Terry, Torres berjaya menewaskan Cech. Gol kedua amat istimewa kerana Meireles dengan pantas melorongkan bola kearah Torres yang menunggu dikiri dan dengan tak semena-mena melakukan sepakan tanpa bayang yang membuatkan Cech mampu melihat gol masuk.

Amat sukar untuk menamakan pemain terbaik perlawanan, ini kerana kesemua yang ada dalam padang bermain dengan semangat berkumpulan yang jitu. Kalau Torres dengan 2 gol pemusnah, Kuyt dan Meireles masing-masing pembekal salah satu gol tersebut. Gerarrd yang berada dimana sahaja untuk mememulakan serangan dan Jeneral padang yang garang macam macam Kublai Khan. Graf Lucas makin menaik dan Poulsen boleh mereput dibangku simpanan. Dia diberi tugas mengepung Mauloda sampaikan mamat tu mati kutu. Skrtel dan Carragher tak menghampakan mungkin kerana, ketiadaan Drogba seawal minit permainan amat menyenangkan mereka, kerana Anelka dan Kalou tidaklah merbahaya mana. Kelly telah diberi peluang menggantikan Johnson dan menyepikan Cole dari melakukan serangan. Konchesky mungkin telah mejadi lubuk serangan namun nasib baiklah dia dibantu Maxi sepanjang masa. Reina amat cemerlang walaupun tak banyak sangat percubaan merbahaya dari unit serangan Chelsea.

Nampak gayanya rentak permainan pasukan telah berubah, namun separuh masa kedua ianya agak tenggelam. Mungkin pemain kian letih akibat tempo yang dimainkan seawal permainan dengan pantas. Inilah yang perlu dikaji oleh Hodgson supaya pasukan kita tidak kecewa dihujung permainan. Kita boleh optimis dengan keputusan semalam tapi jangan mendabik dada yang segala keserabutan akan lesap sekelip mata. Sebabnya saya lihat Chelsea yang kita tentang semalam amat lemah tanpa Lampard. Dengan 4 kemenangan berturut-turut, masa depan Hodgson yang mulanya mendung, kian cerah. Dia patut berterima kasih kepada setiap pemain yang selama ini dikritik hebat oleh media, seperti Torres dan Gerrard. Kerana merekalah umpama hero komik yang menggembirakan setiap peminat. Teruskan lebih gigih, dan peluang untuk kembali ke slot Liga_juara-juara tidak Nampak mustahil seperti awal musim terdahulu.

Nov 7, 2010

LIVERPOOL LAWAN CHELSEA



Liverpool akan menjadi tuan rumah kepada Chelsea minggu ini. Saya tak pasti samada keghairahan momentum kemenangan sebelum ini akan berterusan. Inilah ujian getir setelah kembali melonjak dari zon bahaya. Apakah pasukan kita benar-benar telah bangkit atau sekadar masih main yo-yo kembali. Bagi saya Hodgson telah berjaya meyakinkan pemilik baru supaya dia diberi peluang, namun kalau dia boleh menghadiahkan 3 mata, maka lagi selamat masa depannya.

Tak payah cerita pertembungan sentimental dua gergasi bolasepak England ini. Satu sedang membuat sejarah dan satu lagi sedang diburu sejarah silam. Maka kita dapatlah menilai yang mana lebih gah dan hebat, namun segalanya bergantung dalam 90 minit permainan. Setakat ini Chelsea hanya tewas sekali dan seri sekali dan lainnya dengan 8 kemenangan. Kalah pun dengan Man City ditempat lawan. Tetapi yang menariknya mereka main untuk menang dan minggu lepas jadi saksi yang kena gol awal, tapi Ancelotti masih berupaya mencorak kemenangan.

Pasukan kita mungkin lega apabila hero pemusnah Chelsea iaitu Kuyt hampir pasti dalam kesebelasan utama. Johnson juga pasti akan mengambil alih tempat dikanan dan menolak kembali Carragher ditengah dan mungkin akan bersama Kargiakos yang kian menyerlah. Maxi yang amat berkesan dengan Bolton pasti pilihan disayap tetapi main kiri. Pasangan yang kian serasi Lucas-Meireles mesti dikekalkan, kerana Poulsen sudah tiada tempat lagi dalam pasukan. Torres mungkin akan kembali menjadi duri dalam daging buat bek Chelsea setelah mendapat rehat secukupnya.

Pemain tumpuan pastinya Kapten Liverpool sendiri. Setelah berjaya menyelamatkan kita kita dengan hatrik membenam Napoli, maka dialah yang pasti diharapkan merobek kubu Chelsea yang amat kental. Mereka yang bolos 3 gol sahaja musim ini, mungkin kena berwaspada dengan kebangkitan kapten Gerrard. Saya agak risau jika Essien bermain macam musim lepas akan mengikuti dimana sahaja Gerrard pergi. Ini akan menghadkan kreativiti dan kemampuan kapten kita itu. Jadi disinilah pentingnya Meireles atau Lucas untuk menyusup dari tengah untuk membantu serangan.

Persoalannya sekarang apakah Roy akan merubah mentaliti dan aplikasi corak percaturan beliau. Cara main tunggu dan lihat pasti akan digunakan Chelsea untuk menghukum kita sepanjang perlawanan. Jadi sedaya upaya mungkin dengan kekuatan sedia ada ditambah lagi main didepan peminat sendiri cuba main agak agresif dan tanpa perlu tunjuk hormat kepada mereka. Kita tahu kebolehan dan kemampuan mereka dengan prestasi semasa berbanding kita, tapi saya rasa mungkin kita akan mendapat sekurang-kurannya satu mata. Yang penting dimana ada usaha disitu ada jalan.

Nov 5, 2010

LIVERPOOL 3-1 NAPOLI



Cukuplah dengan 3 gol jaringan Gerrard beliau telah menyatakan sendiri betapa pentingnya Kapten kita itu untuk Liverpool musim ini, sebagaimana Man City begitu mengharapkan Tevez dan ketiadaannya membuatkan Man City tewas bertimpa-timpa. Walaupun ditinggalkan oleh Napoli dek kerana kealpaan Johnson dan Lavezzi menjaringkn gol pembukaan untuk mendiamkan penyokong merah di gelanggang sendiri.

Kemasukan beliau menggantikan Jovanovic seawal separuh masa kedua ternyata membuahkan hasil. Tempo permainan yang lembab pada separuh masa pertama menjadi rancak dan bertenaga. Cuma pasukan kita perlu menunggu sehingga minit ke-75 barulah gol penyamaan datang itupun kita perlu berterima kasih pada bekas budak kita Dossena yang memberikan Gerrard mencuri hantaran kebelakang untuk gol penyamaan. Anfield kembali hangat dan riuh dengan sorakan.

Glen Johnson telah membalas kesilapan separuh pertama apabila melakukan larian dalam kotak penalti dan dijatuhkan oleh bek Napoli yang pandai berlakon buat-buat sakit. Namun pengadil yang adil lagi bijaksana menghadiahkan penalti yang tidak boleh disangkal oleh Napoli samasekali. Kapten Gerrard mengambil tugas berat untuk penyamaan, dan beliau tidak menghampakan dengan merembat deras walaupun telah diduga oleh Morgan De Sanctis. 2-1 Anfield sekali lagi bergegar dan pemilik baru tidak malu-malu meraikan gol dengan menumbuk keudara.

Tak sudah disitu sahaja acara pagi tadi. Rupanya pemain kita belum puas dengan 2 gol sahaja. Gol ketiga muncul apabila Ecceleston mencabar penjaga gol Napoli yang mana dia terpaksa mengeluarkan bola dalam kawasan sendiri. Nasib tidak baik bola dapat dirampas Lucas dan beliau telah menghantar kepada Gerrard yang menunggu disebelh kanan beliau. Gerrard apa lagi melakukan larian dan menggunakan kecerdikan beliau mencedok bola membuatkan penjaga gol Napoli tewas kali ke-3 ditangan Gerrard malam tadi.

Tanpa segan silu Hodgson memuji-muja Gerrard selepas perlawanan walaupun kapten kita itu tidak mahu menerima kredit yang diberikan dan dengan rendah diri menyatakan semangat berpasukanlah punca kemenangan bukan dirinya sendiri. Dan dapat dilihat juga pemain muda menunjukkan kebolehan tetapi mereka perlu diadun dengan pemain berkualiti bukannya liabiliti macam Poulsen yang nampak sangat tak diperlukan lagi dalam pasukan. jika Hodgson mahu peningkatan dan masa depan yang cerah Poulsen harus disisihkan kerana peranannya amat terbatas sama sekali.

Jadi kita boleh bersedia zahir batin untuk menghadapi Pendahulu liga Chelsea dengan tenang, ahad ini. Cuma diharapkan Hodgson lebihkan kerja rumah setelah kembalinya beberapa pemain utama seperti Johnson dan Kuyt yang pasti akan menguatkan pasukan. Peminat pasti tak sabar-sabar untuk ke Stamford Bridge untuk melihat adakah peningkatan ini berterusan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam. Akhir sekali tak lupa diucapkan Selamat Hari Deepavali untuk pembaca yang beragama Hindu dimana sahaja berada. YNWA.

PENGARAH STRATEGIK BOLASEPAK


Comolli dan Johl bersama pemain Spurs

Ini merupakan jawatan baru untuk kelab kita. Kalau dikelab lain rasanya akan timbul konflik apabila ianya didakwa akan mengurangkan kuasa seorang pengurus. Lihat Chelsea contohnya, Avram Grant telah mencampuri urusan Mourinho sehingga, menimbulkan huru-hara dan akhirnya Mourinho cabut meninggalkan Chelsea. Malah Spurs juga ada masalah yang sama dengan Comolli tetapi ianya lebih kepada ego Martin Johl.

Namun bagi saya sepatutnya zaman Rafa lagi benda ini diwujudkan kerana ianya akan menghadkan kuasa Rafa dan juga Rick Parry. Sebab Rafa mungkin mengharapkan peninjaunya Eduardo Macia tetapi apabila dalam nak beli pemain itu datang CEO (Rick Parry) yang tak pandai bab-bab beli pemain terus tolak. Antara kes yang tak perlu diulang ialah Dani Alves dan David Villa. Jadi orang tengah antara CEO dan pengurus adalah Pengarah Strategik Bolasepak .

Kedatangan Damien Comolli datang tepat pada masanya. Kita lihat pemain yang Hodgson beli musim ini. Hanya Raul Meireles paling meletup, yang lain tak langsung menguatkan pasukan malah menjadi liabiliti seperti Poulsen dan Konchesky. Malah jika diikutkan nafsu dan cerita perpindahan macam berpuluh-puluh pemain nak dibeli Hodgson. Jadi tugas Comolli ialah mendapatkan pemain yang perlu sahaja tanpa membayar harga lebih. Jadi Hodgson boleh tumpukan kerja diatas padang dengan tenang.

Rekod cemerlang beliau saya rasa ramai yang perasan ketika Pengarah Teknikal di Spurs. Gareth Bale, Luca Modric termasuk Berbatov dapat dibawa masuk dengan kebolehan dan kepakaran beliau semasa menjadi peninjau Arsenal dahulu. Cuma masalahnya dia akan pasti menyebabkan Hodgson akan kecewa kerana dia akan menyediakan pemain pilihan sendiri seperti mana berlaku dengan Martin Johl di Spurs dahulu. Namun siapa tahu kita akan dapat membeli pemain muda hebat seperti Eden Hazard atau Stephen Defuor dengan khidmat beliau.

Nov 4, 2010

LIVERPOOL LAWAN NAPOLI


Edisi Liga Europa bersambung. Perlawanan timbal balas bertemu Napoli akan berlangsung di Anfield. Keputusan seri tanpa jaringan di Naples masih boleh dibanggakan. Ini kerana Roy Hodgson berani mempertaruhkan pemain muda. Malah Shevley, Spearing dan Kelly tak kekok menghadapi pemain Napoli yang ramai juga berbakat seperti Marek Hamsik, Edison Cavani dan Ezqeuile Lavezzi.

Kali ini Gerrard dan Torres sekali diberi peluang berehat. Memang ianya keputusan terbaik, untuk memberikan kesegaran dan persiapan menghadapi Chelsea. Malah Kuyt masih belum diberi lampu hijau beraksi, tetapi Johnson pasti akan turun setelah berehat panjang selama dua minggu. Poulsen juga akan diberi peluang setelah tersingkir kebangku simpanan dek penangan Lucas yang menjadi-jadi.

Ngog dan Babel akan menjadi pilihan serangan kita nanti. Bab Ngog mungkin saya ada sedikit keyakinan dia boleh memberikan sumbangan gol kerana rekod Europa yang cemerlang. Tapi Babel amat merunsingkan kerana dia amat berkarat dan kurang mampu menjaringkan gol walaupun ada peluang terbuka seperti di Naples tempohari. Memang patutlah dia disisihkan oleh Rafa dan kini Roy pula.

Kalaulah Roy serius untuk menjadikan Piala Europa sebagai satu tumpuan untuk musim ini, saya harap beliau teruskan. Kerana secara realistik selain kejohanan ini, hanya Piala FA sahaja yang kita masih boleh bersaing. Piala Liga kita dah kantoi dan Liga Perdana jangan mimpilah. Jadi saya harapkan kita layak ke pusingan seterusnya dan boleh juga memenangi Piala ini dari tak ada langsung.

Nov 1, 2010

LIVERPOOL 1-0 BOLTON



Kita mungkin seronok dengan kemenangan semalam, padahal kita masih berisiko untuk seri 0-0, atau tewas tipis kepada Bolton. Rutin biasa yang dilakukan oleh Roy seperti perlawanan terdahulu dengan taktik pelik, tanpa rentak dan tidak keterlaluan saya nampak Roy hanya duduk sambil berdoa supaya menang, tanpa memekik memberi arahan seperti pengurus lain didalam kawasan teknikal.

Saat kemuncak kejayaan minit ke 86. Kira sudah terdesak sangat-sangat barulah gol dicari muncul. Hantaran cantik dari Lucas kepada Torres, namun kerana dikawal ketat Torres membadek kebelakang kearah Maxi. Maxi tidak mempersia-siakan peluang untuk menjaringkan gol sulung beliau musim ini. Saat itu menenggelamkan kebuntuan sepanjang perlawanan. Ianya pada saya bukanlah kehebatan taktik dan percaturan, ianya sekadar kepintaran Torres dan penyudah Maxi.

Namun 3 mata dan bermain digelanggang lawan, ianya sukar untuk tidak meraikannya. Saya masih nampak kesamaran Roy untuk membawa kita kemercu kejuaraan liga. Walaupun kesebelasan utama kita sama seperti minggu lalu, namun Bolton masih mampu buat kita meremang tengkuk. Mereka nampak ada kualiti secara indivitu mahupun berpasukan. Jadi nasib disebelah kita, itu sahaja. Kalau Roy dapat membuat perubahan drastik dan memberikan kebebasan untuk menyerang ditempat lawan, pasti keputusan teruk terdahulu tidak terjadi.

Torres dan Gerrard dah kembali makin serasi? Rasanya belum lagi. Adakalanya nampak ketara mereka tidak sefahaman macam dua musim lepas. Nampak lebih ketara ialah ketidakupayaan Torres mengembalikan tahap fizikal dan mental. Dia nyaris menjaringkan gol permulaan namun cuba peagang bola lebih lama. Gerrard pula ada peluang merembat gol tapi tersasar jauh. Kadang-kadang nampak macam dia sudah tidak berani mencuba dari dari luar kotak lagi.

Paling menarik sekembalinya Lucas dari skuad Brazil, nampak ketara persembahan beliau. Dia memang amat sesuai dengan Meireles, kerana mereka akan bermain hantaran pendek sesama mereka. Tapi apabila Gerrard kembali ketengah, dia sudah hilang taring. Faktornya Gerrard suka pegang bola terlalu keatas dan Lucas terkontang kanting terpaksa mengawal bawah keseorangan. Jadi kutukan peminat sebelum ini bukan merobek emosi malah meningkatkan persembahan beliau.

Skrtel dan Kargiakos sekali menujukkan persembahan terbaik dan gandingan mantap untuk pertahanan kita. Walaupun kurang pantas dalam pergerakan namun mereka amat agresif dan berjaya mematahkan serangan diudara. Kalau boleh saya mahu gandingan ini diteruskan walaupun kembalinya Johnson dan Agger. Carragher mungkin boleh main dikanan atau dibangku simpanan.

Hodgson telah berjaya memenangi hati sebilangan peminat buat masa ini namun, ianya tak seberapa kerana pasukan kita masih belum ditahap membanggakan. Yang penting gunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin kerana apapun jua, Januari akan menentukan titik tolak kerjaya beliau di Anfield.

Oct 31, 2010

SESAL DAHULU PENDAPATAN....



Siapa sanggup terima semula Mascherano, sila angkat tangan. Kalau anda salah seorang yang tidak egois, pastinya saya rasa akan menerima beliau dengan berlapang dada. Mungkin kerana bakat beliau dan persembahan yang telah beliau buktikan ketika hampir 3 tahun bersama kita. Ianya mungkin salah satu faktor kerana pemain tengah kita buat masa ini hampir tiada sengat dan pemain status kereta kebal dibahagian tengah.

Berbalik kepada Mascherano. Bibit-bibit penyesalan telah timbul apabila hanya sekadar memanaskan bangku simpanan Barcelona. Memang tidak dinafikan kebolehan Mascherano, tetapi tanyalah sesiapa pun, bahagain tengah Barcelona adalah yang terbaik didunia. Dan bagaimana nak selitkan pemain yang sekadar hebat dan kental dalam bidang pertahanan tetapi tiada aspek kreatif dalam permainannya. Malah hantaran beliau pun tidak sebaik saingannya iaitu Sergio Bosquet. Malah pemergian Yaya ke Man City pun sebab Bousquet dah menyimen tempat di Nou Camp.

Alasan beliau memberontak untuk keluar dari Anfield amat tidak boleh diterima akal. Apa kena mengena Hicks/Gillet dengan pemergian beliau. Semua pemain tidak menyukai mereka tetapi bukan dengan cara menyusahkan pasukan dengan pergi disaat genting satu tindakan yang bijak. Lagipun peminat sudah faham pe'el pemain jenis tikus, akan terjun dulu kalau kapal macam nak karam.

Bagi saya pula bolasepak tidak boleh dipisahkan antara profesional dan emosi. Walaupun nak bandingkan Alonso dengan Mascherano memang lain, tetapi Alonso terpaksa dijual kerana silap Rafa sendiri yang mempermainkan perasaan Xabi dengan memikat Barry. Kalau Alonso mahu pulang ke Anfield saya rasa hampir semua peminat alu-alukan. Tetapi bagi saya tidak sama sekali buat Mascherano. Kita mahu mereka lihat macamana Owen melayan kelab dan akhirnya menyesal apabila Rafa dan Hodgson sendiri tak mengendahkan bekas ikon kita itu.

Jadi buat Hodgson atau sesiapa sahaja yang bakal mengurus Liverpool. Jangan sekali-kali mengambil kembali orang yang tidak pernah berterima kasih dengan peminat. Kita takkan melepaskan dua kali anjing yang tersepit, ingatlah gigitannya pada pertama kali dia dilepaskan dahulu.

Oct 29, 2010

LIVERPOOL LAWAN BOLTON



Bagi yang merasakan kepuasan perlawanan menentang Blackburn tempohari mungkin akan sadis mendengar yang Roy Hodgson sudah bertahun-tahun tak pernah menang ditempat lawan dimana sahaja beliau melatih. Ini mungkin hanya sekadar statistik ataupun kisah lampau tapi semuanya msti ada sebab musabah. Kalau tiada beruk masakan pohon bergoyang tak gitu.

Jadi bukan saya sengaja potong stim kalian dengan cerita tak sedap begini. Tetapi hakikat yang perlu kita sedar ialah Hodgson mungkin seorang jurulatih bagus tetapi bukannya pakar taktikal macam bekas pengurus kita sebekum ini. Mari kita imbas kembali beberapa perlawanan dahulu dan kaji semula sebagai perbandingan. Asal bertandang kat tempat lawan tak pernah nak suruh anak buah main berani.

Mungkin peminat lain cakap Houllier pun main macam itu juga. Tapi bagi saya Houllier main serang balas yang efektif serta menjadi sebab dia ada penyerang dan pemain sayap yang pantas. Malah pemain tengah juga lebih agresif dengan gandingan Hamann-Gerrard. Kita pula ada Lucas dan Poulsen yang akan disayurkan lawan bila-bila masa jika digandingkan bersama. Nasib baiklah Meireles dah main ditengah, kalau tidak lagi haprak tak tahu nak cakap.

Lawan kita Bolton zaman Owen Coyle tak sama dengan zaman Sam Boroi. Zaman Sam Boroi, Bolton antara pasukan ragbi yang digeruni. Tak percaya tanya Wenger, dia pasti akan kritik Bolton sebab banyak pemain beliau akan cedera selepas perlawana Bolton. Tapi kini, Owen telah membawa rentak baru dalam permainan Bolton. Permainan mereka lebih tersusun dengan hantaran pendek serta penggunaan pemain sayap yang pantas. Lagi satu dia sudah pandai menggandingkan Davies dan Elmander bersama.

Pasukan kita pula saya tak pasti akan mengalami perubahan mendadak selepas menang dengan Blackburn. Walaupun kita tahu Kuyt dan Aurelio dah pulih, namun saya yakin Maxi dan Konchesky masih diberi tanggungjawab. Torres dan Gerrard sekali lagi akan digerkkan sebagai unik serangan dan Cole dikiri. Mintak simpang Poulsen main, lebih baik Lucas teruskan main dengan Meireles. Kargiakos akan kekal ditengah dengan Skrtel dan Carragher dikanan sementara tunggu Johnson pulih.

Pilihan untuk menang ada ditangan Roy. Dia yang menentukan macam mana pasukan akan main. Jika dia suruh main berhati-hati, maka agak susah nak menang. Tapi kalau dia suruh main macam singa lapar macam kat Anfield tempohari, saya rasa nasib akan memihak buat kita.

Oct 28, 2010

TIADA LAGI KUDA TUA.



Pemilik baru John Henry telah menyatakan mandat terbaru dalam pembelian pemain. Polisi membeli pemain tua dengan harga yang mahal tidak akan berlaku lagi pada masa depan. Kes ini boleh dirujuk dengan pembelian Keane dari Spurs dan Aquilani dari Roma. Malah bagi saya kalau pemain tua dan tak mahal sekalipun macam Maxi, Poulsen, Konchesky adalah lebih kepada menghabiskan duit bayar gaji.

Polisi ini merupakan langkah drastik jangka panjang bagi memberikan perubahan ketara yang mana separuh pemain utama kita banyak yang lebih 30an atau hampir kesitu. Dan separuh lagi lagi 2-3 tahun nak kepenghujung kalendar. Pembelian pemain muda yang telah mencipta nama dalam persada antarabangsa amatlah perlu. Saya ambil contoh Eden Hazard (bukan orang Negeri 9), baru berumur 19 tahun tetapi bakatnya 10 kali hebat dari pemain sayap yang kita ada sekarang. Seorang lagi yang saya rasa perlu dibawa masuk ialah Romano Lukaku, yang mungkin akan di ngap oleh Chelsea atau Arsenal yang digelar Drogba baru.

Jadi mungkin Hodgson terpaksa melupakan hasrat mendapatkan Forlan atau Pavlychenko mahupun SW Philips. Walaupun mereka-mereka ini punyai kredibiliti masing-masing tetapi ianya satu pembaziran untuk jangka masa panjang. Memanglah harga tak semahal mana tetapi gaji mereka mesti mahal punya. Lagi satu semangat orang muda yang baru nak naik berbeza dengan pemain tua yang kadang-kadang banyak songeh dan ego. Jadi tujuan polisi pembelian pemain era NESV bagi saya adalah satu tindakan terbaik samada dari segi bolasepak dan juga bisnes. Dan juga barulah kita dapat melihat pemain berbakat seperti Shevley, Sterling dan ramai lagi diberi peluang kerana akan bersaing dengan pembelian baru yang sebaya dengan mereka.

Oct 26, 2010

CALON UTAMA TARIK DIRI



Salah seorang sasaran atau calon pengganti Hodgson, iaitu Martin O'Neill boleh kita abaikan selepas ini. Bekas jurulatih Aston Villa dan Celtic, dengar cerita akan melatih sebuah kelab di Arab Saudi tak lama lagi. Kelab Al Hilal telah memberikan kontrak 2 tahun dengan gaji £4.5 juta setahun.

Jadi sekarang tinggal Ridjkaad dan Pellegrini sasaran utama. Dan mereka pasti doakan Hodgson buat silap selepas ini. Sebabnya masing-masing sedang membuat bajet dan merancang dana yang diwar-warkan sekitar £60 juta,untuk perpindahan januari. Tak banyak sangat berbanding Man Citeh yang habis lebih £100juta, tapi masih tak konsisten.

KUIZ SIAPA MAHU JADI JUTAWAN

Oct 25, 2010

LIVERPOOL 2-1 BLACKBURN



Bangkit dari lena. Itulah keadaan gergasi Liverpool yang asyik lena sehingga terperosok ke tangga 19 liga. Kebangkitan ini harapnya berterusan bukannya sekadar mengalih bantal. Ini kerana pasukan kita mampu lebih dari apa yang ditunjukkan sebelum ini. Cuma misteri kegagalan ini tertumpu kepada Hodgson, kerana dialah yang mengurus pasukan. Segala latihan, taktik dan motivasi kepada pemain segalanya dibawah seliannya. Takkan nak salahkan tukang bancuh air kot.

Pujian mesti diberikan kepada Hodgson kerana peranannya dalam percaturan kali ini. Awas jangan kembang jubur sangat. Pintu keluar masih ternganga. Banyak perlu diperbaiki. Kalau boleh tengok balik video lawan Blackburn dan bandingkan dengan lawan Blackpool. Cari kelemahan pasukan dan ubah taktik dan kalau tak malu telefon tanya Rafa tentang plan B. Jangan nak harap tuah datang menggolek tanpa persediaan yang mantap.

Bagi saya kesemua pemain telah menunjukkan peranan masing-masing dari Torres yang kemarau gol sehinggalah Lucas yang selalu dicerca peminat. Mereka kali ini bukan sekadar mencuba tetapi berusaha ketahap yang sepatutnya. Inilah yang peminat mahu lihat dari minggu pertama lagi. Semua sebelas dalam padang nampaknya sudah ada kerjasama dan faham rentak permaianan rakan sepasukan.

Kargiakos bagi saya pengganti idela Hyypia dan gol beliau memang mengingatkan kita tentang kehebatan lagenda Finland dari segi sumbangan gol, namun dia perlu hilangkan gelabah biawak yang sentiasa membanyangi kesasaan dan kemachoan rambut ala Steven Seagal itu. Dan Torres pula telah mendapat kembali sentuhan beliau setelah lama ketandusan gol. Malah jika tidak keterlaluan saya katakan yang Torres bakal menambah lagi koleksi golnya selepas ini.

Harapnya Roy Hodgson akan terus menerus memikirkan yang terbaik untuk Liverpool, walaupun saya anggap dia bukanlah jawapan untuk mengembalikan kegemilangan kita untuk jangka masa panjang. Tapi saya juga mahukan Roy Hodgson cuba sedaya upaya kerana tiada sesiapa pun dikalangan peminat mahukan pasukan kita terjerumus dalam kancah penyingkiran. Ayuh Roy jadikan kritikan peminat satu motivasi buat kamu dan buktikan yang kamu boleh lakukan untuk perlawanan mendatang. Kami semua sedang memerhatikan prestasi kamu dan begitulah juga pemilik yang baru.

Oct 23, 2010

LIVERPOOL LAWAN BLACKBURN


Kalau ikut hati panas rasa segan nak tulis apa-apa. Semua yang difikirkan negatif saja kebelakangan ini. Kalau pun yang positif amat sedikit sangat untuk melawan banyak cerita sedih pedih sebagai peminat Liverpool. Macamana nak fikir yang elok jika keadaan pasukan yang amat celaru. Saya akur seruan Kapten Gerrard dan Carragher yang mahukan semua orang beri sokongan kepada Roy Hodgson. Kadang-kadang nak tanya Gerrard yang sampai bila nak sokong, sampai turun Championship kot. Kita sokong jika Roy bilamana pasukan kita main cantik dan tewas kerana tidak nasib baik atau dianiaya pengadil seperti musim lalu. Sebab itulah saya kesal Rafa dipecat bukannya kerana faktor Rafa sendiri, tetapi kesal kita ganti yang lagi teruk.

Panjang sangat mukadimah, maaf. Emosi tak boleh disembunyikan. Berbalik cerita lawan pasukan Balckburn Rovers. Pak Roy ada nostalgia dengan pasukan ini. Dia pernah mengurus pasukan ini selama 18 bulan dan melingkupkan pasukan hebat yang dibina Dalglish jadi pasukan sampah. Amacam sama tak macam pasukan kita, dari bagus sekarang jadi hampas. Sekarang pasukan itu telah bertukar dari pasukan main berseni dah jadi pasukan ganas dan kasar. Itulah mentaliti yang telah dibawa oleh Sam Boroi dari Bolton kepada Blackburn.

Jadi kalau nak lawan api kena guna air kan. Salah, bagi saya baik lawan api guna api. Maksudnya kita kena bersedia bukan sahaja dari segi taktik tapi fizikal untuk berentap dengan mereka. Tak suruh tiru taktik Blackburn, tapi bersedia bermandi darah jika perlu. Itulah yang kita amat kurang semasa lawan Sunderland, Birmingham dan juga Blackpool. Tidak asak lawan sejak dari mula, biarkan mereka senang-senang menibai pemain tanpa membalas balik. Malang sekali Poulsen sudah tua, mungkin panas baran beliau dah kurang, kalau 5 tahun dulu saya ingat tak siapa berani buli dia.
Jadi semua pemain tak kiralah Cole, Raul, Gerrard atau Jovanovic harus main dalam mod agresif sikit. Macam makan bihun sup, kena letak cili sikit bagi pedas baru sedap. Tapi bek kita jangan terlebih cili pula, berpada-pada sebab malang tak berbau, penalti adalah mimpi ngeri jika tersilap langkah.

Ingat lagi musim lepas tak silap saya Torres melakukan sepakan voli cantik menewaskan Blackburn. Tapi Torres itu telah tiada dalam jiwa Torres 2010. Sedih sekali kita dengan tohmahan yang diterima beliau. Mengenai masa depan di Anfield. Saya yakin dia datang kesini untuk menang piala, tetapi satu habuk pun tiada sejak dia datang 3 tahun lalu. Kalau dia pergi dari Anfield disaat kejatuhan kita, saya harap tiada yang caci dia seperti mana Mascherano, itu cerita lain. Saya harap Torres tak sebegitu dan bermula perlawanan Blackburn ini dia menemui semula sentuhan gol.

Oct 22, 2010

LIVERPOOL 0-0 NAPOLI



Konchesky menjadi talian hayat Roy Hodgson. Kalau pengadil atau penjaga garisan beri keputusan sebaliknya, saya yakin esok juga Roy kena kemas beg balik London. Apapun tahniah buat pemain muda seperti Kelly, Spearing dan terutamanya Shevley yang menampakkan peningkatan tak macam lawan Northampton sebelum ini.

Oct 21, 2010

SAJA NAK BAGI ORANG MARAH



Samada tersalah cakap atau pemberita silap tulis, itu semua dah jadi modal untuk peminat makin membenci Roy Hodgson. Tak pasal-pasal berita tentang Rooney Gemuk nak berambus dari ManYo, dia pula pandai-pandai komen yang sahabat baiknya, Fergie mesti mahu Torres ganti tempat budak gemuk kaki sontot tu. Padahal belum dengar lagi suara Fergie ulas tentang pengganti Rooney. Apa punya tur, ini macam ada niat tak elok nak jual Torres kot sebab penyerang kesukaan peminat itu macam boikot beliau tak mahu sumbat gol. Bagi saya ulasan yang tak perlu macam itu menunjukkan Roy dalam tekanan dan ketakutan yang teramat sangat. Al maklumlah, masa dah suntuk untuk beliau tunjuk kemampuan. Sepatutnya dia memperbetulkan taktik untuk tidak menyusahkan Torres yang terkapai-kapai menungggu bola cantik dari pemain tengah. Sampai pemberita Norway tanya pasal tu dia marah-marah cakap mereka cuba mendesak. Nampak sangatlah dia tak sedar yang dia ada masalah tapi bila orang tegur nak disembur pula. Dengan itu saya teramat yakin yang pemain sedang memboikot Hodgson menyebabkan persembahan dan keputusan amat teruk ini.

PENCARIAN JAWATAN PENGURUS



Angin bertiup kencang diluar Anfield. Ianya membawa perkhabaran gembira dan duka buat sebilangan manusia. Bagi insan yang benama Hodgson ianya satu kecelakaan bakal menimpa dan buat peminat ianya mungkin sinar keceriaan. Kalau tak betul masakan berani ditulis orang. Tapi perkhabarannya amat jelas dua orang atau tiga orang pengurus telah bersiap sedia dengan resume masing-masing dan mencari tali leher dan sepatu kilat dalam almari, jika dipanggil untuk temuduga jawatan Pengurus. Nama yang telah tersebar dan jelas menjadi sandaran seperti saudara Frank Ridjkaad dan Manuel Pellegrini, selain Martin O’neil, Kenny Dalglish dan B Sathianathan.

Tugasan mereka mungkin agak mencabar kerana kedudukan tangga liga serta kualiti keseluruhan pemain dalam pasukan yang sedia ada. Namun bagi saya ianya lebih mudah sedikit jika pengurus baru dibawa masuk secepat mungkin. Ini kerana mereka boleh mengolah pemain sedia ada, manatahu kalau kena caranya, taktik, motivasi, serta nasib menyebelahi dengan pasukan sedia ada, perubahan drastic nampak sebelum keputusan untuk membeli pemain baru untuk menguatkan pasukan .

Saya nampak tiada cara lain untuk perubahan, reformasi mesti diteruskan walaupun kemenangan melawan Tauke sebelum ini berjaya. Nasib kita tak berubah jika hanya mahu mengharap takdir bersama Hodgson. Saya akui dia hanya setahun jagung bersama kita, tetapi harus akur yang tujuan dia dibawa bukan untuk jangkamasa panjang. Hanya untuk menstabil pasukan sehingga ketuanan baru mengambil alih. Nah, setelah ada Tauke baru maka klausa untuk pemberhentian Hodgson telah diaktifkan dan tunggu budi bicara pengurusan baru.

Oct 20, 2010

LIVERPOOL LAWAN NAPOLI


Saya tak mahu cakap yang negatif sebab ramai yang marah dan bertambah marah. Biarlah kita hipokrit macam pasukan kita tiada apa yang untuk dibimbangkan. Jadi untuk meneruskan agenda seterusnya, perlawanan Piala Europa yang amat hebat dan dicemburui oleh Chelsea dan Man U sebab mereka tak layak sertainya.

Ingat lagi Dossena, ala mamat kepala botak yang pernah main bek kiri tapi tak bagus, tapi main sayap boleh pula jaringkan gol dengan Real Madrid dengan Man Yu. Kalau ingat bagus sebab dia adalah salah seorang pemain kelab yang pasukan kita nak lawan nanti. Saya tak tahu statistik dan cerita mengenai mamat itu, tapi dengar kata dia masih jadi bek kiri Itali, maknanya hebat juga lah dia.

Jadi untuk pasukan yang bakal kita lawan nanti semua kengkawan Dossena yang tak pernah kita kenal kecuali Dossena seorang. Kalau dulu Napoli memang saya kenal pemain dia iaitu siapa lagi kalau tak Diego Maradona. Itu sahaja identiti Napoli yang saya anggap hebat sampai sekarang. Dan pastinya peminat Napoli akan bernostalgia sebegitu dan silap2 ada nama Jalan atau kampung sempena nama lagenda Argentina itu.

Maka saya harap pasukan kita main bersungguh-sungguh. Biarlah cerita Liga Perdana dengan Liga Perdananya, Piala Europa buatlah macam sebelumnya. Walaupun pasukan tuan rumah yakin bersemangat nak membantai kita macam Blackpool dan Everton namun bola itu bulat. Kita ibarat Singa yang cedera parah, nampak macam tak larat nak lawan, tapi awas dia masih ada kuku dan taring, mai dekat boleh koyak isi juga.

Buat Pak Roy, saya tak menyalahkan kamu kerana kamu bukanlah dibawa untuk memberikan kami fantasi kejohanan atau piala, namun mungkin sekadar pengurus tua yang hilang arah. Mungkin taktik kamu tak bagus atau pemain boikot taktik lapuk kamu, tapi sebagai pengurus yang dah sebarang keputusan berlaku diatas bahu kamu. Tapi buatlah sebaik mungkin kerana KPI (Key Perfomance Index) sedang dinilai oleh semua. Mungkin tak sempat dapat bonus Januari jika keadaan berlarutan.

Oct 17, 2010

EVERPOOL



Kalaulah perkongsian stadium berjalan lancar maka Stadium Everpool atau Liverton haruslah diberi nama jika tiada penaja yang teringin nak buang duit macam Emirates taja Ashburton Grove. Saya bukan pro atau anti kepada perkongsian padang bola untuk kedua-dua kelab Merseyside ini. Kalau Tranmere nak turut serta pun tidak salah. Tetapi bolasepak England masih terlalu inginkan klasik dan sejarah. Dan peminat dari kejiranan yang sama saling benci-membenci (dalam bolasepak) .Inilah istimewanya dan ketaksuban bolasepak mereka tapi jarang sekali ada iniden ala Kelantan-Selangor kerana mereka terdidik setelah tragedi Hillborough mengorbankan banyak jiwa.

Terlalu banyak insiden dalam sejarah pertembungan Everpool. Cuma yang saya amat ingati sampai kini ialah pertembungan tak silap 2001, apabila pasukan kita menang 2-1 dengan sepakan percuma Gary Mccalister yang cantik, setelah kita main dengan 10 orang. Yang menarik di Goodison ialah Duncan Ferguson yang bengis dan suka cari pasal tapi paling banyak tembus jaring kita. Selain itu tak banyak yang saya ingat selain kad merah yang banyak terlayang akibat komitednya kedua-dua pasukan beraksi. Apa yang pasti rekod masih kita pegang dalam lawatan-lawatan ke Goodison.

Musim ini kedua-dua pasukan memulakan musim dengan langkah longlai dan mempunyai masalah sendiri. Kita dengan masalah pemilik dan pengurus baru dan pemain baru yang cuba berpadu dengan taktik baru. Everton pula bermula tanpa ramai pemain utama dalam pasukan dan yang baru pulih masih berkarat. Akibatnya masing-masing berkongsi 6 mata dari 6 perlawanan dan jauh ditinggalkan 12 mata dari pendahulu liga, Chelsea dan berada dalam zon corot. Banyak persoalan yang sukar dijawap umpama misteri kenapa pasukan kita kini sama taraf dengan Everton yang dahulunya kita tinggalkan berkilometer jauh.

Kehilangan Kuyt yang merupakan pemusnah Toffes musim lalu, amat menyedihkan kita. Lagi sedih tiada siapa yang boleh diharap untuk main diposisi yang beliau kosongkan. Babel, Maxi, Meireles merupakan alternatif yang rasanya mungkin biasa digunakan tapi ada baiknya jika uji Johnson sebagai pemain sayap setelah banyak kali terima komen negatif sebagai bek kanan musim ini. Bagi bek kanan saya rasa Kelly lebih dari bersedia untuk diberikan peranan sebagai bertahan dahulu kemudian menyerang.

Nasib baik Torres disahkan pulih dan akan kembali diberikan peranan penggempur kubu Everton. Tak mahu nak harap beliau mampu merobek kubu dan menggegar jaring Everton, tetapi inilah peluang untuk Torres kembalikan semangat yang hilang. Lagi satu lebih baik masukkan Ngog bersama Torres, kerana macam kebetulan setiap kali Ngog masuk permainan kita berubah dan lawan dah keliru nak jaga Torres saja, sebab Ngog juga berbahaya jika dibiarkan kerana dialah penjaring terbanyak kita musim ini.

Konchesky baru pulih, begitu juga Aurelio. Masing-masing belum cergas namun Kelly mungkin alternatif mudah. Tetapi ramai yang mahukan Aurelio termasuk saya. Dia lebih yakin bertahan dan menyerang disamping sepakan percuma lencong yang berbahaya. Kalau Kelly main pun saya suka sebab dia juga pertahanan yang mantap, tetapi jika situasi memerlukan bek sisi menyerang saya tak berapa nampak kemampuan pemain muda kita itu kearah itu. Tapi dah nama pun pertahanan, tugas utama harus diutamakan dan menyerang bila perlu sahaja.

Posisi lain tiada masalah besar cuma perlu diletakkan pemain yang betul untuk posisi terkuat mereka. Taktik perlu mantap, jangan bagi peluang lawan rapat kubu kita. Kalau boleh henjut mereka macam kita yang tuan rumah. Kalau West Brom boleh kecutkan telur Man U di Old Trafford, takkan kita tak boleh bagi tekanan buat Everton. Bermain dalam intensiti pantas mungkin akan meletihkan pemain, namun itulah caranya macamana kelab bawahan ajar kelab atasan macam kita kena pecacai dengan Blackpool separuh masa pertama. Jadi takmahu cakap banyak peminat mahukan kemenangan. Itulah harapan terakhir peminat keatas kredibiliti Hodgson. Jika bawa pulang telur ayam maka selamat jalan diucapkan kepada Pak Cik Roy.

Oct 16, 2010

LIVERPOOL RED SOX



Kalaulah John W Henry boleh mengadaptasi seperti mana yang beliau lakukan kepada pasukan bola lisut, Boston Rex Sox alangkah bagusnya. Tetapi bagi rakyat Amerika mereka taksub dengan bola lisut dan bolasepak Amerika serta bola keranjang, tetapi bolasepak ialah sukan picisan. Lihatlah bagaimana pemilik sebelum ini tidak mengendahkan langsung perihal sukan yang mereka tahu adalah macamana nak buat duit. Memang tidak disangkal perolehan jika tidak termasuk faedah hutang, kelab kita untung berganda berbanding era David Moores.

Berbalik kepada Henry, kata-kata pertama sebagai pemilik yang sah ialah lebih kurang begini dia bukannya memiliki kelab, tetapi sekadar penjaga kerana kelab sebenarnya milik peminat. Sungguh dalam maksud Pak Henry dan saya faham yang beliau kiaskan yang umpama dirinya pekerja bukannya tauke. Kalau niat dan tekad beliau sebegitu mungkin kali ini apa yang dicari dah ditemui. Mereka ada iltizam untuk menaikkan kembali kelab, kerana mereka tidak menjanjikan diluar kemampuan. Model yang mereka akan gunakan ialah macam Arsenal menurut sumber kerana mereka telah ke Emirates dan menggunakan bekas jururunding yang membina stadium Arsenal itu sebagai ejen mereka untuk menyediakan stadium baru jika kewangan mengizinkan.

Saya nampak ramai menaruh harap dengan pemilik baru ini. Tapi bagi saya bukan mudah untuk mempercayai warga Amerika dalam hal perniagaan. Lihat sahaja di negara kita,Malaysia, walaupun banyak pelabur Amerika yang masih melabur disini, namun ada juga yang cabut lari setelah membuat untung bertahun-tahun dan memeras tenaga kerja buruh kita. Bukannya saya menyangkal yang siapa tak mahu untung dalam perniagaan, namun yang penting faedah kepada kelab Liverpool bukannya tertumpu hanya kocek sendiri. Saya tidak bermimpi yang Pak Henry mampu buat seperti Abramovich, namun jika mereka dapat bekalkan dana secukupnya untuk pemain berbakat, saya kira dah memadai dapat melihat bintang muda yang bakal menyinar seperti Juan Mata atau Llorente dibawa masuk.

Oct 15, 2010

KONTRAK BARU BUAT CARRAGHER



Berita penyambungan kontrak Carragher selama dua tahun lagi diterima dengan pelbagai andaian. Satu pihak yang lebih progresif nampak bahawa masa depan Carra pasti sekadar jadi macam Hyypia dua musim lepas. Main secara sambilan, dan perlahan-lahan belajar jadi jurulatih. Namun ada pihak yang agak konservatif, mengalu-alukan berita ini bagaikan Carragher adalah terhebat dan sangat digeruni lawan macam dulu-dulu.

Secara tulus ikhlas saya dipihak optimis yang mahukan masalah dibahagian pertahanan dipulihkan dengan drastik. Menurut penilaian puak berhaluan kiri, Carragher sudah hampir umur persaraan wajib. Dia masih diperlukan namun dengan kadar minima, kerana dalam usia sebegitu (saya sendiri sebaya Carragher saya tahu), otak kata boleh tapi badan dah tak mampu. Contoh kita main futsal dengan budak-budak awal 20an, tak terkejar nak lawan stamina diorang. Begitulah juga saya lihat dengan Carragher. Dia hanya kini main dengan semangat, kebolehan beliau tertinggal di Istanbul 2005.

Tapi tiada masalah jika pemain disamping beliau hebat macam Hyypia. Ini saya tengok Skrtel main asyik sondol, banyak kali nyaris boleh bagi lawan penalti sebab main tak pakai akal asyik nak tarik baju. Agger pula paling berbakat, namun bak kata kaki bola, dia diperbuat dari kaca mudah pecah. Kargiakos bagi saya hanya hebat diudara tapi atas lantai amat gabra dan lembab serta senang dipotong pemain sayap lawan. Wilson dan Kelly belum mampu dinilai kerana mereka hanya digunakan dalam perlawanan yang tak penting dan hanya prospek masa depan.

Seharusnya dalam masa 2 tahun dari sekarang adalah masa pengurus mencari pengganti Carragher dan kalau boleh lebih hebat dari beliau. Sementara itu bolehlah Carragher pergi ambil lesen kejurulatihan dan manatahu boleh jadi pengurus masadepan Liverpool. Buat masakini Carragher masih diperlukan sebab dia masih yang terbaik yang kita ada.

LAWAN TETAP LAWAN



Tak habis lagi peluru Koboi dua ekor tu nampaknya. Kali ini mereka gunakan Texas untuk serangan balas. Namun apakan daya mereka sekadar tembak angin. Silap-silap kalau tak kena cara mereka akan dicaj hina mahkamah, tidur lokap semalam jangan main-main. Kalau nak buat rayuan kena buat di Liverpool, bukan di Texas, apa kena mengena Liverpoolfc dengan Amerika. Tak faham atau saja nak tunjuk yang mereka adalah Amerikan sejati, takkan undur walaupun tewas berkali-kali. Tapi mereka tak faham yang mereka hanyalah koboi pencen yang tersilap langkah. Nak berniaga tak ada modal, pakai air liur saja, dan akhirnya dapat balik air liurlah.

Oct 14, 2010

SUKA DUKA ARENA ANTARABANGSA



Meireles mengganas apabila menjaringkan satu gol apabila Portugal menang 3-1 keatas Iceland.
Poulsen dan Agger bermain untuk Denmark yang tewaskan Cyprus 2-0.
Kuyt bersama Belanda menewaskan Sweden 4-1.
Gerrard dan Johnson agak kecewa apabila England sekadar seri 0-0 dengan Montenegro.
Skrtel juga beraksi dengan Slovakia yang seri 1-1 dengan Repulik Ireland.
Manakala Jovanovic tak sempat pijak padang apabila perlawanan Serbia dengan Itali terpaksa dibatalkan.

Dalam rangkuman perlawanan tersebut, bagi saya Meireles sahaja patut dibanggakan. Dia menunjukkan kepada kita bahawa Hodgson takkan menyesal membeli pemain itu tapi memang bebal tak reti nak letak Meireles diposisi yang sepatutnya. Poulsen juga mungkin bermain baik jika ikut keputusan, namun saya dengar dalam perlawanan itu dia hanya tahu mengasari lawan saja. Malang sekali buat Agger apabila dia cedera kembali apabila baru lega setelah cedera minggu lepas. Nasib baik Aurelio dah boleh main dan kita harapkan dia diletakkan sekurang-kurangnya dibangku simpanan untuk lawan Everton.

Tapi yang paling menyedihkan ialah Kuyt bakal direhatkan sehingga 2011, apabila koyak ligamen pergelangan kaki. Kali ini kita perlukan sentuhan magis Dr Bruekner dan pakar perubatan di Melwood untuk mengubati Kuyt dengan segera. Maknanya Maxi akan menjadi pertaruhan atau Hodgson akan buat gila lagi letakkan Meireles dikanan. Gerrard yang dilucutkan jawatan kapten mungkin kecewa dengan keputusan Cappello yang tak bijak memilih kaki MC kembali jadi kapten. Saya harap Gerrard jang sedih kerana Liverpoolfc lebih perlukan kepimpinan kamu untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Labels

Liverpool (216) Rumours (157) Premier League (153) Priemer League (70) Steven Gerrard (40) Piala Europa (37) Champion League (35) Luis Suarez (34) Fernando Torres (32) Rafael Benitez (31) Youth (25) Kenny Dalglish (23) Lucas Leiva (21) cartoon (21) kontrak (21) Dirk Kuyt (20) Hari ini dalam sejarah (20) Jersi (20) Owner (20) Player (20) komentar (20) Isu terkini (19) Chelsea (18) England (18) Lagenda (18) Piala FA (18) Awards (17) Daniel Agger (17) Andy Carroll (16) Jamie Carragher (16) Piala Dunia (16) news (16) transfers (16) Antarabangsa (15) Man U (15) Perpindahan (15) Man City (14) Roy Hodgson (14) Xabi Alonso (14) Pepe Reina (13) Piala Liga (13) premeir league (13) ulasan (13) Alberto Aquilani (12) Everton (12) Gossip (12) Lawak (12) Ryan Babel (12) cedera (12) Arsenal (11) Javier Mascherano (11) kecederaan (11) Pengurus (10) ucapan (10) David Ngog (9) Liverpool tour (9) Martin Skrtel (9) Newcastle (9) Robbie Keane (9) Stoke (9) ex-liverpool (9) Alex Ferguson (8) Andrea Dossena (8) Joe Cole (8) Jose Enrique (8) Aston Villa (7) Carragher (7) Emilliano Insua (7) Iklan (7) Milan Jovanovic (7) Paul Konchesky (7) Raheem Sterling (7) Raul Meireles (7) Sami Hyypia (7) Tactical (7) West Brom (7) anugerah (7) Alvaro Arbeloa (6) Bolos (6) Carling Cup (6) Craig Bellamy (6) Damien Comolli (6) Daniel Ayala (6) Fakta (6) Goalkeeper (6) Jaringan (6) Jordan Henderson (6) Lawak Basi (6) Pemain Terbaik (6) SPURS (6) Sebastian Coates (6) Stewart Downing (6) Sunderland (6) Wigan (6) birthday (6) Andriy Voronin (5) Blackburn (5) Brendan Rodgers (5) Copa America (5) Fixture (5) Fulham (5) Glen Johnson (5) Jay Spearing (5) Liga Europa (5) Midfield (5) Pemberitahuan (5) Pra-musim (5) Yossi Benayoun (5) pinjaman (5) Albert Reira (4) Analisis (4) Belajar Bola (4) Charlie Adam (4) Christian Poulsen (4) Defender (4) Glen Johnsen (4) Hull (4) Insua (4) Jermaine Pennant (4) John Henry (4) League Cup (4) Liverpool vs Arsenal (4) Liverpool vs West Ham (4) Maxi Rodriguez (4) Pacheco (4) Rasis (4) Reading (4) Reserve (4) Rick Parry (4) Sparta Prague (4) Steve Clarke (4) Suso (4) Warrior (4) West Ham (4) Wolverhampton (4) kontroversi (4) opponent (4) statistik (4) tahukah anda (4) winger (4) Bek kiri (3) Birmingham (3) Brad Jones (3) Brighton (3) Euro2012 (3) FacebookPages (3) Hillsborough Disaster (3) IFTTT (3) Jadual perlawanan (3) Joe Allen (3) John Flanagan (3) Jonjo Shevley (3) LFC TOUR 2014 (3) Liverpool Youth (3) Liverpool vs Man City (3) Liverpool vs Man U (3) Liverpool vs Southampton (3) Liverpool vs Spurs (3) Nabil El Zhar (3) Owner Liverpool (3) Penjaga Gol (3) Piala Europa Liverpool (3) Piala Europa. (3) Polisi (3) Pra musim Liverpool (3) Primier League (3) Totenham hotspurs (3) Undian (3) akademi (3) humour (3) loan (3) taktikal (3) Andre Wisdom (2) Anelka (2) Assaidi (2) Berita (2) Brazil (2) Carlos Tevez (2) Carta (2) Conor Coady (2) Contract (2) Damine Plessis (2) Danny Wilson (2) Dejan Lovren (2) Doni (2) Euro16 (2) Europe (2) Fabio Aurelio (2) Fabio Capello (2) GOL (2) Gerrard (2) Ian Rush (2) Insiden (2) Kahwin (2) Kargiakos (2) LFC TOUR 2013 (2) Liverpool vs Aston Villa (2) Liverpool vs Everton (2) Liverpool vs Fulham (2) Martin Kelly (2) Norwich (2) Patrice Evra (2) Peraduan (2) Player Of The Month (2) Rafa Benitez (2) Retired (2) Rival (2) Rumours Liverpool (2) Sammy Leee (2) Simon Mignolet (2) Skuad (2) Soroton Perlawanan (2) Trofi (2) VIDEO (2) Wembley (2) coach (2) formasi (2) games (2) match report (2) queen park rangers (2) rekod (2) scouting (2) staff (2) striker (2) 3-5-2 (1) Aaron Lennon (1) Adam Johnson (1) Alan Hansen (1) Alex Ferguson kena troll (1) Aly Cissokho (1) Anfield (1) Antonio Cassano (1) Arsene Wenger (1) BISNEZ (1) Beatles (1) Bek Kanan. (1) Benayoun (1) Bike (1) Bilbao (1) Bill Shankly (1) Blunder (1) Bolton (1) Bootroom (1) Borini (1) Burnley (1) Cardiff (1) Charles Itandje (1) Christian Zapata (1) Christopher Buchtmann (1) Columnist (1) Daniel Sturridge (1) Danny Ward (1) Danny murphy (1) David Martin (1) David Moores (1) David Trezeguet (1) David Villa (1) Dietmar Hamann (1) Dimitri Payet (1) Djimi Traore (1) Epic Liverpool (1) Exeter (1) FC Braga (1) Facebook Liverpoolkita (1) Fan Man U provokas (1) Fans (1) Fifa (1) Fifa12 (1) Flop (1) Gael Clichy (1) Gary Neville (1) Gerardo Bruna (1) Harry Redknapp (1) Hatem Ben Arfa (1) Hearts (1) History Channel (1) Honda (1) Howard Webb (1) Ian Ayre (1) Ian St John (1) Jack Hoobs (1) Jack Robinson (1) Jack Wolfskin. (1) James Milner (1) Javier Manquillo (1) Jersi Torres (1) Jerzy Dudeks (1) Jurulatih (1) Keji (1) Kesebelasan Utama (1) Kevin Keen (1) Krisis (1) Kristian Nemeth (1) Krisztian Nemeth (1) Kyrgiakos (1) LIVERPOOL 4-3 GUANGDONG (1) Latihan (1) Leighton Baines (1) Liverpool goal (1) Liverpool players (1) Liverpool vs Cardiff (1) Liverpool vs Norwich (1) Liverpool vs Robatnichki (1) Liverpool vs Robatnicki (1) Liverpool vs Stoke (1) Liverpool vs Sunderland (1) Liverpool vs Swansea (1) Liverpool vs Udinese (1) Liverpool vs Wigan (1) Majalah Bolasepak (1) Malaysia (1) Man Marking (1) Mario Gomez (1) Mascherano (1) Midfielder (1) Mourinho (1) Mouro Pederzoli (1) Nostalgia (1) Oldham (1) Peminat Liverpool (1) Penaja Liverpool (1) Penampilan ke 100 England Gerrard (1) Pengarah Strategik Bolasepak (1) Perlawanan Testimonial (1) Perolehan pendaptan Liverpool (1) Peter Crouch (1) Philip Degen (1) Platini (1) Press Conference (1) Ramadhan Liverpool (1) Raul Miereles (1) Roy Hodgson Tactic (1) Rumours Flamini Liverpool (1) SAS (1) SPUR (1) Sakit jantung (1) Samed Yesil (1) Sammy Lee (1) Sasaran (1) Sayembara (1) Sejarah (1) Sidang Akhbar (1) Stadium (1) Stamford Bridge (1) Stephen Darby (1) Steve McMahon (1) Suarez dan Sturridge (1) Swansea (1) Sylvian Marveaux (1) Testimonial (1) Titi Camara (1) Txiki Brigistain (1) Undang-undang (1) West Ham vs Liverpool (1) Zonal Marking (1) cetusan minda (1) children (1) cuba teka (1) degen (1) derby (1) diving (1) f (1) facebook (1) fantasy football (1) gaji (1) galacticos (1) goal lfc (1) hukuman (1) jokes (1) klasik (1) kolo Toure (1) liverpool 4-0 Spurs (1) maskot (1) pencabar (1) persahabatan (1) pre (1) preseason (1) protes (1) qpr (1) revenue income (1) santai (1) sayap kanan (1) setpiece (1) sponsor (1) squad (1) supporter (1) tips (1) tour (1) twitter (1) ulangtahun (1) youtube (1)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails