Dalam pada keseronokan mendahului dengan 2 gol awal insiden kad merah Doni membuatkan semua tergamam. Apalah celaka setelah peminat meresakan bahagia sepanjang awal permainan. Kemasukan Jones memberikan impak serta merta dengan menyelamatkan penalti Yakubu. Tapi Yakubu ternyata duri dalam daging buat kita dengan menjaringkan gol tandukan. Saya tergamam dan agak panik adakah Blackburn akan mengejar dan memalukan kita.
Tak pasal-pasal Jones telah membuat lawak sarkas bila bola sepakan beliau terkena Yakubu dan melantun tinggi balik kearahnya. Tapi yang badutnya dia tercicir untuk menangkap kemas dan terpaksa menolak Yakubu. Nasib baik pengadil agak baik hati sekadar penalti dan kad kuning kepada Jones. Yakubu memberikan mata kepada pemain Football Fantasy dengan gol penyamaan. 2-2, keadaan jadi lebih panik kerana bermain 10 orang, misi mustahil kita nampak makin mustahil.
Pada kala harapan dah macam tak ada. Carroll menggamatkan Ewood Park dengan tandukan kemenangan buat kita. Inilah perlawanan sangat dramatik bagi saya dan akhirnya tuah menyebelahi kita. Walaupun kesebelasan utama kita bukan pemain utama namun prestasi mereka amat mengkagumkan. Jadi fokus kita untuk perlawanan Piala FA tidak terjejas dan kemenangan ini jadi suntikan moral untuk mencapai kemenangan dalam perlawanan seterusnya.





